1. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA BALING
MSSD KOTA BHARU 2017
1. NAMA KEJOHANAN
Pertandingan Bola Baling Bawah 18 Tahun dan Bawah 12 Tahun ( Lelaki/Perempuan) MSSD Kota Bharu
2017
2. ANJURAN
MSSD Kota Bharu.
3. KELOLAAN
Jawatankuasa Teknik Bola Baling MSSD Kota Bharu 2017.
4. TARIKH
Kota Bharu Selatan
06.05.2017 ( Sabtu ) - 18 tahun perempuan
07.05.2017 ( Ahad ) - 18 tahun lelaki
15.05.2017 ( Isnin ) - 12 tahun lelaki
17.05.2017 ( Rabu ) - 12 tahun perempuan
Kota Bharu Utara
08.05.2017 ( Isnin ) - 18 tahun lelaki
09.05.2017 ( Selasa ) - 18 tahun perempuan
13.05.2017 ( Sabtu ) - 12 tahun lelaki
14.05.2017 ( Ahad ) - 12 tahun perempuan
5. TEMPAT
KBS - Padang SMK Padang Kala, Kota Bharu, Kelantan.
KBU Padang SMS Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan.
6. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang IHF,melainkan perkara-perkara yang menguasai
Undang-Undang Bola Baling MSSK dan Kejohanan ini.
7. STRUKTUR PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan secara liga dalam kumpulan, kalah mati dipusingan kedua dan seterusnya.
8. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
Penentuan mata:
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
9. MASA PERMAINAN
Semua peringkat umur lelaki dan perempuan ialah 7 minit 1 minit 7 minit.
2. 10. BALINGAN PENALTI
Sekiranya dua pasukan yang bertanding untuk menentukan kedudukan masih lagi seri setelah masa
tambahan ( 3 minit-1 minit- 3 minit ) diberikan.Sistem Balingan Penalti seperti berikut:
a. Tiap-tiap pasukan akan diberikan 3 balingan dengan cara berselang seli oleh 3 pemain.
b. Jika masih lagi seri,balingan penalty hendaklah diteruskan oleh pemain yang berlainan secara
selang dan "Sudden Death".
c. Pengadil akan memutuskan gol mana untuk dijalankan secara balinagan penalty.
d. Pemain yang akan mengambil balingan dan penjaga gol pasukan lawan mestilah berada di garisan
tengah.
e. Pengadil akan membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu.
11. PERINGKAT UMUR
a. 18 tahun dan ke bawah lelaki/perempuan
Kiraan umur 18 tahun ke bawah adalah pada 1 Januari 2017.
b. 12 tahun dan ke bawah lelaki/perempuan
Kiraan umur 12 tahun ke bawah adalah pada 1 Januari 2017.
Setiap pemain hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan / pengenalan diri jika diminta oleh
pihak pengelola.
12. SUMBANGAN PENDAFTARAN PEMAIN
Setiap pasukan hendaklah mendaftar tidak lebih daripada 14 orang pemain,iaitu 7 orang pemain dan 7
orang pemain gantian.
Wang Sumbangan Pendaftaran sebanyak RM 70.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Sahaja) untuk
satu pasukan, serah di Unit Sukan PPD Kota Bharu.
13. PAKAIAN
Semua pemain mestilah memakai kasut bola dan bersarung kaki.Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut
biasa atau "boot".Kasut berpaku tidak dibenarkan sama sekali.
Jersi hendaklah bernombor sekurang-kurangnya dibelakang. Setiap pasukan mesti membawa 2 set jersi
yang berlainan warna.Jika berlaku persamaan warna,pasukan tuan rumah ( yang disebut dahulu )
hendaklah menukar jersinya.
14. ALATAN (BOLA)
18 tahun perempuan saiz 2 IHF
18 tahun lelaki saiz 3 IHF
12 tahun lelaki dan perempuan saiz 1 IHF
15. KELEWATAN
Hanya 10 minit diberi kepada pasukan yang lewat.Selepas itu, kemenangan akan diberikan kepada pihak
lawan dengan 3 jaringan gol.
16 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Pasukan / Pemain tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.Sekiranya satu
pasukan/pemain menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan,semua keputusan
pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/pemain akan dibatalkan.Pasukan tersebut tidak dibenarkan
menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pegawai-pegawai
pasukan berkenaan.
3. 17. SINGKIR ( KAD MERAH ) DAN PEMBATALAN
Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima Kad Merah dalam satu-satu perlawanan,mereka
akan digantung satu perlawanan berikutnya.
Jika sesorang pemain atau pegawai menerima Hukuman Pembatalan,ia tidak akan dibenarkan bermain atau
berada di kawasan perlawanan sepanjang kejohanan tersebut.
18. BANTAHAN
Bantahan secara bertulis dengan menggunakan Borang Bantahan yang ditandatangani oleh seorang
pegawai berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau
wakilnya tidak lewat daripada 30 minit setelah tamat perlawanan dengan disertakan wang pertaruhan
sebanyak RM100.0( Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja ).
Tempoh penyerahan bantahan rasmi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan berkenaan.
Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.Jika sesebuah pasukan membuat
bantahan,perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan.
Juri hendaklah mengadakan mesyuarat selepas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mendapati bahawa
bantahan yang dibuat perlu dipertimbangkan sejam selepas bantahan diterima.
Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan berkenaan dan keputusannya
adalah muktamad..
19. LEMBAGA JURI RAYUAN
Ahli Juri Rayuan
a. Pengerusi Teknik Kejohanan.
b. Setiausaha Teknik Kejohanan.
c. Ketua Pengadil MSSD.
d. Ketua Jurulatih MSSD
e. 2 orang Pengurus Pasukan yang berdaftar dan tidak terlibat dengan bantahan.
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan kejohanan bola baling ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan Keputusannya adalah muktamad.