Dokumen tersebut membahasakan masalah pembuangan bayi dalam perspektif Islam. Ia menjelaskan faktor-faktor penyebab pembuangan bayi, kesan-kesannya, dan langkah-langkah untuk menangani masalah tersebut secara Islamik. Dokumen ini juga menyentuh tentang larangan zina dan pembunuhan dalam agama Islam serta hukum terhadap pengguguran kandungan.
1 of 26
Downloaded 16 times
More Related Content
Pi assignment 100%
1. Solusi Islam Dalam Pengguguran Bayi
Muhammad Syamim Hafidz Bin Jaafar 0713001302
Muhammad Firdhaus Bin Zakariah 0713001294
Mohammad Nizam Bin Abdullah
Farrah Syazwanie Binti Ismail
MPW 1143
Semester 1 Batch 26 G2
3. Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing
didengari dan berlaku dalam masyarakat Malaysia malah di
merata tempat. Bagi masyarakat kian membangun
ini, membuanag bayi adalah satu cara paling mudah
dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan
hamil. Menurut kes ini, perempuan yang telah
dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas
pembuatan penzinaan tersebut.
Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat
32 yang bermaksud:
Dan janganlah kamu mendekati
zina, sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu
jalan yang buruk.
4. Metodologi
Sumber yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan ini
keseluruhanya daripada sumber internet.
Contohnya : blog , web dan sebagainya.
5. Tujuan kajian.
Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi ini dalam islam.
Kajian ini juga bertujuan untuk melihat kesan-kesan negatif
permasalahan ini kepada semua pihak iaitu individu , masyarakat
dan negara.
Akhir sekali ialah mencari langkah-langkah mencari jalan
penyelesaian bagi masalah ini .
6. Kes pembuangan bayi?
Kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan
berlaku dalam masyarakat Malaysia.
Bagi masyarakat kian membangun ini, membuang bayi adalah satu
cara paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan
penzinaan dan hamil.
Oleh kerana tidak mahu malu atas perbuatan tersebut mereka
membuang bayi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya terutama di
kawasan tapak pembuangan sampah, longkang, lubang
tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan
sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui
7. Sambungan
Dalam ajaran Islam pembuangan dan penguguran bayi sangat
diharamkan di kalangan masyarakat islam. Ianya dianggap satu
dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimanapun
yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 93:
Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka
balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah
murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan
baginya azab seksa yang besar"
8. Definisi pengguguran bayi
Pengguguran ditakrifkan sebagai penamatan kehamilan oleh
penyingkiran atau disingkirkan daripada rahim janin atau embrio
sebelum ia berdaya maju, pengguguran boleh berlaku secara
spontan,.
mencampakan , melemparkan , menghapuskan dan menghilangkan
Bayi ?
= anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu.
Pembuangan bayi?
= perbuatan perbuatan si ibu yang membuang anaknya yang tidak
berdosa itu ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berkemanusiaan.
9. Hukum
Hukum seorang ibu menggugurkan janin atau kandungannya tidak
disebut secara jelas dalam al-Quran dan hadis Nabi. Namun apa
yang jelas, al-Quran dan Hadis Nabi mengharamkan pembunuhan
kerana Islam adalah agama yang sangat mementingkan kehidupan
dan kesejahteraan manusia seluruhnya.
Mengikut pendapat para ulama, hukum pembuangan bayi ini adalah
haram. Kerana sikap ini hanya dilakukan oleh masyarakat jahiliyah
pada masa zaman dahulu.
10. Baby hatch? (kajian kes)
Bertujuan untuk menyediakan tempat perlindungan yang
sepatutnya kepada bayi-bayi yang terlah dan hendak
dibuang.
Membawa maksud sebagai pusat perlidungan bagi bayibayi yang tidak bersalah.
Ia merupakan tempat yang selamat bagi bayi-bayi ini.
Hal ini bertujuan bagi mengurangkan kes-kes
pembuangan bayi.
Program ini mula beroperasi sejak mac 2010
Program ini ditubuhkan daripada NGO
Banyak pandangan berkaitan halbaby hatch ini.
11. Pandangan terhadap baby hatch ?
Baik ?
Buruk?
Dapat mengurangkan
Kos yang tinggi.
bilangan kes
pembuangan bayi ini.
Merupakan tempat
perlindungan kepada
bayi-bayi tersebut.
Seperti mengalakkan
zina.
Pergaulan bebas
semakin berleluasa.
Banyak berlakunya keskes seperti rogol.
13. Faktor-Faktor Pengguguran Bayi
Kurang Didikan dan Kefahaman Agama
Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan
pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang
haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejalagejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya.
Pengaruh Rakan Sebaya
Remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal
ini menjadi bertambah teruk apabila mereka rakan-rakan yang
negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan
perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat
Sikap Ingin Tahu Remaja
Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh
mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang
sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang
lain, lebih-lebih lagi seks rambang.
14. Kurangnya kawalan oleh ibu bapa kerana terlalu sibuk dengan
urusan mencari nafkah dan kekayaan dunia. Anak dibiarkan bebas
tanpa sedikit pun kawalan.
Sistem pendidikan yang terlalu mengutamakan akademik juga
menjadi pemangkin meningkatnya kes pembuangan bayi.
Anggota masyarakat dan jiran yang mengambil sikap seperti enau di
dalam belukar menyebabkan kes pembuangan bayi sukar
dibanteras.
15. Isu semasa
Melalui kemajuan ekonomi kita kini turut antara punca pembuangan
bayi kerana apa sahaja yang mereka layari seperti pendidikan juga
turut mengeluarkan gambar dan video yang tidak senonoh .
remaja sekarang mudah melayari laman sesawang apa-apa sahaja
termasuk bahan-bahan lucah, penayangan filem berunsurkan seks
oleh media zaman sekarang.
Bahan- bahan ini telah mendorong mereka dan membangkitkan
nafsu serakah untuk melakukan maksiat dan penzinaan yang
membawa kepada lahirnya anak luar nikah.
16. Contoh isu semasa
Pengaruh budaya barat
Penyebaran laman web lucah yang berleluasa
Penjualan kondom secara terbuka
Pusat pelacuran semakin banyak
Aktiviti sosial yang tidak terkawal
17. Kesan berlakunya kes ini
KESAN KEPADA BAYI
i) Mereka juga mungkin terpaksa memikul gelaran anak luar nikah
walaupun mereka tidak berdosa..
ii) Apa yang lebih teruk, bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan
yang dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai hati nurani
kerana bayi-bayi ini dibuang di tempat yang tidak sepatutnya
diduduki oleh bayi yang masih lemah dan kecil, misalnya dibuang di
tandas, rumah kosong, sungai, longkang, tong sampah atau rumah
ibadat. Selain itu,tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai
makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut
menjadi pilihan.
18. .
KESAN KEPADA IBU BAYI
i) Dipandang serong oleh masyarakat disebabkan kesempitan hidup
wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui perasaan takut
dan malu serta kemungkinan disisihkan oleh keluarga dan kawankawan
ii) Kesan dari sudut perubatan adalah pesalah akan mengalami
jangkitan kuman, kecederaan sewaktu bersalin dan juga kehilangan
darah kerana tidak berada dalam jagaan yang sebenar. Majoritinya
mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital mahupun
orang lain.
iii) Selain itu, kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah
akan mengalami kemurungan, hilang keyakinan diri, rasa
bersalah, resah dan juga masalah emosi.
Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya
salah dari segi undang-undang agama dan negara.
19. KESAN KEPADA KELUARGA
i) keruntuhan institusi kekeluargaan akibatnya wujud
ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Hal ini disebabkan, ibu bapa
berasa malu mempunyai anak sebegitu. Bahkan, keluarga itu iaitu
pastinya diperkatakan oleh jiran sekeliling menyebabkan mereka
malu untuk bergaul dengan orang ramai lagi.
ii) Mungkin juga akan wujud penceraian kerana ibu menyalahkan
bapa, bapa menyalahkan ibu tersebut kerana tidak pandai
memelihara anak-anak sehingga menconteng arang di muka
mereka. Oleh itu masa depan anak - anak akan terbiar dan tidak
terpelihara sekiranya ibu bapa bercerai.
20. KESAN KEPADA NEGARA
i) Kerancakan pembangunan Negara akan terbantut dan
pertumbuhan ekonomi Negara juga sukar berkembang kerana wujud
masalah sosial.
ii) Perbelanjaan kerajaan akan turut meningkat untuk menampung
bayi yang akan diletakkan di rumah kebajikan masyarakat
21. Cadangan dan langkah-langkah
mengatasi
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hendaklah diperluas dalam
kalangan remaja yang bermasalah. Remaja perempuan yang sudah
terlanjur anak luar nikah hendaklah dibantu bukannya disisihkan.
pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen
kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini
dan seterusnya dapat menangani masalah ini.Peranan media ini
penting dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besarbesaran tentang kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anakanak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah
kebaikan.
22. kesimpulan
Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 yang bermaksud:Dan
janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. Ayat di atas
menunjukkan di antara perintah pencegahan yang turunkan oleh
Allah swt sebagai pencipta manusia bagi mencegah manusia
daripada penzinaan yang seterusnya membawa kepada
kemusnahan hidup di dunia. Telah dinyatakan dengan jelas
bahawasanya penzinaan adalah satu perbuatan yang terkutuk dan
dibenci di sisi tuhan serta masyarakat. Sebelum ini kita sering
memperkatakan permasalah pergaulan bebas, penagihan dadah
dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat. Dan kini kita dikejutkan
pula dengan kes pembuangan bayi tanpa belas kasihan. Dimana
bayi-bayi itu dibuang dengan bermcam-macam keadaan yang tidak
sanggup lagi didengar dan dilihat.
23. Stastik kes pembuangan bayi adalah seperti yang dikeluarkan oleh
PDRM dan data yang dikumpulkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Statistik ini cuba diperkuatkan dengan melihat
perangkaan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
(2004-2010)