Pidato ini membahas tentang pentingnya melahirkan generasi muda yang berkualitas sebagai "Permata Ummah". Pidato menyerukan agar orang tua dan guru menanamkan pendidikan akhlak dan agama kepada anak-anak, bukan hanya motivasi sementara atau hiburan melalui televisi. Pidato juga menyeru generasi muda untuk meninggalkan gelaran negatif dan berperan aktif memajukan negara.
1 of 3
More Related Content
Pidato pencetus ummah.
1. TAJUK PIDATO: PERMATA UMMAH
Pucuk manis permatang budi,
Pucuk purut di getus rusa,
Yang manis bernama budi,
Yang indah bernama bahasa.
Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia , guru-guru, rakan-rakan,
kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga
masa yang budiman, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasih
sekalian. Assalamualiakum warahmatuulah hiwabarakatu, Salam1Malaysia
pembuka kata.
Saya Imran Iskandar akan menyampaikan pidato yang bertajuk Permata Ummah.
Permata ummah? siapa permata ummah? Siapa?.
Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi
menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato
agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah
berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala :
Yang buta tidak teraba-raba,
Yang pekak tidak tertanya-tanya,
Yang kecil tidak terambin-ambin,
Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.
Menurut Kamus Dewan Permata Ummah bermaksud umat yang berharga
kepada ibu bapa, agama, bangsa dan Negara. Justeru itu, sayalah permata ummah
begitu juga saudara dan saudari sekalian.Kita harus bersyukur menjadi permata
ummah di Malaysia. Pendidikan teratur, aman dan bumi makmur.
Rakan-rakandan warga pendengarsekalian.
Pentingkah permata ummah ini ? Mari kita teliti..10 atau 20 tahun lagi jika orang
dewasa atau pemimpin hari ini tidak berdaya Maklumlah
2. Mata dah kabur..Uban mula bertabur
Gigi dah gugur..Dah dekat dengan kubur
Siapa penggantinya? Haa..kitalahmungkin saya.. andaataupun mereka di luar
sana. Sekarang, mari kita fikir bagaimana hendak melahirkan permata ummah
yang berkualiti.
Rakan-rakan.
Sering kita dengar berita, bayi yang masih kecil dibuang sana sini seperti
sampah.Sebenarnya binatang pun tidak sanggup berbuat begitu. Sanggupkah kita
lihat keadaan seperti ini selama-lamanya? Namun kalaulah situasi berterusan
bagaimana kita hendak melahirkan permata ummah yang berwawasan? Masing-
masing bagai hendak pecah kepala berfikir bagaimana hendak menghindar anak-
anak daripada gejala sosial pada hari ini .
Ada ibu bapa dan guru-guru yang menghantar anak-anak pergi kursus motivasi.
Tetapi selepas dua tiga minggu motivasi menjadi basi. Beli pula televisyen
berpuluh inci dengan harapan pintu terkunci. Rupa-rupanya maksiat di kaca
televisyen. Inilah santapan rohani remaja sekarang.
Jika dahulu umat Islam disuntik dengan hiburan seperti nasyid, Filem-filem
berpengajaran mengigatkan kita agar tidak tersesat jalan dan para ambiak menjadi
role model, tetapi sekarang Justin Bieber Syakira dan lain-lain lagi menjadi idola
anak-anak. Apabila azan berkumandang anak-anak masih di depan televisyen.
Inikah caranya untuk melahirkan permata ummah?
Haiyaalalfalah..
Marilah menuju kejayaan
Inilah barisan kita
Yang solat berjemaah
Dapat pahala melimpah
Barulah maco dan gagah
Semboyan azan berbunyi
Apa tunggu-tunggu lagi.
3. Jika ibu bapa ingin melahirkan permata ummah, isilah rohani anak-anak dengan
dengan pendidikan akhlak,hukum fekah dan syariah serta amalan sirah sebagai
ikutan ummah.
Sebelum kata saya akhiri sebelum kaki melangkah pergi, saya menyeru rakan-
rakan remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan Negara. Oleh itu,
pelbagai gelaran yang tercipta seperti Mat Rempit, Mat Gian, Samseng
Jalanan, bosiah, bohjan, kaki lepak perlu dihapuskan. Gelaran ini hanya
memberi gambaran buruk terhahap masa hadapan Negara dan umat. Ayuh,
remajaku, gegar dunia harumkan Negara sebagai Permata Pencetus Ummah .
sekian
Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w