際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Pen 1033
PEDAGOGI DALAM PRASEKOLAH
NOR HASLINDA MOHAMED NOR (DPP 1770043)
ROHANA BT ROSLAN (DPP 17070042)
MODULAR KUANTAN PAHANG
PENSYARAH:MUSRIFAH BT SAMSUN
5.0 PERANCANGAN PENYAMPAIAN
DAN PENILAIAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Proses pengajaran dan pembelajaran
melibatkan tiga komponen penting iaitu
perancangan, penyampaian dan
penilaian.
PERANCANGAN
 Penentuan tajuk dan isi
 Penentuan pengetahuan sedia
ada
 Penentuan hasil
pembelajaran/ objektif
PENYAMPAIAN
 Penentuan strategi pengajaran pembelajaran
 Peruntukan masa
 Pemeringkatan isi
 Perkembangan
 Motivasi
 Kemahiran menerang
 Bahasa dan suara
 Peneguhan
 Sumber
 Pengurusan kelas
 Personaliti guru
PENILAIAN
Penilaian pencapaian
Penganalisis maklumat
Pengubahsuaian
5.1 MERANCANG
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
(PdP)
5.1.1 Penentuan Tajuk Dan Isi Pelajaran
 Guru perlu merujuk kepada sukatan pelajaran dan skop
perancangan mengikut semester.
 Guru perlu bijak menyusun bahan dan mengendalikan
penyampaiannya mengikut komponen dengan jelas.
Dengan adanya pemeringkatan isi, ini boleh membantu
guru menyusun strategi dan memilih kaedah dan teknik
yang sesuai.
 Murid akan lebih mudah mengikut dan memahami apa
yang dipelajari dan ini membantu mereka membuat
perkaitan antara prinsip dan konsep.
5.1.2 Penentuan Pengetahuan Sedia
Ada
 Pengetahuan sedia ada dalam Pengajaran dan
Pembelajaran mengandaikan persepsi dan kefahaman
yang sedia ada di kalangan murid.
 Aspek persepsi dan kefahaman ini bergantung kepada
faktor kematangan dan faktor pengalaman mereka.
 Pembelajaran mereka akan lebih bermakna apabila
mereka belajar berasaskan pengalaman dan ini boleh
mengurangkan kesulitan dalam proses pengajaran.
5.1.3 Penentuan Hasil Pembelajaran/
Objektif
 Untuk sesi pengajaran ,guru perlu jelas dengan hasil
pembelajaran dan objektif yang guru ingin capai.
 Hasil pembelajaran ini hendaklah ditulis berdasarkan
kemahiran, kecekapan atau pengetahuan yang perlu
dikuasai oleh murid.
 Pernyataan hasil pembelajaran hendaklah tepat dan
boleh diukur pencapaiannya di kalangan murid.
 Berdasarkan hasil pembelajaran dan objektif yang
eksplisit sebegini akan memudahkan guru untuk
merancang aktiviti dan menyediakan bahan dan
sumber bantu mengajar.
5.2
MELAKSANAKAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
5.2.1 Penentuan Strategi Pengajaran
Pembelajaran dan Peruntukan Masa
 Pemilihan strategi pengajaran pembelajaran haruslah
berlandaskan pengukuran minat murid secara berterusan.
 Guru harus merancang untuk melibatkan murid dalam aktiviti
secara langsung melalui pendekatan dan strategi.
 Di sinilah unsur pendekatan bersepadu dalam pembelajaran
digunakan secara optima untuk memastikan murid belajar melalui
pelbagai gaya mengikut keupayaan dan bakat mereka.
 Perlaksanaan aktiviti untuk menyempurnakan pendekatan dan
strategi ini diagihkan mengikut masa dan ruang yang diatur.
 Ini untuk memastikan guru peka dengan segala persediaan guru
sendiri dan dengan itu tidak mengganggu guru lain yang akan
masuk ke kelas yang sama selepas masa guru tamat.
 Walau bagaimanapun, cara guru membahagikan masa adalah
mengikut kesesuaian dan bergantung kepasa pengalaman dan
5.2.2 Pemeringkatan Isi dan
Perkembangan
 Pemeringkatan isi biasanya disusun dari yang senang ke
susah, dari dalam pengalaman ke luar pengalaman
murid dan dari konkrit kepada yang lebih abstrak.
 Perkembangan pelajaran pula menentukan sama ada
prestasi guru dalam kelas menarik dan aktif atau kaku
serta membosankan.
 Jika perlaksanaan pengajaran guru terlampau laju,
murid mungkin sukar untuk menangkap apa yang ingin
disampaikan. Sebaliknya jikalau guru terlalu perlahan
murid akan hilang minat pula.
5.2.3 Motivasi
 Guru perlu pandai untuk mengekalkan minat murid di
sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Sebab
itulah kaedah dan teknik yang guru gunakan perlu
menimbulkan perhatian pelajar dan merangsang
mereka untuk mengambil bahagian sepenuhnya.
 Segala pengetahuan dan kemahiran lampau mereka
harus digunakan sebaik yang mungkin untuk
mengaitkan pembelajaran semasa.
 Dalam masa yang sama, guru harus ikhlas dan adil
apabila berinteraksi dengan murid dan tidak
mengamalkan pilih kasih di antara yang
berkebolehan dan yang rendah pencapaiannya.
5.2.4 Kemahiran Menerang
 Memberi penerangan tidak bermakna guru menjadi
tukang cerita sepanjang pengajaran. Menerang ada
kalanya perlu untuk tujuan memberi kefahaman,
huraian dan penaakulan.
 Ini boleh dilakukan dengan memberi penjelasan
dengan kemas dan lancar dengan menggunakan
sebutan, intonasi dan jeda yang mudah dikesan murid.
 Penerangan juga mesti ada urutan dan kalau perlu,
gunakan ilustrasi seperti pengurusan grafik dan sumber
yang menarik.
5.2.5 Bahasa dan Suara
 Seboleh-bolehnya guru menggunakan bahasa yang
mudah difahami, dan elakkan sama sekali
menggunakan loghat daerah, lebih-lebih lagi apabila
anda mengajar tajuk berkaitan perihal setempat.
 Dalam masa yang sama penuturan guru haruslah
bersopan dan elakkan menggunakan perkataan yang
negatif dan sensitif dari segi motivasi, budaya dan
kepercayaan.
 Guru harus juga ingat untuk menguatkan suara dalam
kadar berpatutan supaya dapat didengari oleh semua
murid dalam kelas.
5.2.6 Peneguhan
 Kata-kata peneguhan yang berupa pujian dan
pengharapan boleh mengubah tingkah laku murid ke
arah lebih positif. Murid akan lebih berminat dalam
kelas, suka mengambil bahagian dalam aktiviti,
bersemangat untuk meningkatkan pencapaian dan
membaiki disiplin diri jika guru memberikan kata-kata
seperti baik,  bagus dan cuba lagi di tempat yang
sesuai.
 Selain itu, gunakanlah gerak-geri atau isyarat yang
difahami untuk tujuan peneguhan ini. Contoh gerak-geri
atau isyarat ialah mengangguk, menggeleng kepala,
senyum dan membuat kontak mata.
5.2.7 Sumber
 Penggunaan sumber yang sesuai dan menarik akan
membantu guru menerangkan konsep dan prinsip
dengan lebih baik.
 Sumber yang digunakan harus berfungsi, sepadan dari
segi bentuk dan saiz dengan bilangan murid dalam
kelas, serta tidak kompleks cara penggunaannya (jika
murid yang menyenggarakannya).
5.2.8 Pengurusan Kelas
 Pengurusan kelas termasuk aspek fizikal dan kawalan
perlaksanaan proses pembelajaran secara keseluruhan.
 Dari aspek fizikal, guru perlu melihat kesediaan kelas dari
segi kebersihan dan peredaran udara serta cahaya.
 Suasana kelas yang panas akan menimbulkan
ketidakselesaan murid akan mengurangkan tumpuan
mereka.
 Beri perhatian juga kepada murid yang kurang
pendengaran dan penglihatan supaya mereka tidak
terpinggir.
5.2.9 Personaliti Guru
 Guru perlu menunjukkan kewibawaan dari segi ilmu
pengetahuan, kreativiti dan watak.
 Selain dari mempunyai ilmu meluas dalam
matapelajaran yang diajar, guru diharapkan
mempunyai pengetahuan dalam psikologi, sosialogi,
pedagogi dan bijak menggunakan dan
menggabungkan ilmu-ilmu ini di dalam pengajaran
guru.
5.3 PENILAIAN DAN PENEGUHAN
 Penilaian menentukan setakat mana hasil
pembelajaran telah dicapai. Usaha untuk menilai tahap
pengetahuan dan kefahaman serta perubahan
tingkah-laku boleh dilakukan melalui lisan, penulisan
atau aktiviti.
 Pengujian boleh diadakan melalui pelbagai bentuk
soalan, kuiz atau latihan amali.
 Maklumat dari pengujian ini bolehlah digunakan untuk
membuat analisis tentang kelemahan atau kekuatan
pembelajaran murid dan membantu guru merancang
untuk meninjau semula hasil pembelajaran yang telah
dipilih, kesesuaian strategi pengajaran dan bahan yang
digunakan.
5.4 REFLEKSI
 Refleksi merupakan suatu proses yang penting dalam
kitaran pembelajaran bagi kemajuan profesion
keguruan. Pengalaman pengajaran yang diperolehi
oleh guru-guru sejak mereka mula berkhidmat adalah
amat bernilai dan boleh dikongsi untuk manfaat semua
guru.
 Berasaskan kaedah yang sistematik dalam refklesi,
pengalaman tersebut dapat dijadikan pengajaran dan
membawa pengertian kepada semua guru.
5.4.1 DEFINISI REFLEKSI
 Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam
bukunya The Reflective Practitioner dalam tahun 1983.
 Menurut beliau, amalan reflkesi merangkumi pengalaman dalam
minda apabila menggunakan pengetahuan teori yang berubah
menjadi aplikasi praktikal.
 Secara amnya, refleksi adalah pengalaman hidup peribadi
seseorang itu.
 Refleksi bagi guru-guru boleh didefinisikan sebagai proses di mana
guru-guru mempelajari kaedah pengajaran sendiri dan
menentukan cara-cara yang terbaik untuk mengajar murid-murid.
 Melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti, guru-guru
mempelajari apa yang berjaya dan apa yang tidak berjaya dalam
bilik darjah. Guru-guru akan mempelajari apa yang penting dan
apa yang perlu dielak dalam pengajaran dan pembelajaran yang
akan datang.
5.4.2 Ciri-ciri Refleksi
 Proses Sistematik
 Bukti Penambahbaikan
 Pengetahuan Gerak Hati
 Meramal Akibat
 Menjana Idea-Idea Baru
 Berfikir Secara Kritikal
 Amalan Etika
 Proses Aktif
5.4.3 Kebaikkan Refleksi
Refleksi penting kerana pembelajaran berlaku melalui campuran teori
dan praktikal, pemikiran dan tindakan serta pemerhatian dan
interaksi:
Menghasilkan perancangan pengajaran yang lebih baik.
Menjana idea-idea inovatif untuk menghasilkan bahan pengajaran.
Memahami keperluan murid-murid yang pelbagai.
Boleh menyelesaikan masalah selepas mengambil kira semua
pilihan.
Menjana proaktif dan bukannya reaktif.
Membina cara kreatif untuk memotivasikan murid-murid.
Bertimbang rasa terhadap murid-murid yang lain.
Memahami diri sendiri dan orang lain.
Menyedari kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.
5.4.4 Kaedah-kaedah Refleksi
Model oleh Johnson (1998), proses refleksi boleh dijalankan dalam
enam tahap seperti berikut :
澗Tahap Pemahaman-Guru-guru memahami konsep pedagogi atau
teori yang akan digunakan dalam bilik darjah. Contohnya, guru perlu
memahami teknik-teknik dan kaedah-kaedah kumpulan koperatif
sebagai satu strategi pengajaran.
Tahap Transformasi-Dalam tahap transformasi, guru akan
melaksanakan pengajaran dengan sesuatu konsep atau prinsip di
dalam kelas. Contohnya, guru menyediakan rancangan pelajaran
harian dengan menjelaskan langkah-langkah kaedah koperatif
secara terperinci.
Tahap Pelaksanaan-Dalam tahap ini, guru akan melaksanakan
pengajaran dengan melaksanakan segala langkah-langkah dan
prosedur yang disarankan dalam kaedah koperatif. Guru akan
membahagikan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang kecil
untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang ditetapkan oleh
guru.
 Tahap Penilaian- Guru menilai pelaksanaan kaedah koperatif
langkah demi langkah dengan mengingati kembali pelajaran yang
disampaikan. Beliau juga akan membuat catatan dalam buku
jurnal mengenai prosedur-prosedur yang diambilnya dalam bilik
darjah semasa melaksanakan kaedah koperatif dan menilai
pencapaian setiap langkah pelaksanaan dalam kaedah
pengajaran ini.
 Tahap Refleksi- Guru mempersoalkan diri tentang pengajaran
yang dilaksanakan dan merujuk kepada catatan-catatan di
dalam buku jurnal serta mengimbas kembali mengenai respon dan
emosi para murid semasa beliau melaksanakan pengajarannya
dengan menggunakan kaedah koperatif.
 Tahap Pemahaman Baru-Dalam tahap ini, guru mendapat
pengertian baru daripada pengalaman pengajaran dengan
menggunakan kaedah koperatif. Beliau akan memperbaiki
rancangan pelajaran harian yang menerapkan kaedah koperatif
untuk mengatasi segala kelemahan yang timbul semasa
melaksanakan kaedah ini.
5.4.5 Peranan Refleksi
Refleksi membolehkan seseorang guru:
Membuat penilaian kendiri
berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja
melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusaN
mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai &
estetika
mengubah tingkah laku.
5.4.6 Hasil Refleksi
 Mengekalkan kaedah atau cara pengajaran
mereka jika ini membawa kesan yang positif
atau
 Mencadangkan / melakukan sesuatu yang lain
dengan cara yang lain untuk membawa hasil
yang diinginkan.Yang inilah dikatakan
pembangunan profesional.
PENUTUP
Guru Pembina Negara bangsa, Gagah perjuangkan visi NegaraBangunkan jiwa
yang pelbagai rupa, Demi agama dannusa tercinta
Cabaran terbesar bagi seorang guru kini adalah untuk merealisasikan hasrat
Membina Negara Bangsa. Justeru, guru perlu meningkatkan kualiti diri agar PdP
yangdilaksanakanberkesan.
Pengajaranberkesanmemerlukanguruyang berkebolehan untuk
mengaplikasikan ganjaran dan hukuman bersesuaian mengikut
tahapmurid,mampumengaplikasikankepelbagaian kaedah,strategidan teknik
pengajaran dengan berkesan dan impakakhir murid cemerlang dalam akademik
dan sahsiahnya dan guru perlu mempunyai perancangan strategik bagi
mempertingkatkan keberkesanan PdP.
 Disamping itu, peningkatan kualiti pengajaran sangat memerlukan kajian, maka
guru digalakan untuk melaksanakan Penyelidikan Tindakan, Refleksi Kendiri
danseterusnyamelaksanakaninovasidalam PdP.Pengajaranyang berkesan
sangatbergantung kepada ketinggian tahap penguasaan ilmu dan kepakaran
penggunaan kepelbagaian sumber oleh guru mengikut tahap kebolehan serta
gaya belajar murid. Guru berkesan adalah adalah mereka yang mempunyai ilmu
pengetahuan serta kritis dan kreatif.

More Related Content

Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran

  • 1. Pen 1033 PEDAGOGI DALAM PRASEKOLAH NOR HASLINDA MOHAMED NOR (DPP 1770043) ROHANA BT ROSLAN (DPP 17070042) MODULAR KUANTAN PAHANG PENSYARAH:MUSRIFAH BT SAMSUN
  • 2. 5.0 PERANCANGAN PENYAMPAIAN DAN PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGENALAN Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga komponen penting iaitu perancangan, penyampaian dan penilaian.
  • 3. PERANCANGAN Penentuan tajuk dan isi Penentuan pengetahuan sedia ada Penentuan hasil pembelajaran/ objektif
  • 4. PENYAMPAIAN Penentuan strategi pengajaran pembelajaran Peruntukan masa Pemeringkatan isi Perkembangan Motivasi Kemahiran menerang Bahasa dan suara Peneguhan Sumber Pengurusan kelas Personaliti guru
  • 7. 5.1.1 Penentuan Tajuk Dan Isi Pelajaran Guru perlu merujuk kepada sukatan pelajaran dan skop perancangan mengikut semester. Guru perlu bijak menyusun bahan dan mengendalikan penyampaiannya mengikut komponen dengan jelas. Dengan adanya pemeringkatan isi, ini boleh membantu guru menyusun strategi dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai. Murid akan lebih mudah mengikut dan memahami apa yang dipelajari dan ini membantu mereka membuat perkaitan antara prinsip dan konsep.
  • 8. 5.1.2 Penentuan Pengetahuan Sedia Ada Pengetahuan sedia ada dalam Pengajaran dan Pembelajaran mengandaikan persepsi dan kefahaman yang sedia ada di kalangan murid. Aspek persepsi dan kefahaman ini bergantung kepada faktor kematangan dan faktor pengalaman mereka. Pembelajaran mereka akan lebih bermakna apabila mereka belajar berasaskan pengalaman dan ini boleh mengurangkan kesulitan dalam proses pengajaran.
  • 9. 5.1.3 Penentuan Hasil Pembelajaran/ Objektif Untuk sesi pengajaran ,guru perlu jelas dengan hasil pembelajaran dan objektif yang guru ingin capai. Hasil pembelajaran ini hendaklah ditulis berdasarkan kemahiran, kecekapan atau pengetahuan yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan hasil pembelajaran hendaklah tepat dan boleh diukur pencapaiannya di kalangan murid. Berdasarkan hasil pembelajaran dan objektif yang eksplisit sebegini akan memudahkan guru untuk merancang aktiviti dan menyediakan bahan dan sumber bantu mengajar.
  • 11. 5.2.1 Penentuan Strategi Pengajaran Pembelajaran dan Peruntukan Masa Pemilihan strategi pengajaran pembelajaran haruslah berlandaskan pengukuran minat murid secara berterusan. Guru harus merancang untuk melibatkan murid dalam aktiviti secara langsung melalui pendekatan dan strategi. Di sinilah unsur pendekatan bersepadu dalam pembelajaran digunakan secara optima untuk memastikan murid belajar melalui pelbagai gaya mengikut keupayaan dan bakat mereka. Perlaksanaan aktiviti untuk menyempurnakan pendekatan dan strategi ini diagihkan mengikut masa dan ruang yang diatur. Ini untuk memastikan guru peka dengan segala persediaan guru sendiri dan dengan itu tidak mengganggu guru lain yang akan masuk ke kelas yang sama selepas masa guru tamat. Walau bagaimanapun, cara guru membahagikan masa adalah mengikut kesesuaian dan bergantung kepasa pengalaman dan
  • 12. 5.2.2 Pemeringkatan Isi dan Perkembangan Pemeringkatan isi biasanya disusun dari yang senang ke susah, dari dalam pengalaman ke luar pengalaman murid dan dari konkrit kepada yang lebih abstrak. Perkembangan pelajaran pula menentukan sama ada prestasi guru dalam kelas menarik dan aktif atau kaku serta membosankan. Jika perlaksanaan pengajaran guru terlampau laju, murid mungkin sukar untuk menangkap apa yang ingin disampaikan. Sebaliknya jikalau guru terlalu perlahan murid akan hilang minat pula.
  • 13. 5.2.3 Motivasi Guru perlu pandai untuk mengekalkan minat murid di sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Sebab itulah kaedah dan teknik yang guru gunakan perlu menimbulkan perhatian pelajar dan merangsang mereka untuk mengambil bahagian sepenuhnya. Segala pengetahuan dan kemahiran lampau mereka harus digunakan sebaik yang mungkin untuk mengaitkan pembelajaran semasa. Dalam masa yang sama, guru harus ikhlas dan adil apabila berinteraksi dengan murid dan tidak mengamalkan pilih kasih di antara yang berkebolehan dan yang rendah pencapaiannya.
  • 14. 5.2.4 Kemahiran Menerang Memberi penerangan tidak bermakna guru menjadi tukang cerita sepanjang pengajaran. Menerang ada kalanya perlu untuk tujuan memberi kefahaman, huraian dan penaakulan. Ini boleh dilakukan dengan memberi penjelasan dengan kemas dan lancar dengan menggunakan sebutan, intonasi dan jeda yang mudah dikesan murid. Penerangan juga mesti ada urutan dan kalau perlu, gunakan ilustrasi seperti pengurusan grafik dan sumber yang menarik.
  • 15. 5.2.5 Bahasa dan Suara Seboleh-bolehnya guru menggunakan bahasa yang mudah difahami, dan elakkan sama sekali menggunakan loghat daerah, lebih-lebih lagi apabila anda mengajar tajuk berkaitan perihal setempat. Dalam masa yang sama penuturan guru haruslah bersopan dan elakkan menggunakan perkataan yang negatif dan sensitif dari segi motivasi, budaya dan kepercayaan. Guru harus juga ingat untuk menguatkan suara dalam kadar berpatutan supaya dapat didengari oleh semua murid dalam kelas.
  • 16. 5.2.6 Peneguhan Kata-kata peneguhan yang berupa pujian dan pengharapan boleh mengubah tingkah laku murid ke arah lebih positif. Murid akan lebih berminat dalam kelas, suka mengambil bahagian dalam aktiviti, bersemangat untuk meningkatkan pencapaian dan membaiki disiplin diri jika guru memberikan kata-kata seperti baik, bagus dan cuba lagi di tempat yang sesuai. Selain itu, gunakanlah gerak-geri atau isyarat yang difahami untuk tujuan peneguhan ini. Contoh gerak-geri atau isyarat ialah mengangguk, menggeleng kepala, senyum dan membuat kontak mata.
  • 17. 5.2.7 Sumber Penggunaan sumber yang sesuai dan menarik akan membantu guru menerangkan konsep dan prinsip dengan lebih baik. Sumber yang digunakan harus berfungsi, sepadan dari segi bentuk dan saiz dengan bilangan murid dalam kelas, serta tidak kompleks cara penggunaannya (jika murid yang menyenggarakannya).
  • 18. 5.2.8 Pengurusan Kelas Pengurusan kelas termasuk aspek fizikal dan kawalan perlaksanaan proses pembelajaran secara keseluruhan. Dari aspek fizikal, guru perlu melihat kesediaan kelas dari segi kebersihan dan peredaran udara serta cahaya. Suasana kelas yang panas akan menimbulkan ketidakselesaan murid akan mengurangkan tumpuan mereka. Beri perhatian juga kepada murid yang kurang pendengaran dan penglihatan supaya mereka tidak terpinggir.
  • 19. 5.2.9 Personaliti Guru Guru perlu menunjukkan kewibawaan dari segi ilmu pengetahuan, kreativiti dan watak. Selain dari mempunyai ilmu meluas dalam matapelajaran yang diajar, guru diharapkan mempunyai pengetahuan dalam psikologi, sosialogi, pedagogi dan bijak menggunakan dan menggabungkan ilmu-ilmu ini di dalam pengajaran guru.
  • 20. 5.3 PENILAIAN DAN PENEGUHAN Penilaian menentukan setakat mana hasil pembelajaran telah dicapai. Usaha untuk menilai tahap pengetahuan dan kefahaman serta perubahan tingkah-laku boleh dilakukan melalui lisan, penulisan atau aktiviti. Pengujian boleh diadakan melalui pelbagai bentuk soalan, kuiz atau latihan amali. Maklumat dari pengujian ini bolehlah digunakan untuk membuat analisis tentang kelemahan atau kekuatan pembelajaran murid dan membantu guru merancang untuk meninjau semula hasil pembelajaran yang telah dipilih, kesesuaian strategi pengajaran dan bahan yang digunakan.
  • 21. 5.4 REFLEKSI Refleksi merupakan suatu proses yang penting dalam kitaran pembelajaran bagi kemajuan profesion keguruan. Pengalaman pengajaran yang diperolehi oleh guru-guru sejak mereka mula berkhidmat adalah amat bernilai dan boleh dikongsi untuk manfaat semua guru. Berasaskan kaedah yang sistematik dalam refklesi, pengalaman tersebut dapat dijadikan pengajaran dan membawa pengertian kepada semua guru.
  • 22. 5.4.1 DEFINISI REFLEKSI Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya The Reflective Practitioner dalam tahun 1983. Menurut beliau, amalan reflkesi merangkumi pengalaman dalam minda apabila menggunakan pengetahuan teori yang berubah menjadi aplikasi praktikal. Secara amnya, refleksi adalah pengalaman hidup peribadi seseorang itu. Refleksi bagi guru-guru boleh didefinisikan sebagai proses di mana guru-guru mempelajari kaedah pengajaran sendiri dan menentukan cara-cara yang terbaik untuk mengajar murid-murid. Melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti, guru-guru mempelajari apa yang berjaya dan apa yang tidak berjaya dalam bilik darjah. Guru-guru akan mempelajari apa yang penting dan apa yang perlu dielak dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.
  • 23. 5.4.2 Ciri-ciri Refleksi Proses Sistematik Bukti Penambahbaikan Pengetahuan Gerak Hati Meramal Akibat Menjana Idea-Idea Baru Berfikir Secara Kritikal Amalan Etika Proses Aktif
  • 24. 5.4.3 Kebaikkan Refleksi Refleksi penting kerana pembelajaran berlaku melalui campuran teori dan praktikal, pemikiran dan tindakan serta pemerhatian dan interaksi: Menghasilkan perancangan pengajaran yang lebih baik. Menjana idea-idea inovatif untuk menghasilkan bahan pengajaran. Memahami keperluan murid-murid yang pelbagai. Boleh menyelesaikan masalah selepas mengambil kira semua pilihan. Menjana proaktif dan bukannya reaktif. Membina cara kreatif untuk memotivasikan murid-murid. Bertimbang rasa terhadap murid-murid yang lain. Memahami diri sendiri dan orang lain. Menyedari kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.
  • 25. 5.4.4 Kaedah-kaedah Refleksi Model oleh Johnson (1998), proses refleksi boleh dijalankan dalam enam tahap seperti berikut : 澗Tahap Pemahaman-Guru-guru memahami konsep pedagogi atau teori yang akan digunakan dalam bilik darjah. Contohnya, guru perlu memahami teknik-teknik dan kaedah-kaedah kumpulan koperatif sebagai satu strategi pengajaran. Tahap Transformasi-Dalam tahap transformasi, guru akan melaksanakan pengajaran dengan sesuatu konsep atau prinsip di dalam kelas. Contohnya, guru menyediakan rancangan pelajaran harian dengan menjelaskan langkah-langkah kaedah koperatif secara terperinci. Tahap Pelaksanaan-Dalam tahap ini, guru akan melaksanakan pengajaran dengan melaksanakan segala langkah-langkah dan prosedur yang disarankan dalam kaedah koperatif. Guru akan membahagikan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang kecil untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.
  • 26. Tahap Penilaian- Guru menilai pelaksanaan kaedah koperatif langkah demi langkah dengan mengingati kembali pelajaran yang disampaikan. Beliau juga akan membuat catatan dalam buku jurnal mengenai prosedur-prosedur yang diambilnya dalam bilik darjah semasa melaksanakan kaedah koperatif dan menilai pencapaian setiap langkah pelaksanaan dalam kaedah pengajaran ini. Tahap Refleksi- Guru mempersoalkan diri tentang pengajaran yang dilaksanakan dan merujuk kepada catatan-catatan di dalam buku jurnal serta mengimbas kembali mengenai respon dan emosi para murid semasa beliau melaksanakan pengajarannya dengan menggunakan kaedah koperatif. Tahap Pemahaman Baru-Dalam tahap ini, guru mendapat pengertian baru daripada pengalaman pengajaran dengan menggunakan kaedah koperatif. Beliau akan memperbaiki rancangan pelajaran harian yang menerapkan kaedah koperatif untuk mengatasi segala kelemahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah ini.
  • 27. 5.4.5 Peranan Refleksi Refleksi membolehkan seseorang guru: Membuat penilaian kendiri berfikir secara analitik, kritis dan kreatif menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusaN mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika mengubah tingkah laku.
  • 28. 5.4.6 Hasil Refleksi Mengekalkan kaedah atau cara pengajaran mereka jika ini membawa kesan yang positif atau Mencadangkan / melakukan sesuatu yang lain dengan cara yang lain untuk membawa hasil yang diinginkan.Yang inilah dikatakan pembangunan profesional.
  • 29. PENUTUP Guru Pembina Negara bangsa, Gagah perjuangkan visi NegaraBangunkan jiwa yang pelbagai rupa, Demi agama dannusa tercinta Cabaran terbesar bagi seorang guru kini adalah untuk merealisasikan hasrat Membina Negara Bangsa. Justeru, guru perlu meningkatkan kualiti diri agar PdP yangdilaksanakanberkesan. Pengajaranberkesanmemerlukanguruyang berkebolehan untuk mengaplikasikan ganjaran dan hukuman bersesuaian mengikut tahapmurid,mampumengaplikasikankepelbagaian kaedah,strategidan teknik pengajaran dengan berkesan dan impakakhir murid cemerlang dalam akademik dan sahsiahnya dan guru perlu mempunyai perancangan strategik bagi mempertingkatkan keberkesanan PdP. Disamping itu, peningkatan kualiti pengajaran sangat memerlukan kajian, maka guru digalakan untuk melaksanakan Penyelidikan Tindakan, Refleksi Kendiri danseterusnyamelaksanakaninovasidalam PdP.Pengajaranyang berkesan sangatbergantung kepada ketinggian tahap penguasaan ilmu dan kepakaran penggunaan kepelbagaian sumber oleh guru mengikut tahap kebolehan serta gaya belajar murid. Guru berkesan adalah adalah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan serta kritis dan kreatif.