Islam melarang beberapa golongan wanita yang haram dikahwini samaada untuk selamanya atau sementara waktu. ºÝºÝߣ ini menyenaraikan golongan-golongan tersebut.
2. PENDAHULUAN
• Islam mensyariatkan dan menggalakkan perkahwinan. Walaupun begitu, Islam mengharamkan
berkahwin dengan beberapa golongan perempuan.
• Pengharaman ini berlaku kerana beberapa sebab. Antaranya sebagai satu penghormatan dan
penghargaan kepada perempuan tersebut seperti mengahwini ibu kandung sendiri.
• Antaranya kerana fitrah semula jadi manusia tidak mengingini perkara tersebut seperti mengahwini
anak perempuan dan adik beradik perempuan sendiri.
• Selain itu adalah disebabkan matlamat perkahwinan iaitu menjaga kehormatan tidak dapat dapat
dicapai dengan sempurna apabila mengahwini kaum kerabat yang rapat seperti berkahwin dengan
anak saudara atau cucu perempuan . Ini kerana pergaulannya dengan mereka adalah terlalu rapat.
• Seterusnya, matlamat perkahwinan ialah untuk menyusun binaan dan hubungan kekeluargaan. Oleh itu
diharamkan berkahwin dengan anak-anak perempuan dan cucu-cucu perempuan susuan.
• Dengan sebab tujuan dan matlamat ini, Islam mengharamkan perkahwinan sebahagian golongan
perempuan dengan sebahagian golongan lelaki.
3. PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI
TERBAHAGI KEPADA DUA
HARAM
SELAMA-
LAMANYA
HARAM UNTUK
SEMENTARA
WAKTU
4. HARAM SELAMA-LAMANYA
Maksud haram selama-lamanya ialah perempuan yang haram dikahwini oleh seseorang lelaki untuk
selama-lamanya, walau bagaimanapun keadaan dan ketika.
SEBAB PENGHARAMAN SELAMA-LAMANYA
• Hubungan keturunan (nasab)
• Hubungan perkahwinan
• Faktor penyusuan
5. HARAM KERANA HUBUNGAN KETURUNAN (NASAB)
• Ibu, nenek sebelah ibu dan nenek sebelah bapa.
• Anak perempuan, cucu perempuan dari anak lelaki dan cucu perempuan dari anak perempuan.
• Adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
• Anak perempuan kepada adik beradik lelaki yang seibu sebapa, atau sebapa atau seibu.
• Anak perempuan kepada adik beradik perempuan yang seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
• Ibu saudara sebelah bapa iaitu adik beradik perempuan kepada bapa. Begitu juga ibu saudara
sebelah bapa sebapa dan ibu saudara sebelah bapa seibu.
• Ibu saudara sebelah ibu iaitu adik beradik perempuan kepada ibu. Begitu juga ibu saudara
sebelah ibu seibu dan ibu saudara sebelah ibu sebapa.
6. HARAM KERANA PERKAHWINAN
• Isteri bapa (ibu tiri). Haram juga mengahwini isteri datuk (nenek tiri) sebelah bapa dan isteri datuk
sebelah ibu.
• Isteri anak (menantu), isteri cucu lelaki sebelah anak lelaki dan isteri cucu lelaki sebelah anak
perempuan.
• Ibu mertua.
• Anak perempuan kepada isteri (anak tiri). Anak tersebut diharamkan berkahwin dengan bapa tiri
selepas bapa tiri bersetubuh dengan ibunya.
7. HARAM KERANA SUSUAN
• Ibu susuan. Turut diharamkan ialah ibu kepada ibu (nenek) susuan, nenek kepada ibu susuan
sebelah ibu dan nenek kepada ibu susuan sebelah bapa.
• Adik beradik perempuan susuan.
• Anak perempuan kepada adik beradik lelaki susuan.
• Anak perempuan kepada adik beradik perempuan susuan.
• Ibu saudara susuan, iaitu adik beradik susuan dengan bapamu.
• Ibu saudara susuan, iaitu adik beradik susuan dengan ibumu.
• Anak perempuan susuan, iaitu anak perempuan yang menyusu dengan isterimu. Ini bererti
kamu menjadi bapa susuannya.
8. HARAM BERKAHWIN DENGAN SUSUAN DISEBABKAN HUBUNGAN
PERKAHWINAN
• Ibu mertua susuan, iaitu ibu yang menyusukan isteri kamu.
• Anak tiri susuan, iaitu perempuan yang disusu oleh isterimu, tetapi dari susu suami yang lain.
• Isteri bapa (ibu tiri) susuan, iaitu isteri bapa susuan yang kamu menyusu dengan isterinya yang
kedua.
• Isteri anak (menantu) susuan, iaitu isteri kepada lelaki yang disusu oleh isterimu.
9. HARAM UNTUK SEMENTARA WAKTU
• Berkahwin dengan dua beradik perempuan sekaligus.
• Memadukan seorang perempuan dengan ibu saudara sebelah ibunya atau ibu saudara
sebelah bapanya, dan memadukan seorang perempuan dengan anak perempuan kepada
adik beradik perempuannya atau anak perempuan kepada adik beradik lelakinya, atau
memadukan seorang perempuan dengan anak perempuan kepada anak lelakinya atau anak
perempuan kepada anak perempuannya.
• Berkahwin lebih daripada empat orang perempuan.
• Perempuan kafir yang menyembah berhala.
• Perempuan yang berkahwin (mempunyai suami).
• Perempuan yang masih dalam edah.
• Perempuan yang diceraikan dengan talak tiga.