1. PERLEMBAGAAN KELAB GURU
DAN KAKITANGAN
(KGKT)
SK BUKIT CERMIN
28400 MENTAKAB
PAHANG DARUL MAKMUR
SESI 2014/2016
2. PERKARA 1 :
NAMA DAN ALAMAT
a. Nama : Kelab Guru Dan Kakitangan
SK Bukit Cermin.
b. Alamat : SK Bukit Cermin 28400 Mentakab Pahang.
PERKARA 2
MATLAMAT
Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana
bekerja di SK Bukit Cermin ini lebih kondusif dan produktif.
PERKARA 3
TUJUAN PENUBUHAN
3.1 Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan
pekerja dengan syarat tiada 'faedah' atau bermotifkan keuntungan.
3.2 Untuk membolehkan guru-guru dan pekerja berinteraksi dalam suasana sosial
yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan.
3.3 Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.
PERKARA 4
FUNGSI KELAB
Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan kelab yang
dinyatakan dalam perkara 3, seperti :
4.1 :Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan kakitangan
serta menjaga kebajikan mereka
4.2 :Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi
dan hubungan antara guru-guru dan pekerja serta sekolah.
3. PERKARA 5
KEAHLIAN
5.1 :Terbuka kepada semua guru dan kakitangan SK Bukit Cermin.
: Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik .
PERKARA 6
AHLI JAWATANKUASA
6.1 :Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai
Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan. Jawatankuasa ini dilantik oleh
ahli-ahli kelab setiap mesyuarat agung tahunan setiap tahun.
6.2 : Ahli Jawatankuasa Kelab Guru dan kakitangan hendaklah terdiri daripada
Guru atau Kakitangan masih lagi berkhidmat di SK Bukit Cermin.
6.3 : Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai ahli
jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk
sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa Kelab Guru dan
Kakitangan.
6.4 : Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.5 : Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat.
: Ahli Jawatankuasa yang ingin meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakkan jawatan kepada pengerusi.
6.6 :Perlantikan jawatankuasa yang baru diadakan setiap 2 tahun.
6.7 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri :-
6.7.1 Pengerusi
6.7.2 Timbalan Pengerusi
6.7.3 Setiausaha
6.7.4 Bendahari
6.7.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
6.8 Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa adalah bermula dari tarikh
pelantikan sehingga tarikh mesyuarat agung tahunan pada 2 tahun berikutnya
4. PERKARA 7
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas
perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang
ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.
7.1. : Pengerusi
7.1.1 : Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung
Tahunan dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 :Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 :Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang
tempoh berkhimat.
7.1.4 : Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat
apabila telah diluluskan.
7.1.5 :Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa- apa
peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab.
7.1.6 : Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas
sebagai pengerusi.
7.1.7 : Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna
dan teratur.
7.2 : Timbalan Pengerusi
7.2.1 : Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi
Pengerusi.
7.2.2 : Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi
7.3 : Setiausaha
7.3.1 : Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.
7.3.2 : Mencatat, menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa dan
mesyuarat agung tahunan.
5. 7.3.3 : menyediakan laporan-laporan untuk di bentangkan pada mesyuarat agung
tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
7.3.4 : Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab.
7.4 : Naib Setiusaha
7.4.1 : Membantu setiausaha dalam menjalan segala tugas-tugas dan fungsi setiausaha.
7.4.2 : Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
7.5 : Bendahari.
7.5.1 : Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab dengan
menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa ke semasa.
7.5.2 :Mengurus perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat
agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGKT.
7.5.3 :Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbagan daripada mana-mana
ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen
yang berkaitan .
7.5.4 :Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari
akaun kelab.
7.5.5 :Menyediakan laporan atau penyata kewangan untuk di audit dan dibentangkan
kepada mesyuarat agung serta laporan-laporan yang berkaitan.
PERKARA 8
KEWANGAN
8.1 : Setiapa ahli diwajibkan menbayar yuran RM 10.00 bagi setiap bulan.
8.2 : Setiap ahli juga boleh membayar yuran RM 50.00 bagi setiap 5 bulan pertama
atau RM 100.00 bagi tempoh 10 bulan.
8.3 :Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli
semasa mesyuarat agung tahunan.
8.4 :Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
8.5 :Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan kutipan khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
6. 8.6 :Semua pungutan / penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun yang akan
disediakan oleh bendahari.
8.7 :Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan semasa mesyuarat agung.
PERKARA 9
KEHADIRAN / PENYERTAAN
9.1 :Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung.
9.2 :Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab.
9.3 :Ahli yang belum menjelaskan tunggakkan yuran tahunan sebelumnya tidak boleh
menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa, melainkan mendapat
persetujuan AJK Kelab.
PERKARA 10
AKTIVITI
10.1 :Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat ahli
jawatankuasa KGKT.
10.2 :Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.
10.3 :Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli kecuali ahli-
ahli seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 9 perenggan 9.3.
PERKARA 11
MEMBERHENTIKAN
11.1 :Ahli-ahli yang bersikap tidak sopan atau menganggu ketenteraman kelab, boleh dipecat oleh
Jawatankuasa Kelab. Ahli yang dipecat berhak membuat rayuan dalam tempoh 14 dari tarikh
pemecatan , dan akan dipertimbangkan oleh AJK KGKT.
7. PERKARA 12
PINDAAN PERLEMBAGAAN
12.1 :Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
12.2 :Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli jawatankuasa KGKT
semasa mesyuarat Agung tahunan.
12.3 :Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dan AJK KGKT dan AHLI akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
12.4 :Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
pengerusi.
PERKARA 13
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
13.1 :Mesyuarat Agung tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun setelah tamat tempoh
setahun.
13.2 :Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihebahkan kepada ahli-ahli
selewat-lewatnya TIGA hari sebelum tarikh mesyuarat.
13.3 :Agenda mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut
13.3.1 : Ucapan pengerusi.
13.3.2: Membentangkan dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu.
13.3.3: Membentangkan dan menerima laporan kewangan /aktiviti
13.3.4 Membahaskan perkara berbangkit.
13.3.5: Pemilihan Jawatankuasa KGKT bagi tahun berkenaan.
13.3.6: Ucapan penangguhan.
13.3.7: lain-lain hal.
13.4 :Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan
dalam jawatankuasa KGKT serta menimbangkan lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan
dan kebajikan kelab. Pemilihan pemegang jawatan dibuat seperti berikut :
8. 13.4.1 : Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yang dinyatakan
dalam PERKARA 6. Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong.
13.4.2 : Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan yang ditandingi.
13.4.3 : Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.
13.5 :Mesyuarat Agung khas kelab boleh diadakan :
13.5.1 Bila difikiran mustahak oleh AJK KGKT.
13.5.2 Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis atau tidak kurang daripada ? daripada
jumlah ahli biasa dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.
13.6 :Mesyuarat agung khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh
di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu.
13.7 :Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan
kepada semua ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang ditetapkan
untuk mesyuarat.
PERKARA 14
KUOROM
Kourom mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti berikut :
14.1 ;Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli.
14.2 :Mesyuarat AJK KGKT hendaklah tidak kurang ? daripada jumlah bilangan AJK
KGKT.
14.3 :Jika kourom tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk
Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan
kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh AJK Kelab dan jika kuorom tidak cukup juga selepas
setengah jam daripada waktu yang ditetapkan mesyuarat ditangguhkan itu maka mesyuarat itu
berkuasa mengubah undang-undang kelab atau membuat keputusan-keputusan mengenai semua
ahli, mengikut nasihat Penasihat Kelab.
9. PERKARA 15
SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI.
15.1 :Bersara C Sumbagan untuk guru dan kakitangan yang bersara adalah berupa cenderahati
bernilai RM 100.00.
15.2 :Kematian saudara terdekat sahaja diberi sumbangan bernilai 50.00. saudara terdekat dalam
perkara ini ialah ibu bapa kandung, isteri dan anak-anak kandung ahli.
15.3 :Bertukar : Cenderahati bernilai RM 50.00 untuk ahli yang berkhidmat bawah 2 tahun, dan lebih
2 tahun diberikan cenderahati bernilai RM 100.00.( Bergantung kepada kewangan kelab )
15.4 :Bersalin anak pertama di sekolah ini akan mendapat cenderahati berjumlah RM30.00
PERKARA 16
PEMBUBARAN KELAB
16.1 Kelab akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir bagi tahun semasa.
Guru Besar ( Penasihat ) diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.