2. PENGENALAN
Mesin larik adalah satu mesin yang digunakan
untuk melakukan kerja-kerja seperti :
memotong selari permukaan sebelah luar atau dalam,
menggerudi,
memotong benang skru,
melulas,
menggerek,
memotong tirus,
melorek,
3. BAHAGIAN UTAMA MESIN LARIK
Landasan
Bahagian atas landasan boleh berbentuk V atau rata dan
diatasnya terletak peralatan lain seperti alatan hadapan,
kereta, dan alatan belakang.
LANDASAN
V
LANDASAN RATA
6. ALATAN BELAKANG
Alatan ini berfungsi
untuk menyokong
bahan kerja yang
panjang semasa kerja
melarik dan
menempatkan alatan
tambahan seperti
tetengah dan bindu
yang disesuaikan
dengan kerja yang
akan dibuat di mesin
larik.
8. JENIS BAHAN MATA ALAT
Keluli karbon tinggi
Keluli tahan lasak
Tuangan aloi
Karbida
Seramik
Intan
9. BAGAIMANA MENGGUNAKAN MESIN LARIK
Baca arahan projek yang disampaikan oleh tenaga pengajar.
Pastikan ukuran bahan kerja yang dipotong bersesuaian dengan proses
pemesinan yang akan dilakukan.
Ukuran yang hendak dipotong hendaklah dilebihkan supaya bahan kerja
selamat digunakan semasa proses pemesinan dijalankan.
Keluli / bahan kerja tersebut diikat pada cuk 3 rahang dengan kuat supaya
bahan kerja tidak longgar semasa mesin sedang berpusing.
Sebelum menggunakan mesin larik, pastikan mesin larik berada dalam
keadaan selamat sebelum digunakan.
Pasang mata alat dan setkan mata alat dengan betul pada alatan belakang
supaya tepat.
Setkan kotak gear mengikut ukuran suapan yang sesuai dan ON mesin larik.
Patuhi langkah-langkah keselamatan menggunakan mesin larik bagi
mengelakkan berlakunya kemalangan.
Mulakan melarik pada bahagian yang mudah dahulu dan diikuti dengan
langkah yang lebih susah sehingga kerja-kerja melarik menjadi senang.
Akhir sekali, buat kerja pengukuran dengan menggunakan angkup vinier
supaya dapat ukuran yangtepat dan dapat buat kerja-kerja finishnig.
Bersihkan mesin larik setiap kali menggunakkan mesin.
10. PELBAGAI OPERASI PEMESINAN
MENGGUNAKAN MESIN LARIK
(a) Melarik Muka Atau
Penampang
(b) Melarik Tirus
(c) Melarik Kontur
(d) Melarik Bentuk
(e) Melarik Bahu
(f) Memenggal
(g) Melarik Ulir
(h) Menggerek
(i) Mengerudi
(j) Membunga
11. LANGKAH KESELAMATAN APABILA
MENGGUNAKAN MESIN LARIK
Jangan bergurau senda dan mempermainkan kawan-kawan
Matikan suis kuasa sepenuhnya setelah mesin tidak lagi digunakan
Pakai kasut yang mempunyai perlindungan keselamatan
Elakkan memakai barang-barang perhiasan seperti jam, cincin dan rantai.
Mengutamakan kebersihan pada setiap waktu
Mempunyai sikap bertanggungjawab pada diri sendiri
Menghargai dan berpuas hati dengan hasil kerja sendiri
Tidak gopoh semasa melakukan kerja amali
Pakai pakaian bengkel yang sesuai dan elakkan daripada menggunakan
pakaian yang longgar.
Gunakan pelindung mata seperti cermin mata, gogel, atau alat pelindung.
Mengetahui dimana letaknya suis kecemasan.
Buang tepi yang tajam pada hasil kerja
Jangan bersandar pada pelarik
Guna playar atau berus untuk membuang sisa besi pada bahan kerja
Sapu sekeliling lantai kawasan kerja dan kemaskan sesudah digunakan.