1. PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING 3 0N 3
SUKAN PEDALAMAN RANAU
TAHUN 2014
1. NAMA PROGRAM
Kejohanan Bola Jaring 3 On 3 Sukan Pedalaman Ranau 2014.
2. PENGANJUR
Pejabat Pendidikan Daerah, Ranau.
3. PENGELOLA
Sk. Longut, Ranau.
4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan
Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan-Peraturan Am
MSSM
5. JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan berpasukan antara sekolah-sekolah dalam Malaysia.
6. PENDAFTARAN PEMAIN
6.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksima 5 orang pemain (3 pemain dan
2 pemain simpanan), seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih.
6.2 Pendaftaran menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan M02 dan Borang
Pendaftaran Individu M01.
6.3 Seorang pemain hanya berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja.
6.4 Setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa bermain bagi
posisi-posisi berikut:
Centre - C
Wing Attack - WA
Goal Attack - GA
GA juga akan bertindak sebagai ‘Goal Defence’ - GD
7. JANGKA MASA PERMAINAN
7.1 Masa bermain adalah selama 10 minit.
7.2 Masa bagi separuh masa pertama ialah 5 minit dengan masa rehat tidak lebih
daripada 2 minit selepasnya.
7.3 Masa bagi separuh masa kedua ialah 5 minit
8. PERLAKSANAAN PERMAINAN
8.1 Hantaran Tengah
8.1.1 Hantaran tengah akan diambil bergilir-gilir.
8.1.2 Lambungan duit syiling akan dilakukan oleh ketua pasukan untuk
menentukan hantaran tengah.
8.1.3 Bola hantaran tengah tidak boleh dihantar terus ke dalam kawasan
gol.
8.2 Bola Keluar
8.2.1 Bola yang keluar dari garisan tepi hendaklah diambil dari tempat bola
keluar.
8.2.2 Bola yang keluar dari garisan tepi dan garisan gol tidak boleh dihantar
ke dalam kawasan gol.
8.3 Memainkan Bola
8.3.1 Kedua-dua pemain lawan (GA) yang berada di dalam Bulatan Goal
mestilah mendapatkan bola dari hantaran pasukanya sendiri sahaja.
8.3.2 Jika hantaran berjaya diterima dari pasukan lawanya, maka bola itu
hendaklah terlebih dahulu dihantar ke luar bulatan goal kepada
pemain dari pasukanya sendiri yang kemudian akan menghantar
semula kepadanya untuk membuat jaringan.
8.3.3 Bola yang terkena tiang gol atau melantun hasil dari percubaan
jaringan yang tidak Berjaya (rebounce) mestilah terlebih dahulu
dihantar semula ke luar Bulatan Gol kepada pemain pasukanya
sebelum dihantar semula kepada GA untuk menjaringkan gol.
9. PERTUKARAN / PENGGANTIAN
9.1 Sebarang pertukaran / penggantian pemain semasa bermain hendaklah
terlebih dahulu dimaklumkan kepada pengadil.
9.2 Tiada had pertukaran / penggantian pemain tetapi mestilah dalam masa
kecederaan atau dalam masa rehat.
9.3 Borang pertukaran / penggantian hendaklah dilengkapkan oleh pengurus
pasukan dan Menyerahkan kepada pencatat.
10. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN
10.1 Cara memberi mata :
2. Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
10.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang
akan ditentukan seperti berikut:
10.2.1 Secara PURATA GOL iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang
dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.
10.2.2 Jika Purata Gol masih seri maka keputusan akan ditentukan secara
perbezaan gol iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang
kena.
11. SISTEM PERTANDINGAN
11.1 Sistem pertandingan dijalankan seperti berikut:
11.1.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D)
11.1.2 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka
hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan
tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan
berkenaan.
11.1.3 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan
memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan,
sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk
menentukan tempat ketiga dan keempat.
11.1.4 Pasukan yang kalah diperingkat suku akhir akan bertanding untuk
menentukan tempat kelima hingga kelapan.
11.1.5 Pasukan yang mendapat tempat ketiga diperingkat kumpulan akan
bertanding untuk menentukan tempat kesembilan hingga kedua belas.
11.1.6 Pasukan yang mendapat tempat keempat diperingkat kumpulan akan
bertanding untuk menentukan tempat ketiga belas hingga kelima
belas.
11.2 Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut:
11.2.1 Pemberian mata – Menang 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.
11.2.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan
tempoh menunggu 10 minit dari masa bermain sebenar maka pasukan
yang hadir akan diberikan kemenangan percuma dengan memperolehi
3 mata dan 2 jaringan.
11.2.3 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang
sama, maka akan diambil kira ketetapan seperti berikut:
a. Perbezaan jaringan, atau
b. Jumlah jaringan yang paling banyak, atau
c. Pemenang Perlawanan terdahuu, atau
d. Ditentukan oleh Pengurus Pertandingan
12. HADIAH
12.1 Medal
12.2 Sijil
13. GELANGGANG DAN PERALATAN
13.1 Bola
Pertandingan bola jaring 3 lawan 3 menggunakan bola getah atau
sintetik saiz 5.
13.2 Tiang Gol
Tiang gol 10 kaki bagi pertandingan sekolah menengah, 8 kaki bagi
pertandingan sekolah rendah bawah umur 12 tahun, dan 7 kaki bagi
pertandingan bawah 10 tahun.
13.3 Gelanggang
Luas kawasan bermain ialah 15.25m x 15.25 (separuh daripada
gelanggang sebenar)
3. 13.4 Kawasan Bermain setiap pemain
POSISI PEMAIN KAWASAN BERMAIN
C 1, 2
WA 1, 2
GA 1, 2, 3
14. JADUAL PERLAWANAN
14.1 Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan jadual pertandingan
dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan
penganjur.
15. PEGAWAI PERLAWANAN
Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai-pegawai pertandingan bagi
menguruskan perkara-perkara teknikal setiap perlawanan. Setiap pegawai
perlawanan hendaklah menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada urusetia
setelah tamat kejohanan.
16. BANTAHAN
16.1 Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat
secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklah diterima
dalam tempoh masa (30) tiga puluh minit selepas berakhirnya perlawanan
tersebut beserta bayaran RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja).
Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya.
16.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan perkara-perkara dan
fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.
17. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN
17.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi
memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi
kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan kepada semangat
sukan yang tulin.
17.2 Tertakluk kepada pengesahan penganjur, Jawatankuasa Pengelola
boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana
pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan
atau objektif pertandingan keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi
hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain
dari penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang sesuai.
17.3 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada
sengaja atau tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan.
Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar padang permainan
adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dan tidak sepatutnya
diamalkan.
18. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
18.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan
Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatakuasa Pengelola
Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.