際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan
                              Etika Profesion Keguruan.

      Profesion   perguruan    adalah satu profesion yang sangat   mulia dan amat
penting dalam proses    pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Di zaman
teknologi yang serba maju dan canggih ini, peranan dan tanggungjawab guru semakin
mencabar. Guru memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran pada diri
sendiri malah juga masyarakat serta hubungannya dengan Tuhan. Perpaduan kaum
dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat
menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama kerana guru yang
baik adalah seorang guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang
mengamalkan etika keguruan yang standard.

      Tanggungjawab utama yang digalas oleh guru tertumpu kepada tiga perkara
yang menumpukan kepada kekuatan dalaman yang utama iaitu dari aspek agama, nilai
dan etika. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan
tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan INSAN. Guru berperanan
dan bertanggungjawab dalam membina Negara berlandaskan etika. Dimana etika
menurut dewan Bahasa dan Pustaka etika membawa maksud Satu sistem dasar
akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.Manakala etika dalam kamus Oxford
bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Secara umumnya tanggungjawab dan
akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari perspektif
Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah
dan juga ketakwaan pada Allah. Guru bertanggungjawab mematuhi etika profesional
dan mempraktikan semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap
semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta
tingkah laku profesion dalam masyarakat.

      Etika profesional mencakupi sebahagian besar ahli professional kecuali hal-
yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta dan menanam bunga. Dalam islam,
etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan
hidupnya. Selain etika professional guru juga perlu memahami etika perguruan dimana

                                           1
etika perguruan membawa maksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru
terhadap masyarakat dan Negara,pelajar,rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru juga
perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika
dianggap penting kerana Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana tingkah
laku dalam profesion perguruan.Kod etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang
tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan..
Perkara-perkara yang terkandung di dalam Etika Profesion Keguruan ialah :-




Tanggungjawab terhadap pelajar

      Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar guru mesti         bersikap    adil
terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan,agama, politik, dan lain-lain. Guru
perlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan membimbing
pelajar di bilik darjah tanpa mengambil bayaran.       Di samping itu, guru mesti
menunjukkan contoh berpakaian , pertuturan dan tingkah laku yang dapat dijadikan
contoh oleh pelajar. Selain daripada itu guru hendaklah memelihara dan meningkatkan
kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya proses pengajaran mencapai
mutu yang setinggi-tingginya.




Tanggungjawab terhadap ibubapa

      Guru perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan menghormati
tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.        Sentiasalah berusaha
untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga. Di samping itu, guru mestilah sentiasa menganggap
maklumat yang diberi oleh ibubapa berkaitan rumahtangga mereka sebagai sulit dan
tidak membocorkan rahsia kecuali kepada orang yang berkenaan.      Sekiranya diminta,
guru akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada ibubapa mereka.           Akhir
sekali, sepatutnya mencuba sedaya upaya untuk mengelak daripada dipengaruhi oleh
kedudukan ekonomi dan sosial ibubapa pelajar dalam membuat sebarang keputusan.
                                          2
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

      Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab                terhadap
masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun          yang bertentangan dengan
Rukun Negara.      Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri
setiap pelajar yang dapat    membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama. Di samping itu, hormatilah masyarakat tempat kita berkhidmat
dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Seterusnya, kita juga perlu
menggalakkan kerjasama      di antara guru derngan ibubapa        dan masyarakat, serta
mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat .




Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

      Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan, kita perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang
boleh mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibubapa, atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru. Guru juga tidak
melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapannya sebagai guru ,
contohnya berniaga di waktu perskolahan. Di samping itu kita juga berusaha untuk
menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh sejajar dengan
kemajuan ikhtisas dan sosial.      Seterusnya kita perlu       sentiasa bersedia untuk
membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjadi seorang guru. Akhir
sekali, kita perlu menjadi ahli bagi sebuah perubahan guru.

      Misi   utama    Kementerian     Pelajaran   Malaysia      (KPM)    adalah   untuk
membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan
potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.         Sebenarnya,
peranan guru dalam membina Negara Bangsa Malaysia bermula semenjak sebelum
Merdeka lagi sehinggalah negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Peranan guru dalam membina Negara Bangsa Malaysia tidak terhenti semasa negara

                                           3
mencapai Kemerdekaan malahan ia berterusan menjadi sangat penting sehingga ke
hari ini. Menyedari kepentingan peranan guru, maka Membina Negara Bangsa telah
dijadikan teras pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006 
2010. Melalui pendidikan modal insan minda kelas pertama yang mempunyai jati diri
yang kukuh serta berakhlak mulia dapat dihasilkan.

      Matlamat utama PIPP 2006-2010 adalah untuk menyediakan pendidikan
berkualiti untuk semua. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di mana pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak-
kanak mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan
potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti
kata yang lain pendidikan yang disediakan oleh KPM adalah untuk menghasilkan
seorang pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah.
Dengan hasrat agar apabila pelajar telah tamat pendidikannya dengan kecemerlangan
ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT; kemahiran tinggi
seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa; dan sifat
sahsiah yang positif maka     mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan
pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia.

      Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan
tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapat
hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak
ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik. Matlamat dan dasar yang hasratkan
dalam teras membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan rakyat Malaysia
memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai
moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal bertolak
ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Sehubungan dengan itu,
adalah menjadi tanggungjawab KPM menyediakan pendidikan yang dapat menyemai
nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti
memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di
kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.



                                           4
Dalam teras Membina Negara Bangsa Malaysia, empat fokus utama yang
digariskan   dalam   PIPP   adalah    i)   memperkasakan   Bahasa   Kebangsaan,   ii)
memantapkan perpaduan negara dan intergrasi nasional, iii) memupuk kecintaan
kepada seni, warisan dan budaya negara.




MEMPERKASAKAN BAHASA KEBANGSAAN

      Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama oleh
pelbagai kaum dalam perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Di negara kita ini,
bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang perlu dikuasai oleh pelbagai
kaum yang tinggal di Malaysia.       Peranan tuan-tuan dan puan-puan dalam usaha
memperkasakan Bahasa Kebangsaan amat mustahak kerana melalui pendidikan
murid-murid perlu disedarkan mengenai kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa
Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia.
Selain itu, tanggungjawab pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru adalah
untuk menyemai semangat cintakan bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysia
supaya mereka fasih berbahasa Malaysia, menghormati         dan berbangga dengan
bahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia.Beberapa strategi pelaksanaan untuk
dilaksanakan yang antaranya adalah menggerakkan gelombang baru gerakan
memperkasakan Bahasa Kebangsaan, memantapkan pelaksanaan Dasar Buku
Negara, menggalakkan minat membaca dan mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera
Negara. Dalam usaha meningkatkan kualiti guru-guru Bahasa Malaysia, KPM juga telah
menjalinkan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan
Negara Malaysia (ITNM), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Perpustakaan
Negara   Malaysia (PNM) serta kementerian lain     dengan mengadakan kursus bagi
meningkatkan pengetahuan guru dalam bidang kebahasaan, penulisan buku dan juga
penterjemahan.




                                            5
MEMANTAPKAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

        Fokus kedua teras membina Negara Bangsa adalah memantapkan perpaduan
negara dan integrasi nasional. Antara strategi pelaksanaan yang dicadangkan oleh
PIPP bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional adalah (a)
meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati
perlembagaan Malaysia, (b) meningkatkan semangat patriotik melalui Kelab Rukun
Negara, (c) menanamkan semangat hormat menghormati dan peka terhadap sensitiviti
masyarakat pelbagai kaum, (d) memberi kefahaman tentang pentingnya semangan
kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional. Peranan guru adalah memastikan
semangat perpaduan dan intergrasi nasional dapat dimantapkan di kalangan pelajar-
pelajar dan murid-murid pada semua peringkat pendidikan. Pihak sekolah dan institusi
pendidikan perlu berusaha membangunkan persekitaran sosial yang menggalakkan
komunikasi dan interaksi antara pelajar-pelajar dan murid-murid daripada kaum, latar
belakang, budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang
dapat dibanggakan.    Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru juga perlu
mengadakan perancangan strategik melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan
supaya usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dapat terus
ditingkatkan. Pihak sekolah juga perlu secara berterusan menjadikan perhimpunan
mingguan, acara menaikkan bendera dan menyanyikan Lagu Kebangsaan serta Lagu
Patriotik sebagai tempat memupuk semangat patriotisme, dan tidak dijadikan acara
mingguan tanpa menyemai semangat patriotisme dan perpaduan. Pihak sekolah dan
guru perlu terus menjelaskan kepada murid tujuan sebenarnya perhimpunan mingguan
dijalankan.

        Selain aktiviti kokurikulum, guru-guru seharusnya memberi penekanan kepada
nilai-nilai jati diri, semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara merentasi mata
pelajaran terutama mata pelajaran Sejarah supaya semangat ini akan terus ditanam
serta dapat mendukung kepada pencapaian perpaduan negara. Mata pelajaran Sivik
dan Kewarganegaraan yang diperkenalkan mulai tahun 2003 juga diharapkan dapat
meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan kehidupan yang harmoni antara
kaum.


                                          6
MEMUPUK KECINTAAN KEPADA SENI, WARISAN DAN BUDAYA NEGARA

      Fokus ketiga teras Membina Negara Bangsa adalah memupuk kecintaan kepada
seni, warisan dan budaya negara. Strategi pelaksanaan dalam fokus ini adalah (a)
membina kurikulum kesenian, (b) membina sekolah seni, (c) meningkatkan kerjasama
dengan Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan atau KeKKWa dan pada
tahun 2007 KPM telah menubuhkan dua buah Sekolah Seni iaitu satu di Johor dan satu
di Sarawak. Sekolah Seni memberi penekanan kepada Pendidikan Seni Visual, Seni
Muzik, Seni Teater dan Seni Tari khususnya kepada murid-murid yang mempunyai
potensi dan bakat dalam bidang kesenian supaya bakat ini akan terus digilap. Melalui
penubuhan Sekolah Seni ini, KPM mengharapkan supaya kesenian dan warisan
bangsa akan dapat dipertahankan, dibangunkan dan diperluaskan. Menyedari bahawa
penggunaan tulisan jawi semakin dipinggirkan oleh masyarakat Malaysia, ia telah
diperkukuhkan semula melalui program j-QAF di sekolah rendah. Pencapaian yang
menggalakkan telahpun ditunjukkan oleh murid-murid yang mengikuti program ini
kerana daripada ujian yang dijalankan lebih 80 peratus murid Tahap 1 telah menguasai
tulisan jawi. Sehingga kini, program j-QAF telah pun diperluaskan kepada lebih 4000
buah sekolah rendah di seluruh negara yang memberi manafaat kepada lebih 650,000
murid, tetapi masalah kekurangan guru menyebabkan program ini tidak dapat
diperluaskan seperti yang diunjurkan.




      Kesimpulannya, pendidikan adalah pemangkin kepada pembinaan Negara
Bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat
awal pelajar dan diteruskan pada peringkat yang tinggi. Usaha perlu diteruskan untuk
memperkukuh perkongsian nilai dan patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan
pelbagai kaum etnik di sekolah. Di sinilah peranan dan tanggungjawab guru memainkan
peranan.   Walau bagaimana pun, semua usaha ke arah membina bangsa perlu
perancangan yang teliti dan berterusan.




                                           7
BIBLIOGRAFI


   Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


   Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
    edisi pelancaran(2006), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
    Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.


   Mohd. Fuad Razali (2008) 6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP Pendidik Bil
    44/Jan 2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor.


   Mohamed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994) Sejarah
    Pembangunan Bangsa dan Negara Utusan Publication & Distribution Sdn.
    Bhd.




                                       8

More Related Content

Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika profesion keguruan.

  • 1. Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan Etika Profesion Keguruan. Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia dan amat penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Di zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini, peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar. Guru memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta hubungannya dengan Tuhan. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama kerana guru yang baik adalah seorang guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan yang standard. Tanggungjawab utama yang digalas oleh guru tertumpu kepada tiga perkara yang menumpukan kepada kekuatan dalaman yang utama iaitu dari aspek agama, nilai dan etika. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan INSAN. Guru berperanan dan bertanggungjawab dalam membina Negara berlandaskan etika. Dimana etika menurut dewan Bahasa dan Pustaka etika membawa maksud Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.Manakala etika dalam kamus Oxford bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Secara umumnya tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan juga ketakwaan pada Allah. Guru bertanggungjawab mematuhi etika profesional dan mempraktikan semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Etika profesional mencakupi sebahagian besar ahli professional kecuali hal- yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta dan menanam bunga. Dalam islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. Selain etika professional guru juga perlu memahami etika perguruan dimana 1
  • 2. etika perguruan membawa maksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan Negara,pelajar,rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru juga perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesion perguruan.Kod etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan.. Perkara-perkara yang terkandung di dalam Etika Profesion Keguruan ialah :- Tanggungjawab terhadap pelajar Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar guru mesti bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan,agama, politik, dan lain-lain. Guru perlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan membimbing pelajar di bilik darjah tanpa mengambil bayaran. Di samping itu, guru mesti menunjukkan contoh berpakaian , pertuturan dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar. Selain daripada itu guru hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya proses pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Tanggungjawab terhadap ibubapa Guru perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Sentiasalah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Di samping itu, guru mestilah sentiasa menganggap maklumat yang diberi oleh ibubapa berkaitan rumahtangga mereka sebagai sulit dan tidak membocorkan rahsia kecuali kepada orang yang berkenaan. Sekiranya diminta, guru akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada ibubapa mereka. Akhir sekali, sepatutnya mencuba sedaya upaya untuk mengelak daripada dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibubapa pelajar dalam membuat sebarang keputusan. 2
  • 3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu, hormatilah masyarakat tempat kita berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Seterusnya, kita juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru derngan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat . Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan, kita perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibubapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru. Guru juga tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapannya sebagai guru , contohnya berniaga di waktu perskolahan. Di samping itu kita juga berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seterusnya kita perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjadi seorang guru. Akhir sekali, kita perlu menjadi ahli bagi sebuah perubahan guru. Misi utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Sebenarnya, peranan guru dalam membina Negara Bangsa Malaysia bermula semenjak sebelum Merdeka lagi sehinggalah negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Peranan guru dalam membina Negara Bangsa Malaysia tidak terhenti semasa negara 3
  • 4. mencapai Kemerdekaan malahan ia berterusan menjadi sangat penting sehingga ke hari ini. Menyedari kepentingan peranan guru, maka Membina Negara Bangsa telah dijadikan teras pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006 2010. Melalui pendidikan modal insan minda kelas pertama yang mempunyai jati diri yang kukuh serta berakhlak mulia dapat dihasilkan. Matlamat utama PIPP 2006-2010 adalah untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak- kanak mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti kata yang lain pendidikan yang disediakan oleh KPM adalah untuk menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat agar apabila pelajar telah tamat pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT; kemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa; dan sifat sahsiah yang positif maka mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia. Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik. Matlamat dan dasar yang hasratkan dalam teras membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab KPM menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. 4
  • 5. Dalam teras Membina Negara Bangsa Malaysia, empat fokus utama yang digariskan dalam PIPP adalah i) memperkasakan Bahasa Kebangsaan, ii) memantapkan perpaduan negara dan intergrasi nasional, iii) memupuk kecintaan kepada seni, warisan dan budaya negara. MEMPERKASAKAN BAHASA KEBANGSAAN Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama oleh pelbagai kaum dalam perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Di negara kita ini, bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang perlu dikuasai oleh pelbagai kaum yang tinggal di Malaysia. Peranan tuan-tuan dan puan-puan dalam usaha memperkasakan Bahasa Kebangsaan amat mustahak kerana melalui pendidikan murid-murid perlu disedarkan mengenai kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia. Selain itu, tanggungjawab pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru adalah untuk menyemai semangat cintakan bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Malaysia, menghormati dan berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia.Beberapa strategi pelaksanaan untuk dilaksanakan yang antaranya adalah menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan Bahasa Kebangsaan, memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menggalakkan minat membaca dan mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Dalam usaha meningkatkan kualiti guru-guru Bahasa Malaysia, KPM juga telah menjalinkan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta kementerian lain dengan mengadakan kursus bagi meningkatkan pengetahuan guru dalam bidang kebahasaan, penulisan buku dan juga penterjemahan. 5
  • 6. MEMANTAPKAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL Fokus kedua teras membina Negara Bangsa adalah memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional. Antara strategi pelaksanaan yang dicadangkan oleh PIPP bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional adalah (a) meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati perlembagaan Malaysia, (b) meningkatkan semangat patriotik melalui Kelab Rukun Negara, (c) menanamkan semangat hormat menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum, (d) memberi kefahaman tentang pentingnya semangan kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional. Peranan guru adalah memastikan semangat perpaduan dan intergrasi nasional dapat dimantapkan di kalangan pelajar- pelajar dan murid-murid pada semua peringkat pendidikan. Pihak sekolah dan institusi pendidikan perlu berusaha membangunkan persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi antara pelajar-pelajar dan murid-murid daripada kaum, latar belakang, budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang dapat dibanggakan. Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru juga perlu mengadakan perancangan strategik melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan supaya usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dapat terus ditingkatkan. Pihak sekolah juga perlu secara berterusan menjadikan perhimpunan mingguan, acara menaikkan bendera dan menyanyikan Lagu Kebangsaan serta Lagu Patriotik sebagai tempat memupuk semangat patriotisme, dan tidak dijadikan acara mingguan tanpa menyemai semangat patriotisme dan perpaduan. Pihak sekolah dan guru perlu terus menjelaskan kepada murid tujuan sebenarnya perhimpunan mingguan dijalankan. Selain aktiviti kokurikulum, guru-guru seharusnya memberi penekanan kepada nilai-nilai jati diri, semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara merentasi mata pelajaran terutama mata pelajaran Sejarah supaya semangat ini akan terus ditanam serta dapat mendukung kepada pencapaian perpaduan negara. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan yang diperkenalkan mulai tahun 2003 juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan kehidupan yang harmoni antara kaum. 6
  • 7. MEMUPUK KECINTAAN KEPADA SENI, WARISAN DAN BUDAYA NEGARA Fokus ketiga teras Membina Negara Bangsa adalah memupuk kecintaan kepada seni, warisan dan budaya negara. Strategi pelaksanaan dalam fokus ini adalah (a) membina kurikulum kesenian, (b) membina sekolah seni, (c) meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan atau KeKKWa dan pada tahun 2007 KPM telah menubuhkan dua buah Sekolah Seni iaitu satu di Johor dan satu di Sarawak. Sekolah Seni memberi penekanan kepada Pendidikan Seni Visual, Seni Muzik, Seni Teater dan Seni Tari khususnya kepada murid-murid yang mempunyai potensi dan bakat dalam bidang kesenian supaya bakat ini akan terus digilap. Melalui penubuhan Sekolah Seni ini, KPM mengharapkan supaya kesenian dan warisan bangsa akan dapat dipertahankan, dibangunkan dan diperluaskan. Menyedari bahawa penggunaan tulisan jawi semakin dipinggirkan oleh masyarakat Malaysia, ia telah diperkukuhkan semula melalui program j-QAF di sekolah rendah. Pencapaian yang menggalakkan telahpun ditunjukkan oleh murid-murid yang mengikuti program ini kerana daripada ujian yang dijalankan lebih 80 peratus murid Tahap 1 telah menguasai tulisan jawi. Sehingga kini, program j-QAF telah pun diperluaskan kepada lebih 4000 buah sekolah rendah di seluruh negara yang memberi manafaat kepada lebih 650,000 murid, tetapi masalah kekurangan guru menyebabkan program ini tidak dapat diperluaskan seperti yang diunjurkan. Kesimpulannya, pendidikan adalah pemangkin kepada pembinaan Negara Bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal pelajar dan diteruskan pada peringkat yang tinggi. Usaha perlu diteruskan untuk memperkukuh perkongsian nilai dan patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum etnik di sekolah. Di sinilah peranan dan tanggungjawab guru memainkan peranan. Walau bagaimana pun, semua usaha ke arah membina bangsa perlu perancangan yang teliti dan berterusan. 7
  • 8. BIBLIOGRAFI Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 edisi pelancaran(2006), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd. Fuad Razali (2008) 6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP Pendidik Bil 44/Jan 2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor. Mohamed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd. 8