際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




                      PENGANTAR BAHASA MELAYU (KRB3033)

                    NAMA PENSYARAH: ABDUL RAHIM B. RAZALI

                          NAMA: MUNALIZATUL BINTI DAUD

                               NO MATRIK: D20102043877

                                   KUMPULAN: EL-A23




Pembuka Bicara:

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan walaupun tidak sesempurna yang diinginkan oleh pensyarah. Namun saya bersyukur
dengan kesihatan dan kudrat yang diberikan serta kelapangan waktu yang ada, saya berjaya juga
menyiapkannya walaupun menghadapi beberapa kekangan. Terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah tutor kumpulan saya iaitu En. Abdul Rahim b. Razali            kerana telah
memberikan tunjuk ajar serta garis panduan dalam menghasilakn penulisan ini. Terima kasih
juga kepada suami tercinta, Hisham bin Ibrahin serta anak-anak yang memahami tugas saya
sebagai seorang pelajar jarak jauh UPSI serta rakan-rakan seperjuangan yang selalu memberi
sokongan kepada saya. Saya mohon maaf andai ada kesilapan serta kelemahan dalam penulisan
tugasan ini. Harapan saya agar tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Semoga
usaha saya ini mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah.




D20102043877                                                                          Page 1
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




Soalan 1(Dialog)

Jawapan:

Guru: Siapakan nama kamu?

Norji: Nama saya Norji, cikgu.

Guru: Kamu berasal dari mana?

Norji: Saya berasal dari Kampung Pinang, cikgu.

Guru: Bagaimana keadaan kamu belajar di sini?

Norji: Saya berasa seronok belajar di sekolah ini, cikgu.

Guru: Kenapa kamu berasa seronok belajar di sini?

Norji: Di sekolah ini saya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman
dan ada juga guru yang baru menamatkan pengajian dari luar Negara, cikgu.

Guru: Apakah perasaan kamu bila cikgu menggunakan smart board?

Norji: Saya baru tahu tentang smart board dan saya berasa bersemangat untuk belajar.

Guru: Oh, dahulu sebelum adanya smart board, kamu tidak bersemangat untuk belajar ya?

Norji: Bukan begitu cikgu. Dengan adanya smart board, lebih menambahkan semangat saya
untuk belajar. Namun walaupun ada banyak kebaikan ada juga kelemahannya cikgu.

Guru: Apakah kelemahan ataupun kekurangan smart board, Norji?

Norji: Penggunaannnya terhad cikgu. Paparan yang singkat menyebabkan saya tidak sempat
untuk menyalin nota.

Guru: Oh, maksud kamu masa terhad apabila menggunakan smart board?




D20102043877                                                                             Page 2
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




Norji: Ya, cikgu. Masa terhad sebab terdapatnya masalah teknikal semasa menggunakannya,
maka saya tidak sempat untuk menyalin nota.




Soalan 2 ( Esei)

Bincangkan lima(5) peranan yang anda boleh lakukan dalam menjayakan Dasar MBMMBI.




PENGENALAN

Kabinet telah memutuskan untuk memansuhkan PPSMI( Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris) pada tahun 2012 setelah mendapati dasar tersebut gagal
mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid dan
pada masa yang sama turut menjejaskan pencapaian murid khususnya bagi murid yang berada di
luar Bandar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Langkah kabinet dengan memansuhkan
PPSMI setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang
menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan oleh
kerajaan. Pemantauan Kementerian     Pelajaran Malaysia pada tahun 2008 mendapati hanya
sebilangan guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Matematik dan Sains dan sebilangan guru menggunakan dwi bahasa. Namun
pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris.
Sebaliknya penguasaan bahasa Inggeris murid akan dipertingkatkan dengan beberapa langkah
penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris. Kenyataan ini
telah disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika membuat pengumuman mengenai
strategi  Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)




D20102043877                                                                        Page 3
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




baru-baru ini. Pengerusi Gerakan Pemansuhan PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut
menyokong dasar baru ini dan berharap bahasa Malaysia akan dijadikan teras utama dalam
pembinaan gagasan 1 Malaysia. Satu pendekatan (soft landing)1 akan diambil untuk memastikan
pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di
bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas. Yang lama dikelek, yang baharu di dukung.

SEJARAH PPSMI




Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris(PPSMI) ialah nama
rasmi satu dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa
kebangsaan ataupun bahasa             ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan
Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI ini sering menjadi isu perdebatan yang
hangat semenjak dilaksanakan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun
2003.

RASIONAL DASAR PPSMI

Di atas dasar keperihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber manusia, maka wujudlah
satu peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris. Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi
asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai
inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat
mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Selain itu
bahasa Inggeris merupakan bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini
memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.




1
    Perubahan secara perlahan dan berperingkat



D20102043877                                                                            Page 4
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




PERANAN BAHAGIAN BUKU TEKS(BBT) DALAM PPSMI

Peranan BBT telah bermula sejak 2002 sebaik sahaja kabinet memutuskan dasar PPSMI
dilaksanakan mulai tahun 2003. BBT berperanan dalam menguruskan penghasilan dan
pembekalan Pakej Buku Teks dan Buku Glosori Sains dan Matematik untuk sekolah rendah dan
menengah. Beberapa perubahan telah dilakukan oleh BBT yang melibatkan komponen bagi
Pakej Buku Teks Sains dan Matematik dengan tujuan membantu guru dan murid dalam
menjayakan program PPSMI ini dan antaranya ialah Pakej Buku Teks Matematics Year 1
merangkumi komponen buku teks, buku aktiviti, cd-rom untuk murid(MyCD), CD-ROM untuk
guru dan panduan guru.

KRONOLOGI PPSMI

19 Julai 2002

-PPSMI termaktub sebagai keputusan dasar Kerajaan Malaysia hasil dari Mesyuarat Jemaah
Menteri pada Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr
Mahathir b. Mohamad.

Tahun 2003

-Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat bermula pada
sesi persekolahan yahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid tahun 1 untuk peringkat
Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingakatn 6 Rendah untuk peringkat sekolah Menengah.

Tahun 2007

-Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat Sekolah Menengah. Kelompok pelajar sekolah
menengah pertama yang melalui PPSMI mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)
dan keputusan rasmi memperlihatkan peningkatan khususnya bagi mata pelajaran berkenaan
ilmu sains dan matematik.




D20102043877                                                                        Page 5
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




Tahun 2008

-Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah. Seramai 518,616 orang murid
sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). Para murid
dipilihan menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau
Tamil atau selebihnya lebih dari satu bahasa tersebut. Seramai 159,234 murid(31%) menjawab
kertas soalan Sains dalam bahasa Inggeris sementara untuk kertas Matematik bilangannya ialah
238,153 orang(46%). Presiden Kesatuan Guru-Guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri b
Mohd Arshad mempertikaikan keputusan ini dan mendakwa seramai 31.1% murid yang
menguasai pembelajaran itu dari kalangan murid yang tinggal di kawasan Bandar.

April 2008

-Pemimpin de faco Parti Keadilan Rakyat, DSAI telah menyatakan tidak akan bertolaj ansur
mengenai kedudukan bahasa kebangsaan. Sekitar akhir tahun 2008 dan awal 2009, Gerakan
Mansuhkan PPSMI(GPM) ditubuhkan dan dipimpin oleh Datuk Hassan Ahmad, bekas Ketua
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

31 Januari 2008

-GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, pusat membeli-belah Sogo di
Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato Dr Abdul Aziz Abdul
Rahman berkata PPSMI tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen
17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan
tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Malaysia.

Kesimpulan Dasar PPSMI

Keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik
dalam Sains dan Matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya
adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung PPSMI diharapkan akan tururt
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja di kalangan guru malahan di kalangan
murid juga.




D20102043877                                                                          Page 6
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




DASAR MBMMBI

PENGENALAN

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
adalah dasar yang menggantikan Dasar PPSMI dan dirangka akan dilaksanakan pada tahun 2012
namun pihak kerajaan mengkaji untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar baru ini bagi murid
Tahun 1 mulai 2011 yang lalu .Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyatakan bahawa murid Tahun 1 mulai 2011 tidak terlibat dengan dasar lama. Pelaksanaan
dasar MBMMBI bagi murid Tahun 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4 pula akan bermua pada tahun
2012. Langkah itu katanya adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat
persediaan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran
disediakan secara teratur. Beliau juga menyatakan bahwa dasar MBMMBI ini adalah selaras
dengan keperluan Negara untuk memartabatkan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
Dasar MBMMBI yang dilaksanakan oleh kerajaan ini adalah satu dasar baru yang merupakan
sebahagian daripada proses penambaibaikan berterusan dasar pendidikan Negara.Keputusan
mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malsyia di sekolah kebangsaan
merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuhkan dan memartabatkan
kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara.

       Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sulatan Idris(UPSI),
Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar baru iaitu MBMMBI yang
menggantikan dasar PPSMI tidak boleh dilengahkan lebih lama kerana sejak PPSMI
diperkenalkan enam tahun dahulu, ia memberi kesan negatif kepada murid sekolah rendah
khususnya murid di kawasan luar bandar. Pihak Kementerian juga telah membentuk enam
jawatnkuasa kecil sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar MBMMBI ini. Jawatankuasa ini
bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks,
lojistik, personel dan penerangan. Melalui kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh
warga pendidik dalam menjayakan dasar ini akan dapat mencapai matlamat menambahbaik
kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara.




D20102043877                                                                              Page 7
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




RASIONAL DASAR MBMMBI

Antara rasional dasar MBMMBI ialah:

i. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran sains dan Matematik di
sekolah rendah dan menengah menghakis bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang
tersebut.

ii. Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata
pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an lagi.

iii.Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan
mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

PELAKSANAAN

Pelaksanaan dasar MBMMBI ini adalah seperti berikut:

i. Bermula dengan Tahun 1 dan 4, tingakatan 1 dan 4. Pada masa yang sama Bahasa Cina di
gunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SKJT.

ii.Perubahan tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

iii.Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun.

iv.Peperiksaan SPM, Sains dan matematik dalam dwi bahasa sehingga tahun 2015.

STRATEGI PERKUAT DASAR MBMMBI

       Pihak Kerajaan telah merangka beberapa strategi bagi memartabatkan Bahasa Malaysia
dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris bagi menjayakan dasar MBMMBI ini. Antaranya
ialah penggunaan bahasa Malaysia dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik bagi
pelajar tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan manakala
penggunaan bahasa ibunda masing-masing bagi SJK. Selain itu, penambahan waktu dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di SJKC dan SJKT iaitu
penambahan 30 minit bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk Tahap 1 menjadikan
keseluruhannya 300 minit dan 90 minit untuk Tahap 2 dengan keseluruhan 270 minit. Manakala




D20102043877                                                                         Page 8
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris penambahan masa 90 minit menjadikan keseluruhan 300
minit di Sekolah Kebangsaan dan 150 minit untuk Sekolah Jenis Kebangsaan. Tumpuan
penggunaan teknologi dan maklumat selaras membangunkan generasi murid berkemahiran
dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi( ICT) dan seterusnya menjana ilmu dan
teknologi baru dalam bidang sains dan seumpamanya pada masa akan datang serta menyediakan
bahan bacaan Bahasa Malaysia. Selain itu, memperkenalkan seni bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa.

       Transformasi kurikulum sekolah atau lebih dikenali sebagai Kurikulum standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan dilaksanakan untuk murid Tahun 1 pada tahun ini dengan beberapa
pendekatan umpamanya penekanan terhadap literasi asas Bahasa Malaysia dan Inggeris melalui
modul pengajaran dan pembelajaran asas berbahasa seperti kaedah phonics dan penmanship,
elemen didik hibur dan seni bahasa manakala pengajaran dan pembelajaran tatabahasa pula
berasaskan system bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu. Aktiviti ko-akademik
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melalui aktiviti bahasa seperti choral speaking,
deklamasi sajak, drama, spelling bee dan story telling untuk memberi ruang kepada murid
menonjolkan bakat dan minat masing-masing seterusnya mencapai kejayaan di peringkat lebih
tinggi lagi. Program bahasa seperti Program Literasi dan Numerasi di bawah Bidang
Keberhasilan Utama Negara(NKRA), Program 3M( PROTIM) untuk menangani masalah murid
sekolah rendah Tahap 2 yang masih lemah dalam membaca, menulis dan mengira.

       Strategi yang lain ialah menyediakan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi
pengambilan guru bersara, guru dari luar Negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui
IPGM dan IPTA.Kualiti guru menjadi elemen penting dalam usaha menjayakan dasar
MBMMBI. Justeru, Kementerian Pelajaran memberi tumpuan:

i. Menyediakan standard Guru Malaysia (SGM) yang mengandungi komponen standard dan
keperluan sebagai rujukan piawaian kualiti guru di seluruh Negara.

ii. Meningkatkan jumlah guru siswazah dan guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang
berkualiti. Guru yang layak ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian diperingkat
sarjana dan doctor falsafah.




D20102043877                                                                              Page 9
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




iii. Mengenal pasti Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk dijadikan pusat kecemerlangan bahasa
dalam latihan dan kursus pra dan dalam perkhidmatan.

iv. Melaksanakan Program Penutur Jati dengan melantik 360 penutur jati dari luar Negara
sebagai mentor di 1,800 buah sekolah rendah manakala 15 sebagai traning fellows di Pusat
Kecemerlangan Bahasa Inggeris.

           Pihak kerajaan juga merangka strategi bagi memperkuatkan lagi dasar MBMMBI ini
dengan menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris dan memperkenalkan language arts dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN DASAR MBMMBI

          Guru merupakan penggerak utama dalam menjayakan dasar MBMMBI ini agar ianya
selaras dengan hasrat Kerajaan bagi memartabatkan pengunaan Bahasa Malaysia yang
merupakan Bahasa Kebangsaan Negara kita dan selari dengan hasrat Kerajaan untuk
memperkukuhkan penggunaan Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa dunia agar kita mampu
bersaing di peringkat antarabangsa dengan melahirkan generasi yang bertaraf dunia pada masa
akan datang.( Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang)2. Oleh
itu, usaha semua pihak amatlah diperlukan bagi menjayakan dasar MBMMBI.

Antara peranan guru ialah:

i. Guru sebagai agen penyampai maklumat dan penyebar ilmu.




             Rajah1: Penggunaan laras bahasa dan gaya bahasa yang betul di bilik darjah.




2
    Sesuatu yang diinginkan tidak akan diperolehi dengan mudah.



D20102043877                                                                               Page 10
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




Guru sebagai seorang yang berpendidikan adalah merupakan agen penyampai maklumat kepada
murid-muridnya agar murid-murid mendapat informasi yang betul tentang sesuatu topik dengan
mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi dalam bidang Bahasa Malaysia mahupun Bahasa
Inggeris serta mampu menjadi pakar rujuk kepada murid yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Guru haruslah merancang strategi dalam menterjemahkan ilmu yang diberikan
dengan menggunakan pelbagai kaedah yang boleh menarik perhatian murid dan seterusnya
memupuk perasaan cintakan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan serta memahami
peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa global. Guru juga seharusnya menjadi model bahasa
dengan menggunakan laras bahasa yang betul ketika bercakap dengan murid, rakan-rakan guru ,
ibu bapa serta pihak pentadbir dan masyarakat. Elakkan penggunaan kata pasar , (dialek)3 dan
bahasa yang ringkas kerana ini bisa mengelirukan murid. Ini amat penting agar murid tahu
tentang peradaban mengggunakan bahasa yang betul dan mengikut laras bahasa yang standard.
Seperti ketam mengajar anaknya berjalan begitulah peranan guru, jangan guru pula yang
mencemarkan bahasa. Begitu juga dengan penggunaan bahasa Inggeris. Peranan guru ialah
memastikan murid faham tentang apa yang dituturkan dan guru sebaiknya menggunakan laras
bahasa yang rendah dan memudahkan pemahaman murid terutama ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Guru juga harus memperbetulkan kesilapan bahasa murid secara
spontan agar murid tidak melakukan kesilapan yang sama untuk masa hadapan. Guru sebagai
penyebar ilmu bertanggungjawab menyebarkan ilmu serta kemahiran kepada murid serta
mewujudkan budaya cintakan ilmu sejajar dengan salah satu pernyataan yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru berperanan memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi
teladan bagi murid mencontohi serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam
kehidupan mereka. Ini dapat melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan terutama
dalam bidang bahasa bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini.




3
    Loghat sesuatu negeri ataupun daerah



D20102043877                                                                        Page 11
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




2. Guru berperanan sebagai pemupuk budaya membaca.




                              Rajah 2: Memupuk minat membaca di usia muda.

Guru juga berperanan sebagai pemupuk budaya membaca di kalangan murid-murid bagi
melahirkan generasi yang berjaya selari dengan hasrat Dasar MBMMBI memartabatkan
pengunaan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan
murid-murid. (Melentur buluh biarlah dari rebungnya)4. Walau apa sahaja kecanggihan
perkakasan dan perisian yang digunakan dalam system penyampaian maklumat, membaca
merupakan satu proses yang amat diperlukan untuk mengakses, menterjemah dan akhirnya
memahami maklumat tersebut. Proses ini berlaku di sekolah dan guru merupakan sumber uatama
yang mampu memupuk budaya membaca ini dalam kalangan murid. Memang tidak dapat
dinafikan membaca merupakan proses yang bosan serta tidak digemari oleh sebahagian besar
murid-murid. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana membaca memerlukan daya tumpuan
yang tinggi. Sedangkan isi bacaan, gaya penulisan dan olahan serta susunan grafik yang terdapat
pada halaman-halaman buku tersebut amat mempengaruhi daya tarikan membaca. Tidak
hairanlah kenapa buku-buku atau majalah yang mempunyai saiz huruf yang besar serta susunan
grafik yang menarik dan berwarna-warni menjadi pilihan murid. Guru memainkan peranan yang
penting dalam usaha memupuk budaya membaca sama ada bahan bahasa Malaysia mahupun
bahan bahasa Inggeris bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini.

3. Guru sebagai pakar rujuk.

Pakar rujuk bermaksud seseorang guru tersebut akan menjadi bahan rujukan bagi rakan sekerja
dan juga murid-murid. Oleh demikian, seorang guru yang ingin menjadi pakar rujuk mestilah
mempunyai kriteria-kriteria berikut:


4
    . mendidik anak biarlah dari usia muda



D20102043877                                                                           Page 12
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




1. Mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam mata pelajaran yang
   diajarnya.
2. Menguasai pengetahuan mata pelajaran dan kemahiran-kemahiran yang lain.
3. Berjaya mencari, mengenalpasti dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh
   pelajar dan rakan sekerja.
Sebagai seorang pakar rujuk, guru seharusnya mempunyai ciri guru yang berilmu,
berpengetahuan luas, mengetahui kebenaran sesuatu perkara dan mempunyai keyakinan dalam
melakukan serta menyelesaikan sesuatu bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini. Peranan guru
sebagai pakar rujuk bermakna guru itu mempunyai kesanggupan dalam menggunakan ilmunya
untuk menegakkan kebenaran dan keadilan terutama ketika menjalankan tugas di sekolah dan di
dalam kelas khususnya serta sanggup memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada
dirinya sendir, anak murid, ibu bapa serta masyarakat. Guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris perlu memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi yang
mereka miliki serta mahu untuk menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberi
pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa
daripada pakar dari dalam dan luar Negara. Oleh itu guru akan mampu menjadi pakar rujuk
yang paling berkesan bukan sahaja di kalangan murid-murid, malahan masyarakat juga
meletakkan sepenuh kepercayaan kepada guru dalam melahirkan generasi yang mampu bersaing
di peringkat dunia.


4. Guru sebagai pemupuk budaya cintakan ilmu.


Budaya Ilmu bermaksud sesuatu perkara atau amalan baik yang diamalkan oleh seseorang
manakala ilmu pula merupakan susunan konsep sesuatu perkara yang mempunyai perkaitan
dengan kehidupan dan kesejahteraan manusia. Begitulah juga dengan peranan guru sebagai
pemupuk budaya cintakan ilmu di kalangan murid-murid bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini.
Guru wajar memiliki ilmu untuk menjadi seorang yang berkesan antaranya ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan mata pelajaran yang di ajar terutama bagi guru Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris. Ilmu merupakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kefahaman atau
pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang amat berguna terutamanya kepada warga pendidik.
Pengetahuan tersebut berhubungan dengan penemuan tentang sesuatu perkara di dunia ini




D20102043877                                                                       Page 13
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




melalui cara yang sistematik. Ilmu pengetahuan tidak hanya sebuah kumpulan pengetahuan
tetapi juga sebuah proses penyelidikan. Ilmu pengetahuan juga merupakan proses yang
mempunyai kesinambungan untuk mencari pengetahuan baru, penjelasan baru dan pemahaman-
pemahaman yang lebih dalam agar ianya dapat diaplikasikan oleh guru-guru terhadap anak
muridnya bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini.


5. Guru sebagai egen sosialisasi


Guru memberi peluang kepada murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
difikirkan sesuai untuk perkembangan diri serta masyarakat. Antaranya menggalakkan murid
menyertai aktiviti seperti pertandingan bercerita, choral speaking, deklamasi sajak, spelling bee
dan story telling untuk memberi ruang kepada murid menonjolkan minat dan bakat masing-
masing seterusnya mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi. Ini dapat melahirkan murid yang
berani, punyai keyakinan diri yang tinggi dan mampu berdaya saing. Guru juga berperanan
membawa ilmu pengetahuan dan mengajarnya kepada masyarakat di samping mengubah cara
hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai pengetahuan yang boleh digunakan dalam
kehidupan seharian. Selain itu guru juga berperanan memodenkan cara hidup masyakarat
setempat dengan ilmu-ilmu terkini yang diajarkan kepada mereka. Oleh itu guru mampu
membawa perubahan-perubahan baru untuk memenuhi aspirasi dan kehendak murid, masyarakat
dan negara yang semakin kompleks dan progresif. Iklim sekolah yang dinamik dan memenuhi
keperluan dan cabaran masa depan yang sering berubah serta meningkatkan dari semasa ke
semasa mampu menjayakan Dasar MBMMBI ini.


RUMUSAN


Bak kata pepatah Melayu5,(Bara yang digenggam, biarlah sampai menjadi arang). Begitulah
hasrat Kerajaan bagi memastikan agar Dasar MBMMBI mampu merealisasikan harapan bagi
mengatasi kelemahan yang terdapat dalam Dasar PPSMI. Secara umumnya, pengenalan dasar
MBMMBI jelas bukan sahaja bertujuan melahirkan generasi yang berkeyakinan untuk bertutur
dan mempraktikkan penggunaan Bahasa Malaysia dan Inggeris standard dalam perbualan, malah


5
    Sesuatu yang dilakukan biarlah hingga mencapai kejayaan.



D20102043877                                                                             Page 14
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




menggunakan kelebihan sedemikian untuk sebarang urusan rasmi, penerokaan ilmu serta
pengisiannya di bidang kerjaya pada suatu masa kelak. Kefasihan dan keyakinan penggunaan
Bahasa Malaysia dapat dipupuk melalui bahasa pengantar utama dalam pendidikan. Pengukuhan
bahasa ini di peringkat awal persekolahan akan memperkasakan penguasaan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan dan penggunaanya dalam bidang lain termasuk
undang-undang, penyiaran dan sector tertentu. Tidak hairanlah usaha meletakkan Bahasa
Malaysia ditempat sewajarnya dilaksanakan melalui beberapa langkah di sekolah dan paling
utama ialah penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi mata
pelajaran sains dan matematik.


       Menerusi penekanan terhadap penguasaan Bahasa Inggeris pula dilihat dapat membantu
generasi baru bersaing di arena antarabangsa serta menguasai pemindahan teknologi dan
maklumat. Apa yang jelas, pembudayaan Bahasa Malaysia dan penguasaan Bahasa Inggeris
yang bermula di peringkat sekolah juga akan menjurus kepada mencapai matlamat membentuk
perpaduan kebangsaan untuk membangunkan perpaduan kebangsaan untuk membangunkan
sebagai negara ekonomi baru dalam dunia global yang dinamik dan semakin mencabar. Malah
dasar MBMMBI yang mengambil kira maklum balas pelbagai pihak diyakini berupaya
membentuk generasi 1 Malaysia yang mempunyai jati diri kuat, progresif serta mempunyai
minda kritis, kreatif dan inovatif. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Ayuh rakan
guru, kita laksanakan dasar ini dengan jayanya.




D20102043877                                                                         Page 15
PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033)




BIBLIOGRAFI


1. Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007) Bahasa Melayu Apa Susah Jadi?. Percetakan Zafar
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.


2.Ahmad Adam. (1994) Isu Bahasa dan Pembentukan Bangsa. Sarjana Enterprise, Kuala
Lumpur.


3.Kulanzsalleh.com/guru dan alam pendidikan


4.i.puisi.com/koleksi peribahasa Melayu


5.Kosmo online 21 Oktober 2009


6. Wiki pedia.org


7.Dr Aminuddin Mansor (2011) Bahasa Melayu Bahasa Ilmu, Kalau Bukan Kita Siapa Lagi?
Harian Metro. November 2011


8. Sisipan. (2011) Untungnya MBMMBI mampu lahir generasi fasih Bahasa Malaysia,
Inggeris, Harian Metro, September 2011




D20102043877                                                                  Page 16

More Related Content

Pengantar bahasa melayu(krb 3033)

  • 1. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) PENGANTAR BAHASA MELAYU (KRB3033) NAMA PENSYARAH: ABDUL RAHIM B. RAZALI NAMA: MUNALIZATUL BINTI DAUD NO MATRIK: D20102043877 KUMPULAN: EL-A23 Pembuka Bicara: Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun tidak sesempurna yang diinginkan oleh pensyarah. Namun saya bersyukur dengan kesihatan dan kudrat yang diberikan serta kelapangan waktu yang ada, saya berjaya juga menyiapkannya walaupun menghadapi beberapa kekangan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah tutor kumpulan saya iaitu En. Abdul Rahim b. Razali kerana telah memberikan tunjuk ajar serta garis panduan dalam menghasilakn penulisan ini. Terima kasih juga kepada suami tercinta, Hisham bin Ibrahin serta anak-anak yang memahami tugas saya sebagai seorang pelajar jarak jauh UPSI serta rakan-rakan seperjuangan yang selalu memberi sokongan kepada saya. Saya mohon maaf andai ada kesilapan serta kelemahan dalam penulisan tugasan ini. Harapan saya agar tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Semoga usaha saya ini mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah. D20102043877 Page 1
  • 2. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) Soalan 1(Dialog) Jawapan: Guru: Siapakan nama kamu? Norji: Nama saya Norji, cikgu. Guru: Kamu berasal dari mana? Norji: Saya berasal dari Kampung Pinang, cikgu. Guru: Bagaimana keadaan kamu belajar di sini? Norji: Saya berasa seronok belajar di sekolah ini, cikgu. Guru: Kenapa kamu berasa seronok belajar di sini? Norji: Di sekolah ini saya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman dan ada juga guru yang baru menamatkan pengajian dari luar Negara, cikgu. Guru: Apakah perasaan kamu bila cikgu menggunakan smart board? Norji: Saya baru tahu tentang smart board dan saya berasa bersemangat untuk belajar. Guru: Oh, dahulu sebelum adanya smart board, kamu tidak bersemangat untuk belajar ya? Norji: Bukan begitu cikgu. Dengan adanya smart board, lebih menambahkan semangat saya untuk belajar. Namun walaupun ada banyak kebaikan ada juga kelemahannya cikgu. Guru: Apakah kelemahan ataupun kekurangan smart board, Norji? Norji: Penggunaannnya terhad cikgu. Paparan yang singkat menyebabkan saya tidak sempat untuk menyalin nota. Guru: Oh, maksud kamu masa terhad apabila menggunakan smart board? D20102043877 Page 2
  • 3. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) Norji: Ya, cikgu. Masa terhad sebab terdapatnya masalah teknikal semasa menggunakannya, maka saya tidak sempat untuk menyalin nota. Soalan 2 ( Esei) Bincangkan lima(5) peranan yang anda boleh lakukan dalam menjayakan Dasar MBMMBI. PENGENALAN Kabinet telah memutuskan untuk memansuhkan PPSMI( Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) pada tahun 2012 setelah mendapati dasar tersebut gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid dan pada masa yang sama turut menjejaskan pencapaian murid khususnya bagi murid yang berada di luar Bandar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Langkah kabinet dengan memansuhkan PPSMI setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan. Pemantauan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2008 mendapati hanya sebilangan guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Matematik dan Sains dan sebilangan guru menggunakan dwi bahasa. Namun pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris. Sebaliknya penguasaan bahasa Inggeris murid akan dipertingkatkan dengan beberapa langkah penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris. Kenyataan ini telah disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika membuat pengumuman mengenai strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) D20102043877 Page 3
  • 4. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) baru-baru ini. Pengerusi Gerakan Pemansuhan PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut menyokong dasar baru ini dan berharap bahasa Malaysia akan dijadikan teras utama dalam pembinaan gagasan 1 Malaysia. Satu pendekatan (soft landing)1 akan diambil untuk memastikan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas. Yang lama dikelek, yang baharu di dukung. SEJARAH PPSMI Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris(PPSMI) ialah nama rasmi satu dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan ataupun bahasa ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI ini sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. RASIONAL DASAR PPSMI Di atas dasar keperihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber manusia, maka wujudlah satu peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Selain itu bahasa Inggeris merupakan bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. 1 Perubahan secara perlahan dan berperingkat D20102043877 Page 4
  • 5. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) PERANAN BAHAGIAN BUKU TEKS(BBT) DALAM PPSMI Peranan BBT telah bermula sejak 2002 sebaik sahaja kabinet memutuskan dasar PPSMI dilaksanakan mulai tahun 2003. BBT berperanan dalam menguruskan penghasilan dan pembekalan Pakej Buku Teks dan Buku Glosori Sains dan Matematik untuk sekolah rendah dan menengah. Beberapa perubahan telah dilakukan oleh BBT yang melibatkan komponen bagi Pakej Buku Teks Sains dan Matematik dengan tujuan membantu guru dan murid dalam menjayakan program PPSMI ini dan antaranya ialah Pakej Buku Teks Matematics Year 1 merangkumi komponen buku teks, buku aktiviti, cd-rom untuk murid(MyCD), CD-ROM untuk guru dan panduan guru. KRONOLOGI PPSMI 19 Julai 2002 -PPSMI termaktub sebagai keputusan dasar Kerajaan Malaysia hasil dari Mesyuarat Jemaah Menteri pada Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir b. Mohamad. Tahun 2003 -Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat bermula pada sesi persekolahan yahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingakatn 6 Rendah untuk peringkat sekolah Menengah. Tahun 2007 -Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat Sekolah Menengah. Kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan keputusan rasmi memperlihatkan peningkatan khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. D20102043877 Page 5
  • 6. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) Tahun 2008 -Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah. Seramai 518,616 orang murid sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). Para murid dipilihan menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau selebihnya lebih dari satu bahasa tersebut. Seramai 159,234 murid(31%) menjawab kertas soalan Sains dalam bahasa Inggeris sementara untuk kertas Matematik bilangannya ialah 238,153 orang(46%). Presiden Kesatuan Guru-Guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri b Mohd Arshad mempertikaikan keputusan ini dan mendakwa seramai 31.1% murid yang menguasai pembelajaran itu dari kalangan murid yang tinggal di kawasan Bandar. April 2008 -Pemimpin de faco Parti Keadilan Rakyat, DSAI telah menyatakan tidak akan bertolaj ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan. Sekitar akhir tahun 2008 dan awal 2009, Gerakan Mansuhkan PPSMI(GPM) ditubuhkan dan dipimpin oleh Datuk Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. 31 Januari 2008 -GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata PPSMI tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Malaysia. Kesimpulan Dasar PPSMI Keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam Sains dan Matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung PPSMI diharapkan akan tururt meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja di kalangan guru malahan di kalangan murid juga. D20102043877 Page 6
  • 7. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) DASAR MBMMBI PENGENALAN Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah dasar yang menggantikan Dasar PPSMI dan dirangka akan dilaksanakan pada tahun 2012 namun pihak kerajaan mengkaji untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar baru ini bagi murid Tahun 1 mulai 2011 yang lalu .Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa murid Tahun 1 mulai 2011 tidak terlibat dengan dasar lama. Pelaksanaan dasar MBMMBI bagi murid Tahun 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4 pula akan bermua pada tahun 2012. Langkah itu katanya adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat persediaan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan secara teratur. Beliau juga menyatakan bahwa dasar MBMMBI ini adalah selaras dengan keperluan Negara untuk memartabatkan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Dasar MBMMBI yang dilaksanakan oleh kerajaan ini adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambaibaikan berterusan dasar pendidikan Negara.Keputusan mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malsyia di sekolah kebangsaan merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuhkan dan memartabatkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara. Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sulatan Idris(UPSI), Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar baru iaitu MBMMBI yang menggantikan dasar PPSMI tidak boleh dilengahkan lebih lama kerana sejak PPSMI diperkenalkan enam tahun dahulu, ia memberi kesan negatif kepada murid sekolah rendah khususnya murid di kawasan luar bandar. Pihak Kementerian juga telah membentuk enam jawatnkuasa kecil sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar MBMMBI ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan. Melalui kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan dasar ini akan dapat mencapai matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara. D20102043877 Page 7
  • 8. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) RASIONAL DASAR MBMMBI Antara rasional dasar MBMMBI ialah: i. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut. ii. Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an lagi. iii.Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu. PELAKSANAAN Pelaksanaan dasar MBMMBI ini adalah seperti berikut: i. Bermula dengan Tahun 1 dan 4, tingakatan 1 dan 4. Pada masa yang sama Bahasa Cina di gunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SKJT. ii.Perubahan tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi. iii.Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun. iv.Peperiksaan SPM, Sains dan matematik dalam dwi bahasa sehingga tahun 2015. STRATEGI PERKUAT DASAR MBMMBI Pihak Kerajaan telah merangka beberapa strategi bagi memartabatkan Bahasa Malaysia dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris bagi menjayakan dasar MBMMBI ini. Antaranya ialah penggunaan bahasa Malaysia dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik bagi pelajar tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan manakala penggunaan bahasa ibunda masing-masing bagi SJK. Selain itu, penambahan waktu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di SJKC dan SJKT iaitu penambahan 30 minit bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk Tahap 1 menjadikan keseluruhannya 300 minit dan 90 minit untuk Tahap 2 dengan keseluruhan 270 minit. Manakala D20102043877 Page 8
  • 9. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris penambahan masa 90 minit menjadikan keseluruhan 300 minit di Sekolah Kebangsaan dan 150 minit untuk Sekolah Jenis Kebangsaan. Tumpuan penggunaan teknologi dan maklumat selaras membangunkan generasi murid berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi( ICT) dan seterusnya menjana ilmu dan teknologi baru dalam bidang sains dan seumpamanya pada masa akan datang serta menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia. Selain itu, memperkenalkan seni bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Transformasi kurikulum sekolah atau lebih dikenali sebagai Kurikulum standard Sekolah Rendah (KSSR) dan dilaksanakan untuk murid Tahun 1 pada tahun ini dengan beberapa pendekatan umpamanya penekanan terhadap literasi asas Bahasa Malaysia dan Inggeris melalui modul pengajaran dan pembelajaran asas berbahasa seperti kaedah phonics dan penmanship, elemen didik hibur dan seni bahasa manakala pengajaran dan pembelajaran tatabahasa pula berasaskan system bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu. Aktiviti ko-akademik peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melalui aktiviti bahasa seperti choral speaking, deklamasi sajak, drama, spelling bee dan story telling untuk memberi ruang kepada murid menonjolkan bakat dan minat masing-masing seterusnya mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi lagi. Program bahasa seperti Program Literasi dan Numerasi di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA), Program 3M( PROTIM) untuk menangani masalah murid sekolah rendah Tahap 2 yang masih lemah dalam membaca, menulis dan mengira. Strategi yang lain ialah menyediakan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar Negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA.Kualiti guru menjadi elemen penting dalam usaha menjayakan dasar MBMMBI. Justeru, Kementerian Pelajaran memberi tumpuan: i. Menyediakan standard Guru Malaysia (SGM) yang mengandungi komponen standard dan keperluan sebagai rujukan piawaian kualiti guru di seluruh Negara. ii. Meningkatkan jumlah guru siswazah dan guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang berkualiti. Guru yang layak ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian diperingkat sarjana dan doctor falsafah. D20102043877 Page 9
  • 10. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) iii. Mengenal pasti Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk dijadikan pusat kecemerlangan bahasa dalam latihan dan kursus pra dan dalam perkhidmatan. iv. Melaksanakan Program Penutur Jati dengan melantik 360 penutur jati dari luar Negara sebagai mentor di 1,800 buah sekolah rendah manakala 15 sebagai traning fellows di Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris. Pihak kerajaan juga merangka strategi bagi memperkuatkan lagi dasar MBMMBI ini dengan menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris dan memperkenalkan language arts dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN DASAR MBMMBI Guru merupakan penggerak utama dalam menjayakan dasar MBMMBI ini agar ianya selaras dengan hasrat Kerajaan bagi memartabatkan pengunaan Bahasa Malaysia yang merupakan Bahasa Kebangsaan Negara kita dan selari dengan hasrat Kerajaan untuk memperkukuhkan penggunaan Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa dunia agar kita mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan melahirkan generasi yang bertaraf dunia pada masa akan datang.( Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang)2. Oleh itu, usaha semua pihak amatlah diperlukan bagi menjayakan dasar MBMMBI. Antara peranan guru ialah: i. Guru sebagai agen penyampai maklumat dan penyebar ilmu. Rajah1: Penggunaan laras bahasa dan gaya bahasa yang betul di bilik darjah. 2 Sesuatu yang diinginkan tidak akan diperolehi dengan mudah. D20102043877 Page 10
  • 11. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) Guru sebagai seorang yang berpendidikan adalah merupakan agen penyampai maklumat kepada murid-muridnya agar murid-murid mendapat informasi yang betul tentang sesuatu topik dengan mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi dalam bidang Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris serta mampu menjadi pakar rujuk kepada murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Guru haruslah merancang strategi dalam menterjemahkan ilmu yang diberikan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang boleh menarik perhatian murid dan seterusnya memupuk perasaan cintakan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan serta memahami peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa global. Guru juga seharusnya menjadi model bahasa dengan menggunakan laras bahasa yang betul ketika bercakap dengan murid, rakan-rakan guru , ibu bapa serta pihak pentadbir dan masyarakat. Elakkan penggunaan kata pasar , (dialek)3 dan bahasa yang ringkas kerana ini bisa mengelirukan murid. Ini amat penting agar murid tahu tentang peradaban mengggunakan bahasa yang betul dan mengikut laras bahasa yang standard. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan begitulah peranan guru, jangan guru pula yang mencemarkan bahasa. Begitu juga dengan penggunaan bahasa Inggeris. Peranan guru ialah memastikan murid faham tentang apa yang dituturkan dan guru sebaiknya menggunakan laras bahasa yang rendah dan memudahkan pemahaman murid terutama ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru juga harus memperbetulkan kesilapan bahasa murid secara spontan agar murid tidak melakukan kesilapan yang sama untuk masa hadapan. Guru sebagai penyebar ilmu bertanggungjawab menyebarkan ilmu serta kemahiran kepada murid serta mewujudkan budaya cintakan ilmu sejajar dengan salah satu pernyataan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru berperanan memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid mencontohi serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam kehidupan mereka. Ini dapat melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan terutama dalam bidang bahasa bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini. 3 Loghat sesuatu negeri ataupun daerah D20102043877 Page 11
  • 12. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) 2. Guru berperanan sebagai pemupuk budaya membaca. Rajah 2: Memupuk minat membaca di usia muda. Guru juga berperanan sebagai pemupuk budaya membaca di kalangan murid-murid bagi melahirkan generasi yang berjaya selari dengan hasrat Dasar MBMMBI memartabatkan pengunaan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan murid-murid. (Melentur buluh biarlah dari rebungnya)4. Walau apa sahaja kecanggihan perkakasan dan perisian yang digunakan dalam system penyampaian maklumat, membaca merupakan satu proses yang amat diperlukan untuk mengakses, menterjemah dan akhirnya memahami maklumat tersebut. Proses ini berlaku di sekolah dan guru merupakan sumber uatama yang mampu memupuk budaya membaca ini dalam kalangan murid. Memang tidak dapat dinafikan membaca merupakan proses yang bosan serta tidak digemari oleh sebahagian besar murid-murid. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana membaca memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Sedangkan isi bacaan, gaya penulisan dan olahan serta susunan grafik yang terdapat pada halaman-halaman buku tersebut amat mempengaruhi daya tarikan membaca. Tidak hairanlah kenapa buku-buku atau majalah yang mempunyai saiz huruf yang besar serta susunan grafik yang menarik dan berwarna-warni menjadi pilihan murid. Guru memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk budaya membaca sama ada bahan bahasa Malaysia mahupun bahan bahasa Inggeris bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini. 3. Guru sebagai pakar rujuk. Pakar rujuk bermaksud seseorang guru tersebut akan menjadi bahan rujukan bagi rakan sekerja dan juga murid-murid. Oleh demikian, seorang guru yang ingin menjadi pakar rujuk mestilah mempunyai kriteria-kriteria berikut: 4 . mendidik anak biarlah dari usia muda D20102043877 Page 12
  • 13. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) 1. Mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam mata pelajaran yang diajarnya. 2. Menguasai pengetahuan mata pelajaran dan kemahiran-kemahiran yang lain. 3. Berjaya mencari, mengenalpasti dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar dan rakan sekerja. Sebagai seorang pakar rujuk, guru seharusnya mempunyai ciri guru yang berilmu, berpengetahuan luas, mengetahui kebenaran sesuatu perkara dan mempunyai keyakinan dalam melakukan serta menyelesaikan sesuatu bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini. Peranan guru sebagai pakar rujuk bermakna guru itu mempunyai kesanggupan dalam menggunakan ilmunya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan terutama ketika menjalankan tugas di sekolah dan di dalam kelas khususnya serta sanggup memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada dirinya sendir, anak murid, ibu bapa serta masyarakat. Guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris perlu memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi yang mereka miliki serta mahu untuk menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberi pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar Negara. Oleh itu guru akan mampu menjadi pakar rujuk yang paling berkesan bukan sahaja di kalangan murid-murid, malahan masyarakat juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada guru dalam melahirkan generasi yang mampu bersaing di peringkat dunia. 4. Guru sebagai pemupuk budaya cintakan ilmu. Budaya Ilmu bermaksud sesuatu perkara atau amalan baik yang diamalkan oleh seseorang manakala ilmu pula merupakan susunan konsep sesuatu perkara yang mempunyai perkaitan dengan kehidupan dan kesejahteraan manusia. Begitulah juga dengan peranan guru sebagai pemupuk budaya cintakan ilmu di kalangan murid-murid bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini. Guru wajar memiliki ilmu untuk menjadi seorang yang berkesan antaranya ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang di ajar terutama bagi guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ilmu merupakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kefahaman atau pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang amat berguna terutamanya kepada warga pendidik. Pengetahuan tersebut berhubungan dengan penemuan tentang sesuatu perkara di dunia ini D20102043877 Page 13
  • 14. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) melalui cara yang sistematik. Ilmu pengetahuan tidak hanya sebuah kumpulan pengetahuan tetapi juga sebuah proses penyelidikan. Ilmu pengetahuan juga merupakan proses yang mempunyai kesinambungan untuk mencari pengetahuan baru, penjelasan baru dan pemahaman- pemahaman yang lebih dalam agar ianya dapat diaplikasikan oleh guru-guru terhadap anak muridnya bagi menjayakan Dasar MBMMBI ini. 5. Guru sebagai egen sosialisasi Guru memberi peluang kepada murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri serta masyarakat. Antaranya menggalakkan murid menyertai aktiviti seperti pertandingan bercerita, choral speaking, deklamasi sajak, spelling bee dan story telling untuk memberi ruang kepada murid menonjolkan minat dan bakat masing- masing seterusnya mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi. Ini dapat melahirkan murid yang berani, punyai keyakinan diri yang tinggi dan mampu berdaya saing. Guru juga berperanan membawa ilmu pengetahuan dan mengajarnya kepada masyarakat di samping mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai pengetahuan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Selain itu guru juga berperanan memodenkan cara hidup masyakarat setempat dengan ilmu-ilmu terkini yang diajarkan kepada mereka. Oleh itu guru mampu membawa perubahan-perubahan baru untuk memenuhi aspirasi dan kehendak murid, masyarakat dan negara yang semakin kompleks dan progresif. Iklim sekolah yang dinamik dan memenuhi keperluan dan cabaran masa depan yang sering berubah serta meningkatkan dari semasa ke semasa mampu menjayakan Dasar MBMMBI ini. RUMUSAN Bak kata pepatah Melayu5,(Bara yang digenggam, biarlah sampai menjadi arang). Begitulah hasrat Kerajaan bagi memastikan agar Dasar MBMMBI mampu merealisasikan harapan bagi mengatasi kelemahan yang terdapat dalam Dasar PPSMI. Secara umumnya, pengenalan dasar MBMMBI jelas bukan sahaja bertujuan melahirkan generasi yang berkeyakinan untuk bertutur dan mempraktikkan penggunaan Bahasa Malaysia dan Inggeris standard dalam perbualan, malah 5 Sesuatu yang dilakukan biarlah hingga mencapai kejayaan. D20102043877 Page 14
  • 15. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) menggunakan kelebihan sedemikian untuk sebarang urusan rasmi, penerokaan ilmu serta pengisiannya di bidang kerjaya pada suatu masa kelak. Kefasihan dan keyakinan penggunaan Bahasa Malaysia dapat dipupuk melalui bahasa pengantar utama dalam pendidikan. Pengukuhan bahasa ini di peringkat awal persekolahan akan memperkasakan penguasaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan dan penggunaanya dalam bidang lain termasuk undang-undang, penyiaran dan sector tertentu. Tidak hairanlah usaha meletakkan Bahasa Malaysia ditempat sewajarnya dilaksanakan melalui beberapa langkah di sekolah dan paling utama ialah penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi mata pelajaran sains dan matematik. Menerusi penekanan terhadap penguasaan Bahasa Inggeris pula dilihat dapat membantu generasi baru bersaing di arena antarabangsa serta menguasai pemindahan teknologi dan maklumat. Apa yang jelas, pembudayaan Bahasa Malaysia dan penguasaan Bahasa Inggeris yang bermula di peringkat sekolah juga akan menjurus kepada mencapai matlamat membentuk perpaduan kebangsaan untuk membangunkan perpaduan kebangsaan untuk membangunkan sebagai negara ekonomi baru dalam dunia global yang dinamik dan semakin mencabar. Malah dasar MBMMBI yang mengambil kira maklum balas pelbagai pihak diyakini berupaya membentuk generasi 1 Malaysia yang mempunyai jati diri kuat, progresif serta mempunyai minda kritis, kreatif dan inovatif. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Ayuh rakan guru, kita laksanakan dasar ini dengan jayanya. D20102043877 Page 15
  • 16. PENGANTAR BAHASA MELAYU(KRB 3033) BIBLIOGRAFI 1. Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007) Bahasa Melayu Apa Susah Jadi?. Percetakan Zafar Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 2.Ahmad Adam. (1994) Isu Bahasa dan Pembentukan Bangsa. Sarjana Enterprise, Kuala Lumpur. 3.Kulanzsalleh.com/guru dan alam pendidikan 4.i.puisi.com/koleksi peribahasa Melayu 5.Kosmo online 21 Oktober 2009 6. Wiki pedia.org 7.Dr Aminuddin Mansor (2011) Bahasa Melayu Bahasa Ilmu, Kalau Bukan Kita Siapa Lagi? Harian Metro. November 2011 8. Sisipan. (2011) Untungnya MBMMBI mampu lahir generasi fasih Bahasa Malaysia, Inggeris, Harian Metro, September 2011 D20102043877 Page 16