2. PENGENALAN
• Kebimbangan adalah perasaan takut yang
komplek yang wujud dalam pelbagai jenis
kecelaruan mental dan saraf.
• Freud melihat bahawa memahami
kebimbangan adalah tugas yang paling sukar
kerana ia memerlukan aplikasi kaedah yang
sesuai supaya ia dapat difahami secara jelas.
3. Sambungan…
Menurut Sigmund Freud (1977), apabila tenaga
libido dipendamkan, ia akan bertukar kpd
kebimbangan. Beliau juga mendapati bagi jenis-
jenis kebimbangan yang lain, ego lebih
berperanan jika dibandingkan dengan id yang
bertukar kpd libido.
Freud menjelaskan fenomena kebimbangan
adalah ciri semula jadi suatu organisma. Ia adalah
sebahagian daripada naluri semulajadi untuk
keselamatan kendiri dan diwarisi secara genetik.
4. Sambungan…
Kebimbangan objektif dialami secara semula jadi
tetapi kebimbangan yg spesifik adlh dipelajari.
Hakikatnya, superego merupakan identiti sebenar
individu normal kerana superego beroperasi
mengikut prinsip kesempurnaan dan berfungsi
menghalang kehendak-kehendak id dan
menyebabkan seseorang akan merasa tidak
patut apabila takutkan sesuatu yang tidak perlu
ditakutkan.
Oleh itu, egolah yang patut menyeimbangkan
kehendak-kehendak id supaya perasaan takut itu
tidak terlalu diikutkan.
5. Ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami
kebimbangan
• Ketegangan motor seperti tidak bertenang, menggigil
dan mengalami ketegangan.
• Mengalami hiperaktiviti autonomik sprt pening,
degupan jantung kencang dan berpeluh.
• Sentiasa cemas dan gelisah.
• Terlalu memberi perhatian terperinci dengan cara
mengawasi segala gerak laku di sekelilingnya.
• Mengikut Nevid (2000), kebimbangan terbahagi kpd 3
ciri-ciri → fizikal, tingkah laku dan kognitif
6. Jenis-Jenis Kebimbangan
1. Agorafobia
2. Kecelaruan panik tanpa agorafobia
3. Kecelaruan panik dengan agorafobia
4. Kebimbangan umum
5. Fobia khusus
6. Fobia sosial
7. Kecelaruan obsesif-kompulsif
8. Kecelaruan tekanan post-trauma
9. Kecelaruan tekanan akut
7. Mengapa anda perlu mengambil
tahu?
Rasa bimbang dan takut boleh menjurus kepada:
• Gangguan dalam proses pembesaran yang
normal
• Gangguan dalam fungsi seperti:-
– Pembelajaran
– Perhubungan dengan ahli keluarga, rakan atau guru
• Boleh menyebabkan masalah perlakuan yang
serius seperti kecelaruan tingkah laku
• Risiko mencederakan diri sendiri
8. Bagaimana mengesan kebimbangan
kanak-kanak?
• Kelakuan yang luar biasa seperti:-
– Mengelakkan diri dari aktiviti luar seperti riadah
bersama keluarga
– Mengelakkan diri dari tempat seperti taman permainan
– Mengelakkan diri dari seseorang seperti guru
– Kelakuan seolah-olah di dalam kesusahan seperti
sebelum tidur
– Kelakuan melekap kepada penjaga yang luar biasa
– Perubahan tabiat seperti mula menghisap jari
– Berkelakuan gelisah
9. SAMBUNGAN…
• Aduan fizikal:
– Pening kepala
– Sakit perut
– Rasa tercekik
– Sesak nafas
– Berpeluh
– Menggeletar
10. SAMBUNGAN…
• Kemurungan perasaan/emosi/fikiran:
– Perasaan bimbang atau ketakutan
– Penantian yang berlebihan akan bencana dan
kemusnahan yang teruk seperti
• Penolakan
• Ejekan dan cemuhan
• kemalangan
• Kecederaan
• Gagal dalam peperiksaan
11. Bagaimana mengatasi kebimbangan
kanak-kanak
1. Ahli terapi boleh membantu pesakit dgn meluahkan
perasaan dan bakatnya yg sebenarnya.
2. Banyakkan aktiviti-aktiviti sukan dan tidur yg cukup.
3. Aktiviti kesenian seperti muzik, melukis, menari.
4. Bantu kanak-kanak untuk membentuk kemahiran emosi
dan sosial.
5. Bantu kanak-kanak menghadapi cabaran hidup dengan
positif.
6. Jalinkan perhubungan mesra, responsif dan saling percaya
mempercayai.
7. Wujudkan suasana yang aman dan selesa.
8. Pastikan amalan harian yang dapat dijangkakan.
12. Sambungan…
9. Dengar apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak
itu dan fahami tingkah lakunya
10.Berikan perangsang dan pujian
11.Bantu kanak-kanak untuk mengetahui akan
kekuatan dan kelebihan dirinya.
12.Bantu kanak-kanak menerima akan kelemahannya
dan bagaimana mengatasinya.
13.Bantu kanak-kanak untuk bertenang
menggunakan teknik relaksasi seperti dengan cara
menarik nafas, membayangkan pemandangan
yang nyaman dan hijau.
13. Sambungan…
14. Berikan sokongan moral supaya kanak-kanak dapat:-
– Belajar berfikir secara positif
– Menerima segala perubahan, ketakutan, kemarahan,
kekecewaan dan sebagainya
– Membina kemahiran sosial yang positif seperti sifat ketegasan
15. Berikan kaunseling kepada:-
– Kanak-kanak secara individu
– Ahli keluarga kanak-kanak
– Sekolah - beritahu guru mengenai masalahnya supaya mereka
dapat memberi kerjasama dan sokongan
16. Berikan ubatan sebagaimana yang dinasihatkan oleh
Pakar Psikiatri