2. DISEDIAKAN OLEH :
DEWI MEGA SARI MEERAJ BT ABDULLAH
NUR SHAHIRAH BINTI YAHUD
NORATIKAH BINTI ALI
NAZRAH BINTI AFFENDI
TAJUK KAJIAN :
KESALAHAN PENGGUNAAN
KATA KERJA DALAM BUKU
TEKS
4. Tema morfologi telah dipilih sebagai
tajuk.
Tajuk penulisan esei ilmiah ini ialah
kesalahan penggunaan kata kerja
dalam buku teks.
Tajuk ini telah dipilih dengan tujuan
untuk mengenal pasti kesalahan
penggunaan kata kerja.
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
5. Menurut Prof Dr. Asmah Hj Omar(1982)kata
kerja berfungsi pada predikat dalam
ayat.Malahan kata kerja ini dapat
dibahagikan kepada kata kerja leksikal dan
kata kerja bantu.
Menurut Nik Safiah Karim (2008)kata kerja
merupakan satu golongan kata yang dapat
dibahagikan kepada dua kumpulan utama
iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak
transitif.
1.2 DEFINISI KONSEP
6. Menjelaskan fungsi penggunaan kata kerja.
Mengumpul dan mengelaskan jenis-jenis
penggunaan kata kerja dalam buku teks.
Membincangkan kekeliruan penggunaan kata
kerja dalam buku teks.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
7. Mendokumentasikan dan meninjau ruang
lingkup jenis-jenis kata kerja.
Menyediakan rujukan fungsi penggunaan kata
kerja kepada pelajar
Menyediakan panduan bagi pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan kata kerja.
Menambah dokumentasi kajian yang
berkaitan dengan kata kerja Bahasa Melayu.
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
8. Penggunaan kata kerja dalam buku teks.
Aspek yang diberi tumpuan dalam kajian ini
ialah fungsi penggunaan kata kerja dan jenis-
jenis kata kerja yang terdapat dalam buku
teks
Turut berfokuskan kepada kekeliruan
penggunaan kata kerja dalam buku teks.
4.0 SKOP KAJIAN
9. Tertumpu pada buku teks Teknologi
Kejuruteraan Tingkatan 5
Meliputi Bab 1 sehingga bab 5 sahaja
Melakukan tinjauan maklumat selama
sebulan setengah iaitu pada bulan Jun dan
selesai pada pertengahan bulan Julai.
Melakukan kajian dengan menggunakan
bahan rujukan yang berkaitan.
5.0 BATASAN KAJIAN
10. 6.1 Mendapatkan bahan
6.1.1 Kajian teks
Pengkaji mendapatkan bahan kajian melalui buku
teks Teknologi Kejuruteraan Tingkatan Lima iaitu
meliputi bab 1 sehingga bab 5.
6.1.2 Kajian Kepustakaan
Pengkaji memperoleh maklumat tambahan
tatabahasa.
Hal ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat
mengenai penggunaan kata kerja yang sebenar.
6.0 KAEDAH KAJIAN
12. 6.3 Menganalisis data
Semua maklumat yang diperolehi
melalui kaedah kepustakaan akan
dianalasis.
Data yang diperoleh akan digunakan
untuk menyelesaikan persoalan.
13. Pengumpulan data dan
maklumat mengenai
fungsi sebenar
penggunaan kata kerja
dalam buku teks
Jenis-jenis penggunaan
kata kerja
Membincangkan
kekeliruan
penggunaan kata kerja
dalam buku teks
7.0 DAPATAN KAJIAN
14. Kata kerja aktif
tak transitiif
Kata kerja aktif tak
transitif tanpa
pelengkap
Kata kerja aktif tak
transitif
berpelengkap
Kata kerja aktif tak
transitif berpenerang
7.1 FUNGSI KATA KERJA
15. 7.1.1.1 Kata kerja aktif tak transitif tanpa
pelengkap
Merupakan kata kerja yang boleh berdiri sendiri
Keterangan boleh diberikan sebagai maklumat
tambahan
Contohnya:Nenek sedang tidur sejak tadi.
7.1.1 KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF
16. 7.1.1.2 Kata kerja aktif tak transitif
berpelengkap
Merupakan kata kerja yang memerlukan kata atau frasa
tertentu selepas kata kerja untuk melengkapkan maksudnya
atau dikenali sebagai pelengkap. Tanpa pelengkap, ayat
tersebut tidak sempurna.
Contohnya:Wanita itu berjual.
Seharusnya ayat tersebut diberikan pelengkap
Wanita itu berjual jagung
Malahan unsur-unsur pelengkap boleh terdiri daripada kata
atau frasa nama dan kata adjektif dan frasa sendi nama.
17. 7.1.1.3 Kata kerja akktif tak transitif
berpenerang
Kata kerja jenis ini terdiri daripada kata kerja aktif
tak transitif yang diikuti oleh kata nama. Namun
denikian, kata nama yang mengikuti kata kerja aktif
tak transitif itu bukanlah pelengkap kerana unsur
penerang tersebut boleh ditiadakan.
Malahan kata kerja aktif tak transitif yang
berawalan beR-, meN, atau teR-, tidak boleh
ditiadakan awalannya
18. Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang
memerlukan objek selepasnya dalam ayat aktif.
Objek terdiri daripada kata nama, frasa nama atau
klausa nama. Kata kerja aktif transitif ini
menggunakan imbuhan mempeR-, meN--kan,
meN--i,
mempeR--kan, dan mempeR--i.
Selain itu, ayat yang mengandungi objek bagi kata kerja
transitif boleh mengalami proses pasif
Semua kata kerja aktif transitif memerlukan imbuhan.
Tanpa imbuhan, tidak sempurnalah bentuk kata kerja
tersebut
7.1.2 KATA KERJA AKTIF TRANSITIF
19. Kata kerja pasif merupakan kata kerja yang
terhasil daripada perubahan ayat aktif kepada
ayat pasif. Lazimnya,kata kerja pasif
menggunakan imbuhan seperti di-, ber-, ter-,
di--kan, di-.-i, ke--an ,ter--kan, ter--i,
dan penanda pasif kena.
Selain itu, terdapat satu lagi penanda pasif,
iaitu klitik ku dan kau. Kata kerja yang
menggunakan penanda pasif ku dan kau
berfungsi sebagai objek
7.1.3 KATA KERJA PASIF
20. Bil Perkataan Jenis kata kerja
1 menyumbang Kata kerja tak transitif berpelengkap
2 mengurangkan Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
3 menyuraikannya Kata kerja aktif tak transitif tanpa
pelengkap
4 menyebabkan hujan asid Kata kerja aktif transitif
5 mengakibatkan penyakit Kata kerja aktif transitif
7.2 JENIS-JENIS PENGGUNAAN KATA KERJA
YANG TERDAPAT DALAM BUKU TEKS
21. Kata kerja aktif tak transitif
Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
Kata kerja aktif transitif
Kata kerja pasif
7.3 KEKELIRUAN PENGGUNAAN KATA
KERJA
22. Kata kerja aktif tak transitif tanpa berpelengkap boleh
ditambah keterangan selepasnya dan boleh digugurkan tanpa
menjejaskan kegramatisan ayat. Pengkaji mendapati dalam
buku teks, kegramatisan ayat terjejas disebabkan struktur
ayat yang tidak menepati hukum tatabahasa.
Contohnya : Contohnya, Apabila gegelung penyentuh
menjadi elektromagnet, semua sesentuh lazim terbuka akan
tertutup dan motor hidup. Penggunaan kata sendi nama akan
harus digunakan.
Sebagai contoh, ...semua sesentuh lazim terbuka akan
tertutup dan motor akan hidup.
7.3.1.1 KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF
TANPA PELENGKAP
23. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
ialah kata kerja yang memerlukan kata atau
frasa tertentu (pelengkap) selepasnya untuk
melengkapkan maksudnya. Pengkaji
mendapati frasa kerja aktif tersebut
mempunyai ayat yang lengkap tetapi
penggunaan imbuhan tidak tepat dan
mengubah makna ayat tersebut.
7.3.1.2 KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF
BERPELENGKAP
24. Kebanyakan ayat dalam buku teks tidak
menggunakan imbuhan yang betul. Kata kerja jenis
ini memerlukan imbuhan meN-, mempeR-, meN--
kan, meN--i, mempeR--kan, dan mempeR--i.
Contohnya :
1. Peralatan binaan bertujuan untuk memudah dan
mempercepat kerja-kerja projek binaan.
Seharusnya penggunaan imbuhan meN- -kan
digunakan untuk menyempurnakan bentuk kata kerja
tersebut.
Natijahnya,semua kata kerja aktif transitif
memerlukan imbuhan.
7.3.2 KATA KERJA AKTIF TRANSITIF
25. Kesalahan dapat dikenal pasti dari aspek
penggunaan imbuhan dan penanda pasif kena. Hal
ini kerana kebanyakan ayat tersebut menggunakan
imbuhan yang tidak sesuai dalam ayat. Ketiadaan
imbuhan dan penanda tersebut menjejaskan
kegramatisan .
Contohnya:
Pencemaran udara dan gas disebab oleh
pembuangan sisa asap dan sampah. Seharusnya
penggunaan perkataan disebab menggunakan
imbuhan di--kan.
7.3.3 KATA KERJA PASIF
26. Berdasarkan analisis kajian, kesalahan penggunaan kata
kerja dalam buku teks Teknologi Kejuruteraan Tingkatan 5
dapat dibuktikan
Kebanyakan kesalahan melibatkan penggunaan imbuhan
dalam kata kerja. Selain itu, pengkaji turut mendapati
bahawa kebanyakan kata pasif di dalam buku teks tidak
menerima imbuhan kan di belakangnya
Kesalahan penggunaan kata kerja ini dapat menjejaskan
kegramatisan ayat sekaligus menimbulkan kesan kepada
penulisan pelajar.
Oleh itu, penggunaan kata kerja dengan betul hendaklah di
ambil perhatian sama ada penulis mahupun pelajar
8.0 RUMUSAN
27. Kajian ilmh ini telah membuktikan bahawa terdapat
beberapa kesalahan yang melibatkan penggunaan kata
kerja dalam buku teks Teknologi Kejuruteraan Tingkatan
5.
Malahan kebanyakan kesalahan tersebut melibatkan
penggunaan imbuhan yang kurang tepat.
Oleh itu,pengkaji mencadangkan bahawa kajian yang
berkaitan dengan penggunaan morfologi harus di
lakukan untuk menaikkan lagi martabat bahasa melayu.
Malahan Kajian ini perlu untuk mengesan penggunaan
kata kerja dalam penerbitan buku. Kajian sebegini dapat
membolehkan pengkaji mengesan kekeliruan
penggunaan kata kerja.
9.0 PENUTUP