1. Perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat
Temenggung
Aspek Adat Perpatih Adat Temenggung
Sifat
甦 Bersifat matrilineal ,iaitu kaum
wanita mempunyai kedudukan yang
utama daalam masyarakat . Hanya
kaum wanita yang mewarisi harta
dan keturunan anak mengikut suku
ibu.Ini bermakna mereka mendapat
nama dan gelaran daripada suku
ibu.Anak perempuan menjadi asas
wujudnya suku.
甦 Bersifat patrilineal , iaitu kaum
lelaki lebih diutamakn . Ini
adalah kerana kaum lelaki
dianggap meneruskan keterunan
sesebuah keluarga . Ini sejajar
dengan prinsip hukum faraid
dalam Islam yang mengiktiraf
lelaki sebagai ketua keluarga .
Anak lelaki mewarisi harta
ayahnya .
Perkahwinan
Dan
Kekeluargaan
Apabila seorang anak perempuan
berkahwin , suaminya akan digelar
orang semenda. Orang semenda
berkuasa terhadap isterinya. Menurut
adat,jika berlaku perselisihan faham
rumah tangga,isteri seharusnya
memohon maaf.Saudara mara isteri
tidak bolehcampur tangan dalam
masalah perselisihan orang semenda
dengan isteri dan anak-anaknya tau
dalam apa-apa perkara berhubungan
dengan rumah tangganya . Lelaki
semenda dikehendaki mendirikan
bagi isteri dan anak-anaknya di atas
tanah yang dimiliki oleh keluarga
sebelah isterinya.Dengan demikian ,
rumah tersebut akan menjadi hak
milik isterinya.
Perkahwinan mesti dengan suku yang
lain kerana hubungan antara ahli suku
amat erat dan mereka dianggap
bersaudara
Apabila seorang lelaki
berkahwin,isterinya dikehendaki
tinggal bersama-sama dengan
keluarga ibu bapa suaminya.
Isterinya akan menjadi ahli
keluarga suaminya.
Perkahwinan dibenarkan dengan
sesiapa sahaja asalkan mengikut
syarak dan dibenarkan dalam
Islam
Pemerintahan Sistem pemerintan bersifat demokrasi
.Kuasa dibahagikan antara Undang ,
Lembaga , Buapak dan orang
ramai.Ketua di setiap peringkat dipilih
dan dilantik oleh kumpulan ketua
daripada peringkat bawah hingga
atas.Anak buah memilih Buapak,
Buapak memilih Lembaga , Lembaga
memilih Undang, dan Undang
memilih Yang Dipertuan Besar atau
Yamtuan Besar
Menekankan kuasa dan
kedudukan istimewa pemerintah
serta kaum bangsawan.Di puncak
struktur politik ialah Raja atau
Sultan ,diikut oleh kerabat
diraja,pembesar-pembesar negeri
dan pembesar-pembesar daerah
atau jajahan.Mereka dilantik oleh
Raja serta memerintah sebagai
wakil sultan.Pembesar daerah
bertugas pada peringkat
mukim.Lapisan paling bawah
ialah Ketua Kampung yang
mentadbir beberapa buah
kampung.Sultan diberi kuasa
2. penuh dan pemerintahan
bercorak autokratik.Sultan
merupakan ketua negara ,
lambang penyatuan dan
perpaduan rakyat serta ketua
agama.Seseorang Raja yang
mangkat akan digantikan oleh
puteranya yang sulung .Jika
tidak mempunyai putera,hak
pewarisan takhta akan jauh
kepada adinda lelakinya.Jika
kedua-duanya tiada,barulah Raja
Bendahara dilantik menjadi
sultan.
Undang-
undang
Jenayah
Undang-undang jenayah bersifat
pemulihan,berperikemanusian dan
bertimbang rasa .Orang yang
membuat kesalahan akan didenda
berdasarkan kesalahannya dan
mangsa diberi ganti rugi.
Contohnya,seseprang yang cedera
akan diberi ganti rugi dalam
bentuk ayam atau kambing
bergantung kepada keadaan
lukanya.Sekiranya berlaku
pembunuhan,si pembunuh mesti
menanggung kehidupan keluarga
si mati.Hukuman mati hanya
dikenakan bagi kes yang sangat
serius seperti penderhakaan yang
dijatuhkan oleh Undang atau
Yamtuan Besar sahaja.Hukuman
lain ditentukan oleh Buapak atau
Lembaga.
Undang-undang jenayah
keras dan berpegang kepada
prinsip pembalasan.Ini
bertujuan memberi iktibar ,
amaran dan pengajaran kepada
orang lain.Hukuman mati
adalah hukuman yang paling
berat dan dijatuhkan ke atas
kesalahan berat seperti
membunuh,memfitnah atau
menderhaka terhadap Raja.
Undang-undang dalam Adat
Temenggung memerlukan
bukti yang kukuh terhadap
sesuatu kesalahan.
Kemasyarakatan Dari segi kemasyarakatan,ahli-ahli
dikelompokkan ke dalam
kelompok- kelompok
kekeluargaan seperti suku.Ikatan
kekeluargaan di kalangan ahli-ahli
masyarakat lebih erat dan kuat.
Pengelompokan seperti ini
tidak wujud
Pembahagian
harta
Dari segi pembahagian harta,harat
bukan hak perseorangan,tetapi
adalah hak milik kelompok
kekeluargaan secara bersama.Harta
dalam masyarakat tidak boleh
dijual kepada keluarga lain kecuali
dengan syarat-syarat tertentu.
Harta ialah hak kepunyaan
orang perseorangan dan ini
melibatkan pembayaran cukai
dan sebagainya kepada
penguasa tempatan atau
negeri.Sistem perwarisan ialah
hak milik tetap bagi seseorang
individu.Harta diwarisi lebih
kepada anak lelaki.
Yamtuan Besar
Undang
Lembaga
Buapak
Anak Buah