SEJARAH STPM PENGGAL 1 .
My 3rd presentation after a long time..after a few years..I'm back again to share something...hope u guys can gain some knowledge from this..thank you !
* sebab tak bukak adalah kerana lupa password ^^ *
3. Sebelum abad ke-19, Jerman terdiri daripada 360 buah negeri-negeri kecil
yang mempunyai pemerintahan sendiri.
Menjelang abad ke-19, seluruh benua Eropah termasuk Jerman ditawan oleh
tentera Perancis di bawah pemerintahan Napoleon Bonaparte.
Napoleon Bonaparte
Beliau telah melakukan beberapa perubahan semasa pemerintahannya.
4. Napoleon telah melakukan beberapa perubahan semasa pemerintahannya.
Antaranya ialah :-
Turunkan takhta
raja-raja di Eropah
Kurangkan bilangan
negeri-negeri di
Jerman dan
mencantumkan negerinegeri kecil
Ubah sempadan
negara-negara
Eropah
Merombak semula
struktur pemerintahan
negeri Eropah
Pemerintahan Napoleon berakhir setelah tentera daripada negara-negara Eropah
berjaya menewaskan Perancis.
5. Pada tahun 1815, para pemimpin Eropah mengadakan satu persidangan bagi
menamatkan Perang Napoleon.
Persidangan tersebut dikenali sebagai Kongres Vienna.
Keputusan untuk membahagikan Jerman kepada 39 buah negeri disuarakan oleh
para pemimpin Eropah.
Negeri-negeri tersebut bergabung dalam persekutuan yg longgar yg dikenali sbg
Pergabungan Negara Jerman.
Antara negeri-negeri yg menyertai pegabungan itu ialah Austria, Prusia, Bavaria dan
lain-lain.
Pemimpin dari Austria dilantik sbg ketua Pergabungan Negara Jerman.
Kongres
Vienna
6. LANGKAH LANGKAH KE
ARAH PENYATUAN
Penubuhan Zollevein
Revolusi Jerman 1848
Peranan Otto Von Bismarck
7. Zollevein ialah Kesatuan Kastam yg ditubuhkan di Prusia pada tahun 1818.
Ianya ditubuhkan disebabkan perkembangan perdagangan yg pesat
berlaku di dalam dan luar negara.
Prusia mengenakan cukai kastam ke atas barang yg dimasukkan ke dalam
negara. [ bahan mentah yg dibawa masuk tidak dikenakan cukai manakala
barang buatan kilang dikenakan cukai import sebanyak 10% ]
Berlaku kerumitan sewaktu memungut cukai kerana Prusia bersempadan
dgn 28 buah negeri.
Pada tahun 1818, Prusia menghapuskan cukai antara wilayah wilayah
dalam Prusia bagi menggalakkan aktiviti perdagangan.
Tindakan tersebut mendorong negeri-negeri Jerman menyertai kesatuan
ekonomi kecuali Austria.
Kegiatan perdagangan yg berjalan lancar di seluruh Jerman menyebabkan
negeri-negeri Jerman memandang Prusia sbg pemimpin politik.
8. Menjelang tahun 1848, fahaman liberal mula berkembang dalam kalangan
penduduk negara Eropah.
Golongan liberal menuntut kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar
diberikan kepada rakyat .
Hal ini menyebabkan tercetusnya pemberontakan terhadap pemerintahan
monarki mutlak di beberapa negara Eropah.
Perkembangan fahaman liberal ini menyebabkan rakyat Jerman menuntut
negeri Jerman disatukan.
Raja Frederick William IV mengadakan persidangan kebangsaan di Frankfurt
kesan desakan rakyat.
Akan tetapi keputusan menyatukan negeri-negeri Jerman mendapat
tentangan daripada Austria kerana bimbang kehilangan kuasa sbg pemimpin
Pergabungan Negara Jerman.
Austria juga menentang atas alasan bimbang pemerintahan raja digulingkan.
Pada masa yg sama, Raja Frederick tidak mahu menjadi maharaja bagi negara
Jerman atas ancaman Austria.
Canselor Austria juga menentang usaha utk menyatukan Jerman.
Usaha ini akhirnya menemui kegagalan.
9. Tokoh yang menyatukan negara Jerman
Dilahirkan dlm kalangan keluarga bangsawan
di Brandenburg, Prusia
Beliau menuntut dlm jurusan Undangundang & Sains Politik
Pernah berkhidmat dgn Jabatan
Perkhidmatan Awam Prusia
Mula menguruskan ladang yg dimiliki
ayahnya
Pada tahun 1847, Bismarck telah dipilih
menjadi ahli Parlimen Prusia (Diet Bersatu)
Beliau bertindak menentang golongan liberal
ketika berkhidmat sbg anggota Parlimen
Pada tahun 1849, beliau menentang
Perlembagaan Frankfurt dlm Parlimen Prusia
10. Pada 1851, beliau dilantik sbg wakil
kerajaan Prusia
Beliau juga mempertahankan Konfederasi
Jerman yg wujud pd masa itu.
Sikap angkuh Austria menyebabkan
Bismarck mengamalkan sikap antiAustria
Pada tahun 1859, beliau disingkirkan
drpd Diet Bersekutu oleh kerajaan baru
Beliau dilantik sbg duta Prusia ke Rusia
pd tahun 1859 setelah ditamatkan
perkhidmatan
Setelah itu beliau dihantar utk
berkhidmat sbg Duta Prusia di Paris
11. KRISIS PERLEMBAGAAN
Menjelang tahun 1862, Raja William I cuba mendapatkan kelulusan daripada
Parlimen utk membesarkan angkatan tentera namun tuntutan tersebut
diabaikan.
Golongan liberal menuntut agar raja dan menteri berada di bawah kawalan
Parlimen. Kesannya hubungan antara Raja dgn Parlimen menjadi tegang.
Raja William membuat keputusan utk memanggil kembali Bismarck dan
melantik beliau sbg Ketua Menteri Prusia.
Setelah bergelar Ketua Menteri, Bismarck tidak menghiraukan pandangan yg
dikemukakan oleh golongan liberal dlm Parlimen.
Beliau juga mendapatkan wang yg diperlukan utk memperbesarkan angkatan
tentera drpd pembendaharaan dan mengabaikan bantahan Parlimen.
12. MATLAMAT BISMARCK
Antara matlamat utama beliau ialah :Mengukuhkan dominasi
Prusia di utara Jerman
Mengekang pengaruh
Austria dlm hal ehwal
Jerman
Menetang liberalisme dan
demokrasi
Mengekang kebebasan
akhbar
Beliau ingin menguasai negara-negara Jerman
yg terletak di utara Sungai Main.
Beliau tidak suka Austria campur tangan dlm hal
ehwal Jerman.
Beliau juga memujuk raja Prusia agar tidak
menghadiri persidangan raja-raja di Austria.
Beliau juga memperbaharui perjanjian Zollverein.
Bismarck dari awal menentang golongan yang
mengamalkan fahaman liberal dan demokrasi.
Beliau juga mengambil langkah mengekang
kebebasan akhbar.
14. PENDEKATAN BISMARCK
Bismarck merupakan seorang yg bijak mengatur sesuatu situasi demi
mencapai matlamatnya.
Antara taktik yg digunakan oleh beliau adalah :~ DASAR MEMENCILKAN MUSUH ~
Beliau menggunakan kebijaksanaan diplomasi bg memastikan Austria
(1866) dan Perancis (1870) tidak mempunyai rakan sekutu.
Menjalinkan hubungan baik dgn negara-negara yg menjadi sekutu kpd
musuhnya.
~ MENGGUNAKAN KUASA TENTERA SECARA EFEKTIF ~
Beliau bergantung kpd kekuatan tentera Prusia dlm medan peperangan
bagi mencapai matlamatnya.
Menggunakan pendekatan darah dan besi bg mencapai matlamatnya.
15. PENYATUAN JERMAN OLEH
BISMARCK
Penyatuan Jerman oleh Bismarck
Peringkat Pertama
(1864 1870)
Peringkat Kedua
(selepas 1871)
Pada peringkat pertama beliau melancarkan perperangan menentang
negara asing yg menguasai negeri-negeri Jerman.
Pada peringkat kedua, beliau bertindak mengukuhkan negeri-negeri yg
dibebaskan oleh kuasa asing.
16. Bismarck telah melancarkan peperangan menentang Denmark, Austria dan
Perancis.
Sebelum berperang beliau bertindak mengukuhkan angkatan tenteranya
dgn memberi latihan yg cukup bg menghadapi musuh.
Beliau juga menyediakan senjata-senjata moden.
Bismarck bertindak dgn bijak ketika melancarkan peperangan terhadap
Denmark, Austria dan Perancis.
Beliau tidak melancarkan perang pada masa yg sama.
Sebelum melancarkan sesuatu perang tersebut, beliau terlebih dahulu
menentukan dgn cara diplomasi yg bijak agar negeri-negeri lain tidak
bersatu menentangnya.
*DASAR DIPLOMASI sebuah hubungan yg dilakukan antara negara secara
negosiasi yg bertujuan mengetengahkan kepentingan sesuatu negara dgn cara
damai dan apabila tidak berhasil dlm tujuan yg diinginkan maka ia
menggunakan kekerasan spt berperang.
17. PEPERANGAN DENGAN DENMARK
Peperangan pertama Bismarck terhadap Denmark berlaku pd tahun 1864 atas
isu daerah Schleswig dan Holstein.
Kedua-dua daerah ini berada di bawah pemerintahan raja Denmark (Raja
Christian IX)
Pada tahun 1863, kerajaan Denmark mengeluarkan perlembagaan baru utk
menyatukan negeri-negeri tersebut dgn Denmark tetapi ia bertentangan dgn
tujuan Bismarck yg ingin menyatukan negeri tersebut dgn Jerman.
Bismarck menuntut supaya Denmark kembalikan Schleswig dan Holstein kpd
Jerman namun Denmark enggan berbuat demikian. Kesannya Bismarck
lancarkan perang.
Sebelum berperang, Bismarck menggunakan pendekatan diplomasi dgn
mengajak Austria membantu Prusia dan akhirnya Prusia berjaya dgn mudah.
18. Austria diberi hak mentadbir Holstein manakala Prusia mentadbir
Schleswig. Keputusan ini ialah kesan drpd Perjanjian Gastein (20 Ogos
1865)
Kemenangan tersebut memberi beberapa kesan. Antaranya ialah : Kuasa-kuasa Eropah mula sedar akan kekuatan tentera Prusia.
Kaedah menyelesaikan tuntutan selepas perang ke atas kedua-dua daerah
di Denmark itu boleh dijadikan alasan oleh Bismarck utk berperang dgn
Austria.
20. PEPERANGAN DENGAN AUSTRIA
Setelah mengalahkan Denmark, beliau mengalihkan tumpuan kpd Austria dan
melancarkan peperangan bg mengurangkan kuasa dan pengaruh negara itu.
Wilayah jajahan Jerman berada di bawah penguasaan Austria dan Bismarck
menganggap ia sbg penghalang rancangannya utk menyatukan negara
Jerman.
Sebelum melancarkan perang, Bismarck menggunakan kebijaksanaannya bg
memujuk Perancis, Itali dan Rusia agar menyokongnya.
Dengan menggunakan dasar diplomasi, beliau berjaya memencilkan Austria.
Beliau menuduh Austria memberi layanan buruk kpd orang Jerman di
negaranya sbg langkah memulakan perang.
Bismarck mendapatkan persetujuan Raja Prusia bg menyerang Austria. Ketua
tentera juga berpihak kepadanya.
Bagaimanapun, Bismarck menghadapi masalah di Parlimen (Diet Bersekutu)
kerana mereka menentang tindakan beliau.
21. Bismarck menggunakan tipu daya menentang Austria di Holstein.
Beliau menuduh Austria melanggar Perjanjian Gastein.
Prusia menghantar tenteranya ke Holstein pada tahun 1866 dan tentera Austria
diusir dari wilayah tersebut.
Peperangan Prusia-Austria ini mengambil masa selama tujuh minggu (Perang
Tujuh Minggu)
Satu perjanjian ditandatangani antara Prusia dan Austria pd tahun 1866, iaitu
Perjanjian Prague.
Menurut perjanjian tersebut :a) Austria dikehendaki menyerah kembali Holstein kpd Prusia
b) Austria juga dikehendaki serahkan kembali Venetia kpd Itali
Dengan kemenangan ini, Bismarck menyatukan negeri-negeri Jerman di utara
dan menamakannya Pergabungan Jerman Utara.
22. PEPERANGAN DENGAN PERANCIS
Selepas menyatukan negeri-negeri Jerman Utara, Bismarck mengatur langkah utk
menyerang Perancis.
Kebangkitan Prusia sbg kuasa besar di Eropah membimbangkan Perancis.
Perancis menuntut agar negeri-negeri Jerman Selatan di serahkan kepadanya
kesan perperangan Prusia-Austria.
Mereka menyuarakan tuntutan tersebut sbg balasan atas kerjasama yg diberikan
ketika Perang Prusia-Austria. (1866)
Tuntutan itu menyebabkan Bismarck bertindak menandatangani perjanjian dgn
negeri-negeri Jerman Selatan yg menyatakan mereka bersetuju bersatu dgn Prusia.
Bismarck menggunakan tipu helah utk menyatukan negeri-negeri Jerman Selatan.
Bismarck meminta Perancis menulis surat kepadanya sekiranya ingin menambah
kawasan yg ingin dimilikinya. Tanpa memikirkan kesannya, Perancis terus
menghantar surat itu.
Beliau telah mengubah kandungan telegram tersebut dan mendedahkannya
kepada raja-raja negeri tersebut melalui media.
23. Tindakan Bismarck itu menyebabkan Napoleon III mengisytiharkan perang ke
atas Prusia. Peperangan tersebut berlangsung pada 19 Julai 1870.
Beliau menggunakan kebijaksanaan bg memencilkan Perancis dgn
menjalinkan beberapa perjanjian sulit dgn negara-negara lain.
Prusia akhirnya berjaya mengalahkan Perancis pd tahun 1871 dan Perjanjian
Frankfurt ditandatangani.
Menurut perjanjian tersebut : Perancis harus memberikan wilayah Alsace dan Lorraine kpd Prusia.
Perancis juga dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 3 ribu juta
kpd Prusia.
24. PENYATUAN JERMAN
Setelah menewaskan Perancis, Bismarck bertindak menyatukan negernegeri Jerman dan menubuhkan Empayar Jerman.
Empayar yg ditubuhkan terdiri drpd 39 buah negeri kecuali Austria.
Pada 18 Januari 1871, Raja William I telah dilantik sbg Canselor (Perdana
Menteri) pertama Empayar Jerman.
Selepas 1871, Bismarck memulakan tahap kedua penyatuan Jerman dlm
bidang perlembagaan, ekonomi dan sosial.
Pada tahap kedua, beliau hanya menumpukan kpd program pembangunan
negara utk menyatukan rakyat Jerman.
25. KESIMPULAN
Kesimpulannya, pelbagai usaha cuba dilakukan untuk menyatukan negara
Jerman sebelum tahun 1862.
Seperti di Itali juga, penyatuan Jerman pada peringkat awal dihalang oleh
beberapa faktor seperti kegagalan penubuhan Zollverein, tercetusnya
Revolusi Jerman 1848 yang secara tidak langsung membawa kepada
kegagalan penyatuan tersebut.
Namun peranan yang dimainkan oleh tokoh nasionalis Jerman iaitu, Otto
Von Bismarck telah membawa kejayaan kepada penyatuan negara bangsa
ini.