1. Petua Menulis
Contoh Tugasan, Tips dan Panduan Menulis (Menulis Kajian Lepas (Literature Review)
Kajian Lepas atau Literature Review adalah a critical analysis of the research conducted on a particular topic or
question in the field of science. Ia merupakan analisa berupa kritik (membangun maupun menjatuhkan) dari
penelitian yang sedang dilakukan terhadap topik khusus atau pertanyaan terhadap suatu bagian dari keilmuan.
Literature Review bukannya ringkasan terhadap sesebuah kajian lain tetapi merupakan cerita ilmiah terhadap
permasalahan kajian tertentu yang dilakukan oleh orang lain.
Literature Review dilakukan untuk:
i. Membentuk sebuah kerangka teori untuk topik/bidang penelitian
ii. Menjelaskan definisi, kata kunci dan terminologi
iii. Menentukan kajian, model, dll yang mendukung topik
iv. Menentukan lingkup penelitian
v. Topik penelitian.
Apabila melakukan Literature Review, tiga perkara utama perlu dicari, iaitu;
i. Katakan apa yang dikatakan oleh penelitian (teori).
ii. Katakan bagaimana penelitian dilakukan (metodologi).
iii. Katakan apa yang hilang/kurang, iaitu lompang (ruang kosong) yang ingin diisi oleh penelitian anda.
-Langkah yang perlu diambil apabila melakukan Literature Review;
2. Langkah 1: Membaca tulisan-tulisan ilmiah yang berkaitan
Langkah 2: Menilai semua tulisan ilmiah yang dibaca
Langkah 3: Buat ringkasan
Langkah 4: Gabungkan menjadi satu cerita ilmiah yang lengkap mengenai suatu masalah kajian berkenaan.
Langkah 1: Membaca Tulisan-Tulisan Ilmiah Yang Berkaitan
Anda perlu mengenalpasti bahan-bahan yang akan diteliti sebagai kajian lepas. Sumber utama yang perlu dicari
berdasarkan tulisan-tulisan yang diterbitkan dalam jurnal, laporan penelitian, kajian atau mendapatkan informasi
daripada seseorang yang pakar dalam bidang berkenaan melalui wawancara sama ada secara terus atau melalui mel
elektronik.
Analisis akan dilakukan terhadap tulisan-tuilisan yang telah dipilih ini akan dilakukan melalui beberapa tahap
bacaan ilmiah iaitu;
Tahap 1: Melihat Struktur Teks
Setelah menemui sesuatu artikel atau tulisan, anda perlu melihat struktur dan teks berkenaan seperti daftar isi,
abstrak, pengenalan, sub topik yang dibincangkan dan keseluruhan tulisan berkenaan sama ada sesuai atau tidak
dengan apa yang dicari. Tulisan berkenaan perlu dilihat dari sudut keberkaitan dengan apa yang ingin anda kaji
dalam tulisan anda.
Tahap 2: Bacaan Secara Terperinci
Apabila tulisan berkenaan sesuai dengan penelitian anda, anda perlu membacanya dengan lebih terperinci untuk
mencari penelitian tertentu yang akan mendukung Literature Review anda anda nanti. Teknik ini membolehkan
anda untuk mengenalpastikan kesesuaian bahan berkenaan.
3. Pada peringkat ini, anda perlu membaca sebanyak mungkin bahan bacaan untuk memperolehi sebanyak mungkin
maklumat dan pengertian umum mengenai kajian-kajian yang ada di dalam bidang kajian itu. Anda harus objektif
apabila melakukan penelitian.
Pada peringkat ini, tujuan membaca adalah untuk memberi penilaian dan kritikan terhadap kajian atau tulisan orang
lain yang dipilih. Jadi, anda tidak sepatutnya hanya memilih kajian atau tulisan yang sependapat dengan apa yang
anda anggap benar sahaja. Anda sepatutnya membaca semua tulisan yang berkaitan secara telus walaupun anda
tidak bersetuju dengan pendapat atau pengangan penulis tersebut.
Panduan Membaca Sumber
i. Skimming: Proses membaca dokumen objek secara cepat sambil mengambil inti-inti dari setiap perenggan.
Peoses atau cara ini dapat membantu melakukan penelitian dengan lebih cepat dan menyeluruh.
ii.Paragraph Statement (Statement Utama di dalam suatu perenggan): Membantu anda untuk memahami apakah
statement utama dalam perenggan berkenaan.
iii.Document Statement (Masalah kajian/Tema Penelitian): Statement utama dalam dokumen yang dibaca akan
dapat membantu anda memahami tema secara keseluruhan.
Langkah 2: Menilai Semua Tulisan Ilmiah Yang Dibaca
Semasa menilai sesebuah tulisan yang akan dijadikan rujukan dalam kajian lepas, beberapa perkara perlu diteliti
bagi memastikan kesesuaian sumber berkenaan;
A. Autoriti Penulis
4. Apabila meneliti tulisan yang ingin dijadikan kajian lepas atau Literature Review, autoriti seseorang penulis juga
perlu diambil kira. Anda tidak boleh menjadikan semua tulisan yang ditemui sebagai bahan rujukan tanpa
menyemak kredibiliti bahan berkenaan termasuk penulisnya.
Tulisan-tulisan di internet yang anda perolehi tanpa sumber yang boleh dipercayai tidak boleh dijadikan bahan
rujukan untuk tulisan ilmiah. Walau bagaimanapun, sekiranya tulisan berkenaan anda perolehi di laman web yang
boleh dipercayai yang dibina oleh Jabatan Kerajaan seperti PDRM, Cyber Security, Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA), Kementerian Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya, statistik atau maklumat berkenaan boleh
digunakan.
Anda perlu tahu Siapa yang melakukan penelitian? Apakah pengarang berkenaan merupakan orang yang memiliki
autoriti dalam bidang tersebut? Apa bukti yang dapat mendukung hal ini?
B. Tulisan ilmiah berkualiti
Sumber bacaan yang digunakan juga perlulah terdiri daripada tulisan ilmiah yang berkualiti. Ini bermakna, tulisan-tulisan
bersifat popular yang disiarkan untuk bacaan umum seperti di majalah, akhbar dan bahan bacaan popular
tidak sesuai untuk dijadikan rujukan dalam kajian ilmiah.
Anda juga boleh mendapatkan sumber rujukan yang terdapat dalam Jurnal elektronik dan database yang disediakan
secara dalam talian. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati apabila melakukan carian dalam internet yang
menghasilkan laman sawang tidak dapat disahkan kebolehpercayaannya.
Beberapa persoalan perlu dijadikan panduan untuk menentukan kualiti sesebuah tulisan;
i.Dari mana asal tulisan itu? Apakah berasal dari sumber yang valid misalnya institusi pendidikan?
ii.Apakah penelitian ini dijadikan rujukan oleh orang lain atau telah diterima oleh badan editorial misalnya.
Apakah jurnal tersebut diterbitkan dalam mana-mana jurnal?
5. iii.Jika berasal dari laman sawang (website), apakah memuat informasi pengarang, apakah laman sawang
berkenaan adalah dari sebuah institusi pendidikan? Apakah ada tarikh diterbitkan?
C. Kebolehpercayaan sumber
Kebolehpercayaan sumber boleh anda teliti berdasarkan beberapa perkara iaitu;
I.Apa yang dibahaskan oleh kajian itu?
ii.Apakah kajian ini diterima dalam bidang ini? Bagaimana anda boleh tahu sekiranya tulisan berkenaan diterima
dalam bidang ini? Salah satu cara untuk menjawab persoalan ini adalah dengan melihat apakah penelitian yang
sama telah digunakan dalam sumber atau tulisan lain apabila membincangkan topik yang sama, dan adakah sumber
rujukan ini telah digunakan secara berterusan dengan sumber yang lain?
iii. Apa yang membuatkan tulisan ini dapat dipercayai? Apakah rujukan dalam tulisan ini juga menggunakan
sumber rujukan yang boleh dipercayai juga? Sesebuah tulisan yang mempunyai bahan rujukan terhadap sumber
yang boleh dipercayai, maka tulisan tersebut secara teorinya boleh dipercayai.
D. Objektif
i. Apakah tulisan berkenaan terdapat bukti yang bias tentang sesuatu hal, contohnya, apakah anda akan percaya
apabila tulisan berkenaan menyatakan bahawa asap rokok tidak bahayakan kesihatan?
ii. Apakah statistik yang dinyatakan sesuai dengan penerbitan lain? Jika tidak, apakah argumen (metode, rancangan
penelitian dll) yang dipakai sebagai pegangan dasar dalam penelitian itu cukup meyakinkan?
iii. Apakah data yang dikemukakan itu benar? Adakah sumbernya boleh dipercayai?
D. Mutakhir dan Terkini
6. Apabila menulis tulisan ilmiah, anda perlu memastikan bahawa sumber rujukan yang digunakan terdiri daripada
tulisan yang terkini. Rangkuman tulisan berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun terkebelakang.
Jika anda menulis pada tahun 2010, bahan rujukan yang digunakan meliputi antara tahun 2000 hingga 2010.
Walau bagaimanapun, terdapat kekecualian terhadap sumber rujukan berkenaan, antaranya;
i. Jika menulis tentang sejarah sesuatu perkara atau rentetan peristiwa
ii.Menggunakan rujukan asal yang mencetus kepada sesuatu perkara; contoh teori darwin menjadi asas kepada
kajian tentang kejadian alam, merujuk tulisan hikayat-hikayat lama sebagai teks kajian dan sebagainya.
iii.Membandingkan perbezaan pendapat antara dua perkara atau tokoh yang berlaku pada zaman yang berbeza
seperti mengkaji pendapat Al-Ghazali dan tokoh Islam moden tentang sesuatu perkara, mengkaji pemikiran
Mahathir Mohamad dalam Dilema Melayu dan pemikiran masa kini tokoh itu.
iv. Dan sebab-sebab lain yang dirasakan relevan.
Jadi, anda perlu meneliti perkara berikut untuk menentukan kekinian sesebuah tulisan;
Tahun tulisan tersebut diterbitkan.
Apakah mungkin terdapat informasi yang lebih terkini?
Apakah anda menemukan tulisan yang lebih baru dan menimbulkan keraguan atau menentang beberapa
penemuan sebelumnya?
Sudahkah informasi terkini itu anda peroleh dan teliti kandungannya?
F. Cakupan
7. Apakah informasi yang tersedia sudah lengkap? Berdasarkan penelitian anda sejauh ini, apakah informasi
berkenaan telahpun mencakupi bidang yang diteliti?
Berapa ukuran sampel? Apakah sampel ini mencukupi?
Apakah ada penelitian lebih lanjut yang tidak disebut atau secara sengaja dihilangkan dari penemuan?
Langkah 3: Buat ringkasan
Anda boleh membuat ringkasan tentang sumber bacaan sambil membaca. Catatan berkenaan perlu mengikut
perkara berikut;
a. Apakah isi penting, teori, masalah utama yang diangkat dalam tulisan berkenaan?
b. Rangkumkan isi penting yang diajukan pengarang.
c. Catatkan secara terperinci sumber rujukan yang digunakan pengarang ini termasuk halaman yang dirujuk yang
anda anggap mungkin berguna dalam Literature Review.
d. Pastikan anda memiliki semua maklumat bibliografi seperti pengarang, tahun terbitan, judul buku, penerbit,
halaman dll.
e. Catat bagaimana pengarang menggunakan sumber asal rujukannya. Jika anda meniru atau menyalin kata-kata
pengarang asal secara langsung, anda perlu pastikan anda menulisnya dalam tanda petik dan menyebut
halamannya. [rujuk bagaimana cara menulis petikan yang betul].
f. Apa tujuan pengarang; baik yang tersurat mahupun tersirat?
g. Apa kesimpulan yang dibuat oleh pengarang? Apa yang disimpulkan atau penemuan dalam kajian ini?
8. h. Tulis juga pendapat anda tentang bacaan tersebut. Hal ini akan sangat berguna apabila anda melihat semula
catatan tersebut atau menggunakannya semasa menulis nanti.
Secara lebih mudah, senarai yang perlu anda catatkan pada bahagian ini adalah seperti berikut;
i. Penulis
ii. Tahun
iii. Judul
iv. Sumber (Nama Jurnal atau Prosiding)
v. Tujuan Penelitian
vi. Hipotesis kajian
vii. Metode Penelitian, Material, reka bentuk eksperimen yang dijalankan
viii. Data/Hasil
ix. Kesimpulan/Diskusi
Langkah 4: Gabungkan menjadi satu cerita ilmiah yang lengkap dalam bentuk tulisan
Menulis Literature Review
Gunakan rangkuman dan catatan untuk mengidentifikasikan hubungan dan kaitan antara pelbagai penelitian yang
telah anda lakukan.
Anda seharusnya boleh menentukan:
9. a. Persamaan dan perbezaan antara ramai pengarang dan penelitian yang telah mereka lakukan
b. Penelitian yang mana yang saling menyokong dan menentang?
c. Apa persoalan utama yang masih belum terjawab?
d.Arah penelitian yang mungkin boleh dilakukan kajian lebih lanjut?
Merangkum/menggabungkan semua tulisan
Untuk merangkumkan semua penelitian ini yang akhirnya menjadi kajian lepas atau literature review, anda perlu
membuat penggelompokan (kategorikan) semua penelitian yang mirip dan boleh digandingkan secara bersama
contohnya maklumat yang sama atau berbeza. Salah satu teknik yang sangat berguna untuk diamalkan bagi tujuan
ini adalah dengan menggunakan peta minda yang akan menyusun penelitian ke dalam bentuk isi utama dalam
setiap tema.
Tips: Menulis Literature Review:
i. Paraphrasing
ii. Rujukan/bibliografi
iii. Citing
Parafrasa (Paraphrasing)
Parafrasa adalah menulis semula apa yang ditulis penulis lain (dengan menggunakan ayat sendiri) tanpa
menghilangkan maksudnya. Tulisan ini kelihatan berbeza dengan tulisan asal kerana ayatnya telah diubahsuai,
tetapi masih lagi mempunyai maksud yang sama.
Cara ini dapat menghindarkan kita untuk mengutip statement seseorang secara langsung seperti apa yang
10. diungkapkan oleh orang itu. walau bagaimanapun, penulisan yang telah dilakukan parafrasa masih lagi
memerlukan anda memasukkan sumber rujukan sebagai tanda anda mengiktiraf tulisan asal dan mengelakkan
daripada terjebak dalam plagiat.
Contoh Paraphrasing - one statement
Dokumen asli: bersumberkan Majlis Keselamatan Jalan Raya, 2010. Maklumat lengkap tidak dinyatakan kerana
contoh ini hanya melibatkan cara menulis parafrasa sahaja.
Cuai dikenal pasti sebagai penyebab utama kemalangan maut di jalan raya sekali gus menjadi penyumbang kepada
peningkatan angka kematian di negeri ini. Lebih membimbangkan, faktor tersebut kebanyakannya berpunca
daripada pengguna jalan raya sendiri yang bersikap sambil lewa terhadap aspek keselamatan. Sikap cuai pemandu
serta tidak mengambil berat tentang keselamatan serta pematuhan undang-undang jalan raya dikenal pasti sebagai
punca utama bilangan nyawa terkorban di negara ini terus meningkat. Kajian mendapati sikap cuai pemandu untuk
memandu melebihi had laju serta tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat merupakan sebab utama
berlakunya kemalangan maut di negera kita.
Setelah diparafrasa:
Berdasarkan kajian, kemalangan maut yang berlaku di negara ini berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya
akibat gagal mematuhi aspek keselamatan dan undang-undang. Punca utama kemalangan maut berkenaan adalah
memandu melebihi had laju dan tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat menjadikan jumlah nyawa yang
terkorban dalam kemalangan di negara ini terus meningkat (Majlis Keselamatan Jalan Raya, 2010).
Contoh Paraphrasing multiple statements
Dokumen asli 1: Tulisan Zuhayati Yazid, 2006. Maklumat lengkap tidak dinyatakan kerana contoh ini hanya
melibatkan cara menulis parafrasa sahaja.
11. Anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama lumrahnya lahir daripada keluarga yang tidak mementingkan
agama. Ini terjadi kerana keluarga itu sendiri tidak memahami keperluan agama. Keadaan menjadi lebih buruk
apabila ketua keluarga lebih menumpukan perhatian dan menghabiskan tenaga untuk mencari nafkah. Akibat
daripada sikap ibu bapa seperti ini, anak-anak akan lebih cenderung dipengaruhi oleh orang sekeliling seperti
teman-teman sebaya dan sebagainya
Dokumen asli 2: Fatimah Yusoff, 2008. Maklumat lengkap tidak dinyatakan kerana contoh ini hanya melibatkan
cara menulis parafrasa sahaja.
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling
penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya
terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai
contoh kepada anak-anak
Setelah Parafrasa:
Ibu bapa sangat berperanan dan mempengaruhi kehidupan anak-anak melalui institusi keluarga yang kukuh. Asas
agama yang teguh dalam sesebuah keluarga menjadi benteng kepada para remaja agar tidak akan terjebak dalam
gejala sosial. Anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama kebiasaannya lahir dalam keluarga yang tidak
memahami dan mementingkan agama. Ketua keluarga pula sibuk mencari nafkah keluarga sehingga tidak dapat
meluangkan lebih banyak masa mendampingi anak remaja. Ini menyebabkan anak-anak akan lebih cenderung
dipengaruhi oleh orang sekeliling terutama rakan sebaya (Zuhayati Yazid, 2006; Fatimah Yusoff, 2008).
Mengutip (Citing)
Mengutip tulisan atau lebih dikenali sebagai Citing merupakan kegiatan mencantumkan beberapa tulisan yang
ditulis oleh penulis lain dalam buku, jurnal, prosiding seminar, internet dan sebagainya, terhadap pernyataan orang
lain secara langsung. Pernyataan berkenaan kemudiannya akan diparafrasa mengikut kesesuaian.
12. Contoh:
Abdullah Mohamad Said (1999) yang memetik maksud dalam Kamus Webster menjelaskan tentang makna alam
sekitar sebagai kesemua faktor dan keadaan fizikal, sosial dan kebudayaan yang mempengaruhi kewujudan dan
perkembangan organisma. Royston (1980) menjelaskan bahawa alam sekitar terdiri daripada faktor-faktor fizikal,
ekonomi, teknologi, politik, sosial dan kebudayaan. Ahli ekologi berpendapat alam sekitar merupakan kesemua
keadaan dan pengaruh luaran yang memberi kesan kepada kehidupan dan perkembangan organisma (Abdullah
Mohamad Said, 1999).
Rujukan/bibliografi
Memasukkan penerbitan yang dijadikan rujukan dalam kajian mengikut cara penulisan yang betul.
Rujukan untuk Buku sila rujuk Cara Tulis Rujukan dan Bibliografi Gaya UKM
Rujukan untuk Makalah dalam Jurnal dan prosiding sila rujuk Menulis Rujukan Makalah dalam Jurnal
Rujukan untuk sumber Internet sila rujuk Gaya UKM: Rujukan Tidak Terbit.
Literature Review Yang Baik
Anda dapat menghasilkan literature review yang baik apabila mampu menjawab persoalan-persoalan berikut;
1. Pilihan literatur
Sudahkan anda membaca dengan cukup luas berkaitan kajian tersebut?
Apakah tujuan dari review telah dikenalpasti dengan jelas?
13. Apakah tulisan anda mengandungi definisi yang jelas dan mengklasifikasi batasan daripada bacaan berkenaan
dengan penelitian yang bakal anda jalankan?
Apakah review menumpukan kepada perkembangan mutakhir topik itu?
Apakah review menggunakan sumber utama?
2. Kritikan daripada literatur
Apakah terdapat aliran yang logik dari penulisan anda?
Apakah struktur review anda telah dinyatakan dengan jelas?
Sudahkah anda membuktikan bahawa anda telah membaca dengan luas, sekaligus fokuskan kepada topik
penelitian yang spesifik?
Sudahkah anda fokuskan kepada masalah yang paling relevan?
3. Interpretasi
Sudahkah anda fokuskan dan membuat penilaian terhadap apa yang telah dibaca?
Apakah masih ada ruang yang lebar belum terisi dalam penelitian tersebut?
Sudahkah anda menggunakan hasil penilitian itu untuk membuat interpretasi anda terhadap Kajian itu?
Anda boleh melihat How to review literature and write literature review? yang ditulis Dr. Supyan, lengkap dengan
video berkaitan, dalam Bahasa Inggeris. Tulisan beliau akan melengkapkan lagi bacaan anda di entri ini.
Contoh literature riview
14. Berikut saya salin dan tampal literature riview yang ditulis dalam sebuah artikel yang diterbitkan dalam Jurnal
Pendidikan 31 (2006) 123-141. Tulisan ini merupakan artikel yang ditulis oleh Norlia Abd. Aziz, Subahan Meerah,
Lilia Halim dan Kamisah Osman yang boleh juga diperolehi sepenuhnya secara online berjudul Hubungan Antara
Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan.
Contoh literature riview:
Kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak dan Rashidi (1997) adalah untuk menentukan hubungan antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian Sains dan Matematik sekolah menengah rendah. Dalam kajian berkenaan, tiga
gaya pembelajaran telah dikemukakan iaitu gaya motivasi, gaya mendalam dan gaya permukaan dari Inventori
Gaya Pembelajaran Selmes (1987). Sampel kajian terdiri daripada 539 orang pelajar Tingkatan 4 di 20 buah
sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara ketiga-tiga gaya pembelajaran. Gaya motivasi mendalam mempunyai hubungan yang positif
dengan pencapaian Sains dan Matematik, sementara gaya permukaan mempunyai hubungan yang negatif. Ini
bermakna gaya motivasi dan gaya mendalam dapat meningkatkan pencapaian akademik. Asiah (1999) telah
menjalankan kajian untuk mengenal pasti tahap pencapaian akademik dan gaya pembelajaran di kalangan pelajar
Tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Instrumen yang digunakan ialah
Learning Style Inventory Dunn, Dunn and Price (1985). Sampel kajian seramai 97 orang pelajar Tingkatan 4 dari
aliran teknik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada korelasi antara pencapaian akademik dengan gaya
pembelajaran pelajar.
Kajian Tumerah (1996) menggunakan Grasha-Reichman Learning Style Inventory menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan etnik. Etnik Melayu menunjukkan kecenderungan
memilih gaya pembelajaran yang melibatkan aktiviti kumpulan. Sementara, etnik Cina menunjukkan
kecenderungan yang tidak dominan dalam semua gaya pembelajaraan. Sampel kajian terdiri daripada 171 orang
pelajar Semester 5 kursus Diploma Perguruan Malaysia di sebuah maktab perguruan di Sarawak. Misnan (1999)
15. dalam kajiannya untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian dalam mata pelajaran
bahasa Arab telah menggunakan Inventori Pembelajaran di Sekolah (Selmes 1987). Misnan telah mengubah suai
inventori tersebut kepada empat gaya pembelajaran.
Empat gaya pembelajaran itu ialah gaya hafalan, gaya perbincangan, gaya latihan dan gaya motivasi. Sampel
kajian terdiri daripada 200 pelajar Tingkatan 4 di enam buah sekolah di negeri Perak. Dapatan kajian mendapati
gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar cemerlang adalah gaya motivasi dan gaya hafalan. Sementara,
pelajar lemah mengamalkan gaya motivasi dan perbincangan semasa mempelajari Bahasa Arab.
Dapatan kajian oleh Norihan (2001) mendapati tidak wujud perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar pandai,
sederhana dan lemah dalam matematik. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kesan positif gaya pembelajaran
adalah sama ke atas semua pelajar, walaupun mereka mempunyai keupayaan yang berbeza. Selain dalam negara,
kajian gaya pembelajaran juga banyak dilakukan di luar negara. Misalnya, Geiser-William (1999) telah membuat
kajian terhadap pelajar-pelajar pinggir bandar gred 18 matematik. Beliau mendapati pelajar yang mengamalkan
learning- style- responsive dalam strategi pembelajaran Matematik telah menunjukkan kesignifikan yang tinggi
dalam pencapaian dan sikap mereka berbanding dengan pelajar yang menggunakan gaya tradisional.
Kajian Mcgowan (1998) terhadap 68 orang pelajar Afrika Amerika dari Fakulti Teknologi Perindustrian di
Universiti Mississippi menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik. Dapatan yang sama juga diperoleh oleh Cavanagh dan Stephen (1995) dalam kajiannya ke atas 192
pelajar jururawat menggunakan Inventori Gaya Pembelajaran Kolb. Beliau mendapati bahawa tiada hubungan
yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian.
Kajian yang dijalankan oleh Sadler-Smith (1996) menunjukkan terdapat perbezaan dalam gaya pembelajaran
antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan jantina, umur dan program belajar
16. dalam pendekatan pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Revised Approaches to
Studying Inventory (RASI). Hasil kajian ini mendapati pelajar lelaki mengamalkan gaya mendalam berbanding
pelajar perempuan yang lebih suka kepada gaya pembelajaran permukaan.
Kajian tentang gaya pembelajaran dengan jantina juga telah dijalankan oleh Watson (1997) terhadap 147 orang
pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina. Pelajar
lelaki dan perempuan sama-sama cenderung kepada gaya pembelajaran konkrit dan juga kombinasi gaya
pembelajaran konkrit dan abstrak.
Kajian oleh Engelbrecht dan Natzel (1997) menunjukkan terdapat perbezaan gaya kognitif antara pelajar kulit
hitam Afrika-Amerika dan Afrika Selatan. Instrumen yang digunakan ialah Childrens Embedded Figures Test
(GEFT) untuk menentukan gaya kognitif bagi 100 orang pelajar kulit hitam Afrika-Amerika dan 100 orang pelajar
kulit hitam Afrika Selatan Gred 4 dan 5. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar kulit hitam Afrika-Amerika
lebih suka menggunakan gaya field independent manakala pelajar Afrika Selatan pula lebih suka kepada gaya field
dependent.
Richardson dan Fergus (1993) telah menjalankan kajian di dua buah sekolah menengah di Monstserrat, Caribbean
untuk mengenal pasti gaya pembelajaran bagi dua kumpulan yang berbeza kebolehan, iaitu A dan B. Sampel kajian
terdiri daripada 114 orang pelajar Gred 9 yang berumur 14 tahun. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik
Inventory of Processes yang merangkumi empat skala gaya pembelajaran, iaitu proses mendalam, proses
menghuraikan, mempertahankan fakta dan belajar secara tersusun. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar dari
kumpulan A yang berkebolehan tinggi memperolehi skor yang tinggi dalam proses belajar secara mendalam,
belajar secara tersusun dan mempertahankan fakta berbanding dengan pelajar kumpulan B yang kurang
berkebolehan.