PERDAGANGAN Peperiksaan pertengahan tahun Tingkatan 5_kertas 1
1. SULIT 3755/1
[Lihat sebelah
3755/1 SULIT
JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PENTAKSIRAN SUMATIF 2
TAHUN 2013
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
PERDAGANGAN
3755/1
Kertas 1
Mei
1 村 jam Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.
4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan
5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
6. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
Disediakan oleh: Dibiayai oleh:
AKRAM NEGERI TERENGGANU KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Dicetak oleh:
Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd
Tel: 609-666 8611/8601 Faks: 609-666 0611/0063
______________________________________________________________________________________
Skema , lawati www.banksoalanspm.com
2. SULIT 3755/1
[Lihat sebelah
3755/1 SULIT
2
1. Apakah perbezaan antara keperluan dan kehendak?
Keperluan Kehendak
A Tidak terhad Terhad
B Televisyen, telefon bimbit Makanan, pakaian, tempat tinggal
C Perlu untuk terus hidup Perlu untuk keselesaan
D Sukar dipenuhi Senang dipenuhi
2. Kemajuan dalam bidang teknologi membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar-
besaran.
Apakah faedahnya kepada pengguna?
A. Mengurangkan pembaziran
B. Mengurangkan harga barang
C. Mengurangkan kos pengeluaran
D. Mengurangkan kos penyimpanan stok
3. Maklumat berikut berkaitan dengan pengkhususan
Negara Keluaran
New Zealand Hasil tenusu
Switzerland Pelancongan
Thailand Beras
Jepun Barangan elektronik
A. Pengkhususan antarabangsa
B. Pengkhususan mengikut proses
C. Pengkhususan mengikut kawasan
D. Pengkhususan mengikut profesian
4. Dalam kes pertukaran antara beras dengan ikan, masalah manakah yang paling mudah
diatasi dalam sistem barter?
A. Penentuan nilai barang
B. Penentuan kemahuan serentak
C. Penentuan kadar pertukaran umum
D. Pembahagian barang kepada unit yang kecil
5. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan perniagaan?
I. Perkhidmatan dan barangan yang berbayar dengan wang
II. Dibahagikan kepada perniagaan import, eksport dan enterport
III. Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan
IV. Aktiviti perniagaan dianggap sebagai sebahagian daripada kegiatan perdagangan
A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Skema , lawati www.banksoalanspm.com
3. SULIT 3755/1
[Lihat sebelah
3755/1 SULIT
3
6. Berikut adalah beberapa fungsi peruncit.
Fungsi manakah yang tidak dilakukan oleh peruncit besar-besaran?
I. Menjalankan kerja akhir
II. Menjual dalam kuantiti yag kecil
III. Khidmat nasihat kepada pelanggan
IV. Menyediakan khidmat selepas jualan
A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
7. Pernyataan berikut berkaitan dengan sejenis saluran agihan.
Pengeluar Ejen Pengguna
Aktiviti yang manakah menggunakan saluran agihan tersebut?
A. Asyraf mendapat rawatan di Klinik Pakar Ummi
B. Edaran Otomobil Nasional Berhad menjual kereta kilang proton
C. Hafiz membeli barang daripada Pasar Raya Berkat
D. Kedai Perabot Rahmat mendapat bekalan daripada Kilang Perabot Berjaya
8. Ciri utama yang membezakan antara pasar raya dengan kedai sejaras ialah
A. layan diri
B. lokasi kedai
C. bentuk organisasi
D. jenis barang yang dijual
9. Antara berikut, yang manakah perkhidmatan pemborong bayar dan bawa?
I. Nasihat
II. Kemudahan kredit
III. Pengangkutan
IV. Pembungkusan
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV
10. Jober para ialah
A. pemborong yang membekalkan barang-barang kepada peruncit dengan mengawasi
pergerakan stok barang
B. pasar borong di mana peruncit dapat membeli barang secara pukal dengan harga
yang rendah
C. peniaga yang membeli pelbagai jenis barang daripada pelbagai pengeluar dan
menualnya kepada peruncit
D. peniaga yang menyediakan kemudahan penyimpanan, pengangkutan dan memberi
kredit kepada pelanggan
Skema , lawati www.banksoalanspm.com
4. SULIT 3755/1
[Lihat sebelah
3755/1 SULIT
4
11. Apakah yang boleh dilakukan oleh sesebuah syarikat sekiranya meragui keupayaan
pembeli menjelaskan bayaran bagi pesanannya?
A. Mengeluarkan invois
B. Menghantar bil tunai
C. Menghantar nota debit
D. Menghantar invois proforma
12. Apakah faedah perniagaan antarabangsa kepada pengguna?
A. Meningkatkan hasil kerajaan
B. Mengurangkan kos pengeluaran
C. Menambahkan pilihan barang pengguna
D. Membolehkan pengkhususan didalam pekerjaan.
13. Pernyataan di bawah merujuk kepada sejenis dokumen.
Dokumen ini digunakan untuk mencegah sebarang aktiviti lari daripada
bayaran cukai.Ia digunakan untuk mentaksirkan duti import
Dokumen yang diterangkan diatas ialah
A. janji carter
B. nota konsainan
C. invois konsular
D. invois proforma
14. Berikut adalah barang keluaran pengusaha Industri Kecil dan Sederhana(IKS).
Pengusaha P, Q dan R terlibat dalam industri berasaskan
A. logam
B. automatif
C. sumber
D. elektrik dan elektronik
Pengusaha P
Pengusaha Q
Pengusaha R
Tayar kereta
Lampu kereta
Bateri kereta
Skema , lawati www.banksoalanspm.com
5. SULIT 3755/1
[Lihat sebelah
3755/1 SULIT
5
15. Apakah ciri Industri Kecil dan Sederhana(IKS)?
A. Pekerja hanya terdiri daripada ahli keluarga
B. Nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta
C. Lokasi industri hanya terletak di kawasan bandar
D. Menggunakan mesin pengeluaran berteknologi tinggi
16. Apakah kaitan Industri Kecil dan Sederhana(IKS) dengan industri berat?
I. Skim subkontrak
II. Pemasaran konsep payung
III. Skim jaminan usahawan kecil
IV. Pengaturan kontrak khas
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. I, II dan IV
D. II, III dn IV
17. Berikut merupakan ciri sejenis perniagaan.
Apakah jenis milikan perniagaan tersebut?
A. Koperasi
B. Perkongsian
C. Milikan Tunggal
D. Syarikat Sendirian Berhad
18. Perniagaan manakah yang mengeluarkan prospektus syarikat?
A. Perniagaan Adik-Beradik Wanidah
B. Pasar Raya Mesra Sdn. Bhd.
C. Syarikat Bistari Bhd
D. Koperasi BB Bhd
19. Rajah menunjukkan perubahan sejenis pemilikan perniagaan.
Bertukar kepada
Mengapakah berlakunya perubahan tersebut?
A. Memudahan pertukaran jawatan lembaga pengarah
B. Membolehkan pengumpulan modal yang lebih besar
C. Membolehkan ahli menanggung liabiliti tidak terhad
D. Mengelakkan kawalan ahli ke atas perjalanan syarikat
Hal ehwal perniagaan dirahsiakan
Mudah ditubuhkan
Pemilik mempunyai kuasa penuh
Kadar cukai rendah
Syarikat Avira
Sdn. Bhd.
Syarikat Avira
Bhd.
Skema , lawati www.banksoalanspm.com
6. SULIT 3755/1
[Lihat sebelah
3755/1 SULIT
6
20. Apakah bentuk pulangan yang diagihkan kepada pemegang syer syarikat berhad?
I. Dividen
II. Bonus
III. Faedah
IV. Diskaun
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
21. Apakah definisi pelaburan?
A. Aktiviti menangguhkan penggunaan wang pada masa kini untuk mendapat
pulangan pada masa depan
B. Aktiviti yang dijalankan secara kolektif oleh pengurus profesional bagi pihak
pelabur
C. Aktiviti membeli dan menjual semula saham untuk mendapat keuntungan segera
D. Aktiviti mengumpul wang orang ramai untuk diuruskan oleh syarikat pelabur
22. Pernyataan di bawah berkaitan dengan pemegang-pemegang syer.
Manakah yang benar berdasarkan maklumat tersebut?
Pemegang syer biasa Pemegang syer keutamaan
A Encik Faizal dan Encik Anuar Encik Zaki dan Encik Kamal
B Encik Faizal dan Encik Kamal Encik Zaki dan Encik Anuar
C Encik Zaki dan Encik Kamal Encik Faizal dan Encik Anuar
D Encik Zaki dan Encik Anuar Encik Faizal dan Encik Kamal
23. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri perbankan Islam?
I. Amalan riba diharamkan
II. Bebas dari unsur maisir
III. Konsep kongsi untung
IV. Memberi faedah atas simpanan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Encik Faizal memperoleh dividen setiap tahun pada kadar yang sama dan
memperolehinya terlebih dahulu
Encik Zaki memperoleh dividen tidak tetap setiap tahun dan memperoleh
dividennya selepas Encik Firdaus
Encik Kamal boleh mengundi dan memilih ahli lembaga pengarah
Encik Anuar diberikan keutamaan menuntut pelaburannya terlebih dahulu
daripada syarikat
Skema , lawati www.banksoalanspm.com
7. SULIT 3755/1
[Lihat sebelah
3755/1 SULIT
7
24. Pernyataan yang manakah menunjukkan fungsi Bank Negara Malaysia?
I. Mengeluarkan dan mengawal mata wang
II. Memberi pinjaman kepada syarikat koporat
III. Menetapkan kadar pertukaran mata wang asing
IV. Menjadi jurubank kepada bank perdagangan.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
25. Puan Habibah ditawarkan kemudahan overdraf sebanyak RM10 000. Beliau mempunyai
simpanan sebanyak RM2 500 di dalam akaun semasa Puan Habibah telah mengeluarkan
sekeping cek bernilai RM4 800. Berapakah jumlah pinjaman overdraf Puan Habibah?
A. RM2 300
B. RM4 800
C. RM2 500
D. RM5 000
26. Maklumat berikut merupakan kemudahan pembayaran yang ditawarkan oleh bank.
Bank akan mendebitkan akaun peniaga dan akan memindahkan wang
ke dalam akaun pembekal
Apakah kemudahan pembayaran yang digunakan oleh peniaga tersebut?
A. Draf bank
B. Debit terus
C. Pindahan kredit
D. Arahan Tetap
27. Apakah maksud cek palang am dengan perkataan Tak boleh niaga ?
A. Hanya penerima yang mempunyai hak ke atas cek ini
B. Cek ini tidak boleh dipindahmilik melalui pengendorsan
C. Cek ini mesti dimasukkan ke dalam akaun bank penerima
D. Cek ini mesti dimasukkan ke dalam akaun penerima sahaja
28. Mengapakah perkhidmatan insurans penting kepada peniaga?
A. Melindungi perniagaan daripada bencana
B. Memperoleh keuntungan daripada aktiviti insurans
C. Mewujudkan peluang perniagaan kepada masyarakat
D. Mengurangkan kerugian yang mungkin dialami sekiranya berlaku risiko
29. Manakah pasangan yang tepat berkaitan dengan konsep insurans?
A. Insured - Syarikat yang menawarkan insurans
B. Insurer - Pihak yang menyertai insurans
C. Premium - Bayaran oleh insurer kerana membeli insurans
D. Ganti rugi - Bayaran pampasan kepada insured apabila berlaku risiko
yang diinsuranskan.
Skema , lawati www.banksoalanspm.com
8. SULIT 3755/1
[Lihat sebelah
3755/1 SULIT
8
30. Antara yang berikut, yang manakah memenuhi prinsip kepentingan boleh insurans?
A. Encik Azlan mengambil polisi insurans nyawa bagi isterinya.
B. Encik Johari membeli insurans kebakaran bagi rumah yang sewanya
C. Encik Marwan membeli insurans kemalangan peribadi atas nama adiknya
D. Encik Zamrul yang merupakan seorang ahli perniagaan menginsuranskan nyawa
rakan kongsinya.
31. Antara yang berikut, yang manakah kelebihan pengangkutan jalan raya?
I. Lebih cepat bagi jarak jauh
II. Serahan dari pintu ke pintu
III. Mudah didapati dan digunakan
IV. Cara pengangkutan yang selamat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
32. Pernyataan di bawah berkaitan dengan pengangkutan
Encik Nazim seorang pengeksport bunga segar menggunakan
perkhidmatan kapal terbang untuk menghantar 300 dozen bunga
matahari dari Malaysia ke Jepun.
Pernyataan di atas adalah benar kerana
A. kapal terbang lebih selamat dari segi risiko kecurian
B. bunga matahari adalah barang yang mudah rosak
C. kapal terbang sesuai mengangkut barang pukal
D. bunga matahari adalah barang yang bernilai tinggi
33. Gambar di bawah menunjukkan sejenis pengangkutan.
Apakah kelebihan pengangkutan di atas?
A. Ruang muatan yang luas
B. Serahan pintu ke pintu
C. Kerja pemunggahan yang banyak
D. Perjalanan terikat dengan jadual
Skema , lawati www.banksoalanspm.com
9. SULIT 3755/1
[Lihat sebelah
3755/1 SULIT
9
34. Antara yang berikut, yang manakah membezakan pengangkutan dengan komunikasi?
A. Meluaskan pasaran
B. Mempercepatkan urus niaga
C. Membantu peniaga menerima pesanan
D. Membolehkan penghantaran bekalan stok.
35. Wang pos adalah alat pembayaran yang sesuai untuk mengirim wang yang kurang
daripada RM100 kerana
A. tidak perlu mengisi borang
B. kadar komisen yang rendah
C. tidak mempunyai tempoh laku
D. membolehkan kiriman wang di dalam dan di luar negeri
36. Encik Selamat hendak membuat panggilan telefon kepada anaknya yang berada
di United Kingdom tanpa bantuan telefonis.
Apakah nama perkhidmatan telefon yang sesuai digunakan?
A. Perkhidmatan STD
B. Perkhidmatan ATD
C. Perkhidmatan Telegram
D. Perkhidmatan Bebas Tol
37. Mengapakah gudang amat penting untuk menyimpan barang-barang bermusim?
A. Menstabilkan harga kepada para petani
B. Melindungi barang-barang daripada rosak
C. Menyimpan barang-barang dengan lebih lama
D. Menjamin bekalan barang-barang yang tetap sepanjang tahun.
38. Maklumat yang berikut merujuk kepada tiga jenis perniagaan.
Pasar raya
Kedai Sejaras
Gedung Aneka jabatan
Apakah jenis gudang yang digunakan oleh perniagaan di atas untuk menyimpan stok?
A. gudang peruncit
B. gudang pemborong
C. gudang pengilang
D. gudang kerajaan
39. Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri-ciri gudang yang baik?
A. Terletak di tempat yang strategik
B. Ruang gudang yang luas dan perhiasan yang cantik.
C. Sistem rekod yang lengkap dan pengurusan yang cekap.
D. Mengutamakan faktor keselamatan dan dilindungi oleh polisi insurans.
Skema , lawati www.banksoalanspm.com
10. SULIT 3755/1
[Lihat sebelah
3755/1 SULIT
10
40. Apakah kepentingan gudang berbon kepada kerajaan?
I. Mengawal jenis barangan yang diimport
II. Membenarkan peniaga menangguhkan bayaran cukai
III. Memudahkan memungut dan mengumpul cukai
IV. Mengumpul data tentang import dan eksport
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
KERTAS SOALAN TAMAT
Skema , lawati www.banksoalanspm.com