2. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6
Disember 1990) merupakan Ketua
Menteri Persekutuan Tanah
Melayu dari1955, dan Perdana
Menteri pertama
sejak kemerdekaan pada
tahun 1957 sehingga 1970.
Pembentukan Malaysia pada
tahun 1963 merupakan salah satu
daripada pencapaiannya yang teragung.
Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau
juga dikenang sebagai "Bapa
Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Allahyaraham
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
/
3. Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji
Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14
Januari 1976) merupakan Perdana
Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat
dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau
termasyhur dalam pelancaran Dasar
Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang
bertujuan untuk mengatasi masalah
ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang
telah membangkitkan antagonisme
perkauman dalam kalangan
masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.
Selepas kematiannya, beliau telah
dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".
Allahyaraham Tun Abdul Razak
bin Haji Dato' Hussein
/
4. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'
Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990)
merupakan Perdana Menteri
Malaysia ketiga yang berkhidmat dari
tahun 1976 sehingga 1981. Beliau
diperlihatkan sebagai seorang yang amat
ikhlas dalam perjuangan untuk
mencapai perpaduan kaum dan mempunyai
reputasi untuk bertindak keras kepada
sesiapa yang mencuba membangkitkan
kekacauan perkauman di dalam negara.
Oleh sebab usahanya dalam pemupukan
perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn
telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn
/
5. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: dilahirkan pada 20
Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det)
adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya
dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus
kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan
masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian
dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan
pertengahanorang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya
pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-
terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai
Asia — kapitalismeautokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif
kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-
faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman
pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara
Berkembar PETRONAS,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan
Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden,
makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan
sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui
perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan
pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
/
6. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah)
merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan
daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan
Presiden UMNO, parti politik yang paling besar dalam Malaysia.
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa
jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat
sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis
Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota
kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu
Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada
tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan
kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya
mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri
Malaysia dan Presiden UMNO. Di mata orang awam, Abdullah
dikenali sebagai seorang yang ramah, tegas dan mempunyai pribadi
yang kuat.
Dato' Seri
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
/
7. YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin
Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai
1953) adalah Perdana Menteri
Malaysia terkini sejak 3 April 2009,
selain sebagai Menteri Kewangan
dan ahli parlimen Pekan, Pahang.
Beliau adalah anak lelaki sulung
kepada bekas perdana menteri
Malaysia yang kedua, Tun Abdul
Razak Dato' Hussein. Di peringkat
akar umbi politik, beliau merupakan
Presiden UMNO yang ke-7.
Dato' Sri Haji Mohd Najib
/