1. Biarlah kita miskin kerana mencari rezeki yg halal daripada kita kaya dengan rezeki yg tidak
diredhai Allah.. rozilah
SUKAR untuk kita SEDARI.
KEJAHATAN orang yang BAIK dengan kita.
PENIPUAN orang yang nampak JUJUR dengan kita
KEPAHITAN dalam KEMANISAN kata-katanya.Dayah
Bila hati kita disakiti itu tandanya kita sedang diuji tetapi bila kita menyakiti bererti kita memiliki
penyakit hati. Renung-renungkan......dan sentiasa muhasabah diri....Dayah
Jangan persoalkan kejahatan orang kepada kita tetapi carilah apa kejahatan kita kepada orang.
Perbuatan yang baik akan dinilai dan dihargai apabila kita/kamu telah tiada Dayah
Kalau anda boleh tersenyum kerana telah berjaya melukakan hati orang lain, mungkin hari ini untuk
kamu, tetapi jangan lupa esok kamu akan menangis seperti hari yang telah dilalui olehnya....@
Hukum KARMA pasti ada dan akan datang cepat atau lambat. Dayah
Duit tidak dapat membeli kasih sayang dan kasih sayang juga tidak dapat dijual untuk mendapatkan
duit. Kasih sayang hanya dapat diberi percuma kepada yang dikehendaki dan menghendakinya.
Kesilapan meletakkan kasih sayang menyebabkan kita rugi selama-lamanya Dayah
Jangan ambil kesempatan dengan kebaikan kawan yang baik dengan kita. Belajar menghormati dan
hargai hak orang lain. Kawan ibarat tangan kanan dan tangan kiri kita sendiri, saling perlu
memerlukan dayah
Bila hati disakiti janganlah ada dendam dihati kembalilah kita kepadaNya dengan doa....moga kita
menjadi hamba yang lebih baik daripada sebelumnya....Dayah