Ringkasan dokumen tersebut adalah:
Dokumen tersebut membahas proses analisis data kualitatif dalam penelitian pendidikan, meliputi definisi analisis data kualitatif, pendekatan dan metode analisis data seperti penyaringan data, pengekodan, tema, dan penggunaan perangkat lunak kualitatif seperti NVivo untuk mengorganisasi dan menganalisis data.
1 of 40
Downloaded 254 times
More Related Content
Penyelidikan kualitatif dalam pendidikan (merekod mengurus dan menganalisis data)
2. KUMPULAN 4:
• AHMAD SALIHIN BIN OTHMAN GB130014
• NOOR ASHLIZA BINTI AZIZAN GB130071
• SUHAILI BINTI HANAFI GB130070
• NUR AZZARINA BINTI KHAMIS GB130056
• MOHAMED OSMAN ABDI GB130158
3. PENGENALAN
• Dalam kajian kualitatif, proses mengumpul data sebenarnya adalah
berjalan serentak dengan proses menganalisis data. Ini adalah untuk
mengelakkan penyelidik daripada berhadapan dengan masalah
kehilangan beberapa maklumat penting dan seharusnya tidak patut
ditinggalkan atas kecuaian penyelidik kerana lambakan data.
4. DEFINISI ANALISIS DATA KUALITATIF
• Analisis data kualitatif adalah usaha yang dilakukan dengan bekerja
dengan data, menganjurkannya, memecahkannya kepada unit-unit yang
terkawal, mensintesiskannya, mencari pola, mencari apa yang penting dan
apa yang perlu dipelajari, dan memutuskan apa yang akan memberitahu
kepada orang lain (Bogdan & Biklen, 1982).
• Analisis data adalah suatu proses yang sistematik dalam mengurus dan
memaparkan hasil dapatan kajian dalam cara yang mudah difahami.
• Analisis data melibatkan proses menguruskan data dan mensintesiskan
data, mengkaji hasil dapatan kajian serta menginterpretasikan hasil
dapatan kajian.
5. PENDEKATAN DAN METOD MENGANALISIS
• Dalam penyelidikan kualitatif penganalisisan data dilakukan secara
berterusan sepanjang proses penyelidikan.
• Secara keseluruhan proses penganalisisan data meliputi 3 urutan aktiviti,
iaitu penyaringan data (data reduction), persembahan data (data display)
dan penulisan kesimpulan/verifikasi (conclusion drawing/ verifikasi)
(Miles & Huberman,1994).
6. • Penyaringan data (Data Reduction)
Proses ini merupakan usaha untuk mengurangkan jumlah data dengan
memilih dan mengasingkan data yang kurang relevan.
Aktiviti meringkaskan, memilih buang dan menyusun data dalam bentuk
tertentu dilakukan untuk menjadikan data lebih berfokus bagi membantu
proses membuat keputusan.
Proses penyaringan data boleh dilakukan secara berterusan sepanjang
proses pelaksanaan penyelidika: sebelum, semasa dan selepas proses
mengumpul data.
7. • Pengekodan data adalah bahagian penting dalam penyaringan data.
Proses ini melibatkan aktiviti:
-Membaca transkripsi untuk menentukan pola atau tema topik;
-Menulis ayat sebagai kod kategori untuk mewakili pola atau topik;
-Menyenaraikan kategori menurut abjad atau nombor;
-Membaca keseluruhan data dan memberikan tanda bagi setiap unit
(ayat dan perengan dengan kategori pengkodan yang berkaitan);
-Menguruskan data dengan cara mengasingkan unit-unit mengikut
kategori dan memasukkannya ke dalam fail menggunakan komputer,
-Membina kod pola untuk mengenal pasti tema atau keterangan yang
muncul.
8. • Persembahan data (Data Display)
Persembahan data merupakan cara sistematik yang paling jelas untuk
memaparkan data agar mudah difahami. Data juga harus dipersembahkan
secara tersusun dan padat serta dapat menjelaskan keputusan yang dibuat.
Untuk itu, persembahan data boleh dilakukan dengan menggunakan
perkataan, matrik, graf, carta, jadual dan huraian.
9. • Penulisan Kesimpulan dan Verifikasi
Proses penganalisisan data dilakukan untuk membolehkan penyelidik
membina kesimpulan tentang persoalan kajian. Bagi menjamin keesahan,
kesimpulan yang dibina mestilah disokong dengan bukti-bukti daripada
data. Untuk itu, beberapa langkah, seperti meneliti hubungan antara data,
menyemak keesahan melalui bukti yang menyokong dapatan, mencari bukti
yang tidak selaras dengan dapatan, mempertimbangkan perspektif
alternatif, iaitu pemahaman yang diperoleh daripada kajian, menyemak
silang dengan perspektif responden dan/atau rakan penyelidik lain perlu
dilakukan.
10. PERINGKAT-PERINGKAT DALAM MENGANALISIS
DATA KUALITATIF
• Proses menganalisis data dilakukan apabila telah selesai peringkat pengutipan data
dilakukan. Peringkat ini adalah penting dalam menentuka kejayaan sebuah kajian yang
dijalankan.
• Pemerosesan data-data kualitatif melibatkan beberapa peringkat untuk tujuan analisis.
Antaranya ialah :
-Transkripsi
-Organisasi Data
-Pelaziman (membiasakan diri dengan data)
-Koding
-Tema
-Demonstrasi Kebolehpercayaan dan Keesahan
-Laporan
11. • Transkripsi
- Proses transkrip atau menyalin adalah langkah pertama dalam proses
penganalisaan data misalnya menyalin data-data dalam bentuk rakaman audio
yang mengandungi temubual penyelidik dan responden, perbincangan
kumpulan fokus, rakaman video atau catatan kerja lapangan.
- Transkripsi hendaklah dilakukan secara menyeluruh tanpa meninggalkan apa
juga yang didengar dan diperhatikan.
- Proses menyalin atau transkripsi merupakan proses yang memerlukan
perhatian, masa dan kesabaran seseorang penyelidik. Namun demikian proses
ini akan dapat memberi peluang kepada penyelidik menyelami setiap data
yang diperoleh.
12. • Organisasi Data
‾ Setelah proses transkripsi selesai, adalah perlu untuk menyusun data mengikut
bahagian yang senang untuk digunakan semula. Nombor mungkin akan diberi
pada setiap temu bual atau kod, atau membahagikan nota-nota lapangan
kepada bahagian-bahagian tertentu mengikut tarikh data dipunggut atau
mengikut konteks atau pun menyimpan data mengikut bahagian masing-
masing dalam folder.
13. • Pelaziman (membiasakan diri dengan data)
- Setelah lambakan data disusun mengikut bahagian – bahagian tertentu,
maka tibalah masanya untuk membiasakan diri dengan data – data yang
diperolehi. Proses pelaziman adalah dengan mendengar kandungan temu
bual dalam pita rakaman, membuat tontonan semula bahan berbentuk
video, membaca iaitu membaca semula data-data, membuat memo dan
membuat ringkasan sebelum proses analisis secara formal bermula. Ia
adalah peringkat yang penting terutamanya jika pengumpulan dan proses
transkripsi data bukan dilakukan oleh penyelidik sendiri.
14. • Koding
- Proses pengkodan adalah langkah yang sangat penting dalam proses
menganalisis data kualitatif dengan menggunakan sebarang pakej perisian
komputer.
- Koding melibatkan proses mengenalpasti petikan-petikan di dalam teks dan
menyimpan rujukan kepada petikan teks berkenaan di dalam item database
yang dipanggil Node (dalam perisian Nvivo). Node boleh mengandungi
pelbagai rujukan dan boleh mengkod petikan-petikan daripada sebarang
dokumen yang telah disediakan.
- Menurut Udo Kelle (1995) koding mempunyai dua fungsi utama iaitu koding
boleh melambangkan satu petikan teks yang mengandungi maklumat khusus
untuk tujuan membenarkan retrieval.
- Koding juga dibuatkan semata – mata untuk melambangkan fakta yang wujud
dalam satu-satu maklumat menerusi data-data mentah.
15. • Tema
- Tema akan timbul hasil daripada sorotan kajian lepas. Lagi banyak sorotan
kajian lepas yang dibaca maka banyaklah tema yang terhasil. Tema juga
akan timbul daripada ciri-ciri fenomena yang dikaji. Selain daripada itu,
tema adalah daripada definisi yang telah dipersetujui oleh professional
ataupun daripada nilai-nilai penyelidik, orientasi teoritikal dan
pengalaman personal dengan perkara yang dikaji (Blumer, 1979; Strauss,
1987; Maxwell, 1996).
16. • Demonstrasi Kebolehpercayaan dan Keesahan
- Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting
bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan.
Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian
yang baik dan berkualiti (Ghazali, 2002). Kesahan merujuk kepada ujian
mengukur apa yang sepatutnya diukur (Tuckman, 1978).
- Trangulasi data dalam penyelidikan kualitatif adalah bertujuan untuk menjamin
kebolehpercayaan dan kesahihan penemuan penyelidik. Perisian Nvivo boleh
melaksanakan tugas ini iaitu dengan kemudahan Modeler dan Search Tool.
- Menurut Gonzalo Bacigalupe (2003), menggunakan Nvivo menyatakan bahawa
modeler boleh membantu menjelaskan data, memeriksa konseptual yang hilang
dan menghasilkan persoalan baru. Dengan menggunakan modeler juga
perbincangan juga boleh dibuat kerana keupayaan meneroka, membina, menguji,
memerhatikan hubungan dan menentukan corak data yang diperolehi.
17. • Laporan
- Laporan adalah peringkat penyempurnaan kajian. Pada bahagian ini
penyelidik hendaklah mentafsir, mengulas dan menyebarkan dapatan kajian
berdasarkan kepada data-data yang diperoleh. Penyelidik hendaklah
mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang
yang dikaji. Oleh itu hasil analisis haruslah dipersembahkan dengan jelas,
kemas dan meyakinkan pembaca. Laporan kajian boleh dibuat berpandukan
pelbagai cara sama ada menerusi semakan senarai koding yang dibuat
(coding report), pembahagian node (node report), attribute, berpandukan
perwakilan visual (modeler) atau pun dengan bantuan search tool.
18. PENGGUNAAN PERISIAN DALAM MENGURUS
DAN MENGANALISIS DATA KUALITATIF
• Perisian Nvivo Versi 2.0 adalah satu perisian yang boleh membantu
penyelidik mengorganisasi data dengan lebih mudah dan teratur. NVivo
Versi 2.0 adalah contoh perisian yang boleh digunakan untuk membantu
mengurus data kualitatif. Strauss & Corbin (1998) ada menjelaskan
keperluan perisian untuk mengorganisasi data kualitatif.
• Perisian ini tidak sama dengan perisian SPSS (Software Package for Social
Sciene) yang digunakan dalam penyelidikan berstatistik atau kuantitatif.
• Perisian ini juga relevan digunakan pada peringkat awal penyelidikan
hingga ke peringkat pembentukan teori.
20. • Ciri-Ciri Perisian Nvivo Versi 2.0
- Perisian NVivo mudah digunakan, senang diurus dan tidak mempuyai step
yang banyak untuk difahami.
- Nvivo akan memaparkan antaramukanya apabila perisian itu di klik dan ia
akan memaparkan satu antaramuka yang mudah digunakan dan jelas.
Antaramuka ini dikenali sebagai Project Pad.
- Setiap kali hendak menggunakan Nvivo sudah pastinya pengguna akan
dipaparkan dengan antaramuka ini terlebih dahulu. Antaramuka ini akan
dapat membantu dan memudahkan penyelidik menggunakan perisian ini.
Antaramuka ini terdiri dari tujuh butang primer dan lima butang sekunder.
21. • Butang-butang berkaitan yang boleh digunakan
Butang Primer Butang Sekunder
a) Document
b) Nodes
c) Atrributes
d) Set
e) Search
f) Show Relations
g) Explore Models
a) Create a document
b) Explore a Document
c) Browse a Document
d) Edit a document
e) Explore a document
23. • Bagi memudahkan pengurusan data kualitatif, telah dibangunkan
beberapa perisian, salah satunya perisian Nvivo versi 2.0.
• Perisian akan dapat membantu penyelidik kualitatif untuk menguruskan
data dengan baik.
• Pengurusan data akan menjadi lebih mudah, menjimatkan masa. Terdapat
beberapa ciri-ciri (features) yang penting yang sangat membantu seperti
report yang akan menjelaskan dengan lebih mendalam berkaitan
dokumen dan node.
24. CONTOH PENGGUNAAN NVIVO PADA SETIAP
PERINGKAT ANALISIS DATA KUALITATIF
• TRANSKRIPSI
Langkah 1
Setelah program Nvivo dibuka, paparan berikut akan muncul. Terdapat 4
butang iaitu:
25. Langkah 2
Apabila butang Create a New Project paparan New Project Wizard akan
muncul. Pilihan Custom jika bertujuan untuk mengawal lokasi atau
menggunakan kata laluan (password) untuk tujuan mengawal keselamatan
projek. Pilihan Typical adalah selain daripada tujuan diatas dan klik butang
Next untuk pergi ke langkah seterusnya.
27. Paparan berikut akan muncul setelah butang Next diklik:
Seterusnya klik butang Finish jika butiran betul dan klik ada butang Back
sekiranya sebarang pembetulan perlu dilakukan
28. Langkah 4
Berikut adalah paparan menu utama apabila langkah 3 telah selesai. Menu ini
mengandungi butang-butang yang akan melaksanakan fungsi-fungsi yang berlainan.
Pertama adalah penggunaan butang Documents. Butang ini berfungsi bagi
memanggil atau import semua himpunan data kualitatif yang telah disediakan.
Explore all Project Documents adalah kemudahan untuk meneroka semua
dokumen atau fail yang telah diimport tadi. Sementara itu, butang Browse, Change,
Link and Code a Documents adalah untuk diubahsuai (edit), dipautkan (link), dan
dikod (code).
29. Langkah 5
Setelah klik pada submenu Make a Project Document paparan itu berikut
akan muncul. Beberapa pilihan diberi dan setiap pilihan yang dibuat adalah
berdasarkan jenis data yang ingin dianalisa. Langkah-langkah adalah
seperti berikut:
30. • ORGANISASI DATA
Paparan di atas menunjukkan bagaimana cara mengorganisasi kesemua data
yang akan terlibat dalam folder-folder tertentu.
31. Dalam Nvivo fail-fail boleh dihimpun dengan mengikut bahagian dengan
cara memberi warna yang sama bagi setiap bahagian. Ini boleh dilakukan
dengan langkah berikut :
32. • PELAZIMAN DATA (MEMBIASAKAN DIRI DENGAN DATA )
Ia adalah peringkat yang penting terutamanya jika pengumpulan dan
proses transkripsi data bukan dilakukan oleh penyelidik sendiri. Selain itu,
boleh juga membiasakan diri dengan data-data iaitu dengan Explose all
Project Documents pada paparan menu utama.
33. • KODING
Proses pengkodan dimulakan dengan membuka fail menerusi pilihan
butang Browse pada paparan menu utama.
34. Paparan fail yang dipilih bagi melakukan pengkodan telah dibuka. Lakukan
proses membuat koding mengikut langkah-langkah yang disediakan di
bawah.
35. Bagi melihat hasil koding yang telah dibuat ialah dengan klikkan butang
view diatas bar menu document browser window dan aktifkan butang
coding stripe. Contoh hasil koding adalah seperti paparan berikut :
36. • DEMONSTRASI KEBOLEHPERCAYAAN DAN KEESAHAN
Perisian Nvivo boleh melaksanakan tugas ini iaitu dengan kemudahan
Modeler dan Search Tool.
Dengan menggunakan modeler , perbincangan juga boleh dibuat kerana
keupayaan meneroka, membina, menguji, memerhatikan hubungan dan
menentukan corak data yang diperolehi.
Oleh itu perisian Nvivo tidak hanya dipaparkan dengan data-data dapatan
dalam kajian seperti kemudahan Documents dan Node Explorer atau
Attribute Explorer tetapi juga membenarkan penyelidik mendapatkan dan
meneroka secara lebih mendalam, lebih abstrak atau pemikiran pada
peringkat tinggi menerusi dapatan kajian penyelidik.
37. Contoh:
Corak interaksi yang diperoleh adalah hasil daripada proses koding yang dilakukan
terhadap semua kes atau responden yang terlibat, pembahagia kategori dan
pembentukan tema.
38. Perwakilan secara visual seperti carta alir dalam peringkat analisis data-
data kualitatif adalah sangat berguna kepada penyelidik terutamanya dalam
membantu penyelidik melihat hubungan (Links), membuat laporan dan
membentangkan hasil dapatan sesuatu kajian. Contohnya keputusan
markah ujian pencapaian pra dan pos yang dihasilkan oleh perisian SPSS
boleh dirujuk bagi membuat perkaitan dan sebagainya.