2. 1
Pendahuluan
Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon
mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan
pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai
jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan
mempunyai skop yang luas.
Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar
sesuai dengan kualiti serta potensi untuk dilantik sebagai Penolong Juruaudit Gred
W27.
Peperiksaan ini melibatkan dua seksyen iaitu Seksyen A dan Seksyen B. Setiap
kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu
menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas.
Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut.
Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia akan ditemu duga.
3. 2
Panduan Umum Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan
Penolong Juruaudit Gred W27
1. Pada hari peperiksaan calon hendaklah membawa
(i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
(ii) Kad Pengenalan.
(iii) Pensel 2B, pen dan pemadam lembut.
(iv) Peralatan lain yang difikir perlu.
2. Calon perlu berada di pusat peperiksaan tiga puluh minit sebelum
peperiksaan dimulakan.
3. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.
4. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat
tangan jika ada masalah atau sebarang pertanyaan.
5. Calon hanya boleh meninggalkan pusat peperiksaan tiga puluh minit selepas
peperiksaan dimulakan.
6. Jawapan hendaklah dibuat dalam
(i) Kertas OMR - bagi Seksyen A dan B
7. Nombor Kad Pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam
Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.
9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan.
4. 3
Sukatan Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong
Penolong Juruaudit Gred W27
Peperiksaan ini terdiri daripada :
BAHAGIAN I KECENDERUNGAN
Bahagian I (Kecenderungan) dibahagikan kepada dua seksyen iaitu:
(i) Seksyen A - Pengetahuan Am
(ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
SEKSYEN A PENGETAHUAN AM
Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara
yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui
secara umum mengenai pengauditan, ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi
maklumat, pentadbiran kerajaan, sosial dan lain-lain perkembangan semasa.
5. 4
Contoh Soalan Pengetahuan Am
1. Jabatan Audit Negara ialah sebuah jabatan di bawah
A Jabatan Perdana Menteri.
B Jabatan Perkhidmatan Awam.
C Kementerian Kewangan Malaysia.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan
Kepenggunaan.
Jawapan : A
2. Berikut merupakan firma perakaunan terbesar di dunia, kecuali
A KPMG.
B Lloyds.
C Ernst & Young.
D PricewaterhouseCoopers.
Jawapan : B
6. 5
SEKSYEN B DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan
item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik Menggunakan ;
(ii) Kemahiran Menginterpretasi data; dan
(iii) Konsep Matematik.
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih
jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan
calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi
memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.
(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif
untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan
untuk berfikir secara kuantitatif.
7. 6
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
1. Hitungkan jumlah bagi nilai digit angka 6 dan 9 dalam nombor 56 789.
A 609
B 6009
C 6090
D 60 009
Jawapan : B
2. Yang manakah tidak benar?
A 1/8 = 0.8
B 3/5 = 0.6
C 2/10 = 0.2
D 11/10 = 1.1
Jawapan : A
8. 7
Panduan Menjawab Soalan
Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.
Soalan Objektif
(Soalan-soalan Seksyen A dan B)
(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini
adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga
meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa
soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana
berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau
bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam
bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab
dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-
soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan
tersebut.
(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan
dan calon perlu memilih 1 jawapan sahaja. Jawapan yang diberi hendaklah
betul dan merupakan jawapan yang paling tepat. Oleh itu, calon-calon
hendaklah membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan.
(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses
menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B
sahaja. Sekiranya calon menggunakan alat tulis yang lain seperti pen,
jawapan calon tidak diambil kira kerana komputer tidak dapat memprosesnya.
Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya,
gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus
untuk merekod jawapan.
9. 8
Penutup
Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika
lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temu duga. Ini bermakna peluang
untuk dipertimbangkab ke jawatan Penolong Juruaudit Gred W27 adalah lebih baik.
Selamat Maju Jaya
Bahagian Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia