ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Perkhemahan Pengakap di Sekolah Saya
Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya telah menyertai perkhemahan pengakap yang
diadakan di sekolah saya selama dua hari satu malam. Perkhemahan ini telah disertai
oleh 25 orang ahli pengakap dan diiringi oleh 4 orang guru penasihat.
Kira-kira pada pukul 7.30 pagi, kami telah berhimpun di padang sekolah. Ketua
perkhemahan, Cikgu Rosli memberikan taklimat ringkas kepada semua ahli pengakap
dan membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas. Kami
pasang telinga untuk mendengar arahan beliau.
Mula-mula, kami mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing. Semua
ahli pengakap berganding bahu untuk melaksanakan tugas yang diarahkan oleh ketua
kumpulan bagai aur dengan tebing. Selepas itu, kami menghadiri ceramah pertolongan
cemas di dewan sekolah. Cikgu Kamar dan beberapa orang ahli pengakap senior
mendemonstrasikan cara-cara memberi pertolongan cemas. Beliau juga mengajar kami
cara-cara membalut luka dengan kain anduh.
Pada waktu tengah hari, kami mengadakan pertandingan memasak. Setiap
kumpulan dikehendaki menyediakan satu hidangan tradisional. Kumpulan saya telah
menyediakan Nasi Goreng Kampung. Walaupun kami hanya berjaya mendapat tempat
ketiga, namun saya berasa sangat gembira kerana dapat mempelajari cara-cara
memasak dan menikmati masakan sendiri walaupun tidak seenak masakan ibu.
Pada sebelah petang, kami berlatih kawad kaki di tengah padang. Semua ahli
pengakap mendengar arahan ketua denga teliti. Kami berkawad kaki dengan penuh
disiplin dan semangat berpasukan. Kemudian, kami mengutip kayu api untuk
menyalakan unggun api di hadapan khemah.
Selepas makan malam, kami duduk mengelilingi unggun api. Setiap kumpulan
mempersembahkan pertunjukan mengikut kreativiti masing-masing. Cikgu Saifudin turut
memetik gitar sambil menyanyi lagu Rasa Sayang. Kami semua berasa gembira dan
terhibur.
Pada keesokan pagi, semua ahli pengakap menjalankan senamrobik di padang.
Selepas bersarapan pagi, kami pun membersihkan tapak perkhemahan dan berkemas
untuk pulang ke rumah. Kami telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan
yang berharga hasil daripada perkhemahan ini.
PETA BULATAN (I-THINK)

More Related Content

Perkhemahan pengakap di sekolah saya

  • 1. Perkhemahan Pengakap di Sekolah Saya Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya telah menyertai perkhemahan pengakap yang diadakan di sekolah saya selama dua hari satu malam. Perkhemahan ini telah disertai oleh 25 orang ahli pengakap dan diiringi oleh 4 orang guru penasihat. Kira-kira pada pukul 7.30 pagi, kami telah berhimpun di padang sekolah. Ketua perkhemahan, Cikgu Rosli memberikan taklimat ringkas kepada semua ahli pengakap dan membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas. Kami pasang telinga untuk mendengar arahan beliau. Mula-mula, kami mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing. Semua ahli pengakap berganding bahu untuk melaksanakan tugas yang diarahkan oleh ketua kumpulan bagai aur dengan tebing. Selepas itu, kami menghadiri ceramah pertolongan cemas di dewan sekolah. Cikgu Kamar dan beberapa orang ahli pengakap senior mendemonstrasikan cara-cara memberi pertolongan cemas. Beliau juga mengajar kami cara-cara membalut luka dengan kain anduh. Pada waktu tengah hari, kami mengadakan pertandingan memasak. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu hidangan tradisional. Kumpulan saya telah menyediakan Nasi Goreng Kampung. Walaupun kami hanya berjaya mendapat tempat ketiga, namun saya berasa sangat gembira kerana dapat mempelajari cara-cara memasak dan menikmati masakan sendiri walaupun tidak seenak masakan ibu. Pada sebelah petang, kami berlatih kawad kaki di tengah padang. Semua ahli pengakap mendengar arahan ketua denga teliti. Kami berkawad kaki dengan penuh disiplin dan semangat berpasukan. Kemudian, kami mengutip kayu api untuk menyalakan unggun api di hadapan khemah. Selepas makan malam, kami duduk mengelilingi unggun api. Setiap kumpulan mempersembahkan pertunjukan mengikut kreativiti masing-masing. Cikgu Saifudin turut memetik gitar sambil menyanyi lagu Rasa Sayang. Kami semua berasa gembira dan terhibur. Pada keesokan pagi, semua ahli pengakap menjalankan senamrobik di padang. Selepas bersarapan pagi, kami pun membersihkan tapak perkhemahan dan berkemas untuk pulang ke rumah. Kami telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga hasil daripada perkhemahan ini.