Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
1. Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
1.0 Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran kini mengalami banyak proses
transformasi. Pengaplikasian kaedah dan teknik terbaru banyak memberi
peluang kepada guru dan pelajar mencuba sesuatu kaedah dan teknik bagi
meningkatkan penguasaan dan pencapaian selaras dengan perkembangan
budaya ilmu kini. Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi
memudahkan informasi dicapai dan diaplikasi.
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
merupakan satu proses pengajaran yang kini menjadi suatu yang penting
dalam mencapai objektif pengajaran. Penggunaan kemajuan teknologi yang
kian membangun dalam menyebar ilmu dapat menarik minat pelajar
mengikuti pengajaran di sekolah. Justeru, berbetulanlah pihak IPG memberi
kursus BMM3105-Kaedah Mengajar Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
kepada kami agar kami pelajar-pelajar PPG lebih menguasai, terdedah dan
dapat mengaplikasikannya di sekolah. Semuga ilmu yang kami peroleh dapat
dimanfaatkan untuk anak bangsa.
2.0 Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan pengajaran harian ialah rangka kerja aktiviti pengajaran
pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu
jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuannya ialah untuk menjamin objektif
tercapai dan meningkatkan keyakinan serta kesediaan guru untuk mengajar.
2.1 Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harian Harian (RPH) sangat
penting kepada guru. RPH dapat meningkatkan keyakinan dan
kesediaan guru untuk mengajar. Selain itu, RPH juga
mengelakkan guru daripada terseleweng atau terkeluar
1
2. daripada topik yang hendak diajar. Di samping itu, RPH
membantu guru merancang siri aktiviti dan komponen
pengajaran dengan berkesan dan lancar. RPH juga membantu
guru menggunakan masa secara optimum dan mengehadkan
skop pengajaran dalam sesuatu jangka waktu. Selain itu, RPH
membantu perkembangan pengajaran secara lancar dan
tersusun.
2.2 Panduan Menyediakan Rancangan Pelajaran Harian
Guru menyediakan rancangan pelajaran harian yang
mengandungi:
a. Tajuk atau isi pelajaran
b. Objektif
c. Aktiviti yang menekan kepada perkara-perkara berikut;
i. objektif
ii. kesesuaian peruntukan masa pembelajaran
iii. kemahiran berfikir
iv. kemahiran social
v. berpusat kepada murid
vi. potensi murid
d. Alat Bantu Mengajar dan bahan Bantu belajar yang
sesuai dengan aktiviti dan saiz kelas
e. Refleksi ditulis selepas pengajaran dan pembelajaran
f. Catatan ditulis menggantikan refleksi sekiranya tiada
berlaku pengajaran dan pembelajaran
3.0 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
3.1 Iklim kelas
3.1.1 Memastikan persekitaran pembelajaran yang
kondusif, selamat, bersih dan ceria serta tenteram
2
3. 3.1.2 Memastikan murid bersedia untuk belajar dari segi
fizikal, mental, emosi dan peralatan untuk belajar
seperti buku dan alat tulis
4.0 Set Induksi
4.1 Berkaitan dengan tajuk
4.2 Menimbulkan minat murid
4.3 Menjurus kearah kesediaan minda murid
4.4 Tidak melebihi 10% daripada waktu pengajaran
5.0 Perwatakan dan Peranan Guru
5.1 Berpakaian sesuai, kemas, bersih dan mematuhi arahan dan surat
pekeliling
5.2 Berinteraksi secara sopan menggunakan bahasa dan nada suara yang
sesuai
5.3 Menepati masa
5.4 Mengenali semua murid dan prihatin terhadap keperluan mereka
5.5 Mewujudkan suasana riang,bersifat mesra, ceria,kecindan, mudah
didekati, sedia membantu tetapi tegas
6.0 Strategi Penyampaian
6.1 Penyampaian guru
a. Suara yang jelas dan terang
b. Menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil kira
pengalaman dan potensi murid
c. Berfokus kepada apa yang diajar
d. Mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep KBSR /
KBSM
3
4. e. Membuat penilaian berterusan
6.2 Teknik menyoal:
6.2.1 Ciri-ciri soalan yang dikemukakan:
i. Soalan yang jelas dan mudah difahami
ii. Menyusun aras soalan dari yang mudah kepada
sukar
iii. Soalan dikemukakan dahulu sebelum memanggil
nama murid yang akan menjawab
iv Berusaha mencungkil jawapan daripada murid
v. Mengemukakan soalan kepada seluruh kelas
vi Memberi masa yang mencukupi kepada murid
sebelum menjawab
vi. Memberi peluang kepada lebih daripada seorang
murid menjawab
sesuatu soalan
6.2.2 Guru-guru mengemukakan soalan- soalan yang
berunsur KBKK/KBSB dalam pelbagai aras:
i. Pengetahuan
ii. Kefahaman
iii. Aplikasi
iv. Analisis
v. Sintesis
vi Rumusan dan penilaian
6.2.3 Memberi respon terhadap soalan murid dengan:
i. Menghargai soalan murid
ii. Meminta murid lain memberi respon
iii. Meminta murid lain memberi jawapan
iv. Memberi jawapan kepada soalan murid
v. Memberi ulasan / huraian
4
5. 7.0 Penggabungjalinan
7.1 Menggabungjalinkan dua atau lebih kemahiran /elemen dalam satu
waktu pengajaran
8.0 Penyerapan
8.1 Menyampaikan isi kandungan mata pelajaran di samping
menerapkan:
i. nilai-nilai murni
ii. KBKK/ KBSB
iii. Kemahiran belajar
iv. Kemahiran generic
v. Kemahiran proses sains
vi. Patriotisme
vii. Pendidikan kesihatan keluarga dan alam sekitar
viii. Pendidikan anti dadah dan AIDS
ix. Pendidikan anti rasuah
x. Pendidikan jalanraya
xi. Kemahiran keibubapaan dan kekeluargaan
9.0 Pengukuhan
9.1 Memberi latuh tubi
9.2 Memberi kerja rumah / tugasan
9.3 Mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam aktiviti
pembelajaran
9.4 Memberi latihan dan tugasan bagi tujuan menilai kefahaman,
penguasaan dan penghayatan murid.
5
6. 10.0 Pengayaan
Aktiviti pengayaan dijalankan dengan :
i. Membimbing murid mencari maklumat tambahan
ii. Menyediakan bahan-bahan untuk maklumat tambahan dan
Menggalakkan murid belajar daripada maklum balas
iii. Membimbing murid membuat jangkaan masa depan
11.0 Pemulihan
Menjalankan aktiviti pemulihan dengan:
i. Membimbing murid secara individu
ii. Menggunakan pelbagai bahan
iii. Memberi latihan ulangan
iv. Menggunakan pelbagai teknik pengajaran
12.0 Penilaian
Membuat penilaian melalui:
i. Pemerhatian
ii. Soal jawab
iii. Perbincangan
iv. Kerja Bertulis
v. Kerja rumah
13.0 Pembelajaran murid
Memastikan murid:
i. Bersedia mengikut pelajaran
ii. Melaksanakan pembelajaran arah kendiri
iii. Mengaplikasikan kemahiran mengambil nota
iv Mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran
v. Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
vi. Mengemukakan pendapat se masa perbincangan
6
7. vii. Berdisiplin
14.0 Penutup
Merumus isi pelajaran dengan
i. Menegaskan isi-isi penting
ii. Memberi cadangan atau panduan meninkatkan kefahaman
iii. Mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk untuk meluaskan ilmu
iv. Mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup seharian
v. Mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan
15.0 Tugasan Rancangan Pengajaran Harian
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TAHUN : 4A2
TARIKH : 4 JULAI 2012
MASA : 11.15 PAGI 12.15 TENGAH HARI
BIL. MURID : 32 ORANG ( 10 PEREMPUAN DAN 22 LELAKI )
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
UNIT : 6
TEMA : HARGAI WARISAN KITA
TAJUK : ALAT MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA
PAKEJ/MODUL : KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR,
MEMBACA DAN MENULIS
FOKUS UTAMA
LISAN
1.5 Aras 1 (iii) Menerangkan fakta dan mesej yang terdapat dalam bahan.
BACAAN
5.1 Aras 1(i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal
dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul
7
8. MENULIS
9.2 Aras 2 (i) Mencatat nota dalam bentuk grafik.
FOKUS SAMPINGAN
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat
OBJEKTIF
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat :
a) Menyebut lapan jenis alat muzik tradisional Malaysia.
b) Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan menarik.
c) Menulis jenis-jenis alat muzik tradisional Malaysia berdasarkan kaum dalam
bentuk jadual.
KEMAHIRAN BAHASA
i Lisan
Ii Bacaan
Iii Tulisan
SISTEM BAHASA
i Tatabahasa : Ayat tunggal, ayat majmuk dan penjodoh bilangan.
ii Kosa kata :Getaran, dipalu, bergema, menggesek.
PENGISIAN KURIKULUM
i Ilmu : Pendidikan Muzik, Sejarah
ii Nilai : Menghargai warisan, bertanggungjawab, baik hati.
iii KBT : - Kecerdasan pelbagai ( linguistik, interpersonal dan muzik)
- Kemahiran berfikir ( mengesan dan mengkategori )
- Kemahiran generik ( Kemahiran belajar )
8
9. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pendekatan berpusatkan murid
PENEKANAN KONSEP 5P
i Penggabungjalinan : Kemahiran bertutur, membaca dan menulis
ii Penyerapan ilmu : Pendidikan Muzik, Sejarah; Nilai murni : menghargai
warisan, bertanggungjawab, baik hati.
iii Pemulihan : Membaca kosa kata secara latih tubi.
iv Pengayaan : Membuat buku skrap alat-alat muzik tradisional.
v Penilaian : Membuat jadual pengelasan jenis alat muzik mengikut
kaum.
BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
i Bahan multimedia : LCD, CD, komputer
ii Bahan bercetak : Teks, lembaran kerja, gambar, kad perkataan
PENGETAHUAN SEDIA ADA
i Murid pernah melihat alat-alat muzik seperti serunai, kompang dan lain-lain.
9
10. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
LANGKAH/ AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATAN
ISI KANDUNGAN
MASA PEMBELAJARAN
Set Induksi Meneka alat muzik 1. Guru perdengarkan lagu Kemahiran
( 5 minit ) ( kompang ) Pengantin Baru. Murid belajar
meneka alat muzik yang (mentafsir
digunakan. maklumat)
2. Bersoal jawab dengan ABM :
murid mengenai kegunaan komputer
kompang.
3. Guru mengaitkan dengan
isi pelajaran hari ini.
Langkah 1 Petikan teks alat- 1. Setiap murid diberikan Bahan :
( 10 minit ) alat muzik petikan. ( Lima orang Teks,
tradisional murid pemulihan diberikan gambar
Malaysia. gambar alat muzik beserta SP :
Lampiran A nama ) Koperatif
2. Murid membaca petikan Nilai :
dengan gaya dan intonasi Bekerjasama
yang betul.
3. Guru meminta beberapa
orang murid membaca
petikan dengan kuat.
Murid lain mendengar dan
memberi komen
mengenai intonasi dan
nada.
Langkah 2 Alat-alat muzik 1. Murid diminta duduk dalam P&P :
(10 minit ) kumpulan pelbagai Berpusatkan
kecerdasan. murid
10
11. SP :
2. Murid diberi kad gambar Koperatif
dan perkataan dan
kolaberatif
3. Pertandingan
KBT : Verbal
memadankan kad gambar
Linguistik
dan perkataan antara
Nilai : Baik
kumpulan.
hati,
kerjasama,
4. Kumpulan yang cepat dan
bertanggung
betul akan diberi bintang.
jawab
BBM : Kad
5. Wakil kumpulan
gambar, kad
dikehendaki ke hadapan
perkataan,
kelas dan menyebut nama
kad bintang.
alat-alat muzik tersebut.
Langkah 3 Tayangan 1. Guru menayangkan KB :
( 15 minit ) gambarpersembah persembahan muzik Mentasir
an t muzik tradisional Melayu, Cina maklumat
tradisional Melayu, dan India. SP : Kontek
Cina dan India. 2. Guru turut memberi Luar
penerangan tentang Tatabahasa :
kegunaan dan asal usul sebuah,
alat muzik tersebut. sepasang,
3. Murid dikehendaki set
menyebut semula alat Bahan :
alat muzik berdasarkan LCD, Skrin,
sesuatu kaum. komputer
4. Guru menerangkan Nilai : Berani
penjodoh bilangan yang mencuba
sesuai untuk alat muzik
tersebut.
11
12. Langkah 4 Membuat jadual 1. Murid dikehendaki KB :
( 15 minit ) jenis alat-alat membuat jadual serta Menyatakan
muzik tradisional menulis jenis alat muzik sebab dan
kaum Melayu, tradisional . (Guru alasan.
Cina dan India. bertindak sebagai Bahan :
fasilitator ) Lembaran
2. Murid diminta mengisi kerja (
jadual tersebut dengan lampiran B )
menulis jenis alat muzik
dari kaum Melayu, Cina
dan India.
3. Guru berbincang dengan
murid jawapan yang tepat.
4. Bagi kumpulan pemulihan,
guru memberikan
lembaran
Rujuk lampiran B.
Penutup Didik hibur 1. Guru memaparkan KG : TMK
( 5 minit ) ( Pantun ) serangkap pantun. Nilai :
2. Guru mengajak murid menghargai
membaca pantun dengan warisan
intonasi dan gaya yang Negara
betul. Bahan :
3. Guru merumuskan LCD,
pengajaran dan komputer
pembelajaran serta
menekankan aspek nilai
yang terdapat semasa
aktiviti hari ini.
12
14. alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu
dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran
perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid
serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964)yang digambarkan
dalam bentukcone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan
proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM
juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru
kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti turut
sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik.
David Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu
sumber, pesanan, saluran danpenerima.Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan
dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan.Empat kemahiran iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik,psikologi
pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang baru dan lama perlu
digunakanuntuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya
mengambil tempat seorang guru.
17.0 Pengajaran
Merupakan satu bentuk komunikasi bertujuan untuk memberitahu,
mempengaruhi,mempengaruhi dan menghibur. Tugas pengajar untuk memberitahu
atau menyampai satuhimpunan maklumat atau fakta kepada murid-murid. Tujuan
BBM juga untuk mempengaruhi dan menghibur .( Kamarudin Husin: 1989)
18.0 Pembelajaran
Berlaku apabila guru berjaya dalam usaha komunikasinya. Pembelajaran
berjaya dicapai dandipertingkatkan melalui:
penerangan guru yang jelas
pengalaman murid yang bererti
14
15. kegiatan yang menyeronokkan murid dan guruJadi, pembinaan BBM
dibuat dengan teliti dan memenuhi ketiga-tiga syarat di atas.
19.0 Bahan Bantu Mengajar/ Peralatan Mengajar BBM
Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/
murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas.
Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan
gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yangdigunakan dalam
pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan
sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.Atan
Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan:
alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul
Hamid ( 1981)
membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik .
Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) hanya alat bantu mengajar yang
mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi
pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap
sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan. Berdasarkan pendapat-
pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikankepada tiga
kategori: Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran,
filem jalur,slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring
hitam, CD komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya. Bahan yang
tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar,carta, model,
surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad
imbasan, buku dan sebagainya. Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan,
lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya.
19.1 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran
dan Pembelajaran
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65
) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut.
15
16. i. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu
konsep
ii. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
iii. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
iv. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan
aktiviti sendiri di kalangan pelajar
v. Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui
filem bergerak.
vi. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan
perbendaharaan kata pelajar.
vii. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan
pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
Mengikut Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM
seperti berikut:
1. Memberi rangsangan dan minat murid-muird.
2. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak
pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan
daripada murid-murid.
3. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan
pembelajaran mereka lebih kekal.
4. Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah
oleh cara-cara lain,
5. Menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan
beragam.dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan
perkembangan perbendaharaan kata.ia mendorong murid-murid untuk
menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan
murid-murid.
Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:
1. Menjimatkan masa
2. Dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid
3. Menyeronokkan murid-murid.
16
18. Petikan Teks
Alat Muzik Tradisional Malaysia
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan
kebudayaan. Ini kerana Malaysia sebuah negara yang terdiri
daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.
Justeru, terdapat pelbagai alat muzik di Malaysia.
Antara alat muzik yang terkenal mengikut kaum Melayu di
Malaysia ialah kompang, rebana dan gamelan. Bagi kaum
Cina pula, mereka terkenal dengan alat muzik gong dan er
hu. Kaum India juga tidak ketinggalan dengan alat muzik
terkenal mereka seperti tabla, marakas dan seruling.
Alat-alat muzik tradisional ini biasanya dimainkan pada
perayaan-perayaan atau persembahan tertentu. Gabungan
alat muzik ini menjadikan negara Malaysia unik dengan
kepelbagaian budayanya.
18