Transform any presentation into ready-made study materialselect from outputs like summaries, definitions, and practice questions.
1 of 31
Downloaded 455 times
More Related Content
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
1. PENTAKSIRAN DALAM
PENDIDIKAN KHAS PKU 3106
TAJUK 1 :
ANDA DIKEHENDAKI MENCARI MAKLUMAT
MENGENAI KONSEP PENTAKSIRAN,
PELBAGAI CARA MENGUMPUL MAKLUMAT
DAN KEGUNAAN PENTAKSIRAN DALAM
PENDIDIKAN KHAS DALAM PELBAGAI
BIDANG YANG MELIBATKAN MURID KHAS.
2. KUMPULAN 1
1. AZLINDA BINTI ABDULLAH
2. AZLINA BINTI ZAINAL
3. NUR SHAPRINA BINTI BAHARI
4. JAMEAH BINTI MOHD SALLEH
PPG AMBILAN JUN 2011
SEMESTER 3
PENSYARAH : PN KHADIJAH BINTI AMAT
@ KAMARUDDIN
3. PENGENALAN
Pentaksiran adalah sesuatu bidang yang tidak
dapat dipisahkan daripada pendidikan khas.
Segala keputusan yang dibuat dalam
pendidikan khas berkait rapat dengan
maklumat yang dikumpulkan melalui proses
pentaksiran.
Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh seseorang murid
4. Seterusnya, bagi menjalankan pengajaran
yang bersesuaian dengan tahap kebolehan
murid, guru memerlukan maklumat yang
dikumpul melalui pelbagai cara pengujian
atau kaedah lain.
Seterusnya, apabila pengajaran dan
langkah-langkah yang dianggap wajar telah
dilaksanakan, guru perlu menilai
keberkesanan perancangan dan
pengajarannya.
5. DEFINISI PENTAKSIRAN
Pentaksiran dalam konteks pendidikan
khas boleh didefinisikan sebagai satu proses
pengumpulan maklumat untuk tujuan
membuat keputusan.
Definisi membawa implikasi bahawa
terdapat banyak keputusan yang penting
yang perlu dibuat dalam pendidikan khas.
6. Keputusan yang akan dibuat adalah
berdasarkan maklumat yang tertentu
dan bukan dibuat dengan sewenang-
wenangnya.
Cara membuat keputusan sedemikian
adalah sistematik dan memperlihatkan
unsur profesionalisme.
7. David Lambert dan David Lines 2000.
Pentaksiran adalah proses pengumpulan,
menterjemah, merekod dan menggunakan
maklumat mengenai respon pelajar kepada
tugas pendidikan.
Gearheat 1990. Pentaksiran adalah
proses yang melibatkan pengumpulan dan
penterjemahan secara saintifik sesuatu
maklumat yang luas berdasarkan keputusan
intervensi dan apabila bersesuaian,
keputusan klasfikasi dan penempatan.
8. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 .
Pentaksiran adalah proses pengumpulan data
dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan
masalah pelajar dan membuat keputusan
mengenai pelajar.
Menurut Bailey & Woldery 1992.
Pentaksiran adalah suatu proses mengumpul
maklumat bagi tujuan membuat keputusan.
9. Mc Cluhen 1994. Pentaksiran kanak-kanak khas
ialah proses sistematik mengumpul maklumat
yang relevan, bertujuan membuat keputusan
pembelajaran dan perundangan yang berkaitan
dengan peruntukan perkhidmatan khas.
Pentaksiran pembelajaran juga meliputi usaha
memahami masalah pembelajaran pelajar dan
faktor-faktor yang memberi kesan kepada
pencapaian sekolah dan perkembangan diri
murid dari berbagai peringkat umur.
10. Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah
untuk memberi maklumat dan gambaran
tentang tahap penguasaan murid dalam
pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis,
mengira dan sebagainya.
Ia juga dapat mengesan punca masalah yang
dihadapi murid dan merangka intervensi,
strategi pengajaran dan penempatan yang
sesuai mengikut tahap kebolehannya.
11. KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran merupakan satu episod
dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti mengumpul,
merekod, memberi skor
menginterpretasi, menghurai,
maklumat tentang pembelajaran
seorang bagi sesuatu tujuan
12. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk
untuk memperbaiki kelemahan murid dan
meningkatkan pencapaiannya.Pentaksiran yang
dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan
standard perkembangan murid tersebut.
Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan
bukti dan data pencapaian murid dalam satu
tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan
pemahamannya.Bukti dan data ini dapat diambil
dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja,
portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian
diagnostik.
14. CIRI-CIRI PENTAKSIRAN YANG
BAIK
Keobjektifan - ketepatan seseorang pemeriksa
memeriksa skrip jawapan.
Kebolehtadbiran - kelicinan dan kerja-kerja
susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau
berasaskan sekolah.
Kemudahtafsiran - maklumat tentang calon
berdasarkan skor, mendiskriminasikan
calon,menepati tujuan mengadakan satu ujian dan
pentaksiran.
Kekomprehensifan - mengandungi soalan-soalan
yang mewakili semua objektif yang penting.
15. Pengukuran - melibatkan data sistematik yang
dikumpulkan mengikut "peraturan
Pengujian - satu bentuk pengukuran spesifik
Penilaian - memberikan penghakiman ke atas
pengumpulan data
Pentaksiran - pengintegrasian data kualitatif
dan kuantitatif yang dikumpulkan untuk
menyediakan maklumat mengenai pembelajaran,
apa yang diajar dan bagaimana ianya diajar
Pentaksiran = Pengukuran+ Pengujian + Penilaian
16. JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
Jenis pentaksiran yang boleh
digunakan kepada pelajar-pelajar khas
:
1. Kemahiran pembelajaran asas -
pengamatan
2. Kemahiran sosial dan tingkah laku
3.Kemahiran bahasa membaca,
menulis dan lisan
4.Kemahiran matematik
17. Sesuatu pentaksiran ditadbir berdasarkan perkara-
perkara berikut :
Mengambilkira bagaimana seseorang pelajar
melaksanakan pelbagai tugas dalam keadaan yang
berbeza
Memberi makna kepada pencapaian kanak-kanak itu
sebagai indivdu
Memberi interpretasi kepada pencapaian tersebut
3 domain yang diuji :
Akademik
Tingkahlaku
Fizikal
18. Tujuan Pentaksiran
Pierangelo , R & Giuliani, G (2006)
Menyatakan tujuan penaksiran adalah untuk :
a. Pemeriksaan dan pengenalpastian (screening
and identification)
b.Kelayakan dan diagnosis (Eligibility and
diagnosis)
c. Penempatan dan perkembangan RPI (IEP
Development and placement)
d.Perancangan pengajaran (Instructional
planning)
e. Penilaian (Evaluation)
20. Rekod dan laporan berkaitan
- Latar belakang keluarga
- Kesihatan murid
- Prestasi akademik
- Minat murid
Seseorang murid bermasalah pembelajaran sudah
pasti telah menjalani pelbagai jenis pentaksiran
sebelum dia masuk ke sekolah.Laporan yang dibuat
oleh para profesional akan memberi banyak
maklumat berkaitan murid yang boleh digunakan
oleh guru pendidikan khas. Guru pkhas perlu
merujuk kepada laporan tersebut untuk mendapat
satu gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan
murid.
21. Sampel kerja
- Analisis ralat
- Kualiti kerja
Salah satu sumber maklumat yang sedia ada
berkaitan murid adalah sampel-sampel kerja
yang dihasilkan oleh murid dalam mata
pelajaran yang diikutinya di sekolah. Untuk
mendapat maklumat yang berfaedah, guru
pkhas perlu membuat analisis sampel kerja
untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan
murid dalam matapelajaran yang dipelajari.
22. Pengujian
- Ujian rujukan norma
( ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian
dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujian yang sama )
-Ujian rujukan kriteria
( ujian untuk mengukur samada kemahiran yang telah diajar boleh
dianggap sebagai telah dikuasai murid )
-Inventori tidak formal
-Kuiz
( ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran telah
disampaikan untuk menguji samada murid telah memahami apa yang
telah diajar )
-Probe
( kalau seseorang guru ingin tahu samada murid boleh menjalankan
sesuatu tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit
pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang berlainan)
-Analisis tugasan
23. Pemerhatian
- Aspek yang boleh dinilai
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- sebutan
- kecekapan mencongak
- sikap
- Instrumen (senarai semak & skala kadar)
- semasa interaksi murid dengan guru,
murid dengan murid, murid dengan bahan
pembelajaran.
- hasil kerja murid
24. Soal Selidik
- Dinilai melalui aktiviti seperti:-
. Temu bual
. Soal jawab
. Memberi respon
. Aktiviti bacaan
25. KEGUNAAN PENTAKSIRAN DALAM
PENDIDIKAN KHAS
Perancangan Pentaksiran Bilik Darjah
Tujuan :
untuk mendapatkan maklumat yang sah,
boleh dipercayai dan berguna berkaitan
dengan pembelajaran pelajar.
Guru perlu menentukan secara jelas apa
yang hendak diukur dan seterusnya
menyediakan analisa pentaksiran yg dapat
mengukur pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang hendak diukur dengan tepat.
26. Sebagai guru pendidikan khas, anda harus memahami segala
aspek yang mendalam berkaitan dengan murid. Oleh yang
demikian, pentaksiran yang selalu dijalankan
oleh guru di sekolah bertujuan untuk mendapat maklumat
berkaitan:
Kemahiran kognitif
Kecerdasan
Memori
Kemahiran motor
Motor kasar
Motor halus
27. Kemahiran persepsi
Persepsi visual
Persepsi auditori
Kemahiran akademik
Bacaan
Tulisan
Matematik
Kemahiran bahasa
Bahasa eskpresif
Bahasa reseptif
Tingkah laku
Keadaan sosio-emosi
28. Maklumat yang dikumpul berkenaan aspek-
aspek diatas akan memberi satu gambaran
yang komprehensif berkaitan murid, dan
menunjuk arah tentang jenis bantuan dan
pengajaran yang perlu disediakan.
Dengan demikian, guru boleh merancang
satu program intervensi yang bersesuaian
dengan keperluan individu setiap orang
murid.
29. Seorang guru yang berkesan akan
selalu berpandukan kepada
maklumat pentaksiran untuk
mengendali murid di sekolah.
30. Kesimpulan
Penaksiran adalah sesuatu yang sangat
penting & tidak boleh dipandang ringan. Ini
kerana ia merupakan sesuatu perkara yang
subjektif & melibatkan antara guru dan
pelajar. Guru perlu melihat pengajaran dari
pelbagai aspek. Melalui pentaksiran yg
dibuat, guru mampu merancang pengajaran
supaya lebih berkesan & mampu menarik
minat pelajar.