際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
(TAJUK UTAMA)            (TAJUK) SMK PEKAN TELIPOK: MUTIARA HARAPAN TELIPOK

Bil   (Sub Tajuk)        Skrip                                                 Sokong/Visual
1.    Sejarah ringkas    Ditubuhkan pada 1988 dengan cara menumpang
                         di SK Pekan Telipok. Penubuhannya satu projek         Gambar sekolah
                         kilat untuk mengatasi masalah kekurangan tempat       Rekod tandatangan pelawat VIP
                         belajar. Kumpulan pertama pelajar terdiri daripada
                         110 orang pelajar Tingkatan 1. 20 tahun sudah
                         berlalu dan penduduk-penduduk tempatan sekitar
                         Telipok masih lagi menaruh harapan dan
                         kepercahayaan bahawa sekolah ini dapat
                         memberi peluang pelajaran berkualiti kepada
                         anak-anak mereka biarpun status sekolah masih
                         lagi menumpang.Mereka masih menantikan
                         penunaian janji-janji TPM dan pegawai-pegawai
                         kanan KPM bahawa kerajaan akan membina SMK
                         PT di tapak baru walaupun 2 buah SMK baru
                         yang indah lagi besar dalam lingkungan 10 km
                         dari SMK Pekan Telipok telah dibina.

2.    Lokasi             Sekolah ini terletak kira-kira 25 km dari             Peta lokasi
                         bandaraya Kota Kinabalu dan 13 km dari pekan
                         Tuaran. Lokasi sekolah kira-kira setengah km dari
                         pekan Telipok dan sentiasa menghadapi ancaman
                         banjir dari Sungei Telipok yang berhampiran.
                         Biarpun lokasi sekolah ini tidak begitu jauh dari
                         bandaraya Kota Kinabalu tetapi pembangunan
                         fizikal sekolah ini adalah jauh ketinggalan.
3.    Latar Belakang /   Keadaan yang serba kurang sekolah ini tidak           Perangkaan pelajar,dan
      Data sekolah       memudarkan harapan penduduk tempatan                  kemudahan
                         terhadap peranan SMKPT. Bilangan pelajar              Gambar bilik darjah, pagar, dan
                         sekolah ini terus meningkat dari setahun ke           bilik guru
                         setahun sehingga kini bilangan pelajar mencapai
                         935 orang yang terbahagi kepada 27 buah kelas
                         dari Tingkatan 1 hingga 5. Bilangan guru ialah 56
                         orang termasuk Pengetua. Kakitangan sokongan 4
                         orang. Struktur bangunan ialah kayu. Bilangan
                         bilik darjah hanya 12. Dengan ini sekolah terpaksa
                         beroperasi dalam 2 sesi dengan 3 kelas diletakkan
                         di stor dan dewan mini terbuka. Akibatnya dua
                         buah kelas terletak bersebelahan dengan bilik
                         darjah yang sedia ada tanpa dinding. Selain itu,
                         hanya terdapat dua pintu tandas untuk guru dan
                         staf serta 8 pintu tandas untuk kegunaan 935
                         orang murid. Selama ini sekolah ini beroperasi
                         tanpa makmal sains, tanpa padang permainan dan
                         tanpa tapak letak kereta serta tanpa pagar yang
                         sempurna kerana di tengah-tengah sekolah
                         terdapat jalan laluan kampung. Cabaran lain untuk
                         sekolah ini ialah ruang pejabat dan bilik guru yang
                         sempit dan bekalan elektrik yang tidak cukup.
                         Keadaan sekolah sentiasa sesak, pengudaraan
                         kurang baik dan masalah panas berbahang pada
                         sebelah petang serta ancaman bunyi atap zink
                         semasa hujan.
4.    Visi dan Misi      Visi: Menjadi pusat sekolah cemerlang di daerah
                         Tuaran menjelang tahun 2014.
                         Misi: Membekalkan pendidikan berkualiti untuk
                         penduduk tempatan
5.    Prestasi          Input kualiti yang sederhana dan kemudahan         Geraf pencapaian PMR dan SPM
                        fizikal yang terhad tidak menghalang usaha-usaha   untuk tempoh 3 tahun
                        dan semangat untuk mencapai kecermelangan
                        dalam bidang akademik dan kokurikulum sekolah.     Rekod pencapaian kokurikulum
                        Akademik: PMR: 53.8% dengan GP 3.33 pada           di peringkat negeri dan
                                     2008                                  kebangsaan bagi tempoh 3
                                    SPM: 98% dengan GP 5.61 pada 2008      tahun.

                        Kokurikulum: 5 acara peringkat negeri pada 2008

                        Prestasi ini kelihatan sederhana tetapi penuh
                        bererti buat penduduk-penduduk tempatan kerana
                        terdapat bekas pelajar sekolah ini mendapat
                        biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke luar
                        negera.Sekolah ini akan terus berjuang untuk
                        menunaikan janji bagi mengadakan pendidikan
                        berkualiti bagi penduduk tempatan.
6     Penantian         Janji ditunai: Tapak dan bangunan baru.

Penulis Skrip: Ng Kah Ghor
Tarikh: 14 April 2009

More Related Content

Penulisan skrip

  • 1. (TAJUK UTAMA) (TAJUK) SMK PEKAN TELIPOK: MUTIARA HARAPAN TELIPOK Bil (Sub Tajuk) Skrip Sokong/Visual 1. Sejarah ringkas Ditubuhkan pada 1988 dengan cara menumpang di SK Pekan Telipok. Penubuhannya satu projek Gambar sekolah kilat untuk mengatasi masalah kekurangan tempat Rekod tandatangan pelawat VIP belajar. Kumpulan pertama pelajar terdiri daripada 110 orang pelajar Tingkatan 1. 20 tahun sudah berlalu dan penduduk-penduduk tempatan sekitar Telipok masih lagi menaruh harapan dan kepercahayaan bahawa sekolah ini dapat memberi peluang pelajaran berkualiti kepada anak-anak mereka biarpun status sekolah masih lagi menumpang.Mereka masih menantikan penunaian janji-janji TPM dan pegawai-pegawai kanan KPM bahawa kerajaan akan membina SMK PT di tapak baru walaupun 2 buah SMK baru yang indah lagi besar dalam lingkungan 10 km dari SMK Pekan Telipok telah dibina. 2. Lokasi Sekolah ini terletak kira-kira 25 km dari Peta lokasi bandaraya Kota Kinabalu dan 13 km dari pekan Tuaran. Lokasi sekolah kira-kira setengah km dari pekan Telipok dan sentiasa menghadapi ancaman banjir dari Sungei Telipok yang berhampiran. Biarpun lokasi sekolah ini tidak begitu jauh dari bandaraya Kota Kinabalu tetapi pembangunan fizikal sekolah ini adalah jauh ketinggalan. 3. Latar Belakang / Keadaan yang serba kurang sekolah ini tidak Perangkaan pelajar,dan Data sekolah memudarkan harapan penduduk tempatan kemudahan terhadap peranan SMKPT. Bilangan pelajar Gambar bilik darjah, pagar, dan sekolah ini terus meningkat dari setahun ke bilik guru setahun sehingga kini bilangan pelajar mencapai 935 orang yang terbahagi kepada 27 buah kelas dari Tingkatan 1 hingga 5. Bilangan guru ialah 56 orang termasuk Pengetua. Kakitangan sokongan 4 orang. Struktur bangunan ialah kayu. Bilangan bilik darjah hanya 12. Dengan ini sekolah terpaksa beroperasi dalam 2 sesi dengan 3 kelas diletakkan di stor dan dewan mini terbuka. Akibatnya dua buah kelas terletak bersebelahan dengan bilik darjah yang sedia ada tanpa dinding. Selain itu, hanya terdapat dua pintu tandas untuk guru dan staf serta 8 pintu tandas untuk kegunaan 935 orang murid. Selama ini sekolah ini beroperasi tanpa makmal sains, tanpa padang permainan dan tanpa tapak letak kereta serta tanpa pagar yang sempurna kerana di tengah-tengah sekolah terdapat jalan laluan kampung. Cabaran lain untuk sekolah ini ialah ruang pejabat dan bilik guru yang sempit dan bekalan elektrik yang tidak cukup. Keadaan sekolah sentiasa sesak, pengudaraan kurang baik dan masalah panas berbahang pada sebelah petang serta ancaman bunyi atap zink semasa hujan. 4. Visi dan Misi Visi: Menjadi pusat sekolah cemerlang di daerah Tuaran menjelang tahun 2014. Misi: Membekalkan pendidikan berkualiti untuk penduduk tempatan
  • 2. 5. Prestasi Input kualiti yang sederhana dan kemudahan Geraf pencapaian PMR dan SPM fizikal yang terhad tidak menghalang usaha-usaha untuk tempoh 3 tahun dan semangat untuk mencapai kecermelangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sekolah. Rekod pencapaian kokurikulum Akademik: PMR: 53.8% dengan GP 3.33 pada di peringkat negeri dan 2008 kebangsaan bagi tempoh 3 SPM: 98% dengan GP 5.61 pada 2008 tahun. Kokurikulum: 5 acara peringkat negeri pada 2008 Prestasi ini kelihatan sederhana tetapi penuh bererti buat penduduk-penduduk tempatan kerana terdapat bekas pelajar sekolah ini mendapat biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negera.Sekolah ini akan terus berjuang untuk menunaikan janji bagi mengadakan pendidikan berkualiti bagi penduduk tempatan. 6 Penantian Janji ditunai: Tapak dan bangunan baru. Penulis Skrip: Ng Kah Ghor Tarikh: 14 April 2009