Dokumen tersebut merupakan ringkasan pertanyaan dan jawapan berkaitan dengan isu pengangguran yang dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat. Isu-isu yang dibangkitkan termasuk jumlah dan kadar pengangguran mengikut negeri, bilangan pekerja yang dipecat akibat krisis ekonomi, serta langkah-langkah kerajaan dalam menangani masalah pengangguran.
1 of 28
Download to read offline
More Related Content
Pengaliran sumber manusia
1. PENGANGGURAN
DEWAN RAKYAT
SIDANG 2 DARI 15 JUN 2009 - 30 JUN
1. SOALAN NO: 43 - Y.B. DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM
JAWAPAN
2. SOALAN TAMBAHAN 1
JAWAPAN
3. SOALAN TAMBAHAN 2
JAWAPAN
4. SOALAN TAMBAHAN 3
JAWAPAN
5. MAKLUMAT TAMBAHAN
6. SOALAN NO: 86 - Y.B. DATUK SERI DR. FONG CHAN ONN
JAWAPAN
7. SOALAN TAMBAHAN 1
JAWAPAN
8. SOALAN TAMBAHAN 2
JAWAPAN
9. SOALAN NO: 55 - Y.B. PUAN FONG PO KUAN
JAWAPAN
10. SOALAN TAMBAHAN 1
JAWAPAN
11. SOALAN TAMBAHAN 2
JAWAPAN
12. MAKLUMAT TAMBAHAN
13. SOALAN NO: 100 - Y.B. TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR
JAWAPAN
14. SOALAN TAMBAHAN 1
JAWAPAN
Kembali
1
2. 15. SOALAN TAMBAHAN 2
JAWAPAN
16. SOALAN NO: 19 - Y.B. DR. TAN SENG GIAW
JAWAPAN
Kembali
2
3. SOALAN NO: 43 (S43)
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: LISAN
DARIPADA: Y.B. DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM
TARIKH: 30 JUN 2009
SOALAN:
Y.B. DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM [ Permatang Pauh ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah dan kadar pengangguran mengikut negeri-
negeri. Apakah kesan pakej rangsangan yang dilaksanakan setakat ini dapat menangani
masalah peningkatan jumlah dan kadar pengangguran ini.
PR-022-L18929
JAWAPAN (J43):
Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran aktif negara
bagi tahun 2008 adalah 368,500 orang atau 3.3 peratus. Pada suku ketiga tahun 2008,
kadar pengangguran adalah 343,700 orang atau 3.1 peratus. Jumlah dan kadar
pengangguran mengikut negeri-negeri pada tahun 2008 adalah seperti berikut:
Kembali
3
4. Negeri Bilangan Kadar Pengangguran (%)
Johor 29,300 2.2
Kedah 27,000 3.8
Kelantan 14,500 2.9
Melaka 3,200 1.1
Negeri Sembilan 12,200 3.1
Pahang 15,800 2.6
Pulau Pinang 13,400 2.0
Perak 33,600 3.8
Perlis 2,500 2.9
Selangor 67,800 3.1
Terengganu 13,200 3.4
Sabah 63,800 4.9
Sarawak 51,300 5.3
W.P Kuala Lumpur 18,800 2.7
W.P Labuan 1,900 5.6
Jumlah 368,300 3.3
Tuan Yang Di Pertua,
Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi, Kementerian telah disediakan peruntukan oleh
Kerajaan bagi melaksanakan Program bagi Pekerja Yang Diberhentikan, Graduan
Menganggur, Belia, JobsMalaysia Centre (JMC),/ Community-Based Employment
Support Service (CESS), Kursus Modular dan Job Creation bagi membantu pekerja
yang hilang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran. Program tersebut telah
berjaya membantu pekerja yang diberhentikan kerja mendapat pekerjaan serta
4
5. mengurangkan pengangguran terutamanya yang disebabkan oleh krisis ekonomi global
yang melanda negara. Ini dapat dilihat dari bilangan penempatan yang berjaya dibuat
melalui program tersebut. Bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 24 Jun 2009 Kementerian
telah berjaya membuat 20,049 penempatan pekerjaan. Bilangan penempatan ini dijangka
akan meningkat apabila pelatih yang sedang mengikuti latihan kemahiran dan
penempatan di bawah program pakej rangsangan tersebut menamatkan kursus mereka
dengan jayanya dan dibuat penempatan.
Kembali
5
6. SOALAN TAMBAHAN 1 (ST43-1)
Kesan daripada kegawatan ekonomi global, berapakah jumlah pekerja tempatan
yang diberhentikan mengikut negeri-negeri dan gender.
Jawapan (J43-1)
Mengikut rekod Kementerian Sumber Manusia (KSM), mulai 1 Oktober 2008 sehingga
25 Jun 2009, seramai 30, 111 pekerja tempatan telah diberhentikan kerja. Daripada
jumlah tersebut, sejumlah 15,716 atau 52.2 peratus adalah pekerja lelaki dan 14, 395 atau
47.8 peratus pekerja wanita.
Dalam tempoh yang sama, jumlah pekerja tempatan yang diberhentikan mengikut negeri
adalah seperti berikut:
PEMBERHENTIAN
NEGERI
PEKERJA ( TEMPATAN )
JOHOR 4,502
KEDAH 2,066
KELANTAN 170
MELAKA 1,769
N. SEMBILAN 947
PAHANG 338
PULAU PINANG 7,727
PERAK 1,304
PERLIS 255
SELANGOR 6,459
TERENGGANU 294
KUALA LUMPUR 2,081
W.P. LABUAN 109
SABAH 188
SARAWAK 1,902
JUMLAH 30,111
Kembali
6
7. Soalan Tambahan 2 (ST43-2)
Apakah tindakan Kementerian Sumber Manusia dalam mengurangkan kadar
pengangguran di negara ini melalui pembangunan modal insan yang berkemahiran,
berdaya saing dan berdaya tahan dalam persekitaran ekonomi global pada masa
ini.
Jawapan (J43-2) :
Tuan Yang Dipertua,
Ke arah mencapai aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020,
kualiti modal insan negara telah dikenal pasti sebagai elemen penting bagi merealisasikan
hasrat tersebut. Justeru itu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melaksanakan
usaha berterusan dalam membangunkan modal insan negara yang lebih berkemahiran dan
berdaya saing dalam pasaran buruh sekaligus mengurangkan kadar pengangguran
terutama dalam persekitaran ekonomi global pada masa ini.
Antara strategi-strategi dan pelan tindakan yang sedang diambil bagi membangunkan
modal insan yang berkemahiran dan kompetitif adalah:
Memperkukuhkan sistem latihan dan pembangunan kemahiran kebangsaan
melalui penyelarasan dan kerjasama di antara agensi dan industri, pengukuhan
maklumat Pasaran Sumber Manusia Mahir, peningkatan kapasiti latihan, peluasan
pelaksanaan e-latihan, pembangunan program latihan peringkat tinggi,
peningkatan dan peluasan pelaksanaan Sistem Dual Latihan Nasional (SLDN) dan
program keusahawanan;
Mempertingkatkan Kualiti Latihan dan Pembangunan Kemahiran antaranya
dengan mempergiatkan pembangunan NOSS, penambahan tenaga pakar dalam
pembangunan kurikulum dan penyeragaman peralatan latihan.
Kembali
7
8. Memperluaskan akses dan Peluang untuk Individu antaranya dengan
meningkatkan akses dari pelbagai sumber, kebolehan dan bakat, serta peningkatan
program promosi.
Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja Mahir oleh Industri antaranya melalui
peningkatan pengiktirafan pekerja mahir/pakar industri dan memperkukuh jalinan
kerjasama dengan pihak industri.
Mempertingkatkan Martabat dan Pengiktirafan Kelayakan dan Kerjaya
Berasaskan Kemahiran antaranya melalui pengiktirafan kemahiran kerajaan dan
swasta dan penggalakan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi tujuan
perancangan sumber manusia mahir berdasarkan kepada pasaran industri dan
perkembangan teknologi.
KSM melaksanakan strategi-strategi dan pelan tindakan yang telah dirancang bagi
memenuhi matlamat pendidikan dan negara ke arah melahirkan tenaga kerja mahir yang
berdaya saing dan berdaya tahan mengikut acuan sendiri. Pengukuhan sistem latihan dan
pembangunan kemahiran yang lebih bersistematik dapat membangunkan tenaga kerja
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta mempunyai nilai-nilai yang positif. Ini
bukan sahaja dapat menyumbang kepada pengurangan kadar pengangguran di negara ini,
malah akan dapat membolehkan industri di Malaysia berdaya saing di peringkat tempatan
dan antarabangsa.
Kembali
8
9. Soalan Tambahan 3 (ST43-3)
Apakah faktor-faktor yang dikenal pasti menjadi punca pengangguran di kalangan
graduan?
Jawapan (J43-3) :
Penawaran yang berlebihan berbanding permintaan di pasaran pekerjaan. Ini disebabkan
oleh kualiti pendidikan negara yang telah meningkat di mana ramai pelajar berjaya
menamatkan pelajaran di peringkat tinggi sama ada diploma atau ijazah. Dalam keadaan
ini, pasaran bagi sesetengah pekerjaan menjadi terhad dan menyebabkan sebahagian
graduan tidak memperoleh pekerjaan mengikut kelayakan mereka.
Ramai graduan tidak mempunyai sikap dan komitmen yang positif yang mampu
meyakinkan majikan. Sikap dan tanggapan negatif majikan terhadap graduan yang terlalu
memilih pekerjaan dari segi gaji, tempat kerja dan masa bekerja masih menjadi faktor
utama mempengaruhi tanggapan majikan sebelum menggaji graduan. Ramai graduan
yang suka bertukar-tukar kerja kerana ingin mendapatkan pekerjaan yang boleh
memberikan kepuasan dan faedah secara optimum.
Sikap kurang survival terhadap pekerjaan di kalangan graduan berlaku apabila mereka
tidak begitu serius memasuki pasaran pekerjaan. Ini disebabkan taraf hidup keluarga yang
tinggi mendorong mereka untuk memasuki pasaran pekerjaan apabila tiba keperluan
untuk bekerja.
Sesetengah majikan juga menawarkan gaji yang tidak setanding dengan kelulusan dan
kelayakan graduan dengan alasan graduan masih baru dan tidak berpengalaman.
Graduan juga tidak menyediakan diri dengan menguasai kemahiran komunikasi dalam
Bahasa Inggeris dan soft-skill sebagai tarikan kepada majikan untuk memberi peluang
pekerjaan.
Kembali
9
10. MAKLUMAT TAMBAHAN (MT43)
Kadar Pengangguran
Berdasarkan Laporan Analisis Data Tenaga Buruh Malaysia oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia, kadar pengangguran meningkat pada Januari 2009 kepada 3.8 peratus
berbanding 3.4 peratus pada Disember 2008. Peningkatan sebanyak 0.4 mata peratus ini
disebabkan oleh peningkatan ketara bilangan penganggur daripada 380.2 ribu orang
kepada 432.7 ribu orang dan penurunan bilangan penduduk bekerja daripada 10.85 juta
orang kepada 10.82 juta orang. Kadar pengangguran mencatatkan peningkatan signifikan
pada Februari 2009 kepada 4.1 peratus daripada 3.8 peratus pada Januari 2009.
Peningkatan kadar pengangguran ini disebabkan oleh peningkatan berterusan bilangan
penganggur daripada 333.5 ribu orang pada November 2008 kepada 463.9 ribu orang
pada Februari 2009. Kadar pengangguran mencatatkan penurunan 0.1 mata peratus pada
Mac 2009 iaitu kepada 4.0 peratus daripada 4.1 peratus pada Februari 2009. Ini
disumbangkan oleh penurunan bilangan penganggur sebanyak 20,400 orang iaitu
daripada 463.9 ribu kepada 443.5 ribu orang.
Pemberhentian Pekerja
Persekitaran ekonomi global semasa menyebabkan syarikat-syarikat terpaksa
memberhenti atau mengurangkan operasi yang menyumbang kepada kadar
pengangguran. Rekod Kementerian Sumber Manusia (KSM) menunjukkan jumlah
pekerja yang diberhentikan mulai Januari hingga 24 Jun 2009 adalah seramai 26,922
orang. Data menunjukkan terdapat peningkatan jumlah perberhentian pekerja pada bulan
Februari (7,132) berbanding Januari 2009 (5,812). Walau bagaimanapun, tren
perberhentian pekerja mulai bulan Februari hingga Mei telah menunjukkan penurunan di
mana jumlah pekerja yang diberhentikan pada bulan Mei 2009 adalah seramai 3,085
orang.
Kembali
1
11. Penempatan Pencari Kerja
1 Januari-25 Jun 2009 - 20,049 (9,098 melalui JobsMalaysia dan 10,951 melalui
Program Penempatan Pekerjaan (3P) )
Bagi menangani masalah peningkatan kadar pengangguran sejak 1 Oktober 2008,
pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan di bawah pakej rangsangan
ekonomi. Pelaksanaan portal atau sistem JobsMalaysia membantu para pencari kerja
dipadankan mengikut kelayakan dengan jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikat-
syarikat yang berdaftar dengan sistem ini. Penubuhan Jawatankuasa Tripartite
Pemantauan Pemberhentian Pekerja di peringkat kebangsaan dan negeri turut membantu
pencari kerja mendapatkan pekerjaan di mana secara langsung ia membantu
mengurangkan masalah pengangguran.
Kementerian juga telah menubuhkan 80 Bilik Operasi di seluruh negara bertujuan untuk:
i) Membantu penganggur dan pencari kerja mendapatkan pekerjaan.
ii) Mendapatkan maklumat terkini mengenai kekosongan jawatan.
iii) Memantau secara proaktif kekosongan jawatan di sektor awam dan swasta dan
seterusnya menguruskan penempatan pekerjaan dengan kerjasama pihak
majikan.
iv) Memantau insiden laporan pemberhentian pekerja yang menyebabkan
berlakunya pengangguran.
v) Mengumpul maklumat mengenai pemberhentian kerja tetap, pemberhentian
secara sukarela (VSS) dan pemberhentian sentara (lay-off).
vi) Memberi khidmat nasihat kepada majikan dalam garis panduan
pemberhentian pekerja, antara lainnya, memberhentikan pekerja asing terlebih
dahulu sebelum pekerja tempatan diberhentikan sekiranya pemberhentian
pekerja tidak dapat dielakkan.
Kembali
1
12. SOALAN NO: 86 (S86)
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: LISAN
DARIPADA: Y.B. DATUK SERI DR. FONG CHAN ONN
TARIKH: 30 JUN 2009
SOALAN:
Y.B. DATUK SERI DR. FONG CHAN ONN [ Alor Gajah ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan apakah kesan langkah-langkah Kementerian untuk
menarik minat pekerja tempatan untuk mengisi lebih 209,600 peluang pekerjaan dalam
lima sektor pada tahun ini seperti diumumkan Y.B. Menteri bulan lalu.
PR-022-L18470
JAWAPAN (J86):
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan melaksanakan Program Penggantian Pekerja
Asing dengan Pekerja Tempatan yang bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan
terhadap tenaga kerja asing serta membantu menempat dan meningkatkan pendapatan
pekerja tempatan secara tetap atau separuh masa. KSM mensasarkan seramai 209,675
pekerja asing dapat digantikan dengan pekerja tempatan ataupun 20,000 penempatan
pekerja tempatan sebulan.
Kembali
1
13. Sektor-sektor yang terlibat dalam program ini adalah sektor pembuatan, perkhidmatan,
perladangan, pertanian dan pembinaan. Pekerja-pekerja tempatan kurang berminat untuk
bekerja di dalam sektor tersebut kerana ianya kurang menarik di samping persekitaran
kerja yang kurang kondusif. KSM telah mengenalpasti majikan yang menggajikan
pekerja asing yang bekerja lebih daripada 3 tahun, termasuk yang telah mendapat
Perakuan Kemahiran untuk bekerja lebih daripada 5 tahun oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Selepas
mengenalpasti syarikat yang terlibat, pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja akan
membuat lawatan ke syarikat-syarikat ini dan mempromosikan program ini.
Memandangkan program ini baru sahaja dilancarkan, bilangan pekerja asing yang
digantikan dengan pekerja tempatan adalah kecil. Walau bagaimanapun, KSM akan terus
menjalankan promosi termasuk mengadakan program untuk mengubah minda pekerja
dan majikan. Kementerian percaya program ini akan mencapai kejayaan dengan adanya
komitmen dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.
Kembali
1
14. Soalan Tambahan 1 (ST86-1)
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan majikan lebih cenderung menggajikan
pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu.
JAWAPAN (J86-1):
Tuan Yang Di Pertua,
Majikan tempatan lebih cenderung menggaji pekerja asing atas sebab-sebab seperti
berikut:-
i) Sikap memilih pekerjaaan di kalangan pencari kerja tempatan serta kurang minat
untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu seperti pembinaan dan perladangan;
ii) Kesukaran untuk mengekalkan pekerja tempatan bekerja di tempat mereka dan
kekerapan pekerja tempatan bertukar pekerjaan kerana mencari peluang yang
lebih baik samaada dari segi gaji dan persekitaran. Berbanding pekerja asing di
mana mereka terikat dengan kontrak yang melarang mereka bertukar majikan
sesuka hati;
iii) Pekerja asing mudah dikawal dari segi kehadiran, masa bekerja dan displin
disamping mereka lebih komited kepada pekerjaan mereka.
Kembali
1
15. Soalan Tambahan 2 (ST86-2)
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan supaya majikan
mengutamakan penggajian rakyat tempatan berbanding pekerja asing.
Jawapan (J86-2) :
Tuan Yang Dipertua,
Penggajian pekerja asing di negara ini adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di
industri-industri tertentu terutamanya di sektor yang tidak dapat di penuhi oleh rakyat
tempatan. Untuk memastikan penggajian pekerja asing ini tidak menjejaskan peluang
pekerjaan rakyat tempatan, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah dan sedang
mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan bilangan pekerja asing seperti berikut:
Mewajibkan majikan mengiklankan kekosongan jawatan melalui portal
JobsMalaysia dan mengambil calon-calon yang sedia berdaftar di dalamnya
sebelum permohonan untuk menggajikan pekerja asing boleh dipertimbangkan.
Menetapkan siling penggajian pekerja asing mengikut sektor berasaskan
keperluan sebenar majikan dan selaras dengan keperluan guna tenaga negara;
Mengkaji semula amalan outsourcing dalam penggajian bagi mengelakkan
lambakan pekerja asing di dalam pasaran pekerjaan;
Meletakkan tanggungjawab pembayaran levi ke atas majikan bagi tujuan
mengurangkan kecenderungan majikan untuk menggaji pekerja asing berbanding
pekerja tempatan;
Kembali
1
16. Menggalakkan industri-industri yang berintensifkan buruh meningkatkan
penggunaan teknologi dan automasi dalam operasi mereka serta menggiatkan lagi
pelaksanaan industrialised building system (IBS) dalam indusri pembinaan.
Sehubungan dengan ini, program latihan kemhiran akan dipertingkatkan bagi
menyediakan tenaga kerja tempatan yang akan diperlukan oleh industri ini.
Kembali
1
17. SOALAN NO: 55 (S55)
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: LISAN
DARIPADA: Y.B. PUAN FONG PO KUAN
TARIKH: 30 JUN 2009
SOALAN:
Y.B. PUAN FONG PO KUAN [ Batu Gajah ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan pendirian Kerajaan sama ada warga Malaysia digalakkan untuk
bekerja di luar negara pada masa kemelesetan ekonomi dan pengangguran ini. Jika tidak,
mengapa. Jika ya, apakah bentuk galakan dan nyatakan sama ada caj pasport akan
dikurangkan.
PR-022-L18520
JAWAPAN (J55):
Tuan Yang di-Pertua,
Malaysia merupakan sebuah negara ke arah mengamalkan mobiliti modal insan secara
terbuka. Sehubungan dengan itu Kerajaan tidak mempunyai halangan sekiranya
warganegara Malaysia ingin bekerja di luar negara walaupun ketika negara sedang
mengalami krisis ekonomi global. Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak dan kebebasan
untuk memilih pekerjaan sama ada di dalam mahupun di luar negara dan Kerajaan tidak
dapat menghalang mereka daripada bekerja di luar negara.
Kembali
1
18. Tuan Yang di Pertua,
Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak bercadang mengadakan
langkah-langkah tertentu untuk menyekat pengaliran tenaga profesional tempatan ke luar
negara. Walau bagaimanapun, KSM sentiasa berusaha dan menggalakkan supaya
warganegara Malaysia berkepakaran yang bermastautin dan bekerja di luar negara untuk
kembali ke Malaysia bagi tujuan memanfaatkan kepakaran mereka yang diperoleh di luar
negara ke Malaysia dan membantu memajukan negara kita. Dalam usaha ini, KSM telah
menyediakan program dan insentif untuk menarik mereka kembali berkhidmat di
Malaysia bagi mengatasi masalah kekurangan pakar dan seterusnya mewujudkan
kumpulan tenaga kerja bertaraf dunia di Malaysia.
Kembali
1
19. Soalan Tambahan 1 (ST55-1)
Apakah punca-punca utama yang mendorong rakyat Malaysia terutama daripada
golongan profesional untuk bekerja di luar negara.
Jawapan (J55-1)
Di antara faktor-faktor utama yang mendorong rakyat Malaysia terutama golongan
profesional bekerja di luar negara adalah seperti berikut:
iv) Gaji dan lain-lain faedah pekerjaan yang lebih menarik ditawarkan oleh syarikat-
syarikat di luar negara seperti Singapura, Timur Tengah, Eropah dan Amerika
Syarikat dalam bidang seperti perubatan, hospitaliti, pembinaan, kewangan,
perniagaan, ICT, dan kejururawatan bekerja di negara tersebut; dan
v) Keinginan rakyat Malaysia terutamanya pelajar untuk bekerja di luar negara
setelah menamatkan pengajian bagi menimba pengalaman, meningkatkan
kemahiran dan memperoleh pendapatan yang tinggi.
Kembali
1
20. Soalan Tambahan 2 (ST55-2)
Apakah insentif-insentif yang ditawarkan oleh Kementerian untuk menarik tenaga
pakar Malaysia yang berkhidmat di luar negara kembali bekerja di Malaysia.
Jawapan (J55-2):
Kerajaan menawarkan insentif kepada rakyat Malaysia yang berkepakaran untuk pulang
dan berkhidmat di Negara ini. Antara insentif yang ditawarkan adalah:
Semua barangan persendirian yang dibawa balik dikecualikan daripada cukai;
Dua (2) buah kereta yang dibawa balik dikecualikan daripada duti import, duti eksais
dan cukai jualan. Bagi permohonan oleh suami isteri, bilangan kereta yang
dikecualikan daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan adalah dihadkan
kepada dua (2) buah kereta sahaja;
Isteri atau suami dan anak pemohon yang bukan rakyat Malaysia diberi taraf
Pemastautin Tetap (PR) dalam tempoh enam (6) bulan selepas balik ke Malaysia;
Anak-anak pemohon yang sedia ada diberi kelonggaran memasuki sekolah
antarabangsa apabila kembali ke Malaysia. Kemudahan ini tidak terpakai bagi anak-
anak pemohon yang lahir di Malaysia selepas daripada tarikh kembali bermastautin
di Malaysia;
Pemohon-pemohon yang menetap di negara yang menggunakan sistem pemanduan
sebelah kiri (left-hand drive) dibenarkan membeli dan membawa masuk kereta
daripada negara ketiga (menggunakan pemanduan sebelah kanan). Berkuat kuasa
mulai 15 Januari 2005; dan
Kembali
2
21. Bagi pemohon yang tidak dapat membawa balik kereta import ke Malaysia atas apa-
apa sebab, dibenarkan membeli kereta yang dipasang/di kilang di dalam negara dan
layak mendapat pengecualian duti eksais dan cukai jualan. Bilangan kereta dihadkan
kepada dua (2) buah sahaja termasuk kereta yang telah dibawa balik dari luar negara.
Insentif ini adalah layak diperoleh oleh pemohon yang telah diluluskan di bawah
Program Khas ini selepas 2 Mac 2005 serta pemohon yang telah diluluskan sebelum
2 Mac 2005 tetapi kembali ke Malaysia selepas 2 Mac 2005 dan masih dalam
tempoh sah laku kelulusan dari Kementerian Sumber Manusia.
Kembali
2
22. Maklumat Tambahan (MT55)
Bilangan rakyat Malaysia yang memohon untuk menukar kerakyatan kepada
kerakyatan Singapura
Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di
Singapura, mulai Januari hingga Mac 2009, seramai 1210 rakyat Malaysia yang bekerja
di Singapura memohon untuk menukar kerakyatan antaranya disebabkan mereka telah
lama bekerja di Negara tersebut..
Bilangan rakyat Malaysia yang tinggal di luar Negara
Dalam kajian oleh Winters, et al. pada tahun 2007, seramai 785, 000 atau 3.3% orang
rakyat Malaysia tinggal di luar Negara iaitu kira-kira 314,00 (40%) di Singapura, 235,500
(30%) di USA, Canada, New Zealand dan UK, 157,000 (20%) di Brunei, Filipina dan
Indonesia dan 78,500 (10%) di lain-lain Negara .
Kembali
2
23. SOALAN NO: 100 (S100)
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: LISAN
DARIPADA: Y.B. TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR
TARIKH: 24 JUN 2009
SOALAN:
Y.B. TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan jumlah pencari kerja yang berdaftar dengan Kementerian bagi
tahun 2008 dan suku pertama tahun 2009 dan nyatakan peratusan yang telah berjaya
mendapat pekerjaan dan peratusan yang masih menganggur.
PR-022-L19588
JAWAPAN (J100):
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Manusia telah mewujudkan portal JobsMalaysia yang berfungsi
sebagai hub pencarian pekerjaan dan penawaran pekerjaan secara online. Melalui
perkhidmatan ini, permohonan pencari kerja akan dipadankan dengan kekosongan
jawatan yang didaftarkan oleh syarikat-syarikat mengikut kesesuaian kelayakan
akademik dan pengalaman kerja.
Kembali
2
24. Jumlah pencari kerja baru yang mendaftar dengan JobsMalaysia pada tahun 2008 adalah
seramai 172,772 orang. Bagi suku pertama tahun 2009, seramai 75,090 pendaftar baru
telah direkodkan dalam sistem ini.
Penempatan yang telah berjaya dilakukan oleh sistem ini bagi tahun 2008 adalah seramai
25,911 atau 15%. Bagi suku pertama tahun ini pula, seramai 5,464 orang atau 7.3% telah
berjaya ditempatkan. Bilangan mereka yang berjaya dibuat penempatan mungkin lebih
tinggi sekiranya semua yang berjaya mendapat pekerjaan melaporkan kepada KSM.
Disamping itu, KSM juga berjaya membantu seramai 29,417 orang pencari kerja
mendapatkan pekerjaan melalui aktiviti-aktiviti lain yang dilaksanakan seperti Program
Penempatan Pekerjaan (3P) mulai bulan Februari 2009. Pada suku pertama tahun 2009,
melalui aktiviti yang sama, seramai 8,081 orang telah berjaya mendapat pekerjaan.
Kembali
2
25. Soalan Tambahan 1 (ST100-1)
Apakah program yang dirangka Kementerian bagi mempertingkatkan peluang
mendapatkan pekerjaan kepada golongan siswazah dan pekerja yang
diberhentikan dalam menghadapi krisis ekonomi global.
JAWAPAN (J100-1)
Tuan Yang Di Pertua,
KSM telah merancang strategi yang tertentu dalam usaha menjamin peluang pekerjaan
kepada rakyat Malaysia dalam menghadapi krisis ekonomi global yang mengakibatkan
banyak syarikat yang memberhentikan pekerja serta membekukan pengambilan pekerja
baru. Antara langkah yang diambil bagi membantu gulongan siswazah dan pekerja yagn
diberhentikan dalam konteks ini adalah :
vi) Pelaksanaan Program Penempatan Pekerjaan di seluruh negara. Program ini telah
dilancarkan pada 28 Februari 2009 di Shah Alam, Selangor.
vii) Pelaksanaan Program Latihan dan Penempatan (Train and Place) bagi pekerja
yang diberhentikan serta graduan menganggur. Di samping itu KSM juga akan
melaksanakan Program Melatih dan Mengekalkan Pekerja (Train and Retain)
dengan kerjasama industri bagi mengelakkan pekerja kehilangan pekerjaan.
viii)Membekukan kelulusan pengambilan pekerja asing bagi sektor elektrik dan
elektronik, pakaian dan tekstil serta perkhidmatan.
Kembali
2
26. SOALAN TAMBAHAN 2 (ST100-2)
Berapakah jumlah pencari kerja yang berdaftar mengikut pecahan kaum dan
jantina di Malaysia.
JAWAPAN (J100-2):
Tuan Yang di-Pertua,
Portal JobsMalaysia YANG dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia bagi
membolehkan pencari kerja mendaftar untuk memperolehi pekerjaan. Sistem ini
berupaya merekodkan bilangan pencari kerja yang mendaftar dan menggunakan aplikasi
ini.
Bilangan pencari kerja berdaftar sehingga 19 Jun 2009 adalah seperti berikut:
BILANGAN PENCARI KERJA BERDAFTAR MENGIKUT KAUM DAN
JANTINA SEHINGGA 19 JUN 2009
KAUM JANTINA
LELAKI PEREMPUAN
Melayu 128,151 156,077
Cina 4,794 4,676
India 6,750 8,623
Lain_Lain 14,663 17,793
Jumlah Besar 154,358 187,169
Kembali
2
27. SOALAN NO: 19 (S19)
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN: BERTULIS
DARIPADA: Y.B. DR. TAN SENG GIAW
SOALAN:
Y.B. DR. TAN SENG GIAW [ Kepong ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan keadaan pengangguran di negara ini dan cara-cara untuk mengatasinya.
PR-022-T20144
JAWAPAN (J19):
Tuan Yang di-Pertua,
Kadar pengangguran negara yang dicatatkan hasil dari Penyiasatan Tenaga Buruh yang
dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2008 adalah 3.3% atau
368,500 orang. Kadar ini menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan tahun
2007 iaitu 3.2% atau 351,400 orang.
Bagi mengurangkan kadar pengangguran dan membantu penganggur mendapatkan
pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melaksanakan pelbagai strategi
seperti berikut:
Kembali
2
28. i. Mewujudkan Jawatankuasa Tripartite Pemantauan Pemberhentian Pekerja di
peringkat kebangsaan dan negeri yang bertujuan untuk memantau dan mengatasi
impak krisis ekonomi terhadap pekerja yang diberhentikan.
ii Penubuhan 80 Bilik Operasi Pemantauan Pemberhentian Pekerja di seluruh
negara bagi membantu penempatan pekerjaan.
iii. Menyediakan Garis Panduan Pemberhentian Pekerja (GPPP) sebagai panduan
kepada majikan berkaitan pengurusan pemberhentian pekerja.
iv. Menganjurkan Program Penempatan Pekerjaaan (3P) (Jobs Placement Program)
sekali sebulan di 15 lokasi seluruh negara dengan menyediakan kemudahan bagi
majikan mengadakan temu duga terbuka.
v. Melaksanakan program latihan dan penempatan (Train & Place) bagi pekerja-
pekerja yang diberhentikan kerja, belia dan siswazah menganggur untuk
membolehkan mereka mendapat kemahiran baru yang diperlukan oleh pasaran
pekerjaan semasa.
vi mengadakan program CESS (Community Based Employment Support Services)
yang bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar
melalui pelbagai aktiviti dan program yang diatur dengan menggunakan
JobsMalaysia serta dibantu oleh pegawai pembimbing kerjaya dari Kementerian
saya.
Kembali
2