Teks ini membahas manfaat berolahraga dan nilai-nilai mulia yang dapat diperoleh dari berolahraga, seperti menjaga kesehatan fisik dan mental, mempererat hubungan sosial, belajar keterampilan dan disiplin, serta meningkatkan prestasi untuk membanggakan keluarga dan negara. Teks ini menyeru pembaca untuk aktif berpartisipasi dalam kegiatan olahraga selain akademik untuk menjadi pribadi yang seimb
1 of 1
More Related Content
Petikan mengandungi nilai
1. http://www.cikgusitiami.blogspot.com
Petikan di bawah mengandungi nilai-nilai murni. Baca dan fahami.
Tulis ulasan tentang nilai-nilai murni daripada petikan dalam bentuk perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Hadiri yang saya hormati,
Bersukan memberi faedah yang banyak kepada kita. Dengan bersukan, kita dapat
mengeluarkan peluh. Apabila kita berpeluh, badan kita akan menjadi cergas dan otak menjadi
cerdas.
Selain itu, amalan bersukan dapat mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga
dan rakan-rakan. Penglibatan dalam bidang sukan juga dapat membantu kita menambah
kewangan keluarga. Contohnya, apabila memperoleh kemenangan dalam acara sukan, hadiah
yang berbentuk wang dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan persekolahan atau
disimpan di bank.
Dengan bersukan juga, kita dapat mengetahui pelbagai teknik dan kemahiran dalam
sesuatu permainan. Kita juga akan dilatih untuk mematuhi peraturan dalam sesuatu
permainan yang disertai.
Seterusnya, kita akan berupaya meningkatkan prestasi sukan dan mengharumkan
nama sekolah, keluarga, negeri serta negara. Kita pasti berasa bangga dengan kejayaan yang
dikecapi dan dapat menjadi contoh kepada genarasi akan datang.
Akhir kata, saya ingin menyeru hadiri agar terlibat secara aktif dalam bidang sukan selain
bidang akademik. Hal ini akan menjadikan kita insan yang seimbang dalam bidang akademik
dan kokurikulum
Sekian, terima kasih.
http://www.cikgusitiami.blogspot.com