Tiga dokumen tersebut memberikan panduan dan tips berkaitan kehamilan, termasuk:
1) Rawatan untuk keputihan selamat untuk ibu hamil seperti suppositori clotrimazole
2) Pentingnya mengambil vitamin dan suplemen untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi
3) Mendapatkan ilmu melalui panduan kesihatan ibu hamil untuk mengelak komplikasi kehamilan seperti keguguran.
1 of 6
Download to read offline
More Related Content
penjagaan kebersihan diri
1. Panduan Kesihatan Ibu Hamil:
Bagaimana Mengatasi Keputihan
Ketika Hamil.
Posted by cikgu malaysia on April 18, 2011 | 6 Responses
Kebiasaanya wanita mengandung akan selalu dijangkiti keputihan. Perkara ini berlaku
kerana perubahan hormon yang dialami oleh wanita mengandung itu sendiri.
Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih
mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada
kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.
Maka kesan daripada jangkitan ini akan membawa kepada pengeluaran atau discaj
yang berwarna putih dan berbau.
Bagi wanita hamil, masalah keputihan ini amat merimaskan dan menganggu
kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa
kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran
serta kelahiran pra matang.
2. Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil menegaskan rawatan untuk mengatasi keputihan
perlu dilakukan. Ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga boleh membawa
bahaya kepada kandungan.
Jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori antikulat seperti
clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu mengandung.
Adakah suppositori clotrimazole ini selamat untuk ibu mengandung?
Sehingga kini tiada kajian spesifik yang dijalankan keatas wanita mengandung terhadap
penggunaan suppositori clotrimazole ini.
Kerana ini adalah melanggar hak etika manusia. Wanita hamil tidak dijadikan bahan
ujikaji.
Namun, setakat ini wanita mengandung yang mengunakan suppositori clotrimazole ini
tiada menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap kehamilan mereka. Malah,
menurut FDA (food drug administration) telah menetapkan keselamatan ubat ini berada
pada aras C.
Maksud aras C ini adalah suatu aras dimana tiada kesan teratogenik yang terhasil
daripada penggunaan sesetengah jenis ubat.
Oleh itu, wanita mengandung perlu mengatasi keputihan yang mereka hadapi. Cuba
dahulu rawatan yang disyorkan oleh doktor. Apa yang penting adalah kepatuhan
terhadap arahan penggunaan ubat. Ubat suppositori clotrimazole perlu diambil pada
waktu malam selama 3 malam berturut-turut. Dan suppositori clotrimazole perlu
disisipkan kedalam faraj dan bukannya ditelan melalui mulut!
Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil ini lagi, anda jangan terkejut kerana ia
merangkumi segala aspek berkaitan kehamilan selain daripada masalah keputihan
ketika hamil termasuklah perkara berkaitan keguguran.
3. Selain itu, ramai pasangan tidak tahu punca-punca kepada berlakunya keguguran.
Malah ada diantara mereka sengaja mendekatkan diri mereka kepada risiko
berlakunya keguguran.
Jadi dengan Panduan ini diharapkan bakal ibu-bapa lebih peka terhadap sebarang
risiko yang boleh membawa kepada keguguran.
Apa yang istimewanya Panduan ini adalah, ia bukan sahaja menceritakan masalah-
masalah yang bakal ibu mengandung hadapai malah ia juga ada menerangkan lebih
detail termasuk gambar rajah apa yang perlu wanita mengandung lakukan supaya
senang untuk bersalin kelak.
Sumber ini dipetik daripada: 9bulan.info
Tip ibu mengandung: Supplement
untuk Ibu Hamil
Posted by cikgu malaysia on April 21, 2011 | Leave a response
Apabila seseorang wanita itu disahkan mengandung, doktor akan memberikan wanita
itu beberapa jenis supplement.
Antara contoh supplement yang biasa dibekalkan kepada wanita mengandung adalah
asid folik dan juga ferrous fumarate.
Selain daripada asid folik, ada juga sesetengah wanita mengandung akan
diberikan supplement Obimin. Supplement Obimin ini sangat membantu
4. meningkatkan zat dalam wanita yang kekurangan nutrien.
Supplement ini amat penting sekali bagi memastikan ibu hamil serta kandungannya
memperolehi cukup zat dan nutrien yang diperlukan.
Seperti yang kita sedia maklum, fungsi asid folik adalah untuk mengelakkan dan
mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bagi bayi.
Manakala Ferrous Fumarate adalah untuk meningkatkan bilangan sel darah marah
dalam ibu mengandung. Jika kekurangan darah dalam badan ibu hamil, ia boleh
menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan ibu mengandung.
Ibu mengandung yang kekurangan darah akan menunjukkan simptom seperti wajah
pucat, bernafas tercungap-cungap dan letih serta lesu.
Dalam ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil ada menjelaskan secara terperinci
bagaimana fungsi-fungsi vitamin dan supplement yang sepatutnya ibu mengandung
miliki.
Ia juga menerangkan kepada ibu mengandung tip-tip penting yang harus ibu
mengandung ketahui dalam memastikan proseskehamilan berjalan dengan lancar dan
selamat dan sempurna.
Sumber artikel: 9bulan.info
5. Ps: Untuk cikgu-cikgu perempuan yang tengah mengandung, elok sangatlah cari
supplemen yang bersesuaian.
Bagaimana Untuk Mendapatkan Tahap
Kesihatan Yang Baik Ketika Hamil?
Posted by cikgu malaysia on April 19, 2011 | 5 Responses
Kehamilan adalah suatu anugerah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan yang
mendirikan rumah tangga. Tidak semua orang bernasib baik dapat merasai
pengalaman untuk hamil.
Oleh itu setiap kehamilan perlu dijaga rapi dan teliti dari segi aspek keselamatannya.
Namun untuk memastikan proses kehamilan berjalan dengan lancar bukan mudah
seperti yang disangka.
Bagi pasangan yang baru pertama kali merasai proses kehamilan pasti mempunyai
sedikit kesukaran dalam menempuh alam kehamilan kerana ia merupakan pengalaman
pertama.
Jadi disini apa yang penting adalah ILMU. Ilmu adalah pengalaman berharga yang
bertindak sebagai penyuluh tatkala kita dalam kegelapan.
Kini setiap wanita yang hamil bernasib baik kerana terdapat satu Panduan yang
menerangkan selok-belok hal berkaitan kehamilan. Panduan yang dimaksudkan
tersebut adalah Panduan Kesihatan Ibu Hamil.
Panduan ini telah ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan juga beberapa
rujukkan international berkaitan kehamilan termasuklah pelbagai komplikasi kehamilan.
Jika anda mendapatkan panduan ini, anda jangan terkejut kerana ia merangkumi
segala aspek berkaitan kehamilan termasuklah perkara berkaitan keguguran.
6. Menurut penulis Panduan Kesihatan Ibu Hamil ini lagi, ramai pasangan tidak tahu
punca-punca kepada berlakunya keguguran.
Malah ada diantara mereka sengaja mendekatkan diri mereka kepada risiko
berlakunya keguguran.
Jadi dengan Panduan ini diharapkan bakal ibu-bapa lebih peka terhadap sebarang
risiko yang boleh membawa kepada keguguran.
Apa yang istimewanya Panduan ini adalah, ia bukan sahaja menceritakan masalah-
masalah yang bakal ibu mengandung hadapai malah ia juga ada menerangkan lebih
detail termasuk gambar rajah apa yang perlu wanita mengandung lakukan supaya
senang untuk bersalin kelak.
Kesimpulannya, statistik telah menunjukkan setiap tahun pasti ada kes dimana bayi
mati disebabkan keguguran, bayi mati disebabkan kelemasan, kelahiran bayi pra
matang dan sebagainya peristiwa-peristiwa kehamilan yang berpotensi menjadi episode
ngeri dalam hidup kita.
Jadi lengkapkanlah diri anda dengan ILMU berkaitan kehamilan agar semua perkara
yang tidak diingini dapat dielakkan.
Anda boleh kelaman Panduan Kesihatan Ibu Hamil melalui link yang saya sertakan
dibawah ini: 9bulan.info