ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
NAMA : FARAH NAJWA BINTI ASRI                        MATRIK : A1002143                  KOHORT : 9A (G3)


           Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Peringkat Bayi (0-2 tahun). Sewaktu dilahirkan, emosi seseorang
bayi merupakan kebangkitan perasaan yang dapat digambarkan melalui tindakan seperti ketawa atau menangis.
Selepas itu, emosi bayi dapat dilahirkan melalui gerak badan, iaitu sebagai suatu reaksi kepada rangsangan.
Ketika berumur tiga bulan emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan. Apabila mencapai umur enam bulan
perasaan duka bayi mengambil bentuk perasaan takut, jijik dan marah. Perasaan takut lebih merupakan perasaan
yang dipelajarinya, terutamanya daripada ibu bapa, abang dan kakaknya. Bayi bergantung sepenuhnya kepada
orang lain untuk hidup. Bayi bukan sahaja bergantung kepada orang yang menjaganya untuk keperluan fisiologi
seperti makan, rehat, keselesaan dan kemesraan, tetapi ia juga bergantung kepadanya sentuhan-sentuhan,
pujukan dan interaksi manusia
           Peringkat Awal Kanak-Kanak (2-6 tahun) Tempoh masa awal kanak-kanak merupakan masa
memperluaskan pandangan sosial. Kanak-kanak pada masa ini masih bergantung rapat kepada ibu, tetapi ayah
juga sudah mulai penting. Perhubungan kanak-kanak dengan keluarganya di peringkat ini sangat mempengaruhi
kebolehannya berhubung dengan individu dan kumpulan lain. Jika kanak-kanak itu merasai kasih sayang dan
sentiasa akan dikasihi maka ia lebih mudah dan lebih cepat berhubung dan berinteraksi dengan orang dewasa
lain dan kawan sebayanya. Jika kanak-kanak itu terlalu bergantung kepada orang lain atau merasa tidak selamat
dan tenteram maka biasanya ia kan lebih sukar untuk bersosialisasi dengan orang lain. Seterusnya ialah di dalam
perkembangan kanak-kanak pada masa ini ialah pembelajaran berhubung emosi dengan orang lain, selain
keluarganya. Kanak-kanak juga sudah mengetahui erti malu dan bersifat mengikut arah jantina mereka. Apabila
menjelang akhir tempoh masa awal kanak-kanak, kanak-kanak tersebut telah memperolehi beberapa kebebasan
yang tertentu. Ia sudah mula menerima tanggungjawab untuk tingkah lakunya sendiri dan telah menjelaskan
konsep betul dan salah bagi dirinya sendiri serta membentuk kata hati.
           Pada peringkat ini emosi kanak-kanak dinyatakan dengan kuat dan keras. Ini jelas dilihat apabila
mereka tidak dapat sesuatu yang dikehendaki.Begitu juga apabila mereka letih atau lapar, emosi marah akan
jelas kelihatan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga agak imaginatif. Misalnya, mereka menggambarkan
adanya hantu di tempat yang gelap.Ini menyebabkan mereka berasa takut yang kadangkala disebabkan oleh
pemikiran yang tidak rasional.
    Peringkat Akhir Kanak-Kanak (7-12 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak mempunyai ciri emosi berikut:
    i.         Kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Malangnya ada di antara mereka yang gemar
               menyinggung perasaan orang lain seperti mengejek atau menyindir.
    ii.        Kanak-kanak peka pada kritikan dan juga sukar menerima kegagalan.
    iii.       Kanak-kanak juga juga gemar menolong guru menjalankan pelbagai tugasan seperti menghantar
               buku latihan ke bilik guru, menyapu lantai dan sebagainya. Dengan kata lain mereka suka
               menerima tanggungjawab.
    iv.        Ketika berumur 9-12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai norma ibu bapa atau
               orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan oleh rakan sebaya tetapi pada masa sama yang sama
               mereka masih bergantung kepada ibu bapa untuk sokongan kewangan dan moral. Walau
               bagaimanapun, mereka sedia menerima kebebasan yang terhad serta peraturan yang dikenakan ibu
               bapa.

More Related Content

Perkembangan emosi kanak kanak

  • 1. NAMA : FARAH NAJWA BINTI ASRI MATRIK : A1002143 KOHORT : 9A (G3) Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Peringkat Bayi (0-2 tahun). Sewaktu dilahirkan, emosi seseorang bayi merupakan kebangkitan perasaan yang dapat digambarkan melalui tindakan seperti ketawa atau menangis. Selepas itu, emosi bayi dapat dilahirkan melalui gerak badan, iaitu sebagai suatu reaksi kepada rangsangan. Ketika berumur tiga bulan emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan. Apabila mencapai umur enam bulan perasaan duka bayi mengambil bentuk perasaan takut, jijik dan marah. Perasaan takut lebih merupakan perasaan yang dipelajarinya, terutamanya daripada ibu bapa, abang dan kakaknya. Bayi bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk hidup. Bayi bukan sahaja bergantung kepada orang yang menjaganya untuk keperluan fisiologi seperti makan, rehat, keselesaan dan kemesraan, tetapi ia juga bergantung kepadanya sentuhan-sentuhan, pujukan dan interaksi manusia Peringkat Awal Kanak-Kanak (2-6 tahun) Tempoh masa awal kanak-kanak merupakan masa memperluaskan pandangan sosial. Kanak-kanak pada masa ini masih bergantung rapat kepada ibu, tetapi ayah juga sudah mulai penting. Perhubungan kanak-kanak dengan keluarganya di peringkat ini sangat mempengaruhi kebolehannya berhubung dengan individu dan kumpulan lain. Jika kanak-kanak itu merasai kasih sayang dan sentiasa akan dikasihi maka ia lebih mudah dan lebih cepat berhubung dan berinteraksi dengan orang dewasa lain dan kawan sebayanya. Jika kanak-kanak itu terlalu bergantung kepada orang lain atau merasa tidak selamat dan tenteram maka biasanya ia kan lebih sukar untuk bersosialisasi dengan orang lain. Seterusnya ialah di dalam perkembangan kanak-kanak pada masa ini ialah pembelajaran berhubung emosi dengan orang lain, selain keluarganya. Kanak-kanak juga sudah mengetahui erti malu dan bersifat mengikut arah jantina mereka. Apabila menjelang akhir tempoh masa awal kanak-kanak, kanak-kanak tersebut telah memperolehi beberapa kebebasan yang tertentu. Ia sudah mula menerima tanggungjawab untuk tingkah lakunya sendiri dan telah menjelaskan konsep betul dan salah bagi dirinya sendiri serta membentuk kata hati. Pada peringkat ini emosi kanak-kanak dinyatakan dengan kuat dan keras. Ini jelas dilihat apabila mereka tidak dapat sesuatu yang dikehendaki.Begitu juga apabila mereka letih atau lapar, emosi marah akan jelas kelihatan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga agak imaginatif. Misalnya, mereka menggambarkan adanya hantu di tempat yang gelap.Ini menyebabkan mereka berasa takut yang kadangkala disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Peringkat Akhir Kanak-Kanak (7-12 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak mempunyai ciri emosi berikut: i. Kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Malangnya ada di antara mereka yang gemar menyinggung perasaan orang lain seperti mengejek atau menyindir. ii. Kanak-kanak peka pada kritikan dan juga sukar menerima kegagalan. iii. Kanak-kanak juga juga gemar menolong guru menjalankan pelbagai tugasan seperti menghantar buku latihan ke bilik guru, menyapu lantai dan sebagainya. Dengan kata lain mereka suka menerima tanggungjawab. iv. Ketika berumur 9-12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan oleh rakan sebaya tetapi pada masa sama yang sama mereka masih bergantung kepada ibu bapa untuk sokongan kewangan dan moral. Walau bagaimanapun, mereka sedia menerima kebebasan yang terhad serta peraturan yang dikenakan ibu bapa.