ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
BAB 4
PENURAS DAN MINYAK PELINCIR ENJIN
4.1Pengenalan
Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan.  Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan berasaskan logam sebagai medium ketika enjin beroperasi.  Pergerakan komponen-komponen ini menghasilkan geseran dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bersentuhan.  Jadi, untuk melicinkan pergerakan dalaman enjin, penuras digunakan sebagai perangkap benda asing di dalam enjin dan medium seperti minyak pelincir digunakan sebagai penyelesaian.
4.1.1Fungsi
Umumnya, minyak pelincir  berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin.  Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin.
4.2Spesifikasi Piawaian Penyelidikan dan pembangunan dalam industri automotif bertujuan meningkatkan mutu dan kawalan dalam menentukan jenis dan pengkelasan minyak pelincir di seluruh dunia.  Penghasilan minyak pelincir untuk pelbagai kegunaan dan tujuan boleh diketahui melalui singkatan perkataan bagi pertubuhan atau institusi ini sebagai kod piawaian minyak pelincir.  Dua jenis kod piawaian yang sering diguna pakai ialah Kod Piawai SAE dan Kod Piawai API.
4.2.1Kod Piawai SAE
SAE adalah singkatan bagi ‘Society of Automotive Engineers’ atau Persatuan Jurutera Automotif.  Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik  berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.
4.2.2Kod Piawai APIAPI adalah singkatan bagi ‘American Petroleum Institute’ atau Institut Petroleum Amerika.  Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran dunia.  Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum.  Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada Kod Piawai API untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.
Spesifikasi Minyak Pelincir
Minyak pelincir terbahagi kepada dua jenis utama iaitu ‘Monograde’ dan ‘Multigrade’. 4.3.1‘Monograde’ atau Gred Tunggal
Rajah 4.1  Minyak pelincit jenis ‘Monograde’ atau Gred Tunggal.
Minyak pelincir jenis ‘monograde’ adalah lebih murah berbanding minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan pada kenderaan atau jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia.  Kadar kelikatan SAE 40 biasanya menjadi pilihan bagi penggunaan yang lasak.
4.3.2‘Multigrade’ atau Pelbagai Gred
Minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula merujuk kepada kadar kelikatan minyak pelincir yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis ‘multigrade’ ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’.
Minyak pelincir jenis ‘multigrade’ boleh dikenali berpandukan label yang tertera pada botol atau bekas minyak pelincir tersebut.  Minyak pelincir jenis ‘multigrade’ mempunyai dua kadar kelikatan yang boleh berubah-ubah.  Label Piawaian seperti SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan banyak lagi merupakan contoh minyak pelincir jenis ‘multigrade’.
Rajah 4.2  Minyak pelincir jenis ‘Multigrade’ atau Pelbagai Grade.
Konsonan ‘W’ bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk.  Di negara-negara yang musimnya berubah-ubah, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan.
Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan maksimum minyak pelincir itu apabila enjin mencapai suhu panas.  Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.
4.4Kaedah Kendalian
Kaedah dan prosedur kerja melibatkan minyak pelincir berbeza-beza bergantung kepada sebab ia dilakukan.  Kerja yang melibatkan minyak pelincir biasanya ketika melakukan penyelenggaraan:
Memeriksa kandungan minyak pelincir dalam enjin.
Membuat tukaran minyak pelincir  enjin.
Menukar penuras minyak pelincir  enjin.4.4.1Kelengkapan dan Peralatan
Peralatan asas yang perlu bagi melakukan kerja tukaran minyak pelincir termasuklah :
Minyak pelincir enjin.
Bergantung kepada spesifikasi kenderaan yang telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.  Bagi kebanyakan kenderaan yang membuat penyelenggaraan di Bahagian Worksyop CKM Negeri Selangor menggunakan Minyak Pelincir Jenis Gred Tunggal SAE 40.
Rajah 4.3  Minyak Pelincir Gred Tunggal SAE 40.
Penuras minyak pelincir enjin.
Penuras minyak pelincir enjin yang biasa digunakan ialah daripada jenis basah.  Penuras biasanya terletak di bahagian sisi tepi blok enjin.
Rajah 4.4  Penuras minyak pelincir enjin.
Pembuka penuras minyak pelincir.
Rajah 4.5  Pembuka penuras minyak pelincir enjin.Pelbagai jenis penuras yang terdapat di pasaran kini. Oleh itu pembuka penuras yang digunakan bergantung kepada saiz dan jenis penuras yang digunakan.
Set sepana pelbagai saiz.
Sepana yang digunakan bergantung kepada saiz skru lantai pada takung minyak kenderaan.  Kebanyakkan kenderaan menggunakan skru lantai bersaiz 17mm dan 19mm.
Rajah 4.6  Set sepana pelbagai saiz.
Bekas tadahan minyak pelincir.  Bekas tadahan digunakan ketika proses pembuangan minyak lama bagi mengelakkan tumpah ke lantai.
Kain perlu untuk membersihkan alatan setiap kali hendak digunakan dan ketika membuat pemeriksaan paras minyak pelincir ketika isian minyak baru.
Kain buruk/terpakai.
4.4.2Langkah Keselamatan
Langkah bagi pencegahan kemalangan ketika kendalian proses tukaran minyak pelincir.
Pastikan menggunakan minyak pelincir enjin yang sesuai kerana minyak pelincir mempunyai kelikatan yang berbeza.
Pakai sarung tangan.

More Related Content

Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

• 1. BAB 4
PENURAS DAN MINYAK PELINCIR ENJIN
4.1Pengenalan
Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan berasaskan logam sebagai medium ketika enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini menghasilkan geseran dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bersentuhan. Jadi, untuk melicinkan pergerakan dalaman enjin, penuras digunakan sebagai perangkap benda asing di dalam enjin dan medium seperti minyak pelincir digunakan sebagai penyelesaian.
• 3. Umumnya, minyak pelincir berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin.
• 4. 4.2Spesifikasi Piawaian Penyelidikan dan pembangunan dalam industri automotif bertujuan meningkatkan mutu dan kawalan dalam menentukan jenis dan pengkelasan minyak pelincir di seluruh dunia. Penghasilan minyak pelincir untuk pelbagai kegunaan dan tujuan boleh diketahui melalui singkatan perkataan bagi pertubuhan atau institusi ini sebagai kod piawaian minyak pelincir. Dua jenis kod piawaian yang sering diguna pakai ialah Kod Piawai SAE dan Kod Piawai API.
4.2.1Kod Piawai SAE
• 5. SAE adalah singkatan bagi ‘Society of Automotive Engineers’ atau Persatuan Jurutera Automotif. Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik  berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.
• 6. 4.2.2Kod Piawai APIAPI adalah singkatan bagi ‘American Petroleum Institute’ atau Institut Petroleum Amerika. Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran dunia. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada Kod Piawai API untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.
Spesifikasi Minyak Pelincir
• 7. Minyak pelincir terbahagi kepada dua jenis utama iaitu ‘Monograde’ dan ‘Multigrade’. 4.3.1‘Monograde’ atau Gred Tunggal
Rajah 4.1 Minyak pelincit jenis ‘Monograde’ atau Gred Tunggal.
Minyak pelincir jenis ‘monograde’ adalah lebih murah berbanding minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan pada kenderaan atau jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 biasanya menjadi pilihan bagi penggunaan yang lasak.
4.3.2‘Multigrade’ atau Pelbagai Gred
Minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula merujuk kepada kadar kelikatan minyak pelincir yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis ‘multigrade’ ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’.
Minyak pelincir jenis ‘multigrade’ boleh dikenali berpandukan label yang tertera pada botol atau bekas minyak pelincir tersebut. Minyak pelincir jenis ‘multigrade’ mempunyai dua kadar kelikatan yang boleh berubah-ubah. Label Piawaian seperti SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan banyak lagi merupakan contoh minyak pelincir jenis ‘multigrade’.
Rajah 4.2 Minyak pelincir jenis ‘Multigrade’ atau Pelbagai Grade.
Konsonan ‘W’ bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara yang musimnya berubah-ubah, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan.
Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan maksimum minyak pelincir itu apabila enjin mencapai suhu panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.
4.4Kaedah Kendalian
Kaedah dan prosedur kerja melibatkan minyak pelincir berbeza-beza bergantung kepada sebab ia dilakukan. Kerja yang melibatkan minyak pelincir biasanya ketika melakukan penyelenggaraan:
Memeriksa kandungan minyak pelincir dalam enjin.
• 8. Membuat tukaran minyak pelincir enjin.
• 9. Menukar penuras minyak pelincir enjin.4.4.1Kelengkapan dan Peralatan
Peralatan asas yang perlu bagi melakukan kerja tukaran minyak pelincir termasuklah :
Minyak pelincir enjin.
Bergantung kepada spesifikasi kenderaan yang telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Bagi kebanyakan kenderaan yang membuat penyelenggaraan di Bahagian Worksyop CKM Negeri Selangor menggunakan Minyak Pelincir Jenis Gred Tunggal SAE 40.
Rajah 4.3 Minyak Pelincir Gred Tunggal SAE 40.
Penuras minyak pelincir enjin.
Penuras minyak pelincir enjin yang biasa digunakan ialah daripada jenis basah. Penuras biasanya terletak di bahagian sisi tepi blok enjin.
Rajah 4.4 Penuras minyak pelincir enjin.
Pembuka penuras minyak pelincir.
• 10. Rajah 4.5 Pembuka penuras minyak pelincir enjin.Pelbagai jenis penuras yang terdapat di pasaran kini. Oleh itu pembuka penuras yang digunakan bergantung kepada saiz dan jenis penuras yang digunakan.
Set sepana pelbagai saiz.
Sepana yang digunakan bergantung kepada saiz skru lantai pada takung minyak kenderaan. Kebanyakkan kenderaan menggunakan skru lantai bersaiz 17mm dan 19mm.
Rajah 4.6 Set sepana pelbagai saiz.
Bekas tadahan minyak pelincir. Bekas tadahan digunakan ketika proses pembuangan minyak lama bagi mengelakkan tumpah ke lantai.
Kain perlu untuk membersihkan alatan setiap kali hendak digunakan dan ketika membuat pemeriksaan paras minyak pelincir ketika isian minyak baru.
Kain buruk/terpakai.
4.4.2Langkah Keselamatan
Langkah bagi pencegahan kemalangan ketika kendalian proses tukaran minyak pelincir.
Pastikan menggunakan minyak pelincir enjin yang sesuai kerana minyak pelincir mempunyai kelikatan yang berbeza.
• 13. Kendalian kerja ketika enjin dalam keadaan sejuk.
• 14. Elakkan minyak tertumpah ke lantai.4.5Prosedur Kerja
Buka penutup minyak pada bahagian atas enjin. Biarkan enjin sejuk dahulu.
• 15. Rajah 4.7 Tempat penutup minyak pelincir pada bahagian atas enjin.
• 16. Tempatkan kenderaan di atas ram dan letakkan pada ketinggian sesuai. Skru lantai berada pada takung minyak yang terletak di bahagian bawah enjin.
• 17. Rajah 4.8 Skru lantai.
• 18. Pusing lawan arah jam untuk bukaan skru lantai menggunakan sepana dengan soket.
• 19. Longgarkan dengan tangan dan tadah minyak yang keluar dengan bekas. Tunggu hingga minyak keluar sepenuhnya.
• 20. Buka penuras minyak menggunakan pembuka penuras mengikut putaran arah lawan jam. Setelah longgar pulas dengan tangan.
• 21. Rajah 4.9 Membuka penuras menggunakan pembuka penuras.
• 22. Bersihkan skru lantai dengan kain. Periksa ulir palam untuk memastikan ulir skru lantai berkeadaan baik.
• 23. Pasang skru lantai dengan memutar ke arah lawan jam dan ketatkan.
• 24. Pasang penuras yang baru di mana ‘O-Ring’ disapu sedikit dengan minyak pelincir supaya tidak kesat ketika pemasangan. Kebocoran boleh berlaku jika tidak disapu dengan minyak.
• 25. Rajah 4.10 ‘O-Ring’ disapu dengan minyak pelincir.
• 26. Isi minyak pelincir yang baru.
• 27. Rajah 4.11 Isian semula minyak pelincir.
• 28. Periksa paras minyak yang telah di isi menggunakan ‘dipstick’ yang terletak di bahagian tepi blok enjin.
• 29. Hentikan isian apabila minyak berada pada paras tengah penanda pada ‘dipstick’.
• 30. Rajah 4.12 ‘D¾±±è²õ³Ù¾±³¦°ì’.
• 31. Tutup penutup minyak pada atas enjin dan kemas peralatan.
• 32. Hidupkan enjin bagi menggerakkan minyak ke komponen dalaman enjin.4.6Kesimpulan
Penggunaan minyak pelincir mestilah betul dan sesuai bagi mengekalkan ketahanan enjin. Tukaran mengikut jadual mampu mengelakkan kehausan komponen akibat geseran.