1. PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan Pembentukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Implikasinya Ke Arah
Merealisasikan Pembangunan Negara ini dengan lengkap.
Setinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada Pensyarah iaitu En. Mohmad
Noor bin Mohmad Taib di atas bimbingan bantuan bahan hebahan melalui myguru
dan ilmu tutorial yang diberikan berkaitan penghasilan tugasan ini.
Tugasan Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
Implikasinya Ke Arah Merealisasikan Pembangunan Negara ini merupakan
tugasan yang perlu disiapkan untuk memenuhi panduan kursus.
Selain dari itu, dengan melaksanakan tugasan ini kita telah menerokai unit-unit
pembelajaran dalam Panduan Kursus KPF3012: Perkembangan Pendidikan Di
Malaysia Dasar Dan Falsafah.
Saya berharap agar tugasan yang telah dihasilkan dapat memenuhi pembelajaran
untuk tugasan ini dan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan pada masa akan
datang.
Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Implikasinya Ke Arah
Merealisasikan Pembangunan Negara.
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka
matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari
pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial supaya menjadi
warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta
menghayati ciri-ciri:
1.Percaya kepada tuhan.
2.Berakhlak mulia.
3.Berilmu pengetahuan.
2. 4.Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
5.Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
6.Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang
bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang
warganegara. Malaysia adalah negara hampir maju dan penduduknya semakin
bertambah dari hari ke hari. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah
diperlukan bagi membina Negara Malaysia.
Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap
supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta
sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan
taraf ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat
setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting
kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak
akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya.
Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-
prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan
perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang
membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk
negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang
menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan,
kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan,
kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan.
Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi
sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan
yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di
lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan
yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina
lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan
penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai
murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama
tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan
kemakmuran dapat dikecapi bersama.
Terdapat 6 faktor dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya
ialah:
i) Faktor Agama
Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama
Kristan, Agama Budha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut
undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-
faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah
Pendidikan Negara. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu:
3. ...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...
ii) Faktor Politik
Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah
berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen
rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di
dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan
penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini,matlamat
pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan
Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan
Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh
faktor sosial tersebut di atas.
...melahirkan rakyat Malaysia.... berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara...
iii) Faktor Ekonomi
Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara
memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan
ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan
terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah
menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Negara
...melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri...
iv) Faktor Sosial
Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan
kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan
hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat
penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang
paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai
perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan
dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu:
...melahirkan rakyat Malaysia.memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara...
v) Faktor Individu
4. Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu
ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan
harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap
bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi
cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan
harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan
Negara.
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani
vi) Faktor Sejagat
Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pula tidak terpisah daripada pengaruh
perkembangan sistem pendidkan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang
dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya
ke atas Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya, program pendemokrasian
pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang
oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan
Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha
yang berterusan. Hal Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.
..Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh...
Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan
andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi.
Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh
melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju
yang lain.
Implikasinya Ke Arah MerealisasikanPembangunan Negara
Setelah menganalisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita dapat lihat implikasinya
terhadap sistem pendidkan negara kita. Setiap perkara yang dilakukan mesti
mempunyai implikasinya yang tersendiri. Implikasi itu penting untuk melihat sejauh
manakah keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam sistem pendidikan
di Malaysia. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dibahagikan
kepada tiga bahagian. Bahagian-bahagian ini termasuk di dalam sistem pendidikan
negara:
1.Implikasi Tehadap Kurikulum
2.Implikasi Terhadap Pendidik
3.Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan
5. 1.Implikasi Terhadap Kurikulum
Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang
berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan
pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat
iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang
berlainan. Ini adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan
pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan
tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem
pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu
untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada
sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir
dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan
tidak ketinggalan.
2. Implikasi Terhadap Pendidik
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem
pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan.
Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi
ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang
bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada
pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT
untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang
berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya
untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang
telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa
yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru
memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan
kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang
diusahakan oleh guru.
3.Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.
Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah
dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya
pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi
intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang
sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-
nilai murni di dalam diri pelajar supaya saling bekerjasama, toleransi dan
mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan
keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan
pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan
mereka.
Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
mempunyai satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah
6. iaitu:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Selain itu, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat
perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum
pada dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang
berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama
yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen
penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan
dan hasrat Negara tercapai.
Rujukan
Choong Lean Keow (2008), Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program
Pengurusan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.
Sufean Hussin (2004). Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka