際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Perkembangan Bahasa Melayu dari Aspek Leksikon & Etimologi Profesor Emeritus Dato Dr. Asmah Haji Omar 1 Ogos 2009 Kementerian Pendidikan  Singapura
2. Maksud Perkembangan Bahasa Perubahan  yang mempertingkatkan keefisienan bahasa Perubahan berlaku pada sistem & struktur Sistem -  unit-unit yang mendirikan paradigma  bentuk & konsep dalam bahasa  Struktur  susunan  unit-unit dalam untaian, menghasilkan kata, frasa, klausa, ayat
3.  Sistem Sistem dibahagikan berdasarkan fungsinya dalam nahu  dan juga sebagai pendukung makna Sistem dalam nahu  - misalnya, sistem nama (noun/nominal system), sistem kerja (verbal system), sistem adverba, sistem kala dsb. Sistem pendukung makna  sistem leksikal, sistem semantik, misalnya sistem bilangan, sistem gender dsb.
4.  Sistem Leksiko-Semantik Sesuatu unit pendukung makna = unit leksikal Unit ini terdiri daripada kata atau frasa Sesuatu unit leksikal dapat diberi definisi, seperti yang terdapat dalam kamus Sebagai contoh kata rumah boleh diberi definisi secara tersendiri.  Demikian juga frasa rumah teres Oleh sebab itu, kajian makna berdasarkan kata atau frasa dimasukkan dalam kajian leksiko-semantik
5.  Leksikon Perbendaharaan leksis/kata, yang di dalamnya termasuk semua kata dan frasa, dari semua jenis, termasuk idiom, metafora dsb. Perbicaraan tentang leksikon sesuatu bahasa meliputi kaedah pembentukan unit leksikalnya,  bentuk dan kelasnya, fungsinya dalam ayat, asal usul (etimologi) sesuatu unit leksikal, dan perubahan-perubahan yang berlaku
6. Saiz Leksikon Saiz  leksikon sesuatu bahasa  selari dengan perkembangan sosio-budaya bahasa berkenaan Demikian juga jenis unit-unit leksikal yang ada dalam bahasa Makin berkembangnya komuniti penutur bahasa dari segi sosio-budaya makin besarlah leksikonnya, dan makin tinggilah kadar kepelbagaian leksisnya, yakni dari segi membawa konsep dlm memenuhi keperluan intelektual penutur
7.  Penggambaran Tamadun Leksikon sesuatu bahasa menggambarkan tamadun komuniti empunya bahasa berkenaan Untuk mengenal pasti ciri-ciri asli sesuatu tamadun, bahasa boleh menjadi petunjuk yang baik. Sebagai contoh kata durian, rambutan, langsat, duku,  melambangkan tumbuh-tumbuhan asli alam Melayu.  Bandingkan dengan papaya dan (a)nanas.  Dilihat dari segi sistem & struktur Contoh lain: pantun: syair: gurindam: seloka
8.  Contoh Lain Nama tempat  merupakan bukti sejarah penempatan bangsa atau suku kaum Nama tempat di Semenanjung  memberi gambaran sejarah migrasi  suku kaum  misalnya:  Sungai Pelek, Gunung Benom Pulau Adang, Pulau Lipe, Saton di Thailand
9. Leksikon Asal BM Terdiri daripada unsur-unsur asli Melayu  dari rumpun Austronesia Banyak perkataan yang kita kongsi bersama dengan bahasa-bahasa sekeluarga  - hingga ke kawasan Pasifik Bukti bentuk BM dalam bentuk bertulis yang paling awal ialah  batu-batu bersurat di Sumatera Selatan dan Pulau Bangka  - abad ke-7 Masihi
10.  Bhs Batu Bersurat Abad ke-7 Mempunyai bentuk yang cukup lengkap dari sistem bunyi, pembentukan kata (morfologi), dan susunan ayat (sintaksis) Perbendaharaan kata Melayu asli menggambarkan kehidupan rakyat  struktur asas  Banyak terdapat kata dan ungkapan Sanskrit  gambaran superstruktur dengan kepercayaan Buddha serta sistem pemerintahan yang dipengaruhi oleh budaya luar
11.  Bentuk BM Pra-Abad Ke-7 Tidak ada bukti bertulis Bentuk dapat ditabirkan dgn  kaedah linguistik  historis-komparatif  - membawa kepada rekonstruksi Tidak ada komuniti manusia yang tidak mempunyai sistem & struktur lengkap untuk kepentingan komunitinya Jika BM abad k-7 sudah lengkap, maka pasti bahasa berkenaan sudah diturunkan dalam bentuk yang seperti itu ratusan tahun sebelum itu
12.  Rekonstruksi Rekonstruksi  boleh dilakukan untuk semua sistem & struktur Rekonstruksi kata  dilakukan dengan membandingkan kata-kata yang ada untuk memperoleh bentuk proto Dalam rekonstruksi kata,  yang direkonstruksi ialah bentuknya (dari segi fonem,  kaedah pembentukan kata), dan juga makna
13. Etimologi =  sejarah kata:  dari segi bentuk & makna Penggambaran tamadun dari kajian etimologi:  paradigma yang teratur dalam pemikiran manusia Lihat nama tumbuh-tumbuhan & haiwan dalam BM yang disusun dalam paradigma yang teratur dari segi morfologi
14. Klasifikasi tumbuh-tumbuhan mertajam  senduduk  bebaru merlilin  sembawang  bentangur merjagung  sengkuang  beluntas mersawa  semantan  bendalu merbau  semangkuk  belolok meranti  sekunyit  belangkan
15. Klasifikasi Haiwan belalang  senggiling/tenggiling belangkas  senggulung bengkatuk  selangur bengkatak  sendarat (ikan) bengkarung  sembilang biawak  senangin buaya  sempada (sejenis ketam)
16.  Etimologi nama flora & fauna Dari segi bentuk, ada unsur awalan yang sudah beku:  mer-, me- (men-, meng);  se-  (se-,  sem-, sen-, seng-);  be-  (be-, ben-, beng-);  bi- (bi-, b-) Memberi gambaran bagaimana orang Melayu membentuk kata dan memberi makna (Untuk perbincangan terperinci, lihat Asmah Haji Omar, Rekonstruksi Kata Dalam Bahasa Melayu Induk,  DBP, KL, 1995)
17. Klasifikasi Alam Kata pulau Kata-kata topografi Kata-kata warna Kata-kata yang membahagikan masa dalam satu hari satu malam Kata-kata yang menunjukkan fiil, seperti  jenis-jenis konflik dsb
18. Klasifikasi Alam (Samb.) Berdasarkan penjodoh bilangan:  saiz, bentuk, tekstur, benda tunggal lawan benda jamak  ini merupakan klasifikasi leksiko-nahu (lexico-grammar) Klasifikasi gender  dalam BM hanya dari segi leksiko-semantik, bukan leksiko-nahu
18.  Pengaruh Luar Selepas Sanskrit Dari bahasa Arab,  Parsi, Portugis, Belanda, Inggeris Pengaruh dari bahasa-bahasa ini dapat dikaitkan dengan jenis budaya yang dibawa - semuanya memperlihatkan budaya tinggi Pengaruh bahasa Arab  - kata-kata lebih banyak menggambarkan alam kerohanian dan falsafah dibandingkan dengan alam kebendaan
20.  Pengaruh Luar (samb) Parsi = alam kebendaan budaya tinggi  sakhlat, marmar, mahligai Portugis & Belanda  tidak banyak  mata benda Inggeris  kebendaan & keilmuan Pengambilan unsur luar ada tujuan  memberi bentuk bahasa kepada konsep baru Pengambilan tidak berlaku secara rambang  ada ciri pilihan
21.  Pengaruh dari bahasa asing yang sudah bermastautin Bahasa Cina,  Tamil, Siam Tidak banyak, hanya dari segi nama benda-benda Juga bukti bahawa peminjaman berlaku jika ada keperluan, dan berlaku secara teratur Gejala ini timbul dari kebijaksanaan penutur dan penerimaan secara convention komuniti
22. Perlakuan terhadap unsur asing Utk menjadi bahagian leksikon Melayu, unsur asing perlu diserap Penyerapan bentuk fonologi sahaja tanpa perubahan makna Penyerapan fonologi dengan perubahan makna Contoh:  kursi/kerusi;  syurga,  rumah banglo
23.  Perubahan Dalaman Perubahan yg mengambil manfaat dari unsur-unsur yang sedia ada dalam bahasa,  dengan cara Memberi makna & fungsi baru kepada unsur-unsur yang sedia ada  menimbulkan kata-kata baru dalam paradigma tertentu Memanfaatkan unsur dari dialek atau bahasa sekeluarga Mewujudkan semula unsur beku
24. Memberi makna & fungsi baru Pendapat  pendapatan Penghutang  piutang Pelajar  pembelajaran  belajar Perbicaraan  pembicaraan Pustaka  perpustakaan - kepustakaan
25. Mewujudkan Semula Unsur Beku Contoh yang baik ialah pewujudan semula sisipan dan penggandaan suku kata pertama Tenusu,  gerincingan Nama bintang  lelompat, leloncat, rerangkak. rerayap
26.  Sumber Dialek Diketepikan untuk beberapa ketika dlm pembinaan BM secara terancang di DBP Banyak kata-kata dari dialek yang dapat memperbesarkan leksikon BM standard Kata-kata yang menggambarkan aktiviti & cara hidup komuniti-komuniti dialek,  misalnya pertanian di Kedah,  perikanan di Kelantan & Terengganu, tenunan di Kelantan & Terengganu, anyaman di Melaka dsb.
27.  Contoh sumber dialek Nama peringkat pertumbuhan padi Nama jenis-jenis padi Nama alat-alat: lesung tumbuk, lesung hindik, pengisar, nyiru, badang,  kepoi, cupak,gantang Nama aktiviti yg bersangkutan:  menyemai, menanam, mengetam, mengerat, memukul, mengurui, menampi, menumbuk,  mengisar (Asmah Haji Omar, Bahasa & Alam Pemikiran Melayu, DBP, Edisi Ke-2, 1993, Bab 5 & 6)
28.  Contoh sumber dialek (samb.) Untuk konsep to cut (sekurang-kurangnya ada 14 kata):  tebang, tebas, cantas, cencang, hiris, rincik dsb. Untuk konsep to beat, to hit (sekurang-kurangnya 14): pukul, tabuh, bantai, tibai, balun, tumbuk, dsb (Lihat Amah Haji Omar, Perception and Reality as Reflected in the Kedah Dialect, dlm  Asmah Haji Omar (ed.),  Darulaman:  Essays on Linguistic, Cultural and Socio-Economic Aspects of the Malaysian State of Kedah , Penerbit Universiti Malaya 1979, h. 15  33.
29.  Sumber  bahasa sekeluarga Masuknya bergantung pada lamanya pergaulan antara komuniti sekeluarga dgn komuniti Melayu Secara perbandingan paling banyak unsur dari bahasa Jawa:  sejarah politik, hubungan kekeluargaan, pembinaan bahasa Indonesia yg banyak mengambil unsur J
30.  Unsur bahasa bumiputera di Sabah & Sarawak Belum begitu banyak Sebelum Malaysia, BM di Sabah & Sarawak tidak begitu berkembang Sebelum Malaysia, hubungan kekeluargaan tidak sebegitu banyak seperta hubungan dengan orang-orang Jawa & Sumatera Pembinaan kamus & pengajaran bahasa bumiputera di sekolah boleh membawa perubahan
31.  Pembesaran Leksikon secara terancang Apa yang berlaku di DBP dalam kerangka kerjasama MBIM/MABBIM Penentuan berdasarkan keperluan Keperluan dimasukkan dalam konteks bidang & subbidang ilmu Pengambilan unsur leksikal,  morfologi & fonologi Mewujudkan perubahan yang sangat pesat
Penutup Pembinaan leksikon dari luar dan dalam Pembinaan secara konvensyen masyarakat pengguna bahasa & secara terancang Dalam pembinaan terdapat langkah menyaring & memilih terutama sekali apabila menghadapi unsur-unsur luar Perkembang unsur leksikal bermakna perkembangan etimologi unsur berkenaan
TERIMA KASIH Semoga bertemu lagi

More Related Content

Perkembangan Bahasa Melayu dari Aspek Leksikon & Etimologi

  • 1. Perkembangan Bahasa Melayu dari Aspek Leksikon & Etimologi Profesor Emeritus Dato Dr. Asmah Haji Omar 1 Ogos 2009 Kementerian Pendidikan Singapura
  • 2. 2. Maksud Perkembangan Bahasa Perubahan yang mempertingkatkan keefisienan bahasa Perubahan berlaku pada sistem & struktur Sistem - unit-unit yang mendirikan paradigma bentuk & konsep dalam bahasa Struktur susunan unit-unit dalam untaian, menghasilkan kata, frasa, klausa, ayat
  • 3. 3. Sistem Sistem dibahagikan berdasarkan fungsinya dalam nahu dan juga sebagai pendukung makna Sistem dalam nahu - misalnya, sistem nama (noun/nominal system), sistem kerja (verbal system), sistem adverba, sistem kala dsb. Sistem pendukung makna sistem leksikal, sistem semantik, misalnya sistem bilangan, sistem gender dsb.
  • 4. 4. Sistem Leksiko-Semantik Sesuatu unit pendukung makna = unit leksikal Unit ini terdiri daripada kata atau frasa Sesuatu unit leksikal dapat diberi definisi, seperti yang terdapat dalam kamus Sebagai contoh kata rumah boleh diberi definisi secara tersendiri. Demikian juga frasa rumah teres Oleh sebab itu, kajian makna berdasarkan kata atau frasa dimasukkan dalam kajian leksiko-semantik
  • 5. 5. Leksikon Perbendaharaan leksis/kata, yang di dalamnya termasuk semua kata dan frasa, dari semua jenis, termasuk idiom, metafora dsb. Perbicaraan tentang leksikon sesuatu bahasa meliputi kaedah pembentukan unit leksikalnya, bentuk dan kelasnya, fungsinya dalam ayat, asal usul (etimologi) sesuatu unit leksikal, dan perubahan-perubahan yang berlaku
  • 6. 6. Saiz Leksikon Saiz leksikon sesuatu bahasa selari dengan perkembangan sosio-budaya bahasa berkenaan Demikian juga jenis unit-unit leksikal yang ada dalam bahasa Makin berkembangnya komuniti penutur bahasa dari segi sosio-budaya makin besarlah leksikonnya, dan makin tinggilah kadar kepelbagaian leksisnya, yakni dari segi membawa konsep dlm memenuhi keperluan intelektual penutur
  • 7. 7. Penggambaran Tamadun Leksikon sesuatu bahasa menggambarkan tamadun komuniti empunya bahasa berkenaan Untuk mengenal pasti ciri-ciri asli sesuatu tamadun, bahasa boleh menjadi petunjuk yang baik. Sebagai contoh kata durian, rambutan, langsat, duku, melambangkan tumbuh-tumbuhan asli alam Melayu. Bandingkan dengan papaya dan (a)nanas. Dilihat dari segi sistem & struktur Contoh lain: pantun: syair: gurindam: seloka
  • 8. 8. Contoh Lain Nama tempat merupakan bukti sejarah penempatan bangsa atau suku kaum Nama tempat di Semenanjung memberi gambaran sejarah migrasi suku kaum misalnya: Sungai Pelek, Gunung Benom Pulau Adang, Pulau Lipe, Saton di Thailand
  • 9. 9. Leksikon Asal BM Terdiri daripada unsur-unsur asli Melayu dari rumpun Austronesia Banyak perkataan yang kita kongsi bersama dengan bahasa-bahasa sekeluarga - hingga ke kawasan Pasifik Bukti bentuk BM dalam bentuk bertulis yang paling awal ialah batu-batu bersurat di Sumatera Selatan dan Pulau Bangka - abad ke-7 Masihi
  • 10. 10. Bhs Batu Bersurat Abad ke-7 Mempunyai bentuk yang cukup lengkap dari sistem bunyi, pembentukan kata (morfologi), dan susunan ayat (sintaksis) Perbendaharaan kata Melayu asli menggambarkan kehidupan rakyat struktur asas Banyak terdapat kata dan ungkapan Sanskrit gambaran superstruktur dengan kepercayaan Buddha serta sistem pemerintahan yang dipengaruhi oleh budaya luar
  • 11. 11. Bentuk BM Pra-Abad Ke-7 Tidak ada bukti bertulis Bentuk dapat ditabirkan dgn kaedah linguistik historis-komparatif - membawa kepada rekonstruksi Tidak ada komuniti manusia yang tidak mempunyai sistem & struktur lengkap untuk kepentingan komunitinya Jika BM abad k-7 sudah lengkap, maka pasti bahasa berkenaan sudah diturunkan dalam bentuk yang seperti itu ratusan tahun sebelum itu
  • 12. 12. Rekonstruksi Rekonstruksi boleh dilakukan untuk semua sistem & struktur Rekonstruksi kata dilakukan dengan membandingkan kata-kata yang ada untuk memperoleh bentuk proto Dalam rekonstruksi kata, yang direkonstruksi ialah bentuknya (dari segi fonem, kaedah pembentukan kata), dan juga makna
  • 13. 13. Etimologi = sejarah kata: dari segi bentuk & makna Penggambaran tamadun dari kajian etimologi: paradigma yang teratur dalam pemikiran manusia Lihat nama tumbuh-tumbuhan & haiwan dalam BM yang disusun dalam paradigma yang teratur dari segi morfologi
  • 14. 14. Klasifikasi tumbuh-tumbuhan mertajam senduduk bebaru merlilin sembawang bentangur merjagung sengkuang beluntas mersawa semantan bendalu merbau semangkuk belolok meranti sekunyit belangkan
  • 15. 15. Klasifikasi Haiwan belalang senggiling/tenggiling belangkas senggulung bengkatuk selangur bengkatak sendarat (ikan) bengkarung sembilang biawak senangin buaya sempada (sejenis ketam)
  • 16. 16. Etimologi nama flora & fauna Dari segi bentuk, ada unsur awalan yang sudah beku: mer-, me- (men-, meng); se- (se-, sem-, sen-, seng-); be- (be-, ben-, beng-); bi- (bi-, b-) Memberi gambaran bagaimana orang Melayu membentuk kata dan memberi makna (Untuk perbincangan terperinci, lihat Asmah Haji Omar, Rekonstruksi Kata Dalam Bahasa Melayu Induk, DBP, KL, 1995)
  • 17. 17. Klasifikasi Alam Kata pulau Kata-kata topografi Kata-kata warna Kata-kata yang membahagikan masa dalam satu hari satu malam Kata-kata yang menunjukkan fiil, seperti jenis-jenis konflik dsb
  • 18. 18. Klasifikasi Alam (Samb.) Berdasarkan penjodoh bilangan: saiz, bentuk, tekstur, benda tunggal lawan benda jamak ini merupakan klasifikasi leksiko-nahu (lexico-grammar) Klasifikasi gender dalam BM hanya dari segi leksiko-semantik, bukan leksiko-nahu
  • 19. 18. Pengaruh Luar Selepas Sanskrit Dari bahasa Arab, Parsi, Portugis, Belanda, Inggeris Pengaruh dari bahasa-bahasa ini dapat dikaitkan dengan jenis budaya yang dibawa - semuanya memperlihatkan budaya tinggi Pengaruh bahasa Arab - kata-kata lebih banyak menggambarkan alam kerohanian dan falsafah dibandingkan dengan alam kebendaan
  • 20. 20. Pengaruh Luar (samb) Parsi = alam kebendaan budaya tinggi sakhlat, marmar, mahligai Portugis & Belanda tidak banyak mata benda Inggeris kebendaan & keilmuan Pengambilan unsur luar ada tujuan memberi bentuk bahasa kepada konsep baru Pengambilan tidak berlaku secara rambang ada ciri pilihan
  • 21. 21. Pengaruh dari bahasa asing yang sudah bermastautin Bahasa Cina, Tamil, Siam Tidak banyak, hanya dari segi nama benda-benda Juga bukti bahawa peminjaman berlaku jika ada keperluan, dan berlaku secara teratur Gejala ini timbul dari kebijaksanaan penutur dan penerimaan secara convention komuniti
  • 22. 22. Perlakuan terhadap unsur asing Utk menjadi bahagian leksikon Melayu, unsur asing perlu diserap Penyerapan bentuk fonologi sahaja tanpa perubahan makna Penyerapan fonologi dengan perubahan makna Contoh: kursi/kerusi; syurga, rumah banglo
  • 23. 23. Perubahan Dalaman Perubahan yg mengambil manfaat dari unsur-unsur yang sedia ada dalam bahasa, dengan cara Memberi makna & fungsi baru kepada unsur-unsur yang sedia ada menimbulkan kata-kata baru dalam paradigma tertentu Memanfaatkan unsur dari dialek atau bahasa sekeluarga Mewujudkan semula unsur beku
  • 24. 24. Memberi makna & fungsi baru Pendapat pendapatan Penghutang piutang Pelajar pembelajaran belajar Perbicaraan pembicaraan Pustaka perpustakaan - kepustakaan
  • 25. 25. Mewujudkan Semula Unsur Beku Contoh yang baik ialah pewujudan semula sisipan dan penggandaan suku kata pertama Tenusu, gerincingan Nama bintang lelompat, leloncat, rerangkak. rerayap
  • 26. 26. Sumber Dialek Diketepikan untuk beberapa ketika dlm pembinaan BM secara terancang di DBP Banyak kata-kata dari dialek yang dapat memperbesarkan leksikon BM standard Kata-kata yang menggambarkan aktiviti & cara hidup komuniti-komuniti dialek, misalnya pertanian di Kedah, perikanan di Kelantan & Terengganu, tenunan di Kelantan & Terengganu, anyaman di Melaka dsb.
  • 27. 27. Contoh sumber dialek Nama peringkat pertumbuhan padi Nama jenis-jenis padi Nama alat-alat: lesung tumbuk, lesung hindik, pengisar, nyiru, badang, kepoi, cupak,gantang Nama aktiviti yg bersangkutan: menyemai, menanam, mengetam, mengerat, memukul, mengurui, menampi, menumbuk, mengisar (Asmah Haji Omar, Bahasa & Alam Pemikiran Melayu, DBP, Edisi Ke-2, 1993, Bab 5 & 6)
  • 28. 28. Contoh sumber dialek (samb.) Untuk konsep to cut (sekurang-kurangnya ada 14 kata): tebang, tebas, cantas, cencang, hiris, rincik dsb. Untuk konsep to beat, to hit (sekurang-kurangnya 14): pukul, tabuh, bantai, tibai, balun, tumbuk, dsb (Lihat Amah Haji Omar, Perception and Reality as Reflected in the Kedah Dialect, dlm Asmah Haji Omar (ed.), Darulaman: Essays on Linguistic, Cultural and Socio-Economic Aspects of the Malaysian State of Kedah , Penerbit Universiti Malaya 1979, h. 15 33.
  • 29. 29. Sumber bahasa sekeluarga Masuknya bergantung pada lamanya pergaulan antara komuniti sekeluarga dgn komuniti Melayu Secara perbandingan paling banyak unsur dari bahasa Jawa: sejarah politik, hubungan kekeluargaan, pembinaan bahasa Indonesia yg banyak mengambil unsur J
  • 30. 30. Unsur bahasa bumiputera di Sabah & Sarawak Belum begitu banyak Sebelum Malaysia, BM di Sabah & Sarawak tidak begitu berkembang Sebelum Malaysia, hubungan kekeluargaan tidak sebegitu banyak seperta hubungan dengan orang-orang Jawa & Sumatera Pembinaan kamus & pengajaran bahasa bumiputera di sekolah boleh membawa perubahan
  • 31. 31. Pembesaran Leksikon secara terancang Apa yang berlaku di DBP dalam kerangka kerjasama MBIM/MABBIM Penentuan berdasarkan keperluan Keperluan dimasukkan dalam konteks bidang & subbidang ilmu Pengambilan unsur leksikal, morfologi & fonologi Mewujudkan perubahan yang sangat pesat
  • 32. Penutup Pembinaan leksikon dari luar dan dalam Pembinaan secara konvensyen masyarakat pengguna bahasa & secara terancang Dalam pembinaan terdapat langkah menyaring & memilih terutama sekali apabila menghadapi unsur-unsur luar Perkembang unsur leksikal bermakna perkembangan etimologi unsur berkenaan
  • 33. TERIMA KASIH Semoga bertemu lagi