2. ICT DALAM PENDIDIKAN: Prospek Dan Cabaran Dalam
Pembaharuan Pedagogi
Oleh:
Robiah Sidin
Norsakinah Mohamad
3. Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan
dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam
sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan
konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta
menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di
samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian kuasi
eksperimen telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas
pembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan
konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah
laku)
4. Kajian
ini dibuat untuk mengenal pasti satu kaedah mengajar
yang sesuai untuk
mempromosikan budaya dan kemahiran ICT di
kalangan pelajar sekolah. Ia
dianggap sebagai alternatif untuk kaedah tradisional
yang berpusatkan guru.
5. Di sebuah sekolah menengah di Bentong, Pahang.
a) Kumpulan kawalan ¨C 24 orang
b) Kumpulan rawatan ¨C 25 orang
6. Satu kajian yang menggunakan pengajaran
berunsurkan pendekatan Konstruktivisme.
Kajian ini adalah dalam bentuk kuasi eksperimen
direka bentuk untuk mengajar
subjek komputer di sekolah menengah rendah.
7. 1.Hasil analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan dalam pencapaian
pelajar dalam kumpulan rawatan dan dalam kumpulan kawalan.
2.Nilai min kumpulan kawalan ialah 2.29, menepati kualiti atau piawai yang ditetapkan
dalam penilaian hasil tugasan laman web oleh Kementerian Pendidikan manakala
nilai min untuk kumpulan rawatan pula ialah 1.80 iaitu yang menunjukkan
kualiti yang lebih tinggi daripada kumpulan rawatan.
3. Penilaian yang diberi nilai dianggap terbaik kerana melebihi kualiti yang ditetapkan
penilaian hasil
tugasan laman web. Nyatalah perbezaan dalam analisis min menunjukkan
bahawa min hasil tugasan bagi kumpulan rawatan adalah melebihi min hasil
tugasan kumpulan kawalan, bermakna hasil pencapaiannya adalah lebih baik.
8. Hasil daripada kuasi eksperimen yang dijalankan berdasarkan prinsip dan
pendekatan konstruktivisme jelas menunjukkan terdapat perbezaan dalam
tahap
pencapaian pelajar berbanding dengan pendekatan secara tradisional. Ini selari
dengan pernyataan oleh Simonson dan Thomson (1997) bahawa pembelajaran
berkesan apabila teknologi digunakan, namun hakikatnya kebanyakan sekolah
akan kembali kepada kaedah pengajaran tradisional yang lebih berpusatkan
guru daripada pelajar. Sehubungan dengan itu kajian kuasi eksperimen ini
dapat
menangkis pandangan yang mengatakan bahawa pendekatan konstruktivisme
adalah sukar dan mengambil masa yang panjang untuk dilaksanakan.