Dokumen tersebut membahas tentang permainan kecil dalam pendidikan jasmani, termasuk tujuan, ciri-ciri, contoh permainan, dan aturan pertandingan bola baling."
1 of 10
Downloaded 30 times
More Related Content
Peraturan bola baling
1. OBJEKTIF
Di akhir P&P, guru pelatih dapat :
· Mengetahui jenis-jenis kemahiran dalam permainan kecil
· Mengendalikan kemahiran asas dalam permainan kecil
· Tujuan dan ciri-ciri dalam mengendalikan permainan kecil
· Mencipta permainan kecil berdasarkan manipulasi alatan
APA ITU PERMAINAN KECIL
Permainan Kecil disebut juga Permainan Bersyarat atau Permainan Mini
OBJEKTIF PERMAINAN KECIL
· Wujudkan keseronokan dan kepuasan dikalangan murid-murid.
· Wujudkan persaingan dan keyakinan yang sihat dikalangan murid-murid.
· Menyemaikan semangat muhibbah dan perpaduan antara kaum dan dikalangan murid-murid.
· Permainan disesuaikan dengan gelanggang dan kawasan yang ada.
Objektif Permainan Kecil
· Permainan antara kumpulan (A-B) dan ( C-D) memberi peluang kepada semua pemain bermain
serentak.
· Banyak memberi peluang kepada guru untuk memilih pemain yang berkualiti.
· Tumpuan guru melihat kemahiran ( skill ) murid yang sebenar semasa P-P mata pelajaran
Pendidikan jasmani.
Ciri-Ciri Permainan Kecil
· Permainan Kecil PK mirip kemahiran sebenar.
· PK diikat dengan beberapa syarat yang perlu diikuti pemain.
· PK dimainkan dalam kawasan atau ruang yang terhad atau kecil kawasan keluasannya. ( 10 X
10 M )@ ( 20 X 20 M )
Ciri-Ciri Permainan Kecil
· PK boleh diadakan di bahagian permulaan sebagai bab memanaskan badan atau bab akhir
pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.
· PK boleh digunakan untuk mengingati kemahiran-kemahiran yang sudah dipelajari pada P-P
yang sudah dipelajari.
3 Aspek penting dalam Permainan Kecil
Masih berorientasikan :-
2. · Aspek Psikomotor
· Aspek Kognitif
· Aspek Afektif
Tujuan Permainan Kecil Dalam Pendidikan Jasmani
Aspek Psikomotor
· Pengkayaan terhadap kemahiran yang telah dipelajari dalam bab inti pelajaran.
· Membina ketangkasan dan ketepatan penumpuan pemain.
· Melatih pelajar bijak membaca ruang semasa bermain.
· Membina sikap sentiasa bersedia dan tidak leka dalam situasi permainan.
· Ketajaman bertindak dan sentiasa bersedia.
Elemen Penting Mencipta Atau Mereka Permainan Kecil
· Kemahiran ( Skill ) mencabar pemain
· Tahap kemahiran bersesuaian
· Keluasan tempat diambil kira
· Menyeronokan pemain
Aspek Psikomotor
· Membina semangat juang dan semangat bertanding yang tinggi.
· Semangat mahu mencipta kemenangan.
· Berfikiran tepat bertindak dalam membuat sebarang keputusan semasa bermain.
Aspek Kognitif
· Melatih kematangan daya berfikir semasa bermain.
· Melatih individu / pemain bijak membaca strategi pihak lawan.
· Penguasaan kemahiran pemain kekal dan bertambah.
· Melatih pelajar menguasai undang-undang permainan.
Aspek Afektif
· Membina keseronokan dan kepuasan sebenar pelajar semasa bermain.
· Membina semangat berpasukan yang tinggi.
· Berdisiplin dan bekerjasama dikalangan pemain.
· Akur kepada kemenangan dan kekuatan pihak lawan.
3. Aspek Afektif
· Melatih diri pelajar supaya tidak mudah berputus asa jika menerima sebarang kekalahan.
· Melatih dan memberi peluang kepada pelajar menjadi pengadil semasa pertandingan sesama
mereka.
Contoh-Contoh Permainan Kecil
Alatan Bola Besar
Perlumbaan lari berganti-ganti
- Menghantar dan menyambut bola
- Menggelecek bola
- Menghantar dan menggelecek bola.
- „ Permainan Monyet „ -cuba mendapat
bola ( dalam bulatan )
Contoh Permainan Kecil
Si-Kapitan
· Mengawal Skitel
· 3 lawan 3
· Lumba lari berganti-ganti….
- membawa bola.
- menggelecek antara skitel.
Bola Tampar
- Newcombe- tangkap dan baling
- 3 lawan 3 ( sangga, setting,tolak ke
pihak lawan melepasi tali yang diregang.
Tidak dibenarkan spike dan smesy )
- Bola tampar ( 2 @ 3 sebelah )
4. Contoh Permainan Kecil Bola Jaring
Bola Jaring 21 hantaran(7 orang satu pasukan-ahli pasukan menghantar sesama ahli- hantaran
melebihi 21 kali tanpa dirampas oleh pihak lawan,pasukan tersebut dikira pemenang )
Bola Kapitan
3 lawan 3 (satu tiang gol-jaringan terbanyak diisytiharkan pasukan pemenang)
Permainan Kecil Bola Sepak
Permainan 20 tandukan
Bola Tanduk ( 6 lawan 6 )
( Tandukan 3 kali seoang sekali baru ditanduk dan dihantar ke pihak lawan )
Hantaran Tolak / Lerek ( 5 lawan 5 )
( Tidak dibenarkan bola tinggi )
Contoh Permainan KecilTenis
Satu lawan Satu ( forehand / backhand )
( hanya lantunan sekali dibenarkan )
Pukul bola dinding.(Ala permainan Squash)
(bola tidak dibenarkan jatuh ke gelanggang )
Tenis 21 mata ( 2 lawan 2 )
Permainan Voli / Dinding / Jaring
Permainan Kecil Sofbol
Contoh :
Bola Tangan
Tujuan - Larian berlari ke bes / menyambut bola.
Alatan - bola tenis, bes, gelung rotan.
Bilangan Pemain - 6 - 8 sepasukan.
5. Permainan Kecil Sofbol
Cara Permainan
1. Pemukul
a. Pemukul berdiri dalam petak pemukul.
b. Lantunkan bola dan memukulnya
dengan tangan ke kawasan permainan.
c. Peserta tersebut kemudian berlari ke bes
dihadapannya dan berpatah semula ke
plet rumah untuk mendapat 1 larian /
markah.
2. Pemadang
a. Pihak pemadang cuba mengeluarkan peserta yang memukul melalui 2 cara, iaitu samada
menangkap bola pukulan peserta atau mencuit plet rumah dengan bola sebelum ia sempat „ balik
„.
b. 2 pasukan bertukar tempat apabila semua pemukul telah mendapat gilirannya.
Pada akhir perlawanan yang dipersetujui, pasukan yang mendapat bilangan larian yang lebih
diisytiharkan sebagai pemenang perlawanan.
Biasanya pasukan yang kalah / tewas akan dikenakan denda mengemas semua peralatan yang
digunakan dalam perlawanan (permainan kecil ) tersebut.
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa
(IHF ), Persekutuan Bola Baling Malaysia ( MHF ), Persatuan Bola Baling Sarawak ( SAHA
) dan Peraturan - Peraturan AM MSSM.
2. JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan berpasukan ( Lelaki dan Perempuan )
6. Tempoh Permainan
Secara Liga Kumpulan ( Pusingan Pertama )
20 minit setiap separuh masa permainan dengan 10 minit rehat
( 20:10:20:)
Kalah Mati ( Suku Akhir, Separuh Akhir, Tempat Ketiga dan Akhir )
20 minit diberi untuk setiap masa permainan dengan 10 minit rehat (20:10:20)
Masa rehat
Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat ( Time Out ) sekali bagi setiap separuh
masa.
Pegawai dari mana-mana pasukan boleh memohon masa rehat dengan melayangkan KAD
HIJAU kepada penjaga masa ( Time Keeper )
Situasi yang tidak dibolehkan untuk meminta masa rehat pasukan ialah :
a). Selepas bola terkeluar daripada garisan tepi gol. (own goal line or outer
goal line)
b) Selepas pasukannya terkena jaringan gol.
3. PENDAFTARAN PEMAIN
Tiap-tiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 14 orang pemain, iaitu 7 orang pemain dengan 5
orang pengganti.
4. SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk Peraturan-peraturan AM (8 ) Edisi 1994 MSSM.
( bergantung kepada jumlah penyertaan dan akan dibincangkan semasa mesyuarat
pengurus / jurulatih pasukan pada …………………….)
5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
Secara Liga
7. Cara Memberi Mata:
Menang
- 3 mata
Seri
Kalah
- 1 mata
- 0 mata
Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan
seperti berikut:
i. Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira
menang.
ii. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.
iii. Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.
iv. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
menang.
v. Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.
Secara Kalah Mati
5.2.2. Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuhnya
masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya.
a) Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat lima minit.
b) Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk
bertukar tempat dan perlawanan diteruskan 5 minit lagi.
c) Jika keputusan masih lagi seri, sistem balingan 7 akan dijalankan kecuali dalam
perlawanan akhir.
d) Jika balingan 7 tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain tidak
mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan.
5.2.3 Sistem balingan 7..
a) Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7m dengan cara balingan
berselang-seli oleh 5 orang pemain.
b) Jika masih seri, maka balingan 7 hendaklah diteruskan oleh pemain yang
secara berselang-seli dengan “sudden death “
c) Pengadil akan memutuskan gol di mana balingan 7 itu dijalankan.
d) Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat
balingan dahulu.
8. e) Hanya pemain-pemain yang menyertai perlawanan akhir dalam masa tambahan
dibenarkan membuat balingan penalti itu.
f) Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 dan penjaga gol pasukan
lawan mestilah berada di luar garisan balingan percuma.
g) Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.
h) Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan penalti
dijalankan.
6. PAKAIAN
Sila rujuk undang – undang Bola Baling Antarabangsa ( IHF ) dan perkara-perkara
berikut:Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.
Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa dan “boot”. Kasut berpaku tidak dibenarkan
sama sekali. ( Gelanggang rumput sahaja )
Kasut “ boot” yang mempunyai 6 “stud” tidak dibenarkan dipakai dan tinggi “stud” yang
dibenarkan melebihi 12 mm. ( Gelanggang rumput sahaja )
7. GELANGGANG PERMAINAN
Sila rujuk Undang – undang Bola Baling Antarabangsa (IHF )
Tiap –tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar
gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan
sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol.
8. ALATAN ( BOLA )
Lelaki 18- saiz 3 IHF
Berat
- 425 gm hingga 475 gm
Lilitan
- 58 sm hingga 60 sm.
Perempuan 18,lelaki 15 & perempuan 15 ) - saiz 2 IHF.
Lelaki & perempuan 12 – saiz 1
Sepanjang pertandingan ini dijalankan, bola disediakan oleh pihak pengelola.
9. KELEWATAN
Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak
lawannya akan diberi kemenangan dengan 3 mata dan bilangan gol 3 – 0.
10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
9. Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa
pertandingan dijalankan.
10.2 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada
pertandingan-pertandingan,
semua
keputusan
pertandingan
yang
dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan
menyertai perlawanan seterusnya dan hendaklah memberi sebab secara bertulis
kepada pihak pengelola kenapa berbuat demikian untuk menggelakkan tindakan
tatatertib dikecualikan.
11. SINGKIR ( KAD MERAH ) DAN BATAL
Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau disingkir
dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau disingkir kali
kedua, ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya
bermain.
Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal, ia tidak dibenarkan
bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-mana
perlawanan sepanjang pesta tersebut.
12. YURAN PENDAFTARAN
13. BANTAHAN
13.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pegawai pasukan hendaklah diserahkan
kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada satu (1) jam
selepas tamat perlawanan dengan bayaran sebanyak RM100.00. Wang tersebut
tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak berjaya.
13.2 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah
dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan
14. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Undang-Undang Persekutuan
Bola Baling Antarabangsa (IHF ), dan Peraturan Kejohanan Bola Baling ini akan
10. diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusan adalah muktamad.
Sila rujuk Peraturan-Peraturan AM (23) MSSM.