2. Sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-
pautan laman web dan kata kunci atau frasa.
Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama.
Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman
sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks
kandungan sahaja.
3. Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti
Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.
Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang
hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu,
pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna
mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang
telah disetkan secara semula jadi.
Contoh enjin carian :
4. Bahan video boleh juga didapati daripada enjin
pencarian.contohnya :
Bahan Audio boleh juga didapati daripada enjin
pencarian.contohnya :
5. Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang
hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Seterusnya, klik pada search
Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan resepi +
masakan. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda seperti resepi
masakan. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan
yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu
pengajaran.
Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk
memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan
melalui RancanganPengajaran Harian.
6. Bahan yang diperolehi daripada internet
hendaklah disimpan dalam bentuk alamat
internet dan katalog internet.
Alamat Internet katalog Internet
7. Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet,
anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih
dahulu.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan
pada address. Setelah diklik kanan, klik copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail
yang berkenaan.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-
ulang kali sehingga anda mahir melakukannya.
Contohnya :
8. Katalog alamat internet mempunyai perbezaan
daripada alamat internet kerana katalog alamat
internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan
sinopsis.
Dengan menggunakan katalog alamat internet,
anda dapat mengetahui isi kandungan laman
berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
Contoh Katalog alamat internet :