Globalisasi ekonomi telah memberikan kesan positif dan negatif kepada negara-negara. Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu melaksanakan sistem ekonomi Islam yang berteraskan keadilan dan kesaksamaan untuk menangani cabaran globalisasi ekonomi seperti penguasaan ekonomi oleh negara-negara maju serta menjamin kesejahteraan seluruh umat.
1 of 23
Downloaded 30 times
More Related Content
Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi
1. Disediakan oleh
PROF. MADYA DR. PATMAWATI IBRAHIM
PROF. MADYA SR. DR WAN ZAHARI WAN YUSOF
DR. MAIMUNAH ALI
DR. ABD RAHMAN AHMAD
FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
patmawati@uthm.edu.my
PERANAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DALAM
MENANGANI
CABARAN GLOBALISASI EKONOMI
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2. KANDUNGAN
1. KONSEP GLOBALISASI
2. MATLAMAT GLOBALISASI
3. KONSEP DAN CIRI-CIRI GLOBALISASI
EKONOMI
4. KEPENTINGAN GLOBALISASI EKONOMI
5. KESAN GLOBALISASI EKONOMI
6. BAGAIMANA ASWJ MENANGANI KESAN
GLOBALISASI EKONOMI-
7. KESIMPULAN
3. KONSEP GLOBALISASI
Takrif
Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud
"fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari
segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat.
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia
di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan
dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses
ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan
ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas
untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan
menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti
internet, media elektronik, dan teknologi siber.
Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara
sesebuah negara dengan negara yang lain dan
perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam
tempoh yang singkat." [2]
4. KONSEP GLOBALISASI
globalisasi merupakan satu proses yang berlaku
secara semula jadi kesan daripada perubahan
global. Cth:apabila komputer dan rangkaian
Internet diperkenalkan sesebuah negara
dihubungkan tanpa batas sempadan geografi
lagi.
hubungan sosial, ekonomi dan politik di seluruh
dunia yang menghubungkan kawasan yang jauh
dalam apa cara keadaan dan peristiwa.
5. MATLAMAT GLOBALISASI
1. menggalakkan kesaksamaan ekonomi dan
pembangunan sesebuah negara.
2. menggalakkan pengeluaran produk dan
perkhidmatan hasil daripada kerjasama di
peringkat global.
3. kerjasama dalam bidang pendidikan.
6. KONSEP DAN CIRI-CIRI GLOBALISASI
EKONOMI
Globalisasi ekonomi merujuk kepada sempadan
ekonomi antara Negara di dunia yang semakin runtuh
dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh
dihubungkan dengan cepat mudah pantas dan rapat.
-
Dikenali sebagai dunia tanpa sempadan - pertukaran
maklumat dan komunikasi berlaku dengan mudah dan
berkesan.
Melibatkan 2 perkara :
i) Liberalisasi ekonomi dasar pasaran bebas
ii) Deregulasi ekonomi - Menghapuskan dasar
perlindungan yang diamalkan oleh sebuah negara
7. KONSEP DAN CIRI-CIRI GLOBALISASI EKONOMI
(samb.)
ciri dan sifat utama globalisasi ekonomi ialah
persaingan.
Bagi negara yang mahu terus maju maka ia
harus bergiat aktif dengan melibatkan diri dalam
keseluruhan ekonmi antarabangsa.
Globalisasi ekonomi menjadikan persaingan,
pengeluaran, kawalan pasaran, pengurusan,
teknologi dan modal insan turut menjadi global.
faktor-faktor pengeluaran bergerak mudah
merentasi sempadan geo-politik negara lantas
sempadan pasaran dan ekonomi dunia menjadi
semakin mengecil
8. KEPENTINGAN GLOBALISASI EKONOMI
meningkatnya perdagangan bebas dan meningkatnya
hubungan antara pelaku ekonomi di pelbagai negara.
- didorong oleh dasar domestik dan antarabangsa
sesebuah negara yang membuka pintu
perdagangan kepada negara luar.
meningkatkan jaringan hubungan perdagangan dan
pelaburan kewangan antarabangsa - perkembangan
teknologi dan peluang ekonomi yang wujud dalam
sesebuah negara.
Meningkatkan elemen-elemen kreativiti dan inovasi
yang tinggi - globalisasi ekonomi menuntut kita
melakukan perubahan berubah dari masa ke semasa.
Negara perlu memiliki kelebihan bersaing (competitive edge)
dalam pasaran antarabangsa bagi memastikan negara
mampu berhadapan dengan cabaran persaingan
ekonomi sejagat yang semakin meningkat.
Meningkatkan pertumbuhan dan
pembangunan ekonomi negara.
9. Hakikatnya..
Tiada mana-mana negara pun yang mampu
mengasingkan diri daripada globalisasi ekonomi.
Justeru, rangka pembangunan ekonomi nasional
mestilah terus bersifat dinamik, kreatif dan
inovatif bagi memastikan ekonomi negara dapat
bertindak balas terhadap perubahan dan cabaran
ekonomi global yang semakin kompetitif sifatnya.
10. KESAN GLOBALISASI EKONOMI
(1) Kesan positif :
i. Perdagangan bebas
ii. Perluasan pasaran
iii. Pemindahan teknologi
iv. Aliran buruh
v. Menggalakkan persaingan
vi. Peningkatan kualiti produk
vii. Menambah Keupayaan Modal Dalam
Negara
11. KESAN GLOBALISASI EKONOMI
(2) Kesan negatif
i. Penjajahan Baru Ekonomi
ii. Penguasaan ekonomi Negara oleh syarikat-
syarikat MNC.
iii. Terdedah kepada masalah kegawatan
ekonomi.
iv. Kesukaran mengawal aliran modal asing
v. Tekanan Ekonomi dan Bebanan Kepada
Golongan / negara2 Miskin
vi. Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan
budaya tempatan.
vii. Ancaman kepada pengusaha2 tempatan,
khususnya SME
viii. Sistem kewangan dan perbankan berasaskan
12. ISU YANG TIMBUL DARI KESAN GLOBALISASI
EKONOMI
1) Dunia bukan Islam menguasai sistem
kewangan dan perdagangan dunia
berleluasanya sistem riba.
- kemampuan teknologi.
- pengurusan maklumat sistem
- kekuatan ketenteraan
- sistem telekomunikasi dan media massa
2) Keraguan dalam melaksanakan sistem
ekonomi Islam dalam kalangan umat Islam
sendiri.
3) Perpecahan dalam kalangan umat Islam
sendiri.
15. Definisi Manhaj Menurut Istilah :
Kaedah-kaedah dan ketentuan-ketentuan yang digunakan
bagi setiap pembelajaran ilmiyyah.
Definisi Manhaj Menurut Bahasa:
Jalan yang jelas dan terang. Allah Taala berfirman :
悋悴 悸惺惘愆 悋惺悴 悋
Maksudnya : Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami
berikan aturan dan jalan yang terang.
17. PANDANGAN ISLAM TERHADAP
GLOBALISASI
Pertama: Globalisasi hanya baru dari sudut istilah, tidak
dari sudut maksudnya. Ini kerana pertukaran, pemindahan
dan perkongsian dalam pelbagai medium sudah berlaku di
antara manusia sejak sejarah mula dicatit. Bahkan antara
tujuan Allah Subhanahu wa Taala mencipta manusia
adalah untuk mereka saling berglobalisasi sepertimana
firman-Nya:
惺悴 惓悖 惘悵 リр悽 悋ル悒 悋愕ル悋 悋悋悖ル悒 悋 悋惘惺惠 悧悋惡 悋惡惺愆 リр 惘悖
惘惡悽 惺 ル悋ル ル悒 悋惠悖 ル悋ル 惆惺.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan
yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
18. PANDANGAN TERHADAP GLOBALISASI
Kedua: Globalisasi tidak seluruhnya membawa
manfaat dan tidak seluruhnya membawa mudarat. Ia
bercampur aduk antara manfaat dan mudarat, antara
positif dan negatif.
Ketiga: Walaupun globalisasi pada asalnya
bermaksud pertukaran, pemindahan dan perkongsian
antara negara, realiti menunjukkan bahawa ia tidak
wujud dalam bentuk dua hala yang adil. Sebaliknya,
ada negara yang bersifat mengglobalisasi dan ada
negara yang bersifat diglobalisasi.
---------------------------------
*mengglobalisasi: negara yang menyebarkan ilmu, pemikiran, ekonomi,
kebudayaan dan agama mereka kepada negara lain. Ada pun
diglobalisasi : negara yang bersifat hanya menerima ilmu, pemikiran,
ekonomi, kebudayaan dan agama dari negara yang
mengglobalisasi tanpa menilai sama ada ia membawa manfaat atau
mudarat.
19. PANDANGAN TERHADAP
GLOBALISASI
Seorang tokoh Islam, Dr. Yusufal-Qaradawi
berpendapat:
"Adapun globalisasi, kami melihat -
berdasarkan seruannya sehingga ke hari ini -
ia adalah pemaksaan penguasaan politik,
ekonomi, budaya dan sosial daripada Amerika
Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia
timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih
khusus, dunia Islam."
20. MENANGANI KESAN GLOBALISASI
EKONOMI
Penyelesaian melalui pelaksanaan sistem ekonomi Islam yang
berasaskan kesaksamaan (equity) dan keadilan (justice)
untuk semua berteraskan al-Quran dan as-sunnah.
1) Penegasan konsep Islamic rationality (akal + garis panduan shariah)
2) Pengamalan sistem ekonomi Islam berkaitan suruhan / galakan dan
larangan dalam
bermuamalat
Suruhan wajib, sunat, harus
larangan haram, makruh
3) 3 Prinsip keadilan dalam sistem ekonomi Islam :
i. Keadilan dalam pengeluaran
ii. Keadilan dalam penggunaan,
iii. Keadilan dan kebajikan dalam agihan functional dan transfer
payment
21. 3) Pelaksanaan 3 prinsip dalam makroekonomi
Islam
i) Prinsip 1 : Takaful atau ta'awun: saling
bantu membantu.
Ii) Prinsip 2 : Keseimbangan fundamental
atau asas ekonomi.
iii) Prinsip 3 : Hisbah timbang tara yg boleh
mengawal ekploitasi pembekal ke atas
pasaran.
MENANGANI KESAN GLOBALISASI
EKONOMI
22. KESIMPULAN
SISTEM EKONOMI ISLAM PERLU
DILAKSANAKAN UNTUK MENGATASI
CABARAN GLOBALISASI.
Apa yang perlu dilakukan:
1. Mempromosi dan mengetengahkan sistem
ekonomi Islam,
2. Mendidik masyarakat tentang sistem
ekonomi Islam, dan,
3. Melaksanakan sistem ekonomi Islam dalam
masyarakat.