Dokumen tersebut merupakan kertas soalan ujian Pengetahuan Sains Sukan Tingkatan 5 yang meliputi berbagai aspek seperti sistem pertandingan, sosiologi sukan, fisiologi olahraga, latihan dan pemulihan. Soalan-soalan tersebut mencakupi konsep-konsep asas dalam bidang tersebut.
1 of 11
Download to read offline
More Related Content
Pep percubaan-sains-sukan-kertas-1
1. 4571/1
1
[Lihat Sebelah
Nama :.. Kelas: .
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009
PENGETAHUAN SAINS SUKAN
TINGKATAN 5
Kertas 1
Satu Jam Lima Belas Minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan yang berhuruf A,B, C dan D. Bagi tiap-tiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif
yang disediakan.
Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak
2. 4571/1
2
[Lihat Sebelah
Arahan: Bagi soalan 1 hingga 30,tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A,
B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul bagi tiap-tiap soalan.
1. Menerusi penyataan di atas, berapakah jumlah bye yang terlibat dalam pertandingan tersebut?
A. 2
B. 4
C. 6
D. 8
2. Kenyataan ini merujuk kepada
A. Liga Lombard
B. Liga Tiga Kumpulan
C. Liga Biasa
D. Cabar Mencabar
3. Apakah tujuan utama pelan tindakan pengelolaan sukan diadakan
A. Mengenalpasti perkara-perkara yang telah dilaksanakan dalam pengelolaan sukan dan
pertandingan.
B. Mengenalpasti perkara-perkara yang akan dilaksanakan dalam pengelolaan sukan dan
pertandingan.
C. Mengenalpasti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam pengelolaan sukan dan
pertandingan.
D. Mengenalpasti perkara-perkara yang tidak perlu dilaksanakan dalam pengelolaan sukan
dan pertandingan.
4. Setelah sesuatu kejohanan selesai, satu mesyuarat perlu dijalankan bagi melihat
kekuatan dan kelemahan sepanjang pengelolaan kejohanan tersebut.
Berdasarkan penyataan di atas, namakan mesyuarat tersebut.
A. Mesyuarat Agong
B. Post-mortem
C. Mesyuarat tergempar
D. Mesyuarat AJK Kecil
Pertandingan bola sepak 7 sebelah
Melibatkan sistem pertandingan kalah mati
Terdiri daripada 26 pasukan yang bertanding
Perlawanan dalam sistem pertandingan ini boleh ditamatkan dalam masa yang
singkat. Ia boleh dilaksanakan dalam satu hari atau beberapa jam sahaja.
3. 4571/1
3
[Lihat Sebelah
5. Definisi sosiologi sukan yang paling tepat ialah
A Interaksi antara kumpulan dengan individu dalam konteks sukan.
B Sesuatu yang teratur dan sistematik dan proses sosial dalam sukan.
C Kajian melibatkan psikologi dalam sukan.
D Mengaplikasikan konteks sosial dalam sukan.
6. Bagaimana mobiliti sosial berlaku dalam sukan?
A Mematuhi undang-undang dan peraturan serta keputusan pengadil dalam perlawanan.
B Peningkatan diri dari satu tahap kepada tahap yang lebih tinggi.
C Semangat kekitaan dan berpasukan yang tinggi bagi mencapai kemenangan.
D Peluang melepaskan tekanan menerusi cara yang dibenarkan.
7. Dengan melibatkan diri dalam sukan, secara tidak langsung Malisa telah meningkatkan dirinya dari
aspek bekerjasama, toleransi dan lebih berdisiplin. Ini bermakna proses sosialisasi sukan berlaku
pada Malisa. Nyatakan proses sosialisasi yang berlaku
A Perubahan sikap menerusi sukan.
B Kesan proses sosialisasi sukan.
C Sosialisasi ke dalam sukan.
D Sosialisasi menerusi sukan.
8. Yang manakah antara berikut merupakan proses yang bersifat dinamik dan sentiasa berubah untuk
memberi peluang kepada individu dalam meningkatkan prestasi sukan.
A Politik
B Integrasi
C Sosioemosi
D Mobiliti sosial
Rajah 1
X
4. 4571/1
4
[Lihat Sebelah
9. Nyatakan bahagian yang bertanda X?
A Ventrikal kanan
B Ventrikal kiri
C Atrium kanan
D Atrium kiri
10. Terangkan maksud keluaran jantung.
A Amaun darah yang dipam oleh ventrikal kiri.
B Jumlah darah yang dipam keluar oleh ventrikal kiri dalam satu minit.
C Kekerapan penguncupan jantung dalam satu minit.
D Jumlah darah yang dipam keluar oleh ventrikal kanan dalam satu minit.
11. Tekanan darah tertinggi yang diukur semasa penguncupan ventrikal kanan dikenali sebagai
A Distolik
B Sistolik
C Metabolisme
D Tekanan darah tinggi
Rajah 2
12. Apakah kegunaan alat dalam rajah 2?
A Menyukat denyutan jantung
B Mengukur tekanan darah
C Mengukur komposisi badan
D Mengukur keluaran jantung
5. 4571/1
5
[Lihat Sebelah
13. Apakah nama proses yang terlibat berdasarkan penyataan di atas
A. Proses hipertrofi
B. Respirasi dalaman
C. Respirasi luaran
D. Proses atrofi
14. Apakah bahan kimia yang disintesis oleh sel tubuh dan berupaya mempercepatkan atau
memperlahankan fungsi biologi sesorang atlet?
A Hormon
B Implus
C Talamus
D Reseptor
15. Lebihan hormon epinefrin boleh merangsang sikap agresif kepada manusia. Namakan kelenjar
yang menghasilkan hormon apinefrin
A Pituitari
B Tiroid
C Pankreas
D Adrenal
16. Pernyataan di atas merujuk kepada hormon tumbesaran. Namakan kelenjar yang
merembeskan hormon tersebut
A Pituitari
B Tiroid
C Pankreas
D Adrenal
Darah beroksigen dihantar ke jantung dan diagihkan
ke sel-sel tisu badan
Darah yang melalui paru-paru memerangkap oksigen
Mempercepatkan kadar pertumbuhan sel tisu badan
Merangsang pengambilan asid amino oleh sel untuk tujuan sintesis protein
Merangsang penguraian lemak untuk sumber tenaga
6. 4571/1
6
[Lihat Sebelah
17. Seorang pelari menggunakan sistem tenaga Anaerobik Laktik dalam acara 400meter
Nyatakan acara yang menggunakan sistem tenaga yang sama?
A. Renang 100 meter
B. Marathon
C. Tenis
D. Badminton
18. Dalam acara larian 200 meter, seorang atlet terlalu letih sehingga merasa sukar untuk
menghabiskan larian ketika berada pada jarak 80 meter dari garisan penamat. Mengapakah
keadaan ini boleh berlaku?
A Pengumpulan ATP pada otot.
B Pengumpulan fosfokreatin yang berlebihan.
C Pengumpulan asid laktik yang berlebihan.
D Pengumpulan ADP pada otot.
19. Apakah yang dimaksudkan dengan periodisasi latihan?
A. Proses pembahagian latihan harian
B. Proses pembahagian latihan mingguan
C. Proses pembahagian latihan bulanan
D. Proses pembahagian latihan tahunan
20. Dalam satu latihan permainan bola sepak menggunakan isipadu latihan 65-80%
Berdasarkan pernyataan di atas apakah fasa latihan yang digunakan oleh pemain tersebut?
A. Fasa Persediaan Umum
B. Fasa Persediaan Khusus
C. Fasa Pertandingan
D. Fasa Transisi
21. Pilih turutan fasa-fasa latihan yang betul dalam penyediaan program latihan tahunan.
A. P-Q-R-S-T
B. P-R-T-Q-S
C. R-P-T-Q-S
D. S-R-P-T-Q
P Fasa persediaan khusus
Q Fasa pertandingan
R Fasa pertandingan umum
S Fasa transisi
T Fasa pra-pertandingan
7. 4571/1
7
[Lihat Sebelah
22. Keseluruhan kuantiti aktiviti yang dilakukan semasa latihan atau sebagai jumlah kerja yang
dilakukan dalam satu sesi atau satu fasa latihan.
A. Intensiti
B. Isipadu
C. Prestasi
D. Super Compensation
23. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan persediaan teknikal?
A. Satu aspek untuk meningkatkan potensi atlit dan memperkembangkan keupayaan biomotor
atlit ke tahap optimum.
B. Kaedah spesifik untuk menguasai dan meningkatkan sesuatu kemahiran.
C. Satu perancangan atau strategi yang akan digunakan semasa pertandingan
D. Melibatkan kemahiran seperti penetapan matlamat, mengawal kebimbangan, motivasi dan
simulasi.
Ujian ini mengukur keupayaan mengekalkan imbangan semasa
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
24. Antara yang berikut, manakah ujian-ujian yang sesuaidengan pernyataan di atas.
A Ujian dirian imbangan statik
B Ujian lompat kuadran
C Ujian imbangan dinamik
D Ujian lompat menegak
Berat badan : 60kg
Ketinggian : 170 cm
25. Jadual di bawah menunjukkan maklumat seorang pemain bola sepak.
Kirakan B.M.I pemain di atas.
A. 2.83
B. 0.047
C. 35.29
D. 20.76
26. Semasa melakukan aktiviti sukan yang berpanjangan dan berintensiti tinggi, kehilangan cecair
badan yang tinggi akan berlaku.
Apakah cecair yang paling sesuaiuntuk menggantikan cecair badan itu?
A. Air suam
B. Minuman berais
C. Air sejuk
D. Minuman berkabonat
8. 4571/1
8
[Lihat Sebelah
Selepas dirawat, doktor mendapati otot hamstring Zaiton Othman mengalami kecederaan
dan terkoyak menyebabkan dia tidak dapat bergerak cergas.
27. Apakah kecederaan tisu lembut yang di alami oleh Zaiton?
A. Ketegangan Otot
B. Kekejangan Otot
C. Sengal-sengal Otot
D. Kecederaan Tisu Keras
28. Berikut adalah tujuan memanaskan badan, kecuali
A. Meningkatkan suhu badan
B. Mengurangkan risiko kecederaan otot
C. Mengurangkan julat pergerakan
D. Meningkatkan kadar nadi
29. Apakah objektif utama fisioterapi?
A. Membantu mempercepatkan kadar penyembuhan
B. Merawat atlit yang cedera
C. Memberi rawatan bantu mula kepada atlit
D. Meningkatkan keyakinan atlit yang bermasalah
30. Apakah kaedah yang digunakan untuk memberi bantu mula kepada mangsa yang tidak
sedarkan diri ?
A. TOTAPS
B. DRABC
C. RICE
D. REST
9. 4571/1
9
[Lihat Sebelah
Bagi soalan 31 hingga 40,tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada cadangan jawapan yang
betul. Tentukan cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang betul daripada
pilihan A, B, C dan D yang berikutnya.
31. Perkara yang perlu diambil kira oleh pengelola untuk menentukan sistem pertandingan ialah
I. Masa
II. Bilangan penyertaan,undang-undang dan peraturan
III. Acara yang dipertandingkan
IV. Tempat
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
32. Mengapa sukan dianggap sebagaisatu institusi sosial?
I. Pemain-pemain payuh kepada undang-undang dan peraturan yang ada dengan tujuan
mengawal perjalanan sukan.
II. Semangat kekitaan menguatkan kesepaduan berpasukan.
III. Kebanyakan ahli politik menjadi pemimpin persatuan-persatuan sukan.
IV. Pemain berpeluang meningkatkan tahap permainan dari peringkat sekolah ke peringkat
yang lebih tinggi.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
33. Penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan memberi kesan yang positif kepada pelajar tersebut. Di
antara kesan positif yang dimaksudkan ialah
A. pembentukan watak
B. semangat patriotisme
C. semangat setiakawan
D. kualiti kepimpinan
A. I dan II
B. I, II, dan III
C. I, II, III dan IV
D. II, III dan IV
10. 4571/1
10
[Lihat Sebelah
34. Karbon dioksida diangkut melalui
I Pelarutan dalam plasma
II Bikarbonat
III Pembentukan karbominohemoglobin
IV Pelarutan oksihemoglobin
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV
35. Salah satu fungsi sistem endokrina ialah mengawal dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui
hormon yang dirembeskan ke dalam aliran darah. Organ-organ yang terlibat dalam sistem ini
adalah kelenjar seperti
I Tiriod
II Adrenal
III Bronkus
IV Pituittari
A I dan II
B I, II dan III
C I , II dan IV
D I, II, III dan IV
36. Dalam melakukan latihan periodisasi, apakah yang berlaku pada jantung seorang atlit apabila
melakukan latihan yang berterusan dan konsisten
I. mengalami hipertrofi
II. bertambah besar
III. ketumpatan kapilari meningkat
IV. dinding ventrikel tebal
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
37. Berikut adalah faktor menyebabkan kelesuan otot apabila cuba menamatkan lariannya.
I. Pengumpulan asid laktik.
II. Kekurangan simpanan ATP dan PC.
III. Kekurangan simpanan glikogen otot.
IV. Kekejangan otot.
11. 4571/1
11
[Lihat Sebelah
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
38. Sesi latihan adalah unit terkecil dalam perbincangan latihan sukan tahunan. Satu sesi latihan sukan
lazimnya memakan masa antara satu hingga 3 jam bergantung kepada objektif dan tahap latihan
tersebut.
Nyatakan ciri-ciri yang diperlukan dalam merancang sesilatihan.
I Pengenalan dan memanaskan badan
II Tumpuan utama iaitu objektif khusus latihan
III Menyejukkan badan dan perbincangan
IV Penetapan fasa-fasa persediaan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
39. Air dan elektrolit merupakan elemen yang sangat penting untuk kehidupan. Kehilangan air dan
elektrolit boleh mengganggu penyelenggaraan suhu badan serta kegagalan beberapa fungsi
fisiologikal. Apakah yang menyebabkan kehilangan air dan elektrolit dalam badan?
I. Perpeluhan
II. Pernafasan
III. Air Kencing
IV. Cirit-birit
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
40. Luka boleh melibatkan kecederaan di luar kulit dan juga dari dalam kulit .
Apakah jenis-jenis luka?
I. Abrasi
II. Potongan
III. Tebukan
IV. Koyakan
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV