ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Definisi Disiplin
Dalam Dictionary of Education, disiplin merujuk kepada peraturan secara langsung bagi
mengawal tingkah laku murid-murid melalui hukuman dan ganjaran. Disiplin juga dapat
ditakrifkan sebagai suatu bentuk latihan bagi perkembangan mental ataupun sikap seseorang
(Abdullah Sani,2008).
Menurut Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk
mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan social supaya
menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada
masyarakat.
Pengurusan Disiplin di dalam Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin dalam bilik darjah sering kali dikaitkan dengan tingkah laku pelajar.
Tingkah laku merujuk kepada apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
Tingkah laku juga merangkumi semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan
sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa
sedar. Pengurusan disiplin di sini merujuk kepada pengurusan tingkah laku pelajar di dalam
bilik darjah. Mana, pengurusan tingkah laku ini boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan
untuk mengubah tingkah laku bermasalah ke arah satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai.
Jenis-jenis Tingkah Laku
Sebagai seorang guru, kita seharusnya melihat dahulu jenis-jenis tingkah laku supaya sapat
menguruskan masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. Tingkah laku secara
umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku
negatif.
Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka
kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala, Tingkah laku negatif merupakan
tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka mengganggu rakan lain dan sering
memberontak dalam kelas.
Teknik Modifikasi Tingkah Laku
Masalah disiplin dan tingkah laku dapat diatasi dengan teknik modifikasi tingkah laku.
Antara teknik yang sesuai bagi teknik modifikasi tingkah laku ialah seperti berikut :
a) Peneguhan
Teknik modifikasi tingkah laku menggunakan prinsip peneguhan. Di dalam teori
peneguhan, tingkah laku murid ditentukan oleh akibat yang bakal diterima selepas
tingkah laku ditunjukkan. Tingkah laku akan dipelajari oleh murid berdasarkan akibat
peneguhan tersebut. Murid akan mempelajari tingkah laku yang diterima atau tidak
diterima berdasarkan responsyang diperoleh daripada persekitaran.
Peneguhan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif. Peneguhan positif ialah tambahan ganjaran atau insentif peningkatan ganjaran
sehingga tingkah laku diingini diperoleh. Peneguhan negatif pula mengeluarkan
rangsangan negatif untuk meningkatkan tingkah laku.
b) Dendaan
c) Shaping
d) Token (Larrrivee)
Sistem ini pula berfungsi seperti wang yang dapat ditukar dengan barangan yang digemari
atau aktiviti yang menyeronokkan. Lazimnya, sistem token digunakan dalam kelas
pemulihan dan kelas khas. Walau bagaimanapun, sistem ini turut boleh digunakan dalam
kelas biasa.
e) Reverse Psychology
f) Kontrak (lisan/bertulis) Larrrivee)
Sistem ini merupakan satu sistem berstruktur yang dibentuk oleh guru dengan seorang
murid atau dengan kumpulan murid. Kontrak akan dibentuk setelah mendapat persetujuan
daripada kedua-dua belah pihak terhadap tingkah laku yang diingini. Untuk memastikan
kelancaran kontrak, guru haruslah :
i. Berjumpa dengan murid dan menerangkan rasional dan langkah-langkah yang
perlu untuk memastikan kontrak tersebut berkesan.
ii. Meminta bantuan pihak lain seperti guru-guru lain dan ibu bapa untuk
memastikan murid mematuhi kontrak yang dipersetujui.
iii. Menetapkan matlamat jangka masa panjang supaya murid dapat mengekalkan
tingkah laku yang diingini walaupun kontrak sudah berakhir.
g) Times out

More Related Content

Pengurusan disiplin di dalam bilik darjah

  • 1. Definisi Disiplin Dalam Dictionary of Education, disiplin merujuk kepada peraturan secara langsung bagi mengawal tingkah laku murid-murid melalui hukuman dan ganjaran. Disiplin juga dapat ditakrifkan sebagai suatu bentuk latihan bagi perkembangan mental ataupun sikap seseorang (Abdullah Sani,2008). Menurut Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan social supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat. Pengurusan Disiplin di dalam Bilik Darjah Pengurusan Disiplin dalam bilik darjah sering kali dikaitkan dengan tingkah laku pelajar. Tingkah laku merujuk kepada apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga merangkumi semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan disiplin di sini merujuk kepada pengurusan tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah. Mana, pengurusan tingkah laku ini boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk mengubah tingkah laku bermasalah ke arah satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Jenis-jenis Tingkah Laku Sebagai seorang guru, kita seharusnya melihat dahulu jenis-jenis tingkah laku supaya sapat menguruskan masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. Tingkah laku secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala, Tingkah laku negatif merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka mengganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas.
  • 2. Teknik Modifikasi Tingkah Laku Masalah disiplin dan tingkah laku dapat diatasi dengan teknik modifikasi tingkah laku. Antara teknik yang sesuai bagi teknik modifikasi tingkah laku ialah seperti berikut : a) Peneguhan Teknik modifikasi tingkah laku menggunakan prinsip peneguhan. Di dalam teori peneguhan, tingkah laku murid ditentukan oleh akibat yang bakal diterima selepas tingkah laku ditunjukkan. Tingkah laku akan dipelajari oleh murid berdasarkan akibat peneguhan tersebut. Murid akan mempelajari tingkah laku yang diterima atau tidak diterima berdasarkan responsyang diperoleh daripada persekitaran. Peneguhan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah tambahan ganjaran atau insentif peningkatan ganjaran sehingga tingkah laku diingini diperoleh. Peneguhan negatif pula mengeluarkan rangsangan negatif untuk meningkatkan tingkah laku. b) Dendaan c) Shaping d) Token (Larrrivee) Sistem ini pula berfungsi seperti wang yang dapat ditukar dengan barangan yang digemari atau aktiviti yang menyeronokkan. Lazimnya, sistem token digunakan dalam kelas pemulihan dan kelas khas. Walau bagaimanapun, sistem ini turut boleh digunakan dalam kelas biasa. e) Reverse Psychology f) Kontrak (lisan/bertulis) Larrrivee) Sistem ini merupakan satu sistem berstruktur yang dibentuk oleh guru dengan seorang murid atau dengan kumpulan murid. Kontrak akan dibentuk setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak terhadap tingkah laku yang diingini. Untuk memastikan kelancaran kontrak, guru haruslah : i. Berjumpa dengan murid dan menerangkan rasional dan langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kontrak tersebut berkesan. ii. Meminta bantuan pihak lain seperti guru-guru lain dan ibu bapa untuk memastikan murid mematuhi kontrak yang dipersetujui. iii. Menetapkan matlamat jangka masa panjang supaya murid dapat mengekalkan tingkah laku yang diingini walaupun kontrak sudah berakhir.