Dokumen ini menyenaraikan peraturan dan keperluan untuk peserta Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan Tinggi 2015, termasuk mematuhi jadual, berpakaian formal, menjaga kesihatan dan disiplin, serta membawa peralatan peribadi dan makanan. Peserta perlu mematuhi peraturan ini selama pertandingan dan di asrama.
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
Peraturan peserta pertandingan pik 2015 v3
1. PERATURAN SEPANJANG TEMPOH
PERTANDINGAN USAHAWAN INOVASI
PIALA MENTERI PENDIDIKAN TINGGI 2015
MASA
1. Peserta hendaklah menepati masa dan mengikut jadual pertandingan serta pengangkutan yang
ditetapkan.
2. Jika peserta lewat dari masa yang ditetapkan, pihak penganjur berhak meninggalkan peserta
dan bertolak ke tempat pertandingan. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab keatas
kelewatan peserta.
3. Kumpulan peserta yang tidak hadir / tiada ketika pertandingan, secara automatisnya terkeluar
dan tidak layak bertanding.
4. Keberadaan peserta di dalam dewan adalah WAJIB sepanjang pertandingan berlangsung.
PEMAKAIAN
1. Pada 3 dan 4 September 2015 peserta hendaklah berpakaian formal (seperti pakaian ke pejabat
/ lelaki: kemeja, seluar slack dan kasut / perempuan: baju kurung/kebaya, skirt & blaus) semasa
pertandingan. Peserta digalakkan memakai blazer.
2. Pada 5 September 2015 iaitu Majlis Penyampaian Hadiah (bersempena Program Soaring Upward
dan Pelancaran K3G 2015), peserta diwajibkan memakai t-shirt Pertandingan Usahawan Inovasi
Piala Menteri Pendidikan Tinggi 2015 (berlengan pendek dan warna ungu) bersama seluar atau
skirt hitam. T-shirt ini akan dibekalkan kepada peserta kelak. Peserta perempuan digalakkan
memakai ‘inner’ atau ‘hand socks’ lengan panjang dan tudung hitam.
3. Peserta hendaklah berpakaian kemas dan sopan ketika berada di asrama / luar waktu
pertandingan.
PENJAGAAN KESIHATAN
1. Peserta hendaklah bertanggungjawab menjaga kesihatan sendiri.
2. Peserta di ingatkan untuk membawa ubatan yang diperlukan kerana pihak penganjur tidak
menyediakan ubatan sepanjang tempoh pertandingan ini.
3. Pegawai pengiring perlulah bertanggungjawab terhadap peserta masing-masing jika berlaku
masalah kesihatan sepanjang program dan di waktu malam.
KEROSAKAN DAN KEHILANGAN BARANG BERHARGA
1. Peserta tidak digalakkan untuk membawa barang peribadi yang berharga.
2. Setiap peserta bertanggungjawab untuk menjaga barang peribadi dan barang berharga. Pihak
penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakkan atau kehilangan.
DISIPLIN
1. Peserta hendaklah menjaga disiplin dan kelakuan semasa di asrama mahupun di tempat
pertandingan.
2. 2. Peserta di ingatkan untuk menjaga tingkah laku dan perkataan ketika dalam pertandingan dan
ketika di asrama.
3. Peserta perempuan tidak dibenarkan masuk ke asrama lelaki dan juga sebaliknya.
4. Peserta hendaklah mengikut jadual waktu yang diberikan dengan tepat.
5. Peserta akan diberi taklimat pada pukul 8.00 malam (2/8/2015), 3.30 ptg (3/8/2015) dan selepas
pertandingan selesai (4/8/2015). Kehadiran peserta dan pengiring ke taklimat ini adalah WAJIB.
6. Keberadaan peserta di luar jadual yang diberikan adalah tanggungjawab pegawai pengiring
pelajar. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa apa ke atas pelajar.
KEPERLUAN
1. Hanya kelengkapan penginapan berikut akan disediakan oleh pihak penganjur:
a. Cadar
b. Bantal
c. Sarung Bantal
2. Peserta di kehendaki membawa sendiri peralatan mandi dan peralatan peribadi yang
diperlukan.
3. Penganjur tidak menyediakan makanan kepada peserta. Peserta akan diberi elaun makan.
4. Pegawai pengiring diminta membantu dan merancang keperluan / bekalan makanan peserta
(memandangkan harga makanan di lokasi pertandingan agak mahal).
Sebarang kesulitan yang tidak berkaitan dengan pertandingan, pihak penganjur tidak akan
bertanggungjawab.