Penyusunan semula penduduk - Impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia.
IDMAC 2014, Islamic Development Management International Conference at Universiti Sains Malaysia, 9-10 Disember 2014.
1 of 17
Download to read offline
More Related Content
Penyusunan semula penduduk impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia
1. PENYUSUNAN SEMULA PENDUDUK :
IMPAKNYA TERHADAP PEMBASMIAN
KEMISKINAN DI MALAYSIA DAN
MADINAH
Radieah Mohd Nor
Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS)
Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang, Malaysia
radieah@usm.my
2. PENYUSUNAN PENDUDUK:
MADINAH
Masyarakat Islam
yang berhijrah dari
Mekah ke Madinah /
Muhajirin
Masyarakat Islam
di Madinah /
Ansar
Aus
Khazraj
Yahudi
- Bani Qainuqa
- Bani Nadhir
- Bani Quraizah
- Lain-lain
MENDIRIKAN
MASJID NABAWI
&
PIAGAM
MADINAH
3. PENYUSUNAN SEMULA PENDUDUK :
MALAYSIA
Berdasarkan laporan yang telah dikemukakan oleh MAGERAN
(1969) terdapat banyak faktor yang telah membuatkan peristiwa
13 Mei 1969 berlaku. Faktor-faktornya ialah;
1. Keadaan Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua
2. Keganasan Malayan Peoples' Anti-Japanese Army (MPAJA)
3. Perasaan bimbang dan curiga dalam kalangan kaum
4. Politik perkauman
5. Kongsi gelap dan politik
6. Perarakan kemenangan
4. Masyarakat Malaya Sebelum Perang
Dunia Kedua.
Dasar ekonomi British menggalakkan kemasukkan orang bukan Melayu secara
beramai-ramai.
Penduduk Melayu dan migran ditadbir berasingan oleh British dengan mengamalkan
dasar pecah dan perintah (Divide and Rule) terhadap Malaysia sebelum
kemerdekaannya juga telah mengeruhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
Kesedaran politik dalam kalangan penduduk migran terutama migran daripada China
lebih baik berbanding penduduk bumiputera terutama kaum Melayu yang lebih suka
berada dalam keadaan tradisi dan lebih mengutamakan adat resam mereka.
Walaupun, orang-orang Cina di Tanah Melayu mempunyai kesedaran politik,
malangnya kesedaran politik mereka lebih memberi sumbangan kepada China
semasa Revolusi 1911. Kesedaran yang memuncak ini membuatkan Pertubuhan
Kuomintang di China menubuhkan cawangan mereka di Tanah Melayu pada tahun
1912.
Pada tahun 1923, Pertubuhan Kuomintang mula dipengaruhi oleh fahaman komunis
dan semakin pesat gerakan tersebut pada tahun 1926.
5. Keganasan Malayan Peoples' Anti-
Japanese Army (MPAJA)
MPAJA merupakan sebuah pertubuhan yang pernah menerima latihan
ketenteraan daripada British.
Mereka juga merupakan pasukan gerila yang juga merupakan pertubuhan
Parti Komunis Malaya (PKM) yang dikenali sebagai Bintang Tiga pernah
memerintahMalaya selama 14 hari pada tahun 1945.
Kebanyakan anggotanya adalah terdiri daripada kaum Cina kerana mereka
mempunyai perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluk negara
China pada ketika itu.
KebencianMPAJA kepada Jepun kerana semasa penaklukan China oleh
tentera Jepun, ramai rakyat China dibunuh terutama di Nanjing.
Peristiwa tersebut juga dikenali sebagai Penyembelihan Nanjing.
Walaupun, kaumCina telah lama menetap di Malaysia, semangat
nasionalisme mereka kepada China tidak dapat dihakis.
6. Kongsi Gelap dan Politik
Ketibaan kelompok pertama kaum Cina yang berpindah dari China ke Tanah Melayu
membuatkan kongsi-kongsi gelap mula bercambah.
Ketiadaan undang-undang yang ketat berkaitan keselamatan dan kewangan
menyebabkan kongsi-kongsi gelap mengambil kesempatan untuk meluaskan kuasa
mereka dalam kawasan-kawasan tertentu terutama kawasan yang didiami oleh kaum
Cina.
Peranan mereka semakin meluas sehingga mencampuri urusan politik negara.
Walau bagaimanapun, mereka terus berperanan mengeruhkan keharmonian
melibatkan muslihat-muslihat perlindungan, pemerasan, penculikkan, samun dan
kejahatan lain.
Kegiatan mereka terus memuncak apabila Pilihan Raya 1969, mereka bertindak
mengganggu calon-calon pilihan raya pada ketika itu.
Di sesetengah kawasan hampir mustahil untuk calon-calon berkempen tanpa
membayar wang perlindungan.
Paksaan dan ugutan merupakan cara yang biasa mereka lakukan untuk mendapatkan
sokongan semasa pilihan raya.
Sesetengah ejen kongsi gelap sengaja menimbulkan kekacauan untuk menimbulkan
suasana tegang antara kaum supaya negara menjadi lemah.
7. Bimbang dan Curiga
Perasaan bimbang dan curiga timbul antara kaum Cina dan Melayu memang telah lama berada dalam
sejarah Tanah Melayu.
Pergaduhan-pergaduhan antara kaum Cina dan Melayu sering kali berlaku terutama dalam kalangan
kongsi gelap Cina dengan pemuda-pemuda jahat Melayu.
Perasaan bimbang dan curiga ini memuncak apabila kaum Melayu tidak menyertai perarakan sempena
100 tahun penganugerahan taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang.
Kaum Melayu tidak mahu menyertai perarakan tersebut atas sebab mereka tidak mengiktiraf
penganugerahan yang diberikan oleh kerajaan British kepada Pulau Pinang.
Akibatnya timbul fitnah menyatakan kaum Melayu akan menyekat dan menyuraikan perarakan tersebut.
Kaum Cina yang berarak sepanjang perarakan tersebut terus dingatkan tentang khabar angin tersebut.
Perarakan tersebut tetap diadakan bermula jam 10:30 pagi, 2 Januari 1957 tanpa disertai peserta-peserta
Melayu.
Kaum Cina yang berarak sepanjang perarakan tersebut terus dingatkan tentang khabar angin tersebut.
Semasa mereka berarak dengan diketuai oleh kenderaan polis, pasukan polis yang mengepalai
perarakan tersebut telah dipanggil untuk menyiasat satu laporan di tempat yang berasingan.
Kenderaan polis tersebut berpatah balik merentari perarakan tersebut ke belakang. Pergerakan
kenderaan polis yang sedemikian rupa telah disalah tafsir oleh peserta yang berarak.
8. Politik Perkauman
Politik perkauman ini mulai memuncak semasa Pilihan Raya 1969 apabila
terdapat calon-calon pilihan raya mengemukakan isu-isu perkauman dan
kedudukan penduduk bumiputera dalam ucapan-ucapan mereka untuk
memancing undi.
Jadual 3.1: Statistik Pegawai Kerajaan Mengikut Kaum 1968
Pegawai Kerajaan Melayu Bukan Melayu
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Perkhidmatan Pentadbiran 706 57.80% 515 42.20%
Perkhidmatan Ikhtisas* 385 19.20% 1,613 80.80%
Pegawai Pelajaran 51 29.90% 122 70.10%
Polis n.d 38.76% n.d 61.24%
Angkatan Tentera n.d 64.50% n.d 35.50%
Jumlah 1142 32.26% 2252 63.74%
Sumber: Diubahsuai dariMAGERAN (1969)
n.d - Angka-angka yang mutlak tidak diberi atas faktor-faktor keselamatan
* Tidak termasuk pegawai pelajaran
9. 90.00%
80.00%
70.00%
60.00%
50.00%
40.00%
30.00%
20.00%
10.00%
0.00%
Perkhidmatan
Pentadbiran
Perkhidmatan
Ikhtisas*
Pegawai
Pelajaran
Polis Angkatan
Tentera
Melayu 57.80% 19.20% 29.90% 38.76% 64.50%
Bukan Melayu 42.20% 80.80% 70.10% 61.24% 35.50%
Peratus Pegawai Kerajaan
10. Perarakan Kemenangan
Perasaan tidak puas hati kaum Melayu terhadap kaum bukan Melayu semakin memuncak
apabila perarakan kemenangan diadakan oleh parti-parti pembangkang yang memenangi
kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri atau parlimen.
Berikut adalah beberapa insident perarakan yang melibatkan cacian yang berunsur
perkauman sepanjang tempoh tersebut:
Apa polis boleh buat, kita raja dan Buang semua polis Melayu.
MatiMelayu dan Sakai pergi masuk hutan! apabila melalui hadapan Balai Polis Jalan Travers.
Kuala Lumpur sekarang Cina punya.
seperti Melayu balik kampung, Melayu sekarang tidak ada kuasa lagi dan Sekarang kita berkuasa. Mereka berarak
menggunakan kira-kira 500 buah skuter. Apabila perarakan tersebut tiba di kawasan Melayu di Kampung Baru, kata-kata
penghinaan seperti Melayu keluar, apa lagi duduk disini? dan Kami hentam kamu, sekarang kita besar dikeluarkan kepada
orang Melayu.
Apa ini Melayu, negeri dia kita sudah perintah.
HabisMelayu.
Pada pagi 12 Mei 1969, Yang Berhormat Menteri Besar, Dato Haron menyatakakan bahawa
pemuda-pemuda UMNO Kampung Baharu ingin mengadakan satu perarakan UMNO untuk
menonjolkan kepada DAP dan Gerakan bahawa mereka juga tidak kalah dalam pilihan raya
tersebut. Penghinaan yang dihamburkan kepada masyarakat Melayu oleh kaum Cina tidak
lagi dapat membuatkan masyarakat Melayu bersabar setelah sekian lama mereka
mendiamkan diri. Menteri Besar, Dato Harun bersetuju akan cadangan tersebut.
11. Rusuhan 13 Mei 1969
Orang-orang yang ingin berarak telah mula berkumpul di hadapan rumah Ahmad Razali.
Hanya sedikit sahaja yang berkumpul di rumah Dato Haron.
Walau bagaimanapun, para peserta yang berhimpun sedar akan terdapat khabar angina yang
menyatakan terdapat rusuhan yang bakal berlaku sebagai tindak balas daripada kaum Cina
atas perarakan tersebut.
Peserta perarakan sudah siap sedia membawa senjata untuk mempertahankan diri seperti
pisau dan parang untuk mempertahankan diri mereka sekiranya serangan berlaku.
Sesetengah yang tidak bersenjata mulai sedar ancaman yang bakal mereka terima.
Keadaan ini membuatkan mereka segera membuat senjata daripada batang buluh dengan
menjadikannya buluh runcing.
Hasil beberapa laporan polis yang telah dibuat merumuskan bahawa kejadian 13 Mei bermula
apabila sekumpulan orang Melayu dalam perjalanan menuju ke Kampung Baru dengan
berjalan kaki dan mengunggang skuter.
Mereka terpaksa berjalan kaki dan menunggang skuter kira-kira 26.6 km kerana
perkhidmatan bas sudah terhenti disebabkan konflik tersebut.
Dalam perjalanan tersebut mereka telah dicaci oleh kumpulan Cina dan India di Setapak,
Gombak. Tindak balas daripada kejadian itu berlakulah pergaduhan antara kedua-dua pihak.
Mereka telah membaling batu dan botol.
Kemudian kekacauan tersebut merebak ke Kampung Baru, Kuala Lumpur hanya dalam
tempoh masa kira-kira sepuluh sehingga 15 minit.
Khabar pergaduhan yang bermula di Setapak, Gombak inilah telah mencetuskan
pergaduhan di Kampung Baru dan daerah-daerah sekitarnya.
12. Jumlah kematian, kecederaan, penangkapan dan dakwaan
yang telah dibuat sepanjang peristiwa Rusuhan 13 Mei 1969
Kategori Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
Kematian Mengikut Kaum 25 143 13 15 196
Cedera Akibat Tembakan 2 125 17 1 145
Cedera Akibat Senjata Lain 90 145 9 15 259
Penangkapan 2077 5126 1874 66 9143
Dakwaan di Mahkamah
termasuk Melanggar Perintah
1133 2907 1470 51 5561
Berkurung
Dakwaan Membunuh dan
Membakar 40 5 0 0 45
Jumlah 3367 8451 3383 148 15349
13. Penyusunan Semula Penduduk
Malaysia: Rukun Negara
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan bertujuan untuk menggantikan Parlimen
Malaysia yang telah dibekukan pada ketika itu. Tugas asa MAGERAN ialah;
1. Untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang
2. Untuk menentukan pentadbiran yang licin dalam Malaysia
3. Untuk mengembalikan keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia.
MAGERAN yang ditubuhkan untuk merangka semula pelan baru untuk Malaysia
menangani Tragedi 13 Mei telah mengemukakan Rukun Negara yang memiliki lima prinsip.
Lima prinsip tersebut ialah;
Kepercayaan Kepada Tuhan;
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara;
Keluhuran Perlembagaan;
Kedaulatan Undang-Undang;
Kesopanan dan Kesusilaan
14. Penyusunan Semula Penduduk
Malaysia: Dasar Ekonomi Baru
DEB bertujuan mencapai perpaduan negara dan
integrasi nasional. Ia digubal untuk mencapai dua
matlamat iaitu;
Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan dan peluang-peluang
pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum; dan
Mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan
ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat
mengurangkan dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
15. Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik
dan Strata, 1970 dan 2012 (%)
Tahun 1970 2012
Malaysia
49.3
1.7
Bumiputera
64.8
2.2
Cina
26.0
0.3
India
39.2
1.8
Lain-lain
44.8
1.5
Strata
Bandar
Luar Bandar
21.3
58.7
1.0
3.4
16. Maqasid Syariyah
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap dua situasi yang
berlaku semasa penyusunan semula penduduk sama ada di Madinah
mahupun di Malaysia, terdapat beberapa persamaan elemen dalam
penyusunan semula penduduk di kedua-dua tempat tersebut.
Elemen yang dimaksudkan ialah elemen untuk menjaga agama, nyawa,
akal, keturunan dan harta. Kelima-lima elemen ini sebenarnya ialah
elemen yang terkandung dalam Maqasid Syariyah (Nuruddin Mukhtar,
1998: 50).
Maqasid Syariyah telah dikemukakan oleh al-Syatibi (1996) yang bertujuan
mewujudkan kebaikan (manafaah) dan menolak keburukan serta
menghilangkan kemudaratan (mafsadah) (Al-Izz bin Abdul Salam, t.t: 9).
Selain itu, maqasid juga boleh didefinisikan matlamat yang ingin dicapai
dalam melaksanakan sesuatu berdasarkan garis panduan yang
ditetapkan oleh syarak dalam mensyariatkan hukum (Ahmad al-Raisuni,
1992: 13).
17. Kesimpulan
Penyusunan semula masyarakat amat penting dilakukan
terutama dalam negara yang memiliki masyarakat
majmuk.
Penyusunan semula masyarakat ini memberi ruang kepada
rakyat dalam sesebuah negara memperoleh kesamarataan
hak mereka terutama dalam memperoleh harta.
Ia juga merupakan sebuah strategi untuk membasmi
kemiskinan dalam sesebuah negara tidak mengira warna
kulit, keturunan mahupun paras rupa.
Menyedari ketidakseimbangan sosial ekonomi yang
berlaku sama ada di Madinah atau di Malaysia, pihak
pemerintahnya telah mengusahakan supaya penduduknya
kembali bersatu padu dengan mengurangkan perbezaan
ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.