Ujian amali kemahiran pergerakan asas akan diadakan pada 1 Oktober 2010 untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester 2. Ujian ini bertujuan melengkapkan pelajar dengan kemahiran pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, dan manipulasi alat serta menilai kemampuan mereka. Pelajar perlu menyiapkan kertas kerja yang merangkumi perancangan 20 pergerakan termasuk 5 pergerakan manipulasi alat
1 of 10
Downloaded 37 times
More Related Content
Pergerakan Asas
1. 1.0 PENDAHULUAN
Satu ujian bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (semester 2)
iaitu Ujian Amali Kemahiran Pergerakan Asas akan diadakan pada 01 oktober 2010
bertempat di Dewan Agung, IPGM Kampus Persekutuan, Pulau Pinang. Semua
pelajar kursus PISMP (semester 2) diwajibkan menjalani ujian amali pergerakan
asas ini. Antara komponen-komponen yang akan dinilai di dalam ujian amali ini
adalah pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta 5 pergerakan
memanipulatif alatan.
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang melibatkan perubahan arah
manakala pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang berpaksi pada satu
titik atau tidak mengalami perubahan arah. Apabila seseorang melakukan
pergerakan tetapi ia masih tetap di titik tersebut ataupun statik maka pergerakan
tersebut dinamakan sebagai pergerakan bukan lokomotor contohnya
membongkokkan badan, berdiri, menegakkan badan dan sebagainya. Bagi
mencantikkan lagi pergerakan yang dilakukan, pelajar boleh memanipulatifkan alatan
seperti menggunakan bola, tali, gelung, pundi kacang, reben dan sebagainya.
Manipulatif alatan pula ialah pergerakan yang menggunakan alatan samada secara
lokomotor ataupun bukan lokomotor.
Dalam menjalani penilaian ujian amali ini, kami juga diwajibkan untuk
menyediakan kertas kerja berkaitan dengan ujian amali yang akan dilakukan pada
hari penilaian. Di dalamnya terkandung perancangan rangkaian 20 pergerakan untuk
penilaian termasuk 5 pergerakan dalam memanipulatif alatan yang diberi. Dalam
ujian penilaian ini, kami akan dinilai oleh beberapa orang panel yang terdiri daripada
pensyarah maktab ini dan juga pensyarah daripada maktab berdekatan. Penilaian ini
akan dijalankan secara individu pada tarikh yang ditetapkan.
2. 3.0 MATLAMAT
Matlamat utama ujian amali ini adalah untuk melengkapkan bakal-bakal guru
dengan kemahiran pergerakan asas yang telah dipelajari iaitu pergerakan lokomotor
dan bukan lokomotor serta menilai kemampuan mereka untuk melakukan
pergerakan asas yang pelbagai dan menarik dengan memanipulatif alatan di
samping dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental.
Di samping itu juga, ujian ini bermatlamat memberi pendedahan awal dan
latihan kemahiran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
dalam kalangan pelajar bagi meningkatkan kecergasan mereka dari segi pelbagai
aspek. Dengan adanya pendedahan awal ini juga, pelajar lebih mudah mengaplikasi
pergerakan-pergerakan yang dipelajari pada waktu lapang mereka dan mungkin ada
diantara mereka yang menjadikannya sebagai hobi untuk memastikan diri dalam
keadaan sihat sentiasa.
Seterusnya, ujian ini juga mendorong pelajar untuk memahami dan
mendalami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan
iaitu ruang, masa dan kuasa dalam meningkatkan kemahiran koordinasi anggota
badan dan pergerakan bagi kanak-kanak serta membantu pelajar memperbaiki dan
mempertingkatkan lagi mutu pergerakan aktiviti seharian mereka. Hal ini juga dapat
membantu pelajar untuk lebih mahir dalam pergerakan mereka.
3. 4.0 OBJEKTIF
• Memperkenalkan pelbagai jenis pergerakan lokomotor dan kepelbagaian
pergerakan bukan lokomotor kepada pelajar.
• Supaya pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak tertumpu pada teori,
sebaliknya juga pada aspek praktikalnya.
• Melihat ciri-ciri kreatif dan nilai estetika yang ada pada pelajar ketika
melakukan kombinasi pergerakan yang mempunyai kesinambungan.
• Melakukan penilaian terhadap para pelajar supaya mereka berkemahiran
untuk mempraktikkan pergerakan yang telah dipelajari dalam pengajaran.
• Menilai tahap penguasaan dan kemampuan fizikal para pelajar dalam
melakukan pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor bersama
alatan.
• Menguatkan pergerakan otot pelajar.
• Melatih dan mendorong pelajar dalam melakukan kemahiran pergerakan asas
yang betul.
• Membolehkan pelajar mengaplikasi pergerakan dalam aktiviti seharian.
• Melatih proses keseimbangan badan dalam pergerakan pelajar.
4. 2.0 PENGENALAN
Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu
Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran
Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada tiga komponen
utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran
Memanipulasikan Alatan.
Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat
dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turun
dan pusing-putar.
2.1 Lokomotor
Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat
dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak
Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu lima pergerakan
Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.
Bagi lokomotor beritma sekata ialah :-
1. Berjalan
2. Berlari
3. Melompat ( mendarat dengan dua kaki )
4. Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki )
5. Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki
berselang seli )
Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah :
1. Skip
2. Galop
3. Melongsor
5. 2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor
Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang static atau setempat
dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti buka tutup,
naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan tanpa menggerakkan dasar
menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :-
1. Meregang
2. Memusing
3. Membongkok
4. Menghayun
5. Menolak
6. Menarik
7. Mengilas
8. Bangkit
9. Rebah
10.Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya
Pada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakan
merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Contohnya,
pergerakan-pergerakan berikut merupakan kombinasi pergerakan-pergerakan di
atas:
1. Merangkak = membongkok + berjalan
2. Membaling = hayunan dengan tangan dibengkokkkan + satu atau lebih
langkah berjalan atau berlari
3. Mendekan = rebah + membongkok, menolak dan menyokong
4. Menguak = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan
6. 2.3 Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk
mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid
sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan
mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi.
Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola
besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.
Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa
manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :-
i. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak,
memukul, mengumpan dan merejam
ii. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut
iii. Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul
Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid
sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih
bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-
kemahiran asas sukan.
7. 5.0 MAKLUMAT UJIAN AMALI (PERGERAKAN ASAS)
TARIKH : 5 hingga 7 Oktober 2010.
MASA : 8.00 pagi/2.30 petang
TEMPAT : Dewan Agung IPGM Kampus Persekutuan, Pulau
Pinang.
KUMPULAN SASARAN : 7 hingga 12 tahun (murid-murid sekolah rendah)
PENILAI : Pensyarah Pendidikan Jasmani
6.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI
Bagi melaksanakan amali pergerakan asas ini, terdapat 20 stesen yang perlu dilalui
oleh setiap pelajar di mana mereka memerlukan perlakuan yang berbeza untuk
setiap stesen. Sebanyak 10 stesen telah ditetapkan untuk pergerakan lokomotor
manakala 10 stesen lagi untuk pergerakan bukan lokomotor. Aktiviti ini turut
melibatkan 5 pergerakan manipulasi alatan dalam setiap pergerakan yang ingin
dilakukan oleh para pelajar di mana mereka boleh menggunakan kreativiti tersendiri
untuk mengawal dan menggayakan pergerakan mereka tersebut.
Berikut adalah senarai alatan-alatan yang digunakan dalam ujian tersebut:
• Senarai peralatan berat :
 Papan anjal
 Tilam
 Peti lombol
 Tangga
 Skitel besar
 Bangku panjang
• Senarai alatan tangan :
 Gelung rotan
8. KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1.0 Pendahuluan
2.0 Pengenalan
3.0 Matlamat
4.0 Objektif
5.0 Maklumat Ujian Amali
6.0 Panduan Pelaksanaan Demonstrasi
7.0 Litar Pergerakan
8.0 Rumusan
9. 8.0 RUMUSAN
Justeru dengan penyediaan kertas kerja Ujian Amali Pergerakan Asas bagi
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini, para pelajar dapat menambahkan
pengetahuan dan pengalaman dalam menjalankan kerja yang lebih teratur dan
sistematik. Persediaan yang rapi dan khusus juga dapat menghasilkan tugasan dan
aktiviti yang baik serta berkesan.
Ujian ini juga dapat membantu para pelajar supaya lebih bersedia dari segi
fizikal dan mentalnya. Lantaran, mata pelajaran Pendidikan Jasmani bukan hanya
dipelajari dengan teori, malah merangkumi praktikal dan latihan. Hal ini menunjukkan
bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani bukanlah suatu mata pelajaran yang
diangggap tidak mencabar dan mudah malah ia juga mengandungi objektif dan
matlamat seperti mata pelajaran yang lain. Kertas kerja ini mengandungi semua
maklumat yang berkaitan dengan Ujian Amali Pergerakan Asas untuk dijadikan
rujukan kepada penilai semasa penilaian dan menjadi panduan kepada pelajar.
Dalam pada itu, sebagai pelajar, kita wajib mengetahui segala apa yang
dipelajari untuk dipraktikkan pada masa akan datang di mana akan wujudnya
cabaran-cabaran yang harus ditempuhi sepanjang perjalanan hidup ini. Sebagai
bakal guru, semua ini haruslah diambil serius supaya kelak tidak kekok dan dapat
menyesuaikan diri di sekolah dengan baik.
10. 8.0 RUMUSAN
Justeru dengan penyediaan kertas kerja Ujian Amali Pergerakan Asas bagi
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini, para pelajar dapat menambahkan
pengetahuan dan pengalaman dalam menjalankan kerja yang lebih teratur dan
sistematik. Persediaan yang rapi dan khusus juga dapat menghasilkan tugasan dan
aktiviti yang baik serta berkesan.
Ujian ini juga dapat membantu para pelajar supaya lebih bersedia dari segi
fizikal dan mentalnya. Lantaran, mata pelajaran Pendidikan Jasmani bukan hanya
dipelajari dengan teori, malah merangkumi praktikal dan latihan. Hal ini menunjukkan
bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani bukanlah suatu mata pelajaran yang
diangggap tidak mencabar dan mudah malah ia juga mengandungi objektif dan
matlamat seperti mata pelajaran yang lain. Kertas kerja ini mengandungi semua
maklumat yang berkaitan dengan Ujian Amali Pergerakan Asas untuk dijadikan
rujukan kepada penilai semasa penilaian dan menjadi panduan kepada pelajar.
Dalam pada itu, sebagai pelajar, kita wajib mengetahui segala apa yang
dipelajari untuk dipraktikkan pada masa akan datang di mana akan wujudnya
cabaran-cabaran yang harus ditempuhi sepanjang perjalanan hidup ini. Sebagai
bakal guru, semua ini haruslah diambil serius supaya kelak tidak kekok dan dapat
menyesuaikan diri di sekolah dengan baik.