5. TONE EXCEL SDN .BHD
Tone Excel Sdn. Bhd. (861591-U) ditubuhkan pada tahun 2009, berusaha untuk
memajukan industri telekomunikasi (telefon bimbit) di Malaysia. Misi Tone Excel
adalah untuk membantu setiap individu mencapai kebebasan kewangan melalui
konsep pemasaran yang inovatif.
Alamat:
B-2-8 & B-3-8, Jalan 3/149/E,
Taman Sri Indah,
Bangunan Endah Promenade,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Sri Petaling,
Kuala Lumpur
No. Tel.: 03-90543809
No. Faks: 03-90540278
No. Tel. Bimbit: 010-5000969 / 010-5333969
Emel: info@toneexcel.com
Isnin - Jumaat: 9.00pg - 6.00ptg
Sabtu & Ahad : 1.00pg - 6.00ptg
6. Tone Excel menggabungkan pengalaman dan kepakaran dalam bidang
insurans, pemasaran rangkaian dan juga perkhidmatan kewangan untuk
merumuskan saluran dan strategi baru, seterusnya memberi peluang
kepada masyarakat untuk menjana pendapatan.
CEO Tune Talk, Jason Lo dan Pengerusi Tone Excel, Syed Kamaruzaman dalam sesi
tandatangan鏤.
Sesi bergambar kumpulan dari pihak Tune Talk dan Tone Excel selepas sesi tandatangan rasmi.
7.
Pada 10 Februari 2010, Tune
Talk Sdn. Bhd. dan Tone Excel
Sdn. Bhd. telah mencapai
persetujuan untuk
melancarkan satu program
kemasyarakatan dikenali
sebagai Program Rujukan
Komuniti WOW! Tone Excel.
Penyertaan keahlian untuk
program ini dipasarkan
melalui pelan pemasaran
yang inovatif.
Tone Excel juga telah berdaftar sebagai rakan niaga
Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna
Malaysia (LPKPM) pada 17 April 2013. Kemunculan
Tone Excel dalam usaha membantu masyarakat
untuk menjana pendapatan turut mendapat
sokongan daripada Yayasan Sultanah Bahiyah.
9. TUNE TALK SDN.BHD
Tune Talk Sdn. Bhd. merupakan salah satu cabang perniagaan
Tune Group selain Tune Air (Air Asia), Tune Money, Tune
Hotel, Tune Sport, Tune Insurance dan lain-lain. Tune Talk
telah dilancarkan secara rasmi pada 19 Ogos 2009 di Hangar
2, KLIA Sepang.
10. Tune Talk merupakan satu lagi perkhidmatan telekomunikasi
prabayar mudah alih berdaftar di bawah SKMM (Suruhanjaya
Komunikasi & Multimedia Malaysia) selain 3 syarikat gergasi
tersohor iaitu Celcom, Maxis dan Digi. Tune Talk menggunakan
awalan nombor 010 (dulu dikenali/digunakan untuk perkhidmatan
ART-900: Celcom di zaman Analog).
Tune Talk dipegang oleh Celcom Axiata Berhad dengan saham
sebanyak 35%. 25.1% dipegang oleh Tune Venture Sdn. Bhd. dan
selebihnya oleh Dato' Seri Kalimullah Masheerul Hassan, Lim Kian
Onn, Jason Lo, Gurtaj Singh Padda dan Mark Lankester.
Di dalam 25.1% saham yang dipegang oleh Tune Venture itu
terdapat 70% daripadanya di kuasai oleh Tan Sri Anthony Francis
Fernandes dan Dato' Kamarudin Meranun.
12. Tune Talk ini sebenarnya dikenali sebagai MVNO (Pengendali
Rangkaian Maya Mudah Alih) di mana mereka tidak ada lesen
frekuensi radio tersendiri, juga tidak ada sebarang infrastruktur
sokongan seperti network cabin dan juga stesen pemancar, ia
menumpang syarikat telekomunikasi sedia ada yang dipanggil
MVNO (Mobile Virtual Network Operator).
Kaedah yang digunakan oleh Tune Talk ini sebenarnya telah
lama dipraktikan di United Kingdom di mana ia telah menjadi
satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi komersial yang
berjaya iaitu Virgin Mobile UK yang dilancarkan pada tahun
1999 dan kini mereka telah mempunyai lebih 4 juta pelanggan.
Di Malaysia, ada beberapa lagi syarikat telekomunikasi MVNO
selain Tune Talk. Diantaranya Salamfone, Happy Prepaid, Altel
Communications dan sebagainya.
Tune Talk menandatangani perjanjian MVNO dengan Celcom
pada Disember 2008 yang dipengerusikan oleh Jason Lo,
penyanyi berasal dari Sarawak yang berdarah kacukan Cina
dan Irish.
Kerjasama dengan Celcom merupakan satu perkongsian mercu
tanda yang mempamerkan kejayaan jangka masa panjang dan
14. CELCOME AXIATA.BHD
Celcom Axiata Bhd. atau panggilan ringkasnya Celcom (dahulunya dikenali
sebagai Celcom (M) Bhd.) ialah syarikat telekomunikasi mudah alih yang tertua di
Malaysia dan juga sebuah ahli kumpulan syarikat Axiata (dahulunya TM
International). Sebagai salah sebuah daripada bilangan syarikat yang amat sedikit di
Malaysia yang mula-mula sekali memperoleh lesen perkhidmatan telefon bimbit,
Celcom berjaya memperkenalkan perkhidmatan telefon mudah alih di Malaysia
melalui perkhidmatan ART-900 yang menggunakan teknologi NMT-900 generasi
pertama.
Celcom mempunyai liputan terluas di seluruh negara berbanding perkhidmatan
mudah alih telekomunikasi lain di Malaysia. Celcom mengakui liputan GSM
dwijalurnya (900/1800 MHz) telah mencapai 97% populasi Malaysia pada tahun
2006. Seperti pada tahun 2006, Celcom menawarkan perkhidmatan 2.5G dan 3G
melalui jenama pascabayar Minutes dan prabayar Xpax . Bilangan pelanggan kini
kira-kira 7.8 juta, setiap seorang memulangkan RM65. Celcom mendakwa liputan
perkhidmatan telefon mudah alih seluruh negara mencapai 95% termasuk
terdapatnya 3G di kebanyakan tempat di Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka,
Kedah dan Pulau Pinang.