Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
- 1. Share PageGet a free website at Webs.comConnect via Meebo<br /> PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Perancangan dan Persediaan Mengajar 1Pengertian konsep pengajaran Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. 2Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran Perancangan perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukanmenepati kehendak objektif/matlamatberkesan sepanjang waktu pengajaranmenarik perhatian dan tidak membosankan 3Objektif pengajaran Objektif boleh dalam bentuk Objektif implisitmelibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :memahamiatau mengetahuiatau menghargaisesuatu yang telah diajarObjektif eksplisitmelibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :menyenaraikanatau menjelaskanatau memberikan contohatau menunjukkan cara yang betulterhadap apa yang telah diajarkan 4Buku rekod mengajar Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :Rancangan Pelajaran TahunanRancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.Butiran yang perlu ada ialah :Mata pelajaranTingkatanMingguTajuk/isiObjektifKemahiranNilai danbahan bantuan mengajarRancangan Pelajaran HarianRancangan berdasarkan rancangan TahunanButiran yang perlu ada ialah :Hari dan tarikhMata pelajaran dan tingkatanMasaTajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapaiAktiviti yang dijalankan dan Impak/RefleksiBuku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihaksekolahPPDJPNdan jemaah nazir sekolahIa adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuaii dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputerKegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531) DENDA RM500 Jadual Waktu Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada Senarai mata pelajaran yang diajar kepada muridSetiap hari persekolahanNama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajarDiluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan Sukatan Pelajaran Dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sebanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK , Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda. Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulahMengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalamMemilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuaiMerancang pengajarannyaSet iduksiPerkembangan P&PPenutupMenentukan strategi P&PMenyediakan bahan bantu pengajaranMenyediakan penilaian Komponen P&P Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah Objektif pengajaranStrategi pengajaran yang sesuaiBahan bantu pengajaranMaklum balas pelajarPenilaian Fasa P&P Fasa P&P terbahagi kepada empat peringkat Pra perancanganGuru mempunyai gambaan mental mengenaikeseluruhan pengajaranpelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lainisikandungan pelajaranstrategibahan yang diperlukan dan boleh digunakanPerancangan aktifGuru perlulahmenulis rancangan mengajarmenyediakan nota,membina transperansi/power point/modelmemastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai digunakanmenyediakan senarai semakPerancangan semasaGuru perlumendapat maklum balas tentang kefahaman pelajarmengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasamengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepasPasca perancanganGuru perlumenyedari kelemahan pengajaranmengesan kekuatan pengajarannyamembuat catatan tentang perubahan yang diperlukan Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti buku teksbuku rujukanbuku latihanlampiran notaAlat audio visualLCDkomputerpetagambarajah danTVBahan/Alat bantu mengajar menghidupkan suasana pembelajaranPerlaksanaan Pengajaran dan PembelajaranProses P&P 1Perlaksanaan P&P Set InduksiLangkah permulaan dalam proses P&PTujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlakuMasa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaranTeknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyiPerkembangan P&PBahagian keduaPenyampaian isi pelajaranTeknik penyampaian gurudisampaikan berperingkat - dari mudah kepada yang sukar, dari yang konkrit kepada yang abstraksuara yang jelas dan terangmenggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil kira pengalaman dan potensi muridberfokus kepada apa yang diajarmengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep KMSM/KBSRMembuat penilian berterusanTeknik MenyoalSoalan yang dikemukakanPenggabungjalinanPenyerapanPengukuhanmemberikan latih tubimemberikan tugasan / kerja rumahmengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam aktiviti pembelajaranPengayaanmembimbing murid mencari maklumat tambahanmenyediakan bahan maklumat tambahanmenggalakkan murid belajar daripada maklum balasmembimbing murid membuat jangkaan masa depanPemulihanmembimbing murid secara individumenggunakan pelbagai bahanmemberi latihan ulanganmenggunakan pelbagai teknik pengajaranPenilaianpemerhatiansoal jawabperbincangankerja bertuliskerja rumahHasil pembelajaran muridmemastikan murid dalam keadaan bersedia mengikuti pelajaranmelaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-directed)mengaplikasikan kemahiran mengambil notamempersembahkan hasil aktiviti pembelajaranmendapatkan maklumat daripada pelbagai sumbermengemukakan pendapat semasa perbincanganberdisplinPenutupBahagian terakhirAktiviti yang dijalankan seperti :susulanfoliopengayaanmembuat projekpenilaian objektif pengajaranpemerhatianteknik menyoalmemeriksa kerja pelajarmembuat kesimpulanrumusanmenegaskan isi-isi pentingmemberi cadangan dan panduan untuk murid meningkatkan kefahamanmencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk untuk meluaskan ilmumengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup seharianmengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaanpengubahsuaian pelajaranGuru yang berkesan ...tidak membosankan Pengurusan Kelas 1Tanggungjawab guru menguruskan kelas Guru (guru kelas) juga bertanggungjawab memastikan pengurusan kelasnya teratur dan baik. Guru bertanggungjawab : menguruskan rutin kelasmenyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajarRekod/buku daftarJadual kedatangan kelasRekod/buku/slip kemajuan pelajarKad 001 dan 002Rekod kutipan yuranmenyedia dan melaksanakan rutin kelasmenanda kedatanganmemastikan keceriaan kelasmengutip yuranmemastikan maklumat dalam kelas dikemaskinimenjalankan tugas-tugas lainmengurus pinjaman buku teksbiasiswamengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harianmengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi peraturan kelasmengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&PCarta organisasi kelasPelan kedudukan pelajarPapan kenyataanSenarai tugas Iklim Bilik Darjah 1Proses P&P yang berlaku di dalam bilik darjah amat bergantung kepada iklim bilik darjah iaitu interaksi dan aktiviti antara guru dan pelajarnya.suasana yang tenteramsuhu dan peredaran udara Sebuah bilik darjah yang baik mengandungi lima ciri iaitu : 2Hubungan yang baik dan saling hormat menghormati guru dan pelajarKesanggupan pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik yang ditetapkan oleh pihak sekolahMemiliki semangat kekitaan (espirit de corp) . Guru dan pelajar bagaikan sebuah keluarga yang besar, harmonis dan mesraWujud minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas dan sukarela dengan sopanAdanya keterbukaan , demokratik, kemesraan dan kebebasan yang menggalakkan interaksi antara pelajar dan guru mereka.Strategi Pengajaran dan PembelajaranA. Pembelajaran secara kontekstual 1Maksud Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan pengalaman hidup harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ia menyediakan pembelajaran secara konkrit (nyata) yang melibatkan aktiviti 'hands-on' dan 'minds-on' 2Teori pembelajaran secara kontekstual Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda merekaPembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermaksan kepada muridPenekanan perlu diberikan kepada kepelbagian persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan harian untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.B. Pembelajaran Masteri 1Maksud Pendekatan pembelajaran yang memfokuskan kejayaan pelajar menguasai sesuatu perkara yang diajar. Semua pelajar perlu dipastikan menguasai hasil pembelajaran dalam satu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. 2Pembelajaran Masteri memerlukan masa yang mencukupiproses P&P yang berkualitiguru menyedari bahawa :pelajar mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbezapelajar perlukan pendekatan yang sesuaipelajar perlu pengetahuan , kemahiran dan sikap yang di ajarkan Pelajar perlu berpengetahuan, memiliki kemahiran asassebelum beralih kepada kemahiran berikutnya. 3Prinsip asas Pembelajaran Masteri Pelajar normal boleh menguasi apa yang diajar oleh guruProses P&P akan menjadi lebih berkesan jika pelajar dipecahkan kepada kumpulan yang kecilPelajar memerlukan masa yang menguasai pengetuahuan dan kemahiranArahan P&P bagi setiap kumpulan dan proses mestilah jelas 4Ciri-ciri Pembelajaran masteri Hasil pembelajaran mestilah ditentukanHasil pembelajaran mestilah berurutan mengikut hiraki atau dari unit ke unitAktiviti P&P mestilah menarik, menyeronokkan dan berkesanC. Pembelajaran Kolaboratif 1Maksud D. Pembelajaran Koperatif. 1Maksud Pelajar-pelajar bekerjasama, berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran 2Kriteria Semangat saling perlu-memerlukan yang positifAkauntabiliti individuPenglibatan yang samaPenglibatan yang serentakPenglibatan yang bersemukaE. Pembelajaran konstruktivisme 1Maksud F. Pembelajaran Melalui Pengalaman 1Maksud G. Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya 1Maksud Kaedah PengajaranA. Simulasi 1Maksud Situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar 2Jenis simulasi Sosiodramamenggunakan skrip dan mengandungi konflikMain perananLakonan spontan tiada skrip diperlukan, tidak menggunakan skrip. Mengandungi keterangan ringkas dan pelajar memikirkan sendiri penyelesaian 3Persediaan Guru merancangGuru menjelaskan secara ringkas mengenai situasi , masalah , peranan dan tempoh lakonanPilih pelajar yang sesuai untuk melakonkan watak - suara yang jelasGuru menyediakan skrip lakonanGuru membimbing pelajar membuat keputusan 4Kelebihan Pelajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepatKemahiran pertuturan pelajara dapat ditingkatkanPelajar dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarikPelajar dapat menghayati nilai-nilai yang baik dalam lakonanPelajar dapat menonjol bakat lakonan merekaB. Tunjuk Cara (Demostrasi) 1Maksud Situasi pembelararan dengan guru menunjukkan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih pelajar yang berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki 2Langkah-langkah tunjuk cara PerancanganPerlaksanaan tunjuk caraLatihanRumusan 3Perlaksanaan tunjuk cara menyediakan peralatan yang diperlukanmemandang ke arah pelajar semasa tunjuk caramenggunakan teknik untuk menarik perhatian pelajartenik menyoalSoalan mestilah jelas dan mudah difahamiMenyusun aras soalan daripada yang mudah kepada sukarSoalan dikemukakan dahulu sebelum memanggil nama muridBerusaha mencungkil jawapan daripada pelajarMemberi masa secukupnya sebelum menjawabMemeri peluang kepada lebih daripada seorang pelajar untuk menjawabmembuat penegasan kepada bahagian yang penting dalam tunjuk caraC. Syarahan D. Permainan E. Hafazan F. Akhbar Dalam Darjah G. Melawat Sambil Belajar 1Maksud Membawa sekumpulan pelajar ke tempat sebenar . Ia adalah aktiviti sokongan pembelajaran 2Tempat lawatan Muziumtempat bersejarahtempat pengeluaran - kilang dan ladang, pusat kreatif 3.Tujuan lawatan membolehkan pelajar mendapat pengalaman sebenar dalam lawatanMembolehkan pelajar membandingkan situasi sebenar dengan perkara yang dipelajari di dalam kelasMempelbagaikan aktiviti agar pelajar tidak mudah bosanMengeratkan hubungan pelajar dengan masyarakat 4.Persediaan Memilih tempat lawatan yang berkaitan dengan topik pelajaranMemohon kebenaran sekolah dan pejabat pendidikan daerahMenghubungi dan mendapat kebenaran lawatan daripada pihak yang ingin dilawatiMenguruskan pengangkutan dan penginapan pelajar untuk lawatanMemberi taklimat kepada pelajar mengenaitujuan lawatankeselamatan diridislplinmakan dan minumperalatanMenyediakan peralatan yang diperlukanMembahagikan pelajar kepada kumpulan kecil mengikut topikMemastikan pelajar terlibat aktif dalam aktiviti kajianMemberi bimbingan kepada pelajar yang kurang fahamMengadakan sesi perbincangan mengenai aktiviti yang dilakukan semasa lawatanAktiviti susulan seperti membuat model dan melukis rencana atau poster 5.Garis panduan lawatan Pekeliling SPI Bil 5/2002 (Lawatan pada hari Persekolahan) menggariskan Ia tidak melebihi dua kali dalam setahunSetiap kali lawatan, ia tidak boleh melebihi empat hari berturut-turut termasuk hari perjalananBagi sekolah yang kurang pelajar digalakkan bergabung dengan sekolah lainAktiviti pelajar sebelum dan, semasa dan selepas lawatan mesti dirancang terlebih dahulu.Laporan lawatan yang dibuat pelajar perlu dikaitkan denngan pembelajaran di dalam kelas E. Pembelajaran Akses kendiri 1Maksud Suatu pendekatan pemelajaran yang memberi ruang dan peluang pelajar belajar secara kendiri. Pelajar menggunakan dan mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran 2Keperluan Hanya pelajar sendiri dapat melakukan pembelajaran secara optimumTerdapat ruang tiada guru yang dapat melakukannya untuk pelajarSetiap pelajar mempunyai minat, keperluan, sikap dan tahap kecerdasan dan kebolehan yang berbezaPelajar lebih tepat menentukan sendiri strategi pembelajaran terbaik untuknya 3Ciri-ciri Guru adalah berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselorSuasana pembelajaran fleksible, selesa dan tanpa tekananBahan PAK dan bahan fasilitator meudah diaksesPemilihan bahan dan akvititi pembelajaran yang luasKemudahan yang membolehkan pelajar belajar secara sendiri atau kumpulanMembolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan pelajar 4Kelebihan Pelajar mendapat kemahiran belajar untuk belajarPelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara berdikariPelajar dapat belajar mengikut keperluan dan gaya mereka sendiriPelejar memiliki kuasa otonomi dan tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri 5Fungsi Pusat Akses Kendiri Menyediaken tempat persekitaran yang selesa dan menarikMenyimpan bahan dan peralatan pembelajaranMemberi peluang kepada pelajar untuk melalui pembelajaran yang berkualiti dan berkesanMempamerkan carta maklumat dan hasil kerja pelajarSebagai pusat pengajaran, kemahiran amali dan pembelajaran 6Jenis-jenis Pusat Akses Kendiri - PAK Bilik khasBilik seniBilik bahasaRuang dan sudut pameranPapan kenyataanSudut-sudutPusat Mudah Alih TEORI-TEORI PEMBELAJARANA. Teori kecerdasan pelbagai 1Maksud Kebolehan menyelesaikan masalahKebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan 2Keperluan Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan negara dan keperluan pelajarMempelbagaikan cara penilaianMewujudkan suasana kolaboratif di sekolah 3Jenis kecerdasan Kecerdasan Verbal LinguistikKebolehan menggunakan kata-kata (bahasa) dengan berkesanKebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa sendiriKecerdasan Logik MatematikKebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan berhujanKebolehan menjangkaKecerdasan Visual RuangKebolehan mengesan dan mengambarkan bentukKebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafikKecerdasan KinestetikKebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan penyelesaian masalahKebolehan menggunakan kemahiran fizikal seperti koodinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbanganKecerdasan MuzikKebolehan mengesan irama dan laguKebolehan mengenal lagu mudahKebolehan membeza dan mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudahKecerdasan InterpersonalKebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.Kebolehan bertindak secara berkesan kepada orang lainKecerdasan IntrapersonalKebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan , hasrat dan kehendak.Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan kesedihan diriKebolehan membantu diri lebih berdisplin , beradab dan bersopan.Kecerdasan NaturalisKebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuhan, galian, binatang.Kebolehan mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makananB. Teori Behaviourisme 1Didokongi oleh Thorndike dan Skinner 2Menyatakan Pembelajaran belaku melalui pelaziman/kebiasaanPerubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan ransangan yang sesuaiPemberian rangsangan mendatangkan kepuasan , kepuasan akan membawa pengulangan tingkah laku tersebutRangsangan yang mendatangkan keadaan tidak selesa akan menyebabkan tingkah laku tersebu diberhentikanGanjaran, insentif dan peneguhan diberikan sebagai rangsangan dalam pembelajaran supaya tingkah laku yang diingini diteruskan dan dikekalkanC. Teori Konstruktif 1Disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky 2Menyatakan Ilmu pengetahuan terhasil daripada inisiatif seseorang individu itu sendiriIlmu pengetahuan yang dibentuk oleh sesorang itu kerana ingin menyesuaikan dirinya dengan alam sekitarIlmu pengetahuan terbentuk hasil rasionalisasi pengalaman individuIlmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia adaSeseorang individu tidaklah menerima sesuatu ilmu secara pasifD. Teori Kognitif 1Didokong oleh Atkinson, McClelland and Bruner 2Menyatakan Tingkah laku manusia adalah dipengaruhi cara pengamatan seseorangSetiap individu berminit mengejar kejayaanTerdapat dua jenis dorongan yang bertentangan yang wujud semasa mengejar sesuatu iaitu mengejar kejayaan atau mengelakkan kegagalanKejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu institusi dan keperibidaiannya Guru ceria murid gembira AsalAsalHak Cipta © Muhamad Khairi. 2008SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting <br />Share<br />