Dokumen ini memberikan ringkasan peraturan dan undang-undang permainan badminton. Ia menjelaskan ukuran gelanggang untuk permainan dua dan empat pemain, jenis pemain dan peralatan yang digunakan seperti jaring, raket dan bulu tangkis. Dokumen ini juga menjelaskan peranan pengadil dan cara bermain badminton di mana pemain akan memukul bulu tangkis melepasi jaring menggunakan raket untuk mendapatkan mata. Permainan
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
Peraturan dan undang
1. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Gelanggang
Ukuran gelanggang badminton ialah 17 kaki (5.18 m) lebar untuk permainan yang
melibatkan dua pemain. Manakala, 44 kaki (13.41 m) panjang dan 20 kaki (6.10 m) lebar
bagi permainan yang melibatkan empat pemain
· Jaring diletakkan tetap di tengah gelanggang, dengan ketinggian 5 kaki (1.52 m)
dari tanah di bahagian tengahnya. Manakala, ketinggian hujung jaring berukuran 5 kaki 1
inci (1.55 m) semasa ia diikat pada tiang
Pemain
· Perseorangan lelaki
· Perseorangan wanita
· Beregu lelaki
· Beregu wanita
· Beregu campuran
Peralatan
· Jaring
· Raket
· Bulu tangkis
Pengadil
· Pengadil rasmi
· Pembantu pengadil (mencatat pungutan mata)
· Pembantu pengadil (penjaga garisan kanan gelanggang)
· Pembantu pengadil (penjaga garisan kiri gelanggang)
Cara permainan
· Dimainkan oleh dua atau empat orang pemain dalam satu masa
· Pemain akan memukul bulu tangkis ke belakang dan depan melepasi jaring
dengan raket. Hanya pemain yang melakukan servis akan mendapat mata
2. sekiranya pemain lawan tidak dapat mengembalikan bulu tangkis tersebut
· Jika pemain yang melakukan servis gagal untuk mengembalikan bulu tangkis,
pemain tersebut akan kehilangan servis. Jika dia gagal untuk menerima bulu
tangkis dari pemain lawan yang memegang servis, pemain tersebut akan
kehilangan mata dan mesti menerima bulu tangkis sehingga memperoleh servis
dan pungutan mata
· Permainan dimainkan sehingga ada di antara pemain mendapai mata ke-15.
Manakala bagi pemain wanita, permainan dimainkan sehingga mata ke-11 sahaja
· Jika pungutan mata di antara pemain yang berlawan adalah sama di akhir
permainan, maka permainan tersebut akan ditentukan menerusi prosedur tie
breaking yang dikenali sebagai settingyang merangkumi pelbagai peraturan yang
berbeza di antara pertandingan yang melibatkan pemain lelaki dan wanita, serta ia
bergantung kepada kedudukan pungutan mata yang seri