1. Ahad, 22 April 2012
Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012
Cara tulis hasil kajian
1. Tajuk kajian
Perusahaan Makanan – Kerepek Pisang
2. Senarai kandungan
Bil Perkara
1 Tajuk kajian
2 Senarai kandungan
3 Penghargaan
4 Objektif kajian
5 Kaedah kajian
6 Hasil kajian
6.1. maklumat asas produk
6.2. latar belakang
6.3.kaedah / cara penghasilan
6.4. perkembangan produk
7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
3. Penghargaan
Syukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan
Kerja Kursus Sejarah pada kali ini yang bertajuk Produk Kerepek Pisang. Saya juga ingin
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Encik
Mohamad Bin Ali kerana telah membantu saya dalam penyediaan kerja kursus ini. Hasil
tunjuk ajar beliau sepanjang penyediaan kerja kursus ini merupakan hasil komitmen yang jitu
daripada beliau.
2. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Abu Bin
Isnin dan Puan Aminah Bt Talib yang memberi kebenaran kepada saya dalam usaha
menyudahkan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya Rabu Bin Harun dan Khamis
Bin Syawal kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa kepada saya dalam proses
melaksanakan kerja kursus ini. Sekian terima kasih.
4. Objektif kajian
1. Mengkaji dan meneliti peranan pengeluaran produk makanan tempatan di negara kita.
2. Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan
langkah
3. Menentukan faedah produk makanan tempatan di negara ini daripada segi ekonomi dan
sosial.
4. Menyenaraikan jangkaan masa depan dan permasalahan produk keluaran tempatan di negara
kita.
5. Kaedah kajian
Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja
Kursus Sejarah 2012 . Maklumat adalah seperti di bawah.
1. Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk beberapa buku di perpustakaan bagi
mendapatkan maklumat yang diperlukan.
2. Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaiatan dengan tajuk
kajian dengan lebih mendalam .
3. Kaedah Melawat Tempat Kajian saya praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut
berkaitan hurian kajian kerja kursus ini.Saya melawat tempat kajian pada 2 Mac 2012 pada
pukul 2.30 petang di lokasi XXXX.
4. Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian pada akhbar dan majalah .
6. Hasil kajian
a. maklumat asas produk tempatan
i. nama produk
Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah kerepek pisang. Pengusaha ini mengeluarkan
pisang tanduk ,kapok , berangan , nipah dan pisang lang.
- masukkan gambar barangan yang telah dipacking
3. - contoh barang keluaran lain ( kalau ada )
ii. kategori
Produk tempatan yang dikaji ialah makanan ringan iaitu kerepek pisang.
iii. nama pengusaha / syarikat / status hak milik
Produk kerepek pisang ini telah diusahakan oleh Encik A bin B. Beliau telah menubuhkan
syarikat ABC ini mulai tahun 2000 sehingga sekarang. Encik A Bin B merupakan pemilik
tunggal ( tuan punya ) perusahaan kerepek pisang ini.
iv. Lokasi
Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 13 Jalan Selasih , Felcra
Bukit Kepong Muar. Ianya terletak kira-kira 85 kilometer daripada bandar Muar . Lokasi
tempat kajian ini bolehlah dikatakan berada di luar bandar.
- buat peta dari jalan utama menunju ke tempat kajian – ringkas sahaja/ jadikan lampiran.
Letakkan petujuk sekali / nama jalan / kawasan sekeliling/ macam peta orang kerja kahwin tu
tapi detail sikit .
b. latar belakang
i. sejarah kewujudan
(penerangan saya - bila produk ini dimulakan pengeluarannya. Siapa yang terlibat , berapa
banyak pengeluaran , di mana ia dijalankan )
Perusahaan kerepek pisang ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 1990. Ianya
dilakukan oleh Encik A Bin B bersama isterinya iaitu Puan C Bt D. Kerepek yang dikeluarkan
pada skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk
kampung.
- kalau ada gambar lama – scan / print/ untuk tunjukkan perbezaan dahulu dan sekarang
ii. punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil bantuan atau pinjaman
- ( penerangan saya - bagaimana pengusaha memulakan perusahaannya / adakah dengan
menggunakan duit bank/ pinjaman / pinjaman daripada saudara mara / ambil alih daripada
orang lain atau warisan keluarga / meneruskan legasi
Contoh - Pada awal pengeluaran kerepek pisang , Encik A bin B menggunakan wang
simpanannya di bank bagi memulakan perniagaan dan pengeluaran kerepek pisang.
Sekitar tahun 2008 beliau telah mendapatkan pinjaman daripada bank pertanian sebanyak RM
10 000 untuk membeli mesin yang lebih baik dan dapur. Beliau juga menggunakan wang
tersebut untuk membeli beberapa peralatan baru seperti xxxxxx.
Pihak Jabatan Pertanian juga ada memberikan bantuan daripada segi xxx.
Pihak Fama dan Mardi membantu beliau dengan cara XXXX.
iii. pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan
4. - phostostat lesen pengusaha- jadikan lampiran
- kalau dia tak bagi – ambil gambar sahaja
- kalau tak ada lesen – tuliskan pengusaha ini tidak memiliki lesen perniagaan
- lihat tarikh mulakan perniagaan / lesen diperolehi
- nama dan alamat lokasi perusahaan boleh ambil di sini.
iv. tujuan / kepentingan produk
- ( penerangan saya ) kenapa produk dijual
- kepentingan produk – memenuhi keperluan setempat/ tempatan / permintaan orang ramai
/ penuhi permintaan kedai runcit / untuk majlis perkahwinan/ tempahan taman perumahan /
syarikat pemaju/ kilang
Contoh huraian
Kerepek pisang jenama Kerepek Felcra ini dijual oleh pengusahanya di beberapa kawasan di
sekitar pekan Labis dan beberapa pasar raya di bandar Segamat iaitu seperti Giant, Kip Mart
dan Nirwana. Pengusaha membekalkan kerepek ini dalam jumlah 100 bungkus seminggu.
Setiap pek ini beratnya ialah kira-kira 400 gram dan dijual dengan harga RM 4.00.
Beberapa kedai runcit juga ada menempah kerepek ini tetapi dalam jumlah pesanan yang agak
sedikit iaitu kira-kira 40 peket sebulan. Terdapat juga permintaan daripada penduduk
setempat yang membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan. Biasanya
ia dijadikan cendera mata semasa majlis perkawinan.
( kalau ada masukkan gambar packing kecil / besar )
c. kaedah / cara penghasilan
i. tenaga kerja
- berapa tenaga kerja diperlukan
- adakah bergaji- nyatakan jumlah gaji secara mudah ( antara RM 600 ke RM 900 )
- bilangan pekerja/ umur / jantina
- sumber pekerja dari mana( penduduk tempatan )
- kemahiran yang ada pada pekerja
- kalau rajin buat senarai nama pekerja / umur / 3hn pengalaman berapa tahun bekerja
- pekerja sepenuh masa / separuh masa
contoh
- Encik A bin B menggajikan kira-kira 3 orang pekerja bagi membantu dalam penghasilan
kerepek pisang beliau. Pekerja ini digajikan bagi membantu kerja –kerja pengeluaran daripada
awal hingga akhir. Pekerja yang dimaksudkan ini datangnya daripada penduduk setempat dan
berumur dalam lingkungan 40 hingga ke 50 tahun. Pekerja akan bekerja daripada pukul 8.00
hingga 4.00 petang. Mereka akan berehat pada pukul 12.30 hingga pukul 2.00 petang. Encik
A bin B tidak bekerja pada hari Ahad. Pekerja ini boleh dikatakan mahir dalam kesemua
proses pengeluaran kerepek pisang kerana ianya tidak memerlukan kemahiran yang tinggi
bagi menghasilkannya. Penggunaan mesin hanyalah pada peringkat pemotongan kecil pisang
mentah.
ii. senarai bahan yang digunakan
5. - bahan yang digunakan oleh pengusaha bagi menghasilkan produk.
Contoh
- Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut kuantiti yang berikut bagi
menyiapkan satu pengeluaran / sehari
- Pisang tanduk – 50 kg
- Minyak masak – 5 kg
- Garam – 200 gm
- Kalau rajin ambil gambar bahan/ tuliskan apa bahan itu
- Kalau tak ada cari kat internet contoh bahan yang digunakan
- Tak perlu detail
iii. senarai peralatan
- bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan peralatan seperti di bawah :
- Kuali -
- Tong gas – 1 unit
- Alat Tapisan – 2 unit
- Dulang – 10 unit
- Plastik –
- Mesin pemotong pisang
- ambil gambar dengan nama mesin yang berkaitan/ tak perlu semua
iv. proses kerja / peringkat penghasilan bahan
- pembuatan barangan keluaran ini memerlukan beberapa proses iaitu
- aktiviti a
- aktiviti b
- aktiviti c
- aktiviti d
- buat gambar proses pengeluaran dijalankan
- sediakan gambar rajah jika perlu bagi setiap peringkat pengeluaran
Bagi menghasilkan kerepek pisang , pisang tanduk yang dibeli akan dibuang kulit luarnya
dengan menggunakan pisau biasa. Setelah kulit luar dibuang pisang tersebut akan direndam
dengan air untuk membersihkannya. Proses seterusnya ialah memotong pisang nipis-nipis.
Seorang pekerja akan memasukkan pisang tersebut ke dalam lubang pada mesin pemotong
pisang. Hasilanya akan mengeluarkan satu bentuk hirisan yang standard dan dapat dilakukan
dengan mudah dan cepat. Masa yang diambil untuk memotong nipis pisang ini ialah kira-kira
setengah jam sahaja. Seterusnya pisang tersebut akan dimasukkan ke dalam kuali yang berisi
minyak dan garam . Tujuan garam diletakkan sedikit demi sedikit di dalam kuali ini ialah
bagi menyebatikan rasa garam dengan pisang tersebut. Sukatan garam yang sesuai hendaklah
dibuat supaya minyak bercampur garam tersebut tidak terlalu masin. Jika terlalu masin
pelanggan tidak akan membeli kerepek ini lagi. Pada masa ini jumlah garam yang
dimasukkan adalah mengikut keperluan dan mengikut sukatan yang seragam.
d. perkembangan produk
6. i. kemajuan yang dicapai – kapasiti / jumlah pengeluaran / kakitangan / teknologi /
keuntungan yang diperoleh
sepanjang beberapa tahun pengeluaran kerepek pisang Encik Ali Bin Abu ini beliau yang
bermula dengan cara kecil –kecilan pada masa sekarang telah mengedar dan memasarkan
barangan keluarannya dengan lebih meluas. Jumlah tempahan bulanan beliau mula bertambah
iaitu kira-kira 500 peket sebulan untuk memenuhi permintaan setempat dan pasar raya.
Dengan jumlah jualan yang mula bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau
bertambah dan mampu membesarkan lagi perusahaan beliau.
ii. cabaran / masalah yang dihadapi
Anara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah beliau pernah berhadapan dengan
masalah bekalan pisang yang tidak stabil. Pernah juga beberapa ketika pisang tanduk yang
menjadi menu utama pengeluarannya tidak dapat dibekalkan oleh tuan punya kebun pisang.
Beliau terpaksa membeli pisang tersebut daripada pembekal yang lain. Ini menyebabkan
berlakunya perubahan daripada seri harga belian pisang. Ini menyebabkan beliau terpaksa
menaikkan harga jualan setiap pek kerepek yang dijual. Keadaan ini menyebabkan jumlah
permintaan dikurangkan oleh pembeli.
Pengusaha juga berhadapan dengan masalah kenaikan harga minyak masak. Keadaan ini
menjejaskan margin keuntungan kerana kos pengeluaran bagi pembelian minyak masak
adalah besar.
iii. potensi produk
Produk kerepek keluaran Encik Ali Bin Abu ini berpotensi untuk dikembangkan . Ianya
adalah memandangkan beberapa faktor seperti permintaan yang agak tetap kerana kerepek ini
selalu dimakan dan dihidangkan dalam banyak keadaan. Contohnya semasa kenduri kendara ,
majlis perkahwinan dan sebagainya.
-
iv. perancangan masa hadapan
Pada masa akan datang beliau bercadang untuk menambah pengeluaran kerepek pisang
daripada segi keluaran dan jaringan pemasaran. Oleh yang demikian beliau ada bercadang
untuk mengusahakan kebun pisang di kawasan tempat tinggal beliau dan mungkin
menggunakan peraih yang tetap bagi mendapatkan bekalan pisang untuk jangka masa yang
panjang.
Beliau juga mungkin mengeluarkan kerepek pisang yang manis , kerepek pisang pedas iaitu
mengambilkira daripada barangan berasaskan ubi kayu. Namun begitu perkara ini masih
belum dilaksanakan kerana beliau tidak dapat menjangkakan sambutan daripada masyarakat
buat masa ini.
7. rumusan – unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini / iktibar kepada diri
calon , bangsa dan negara
Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai
perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan
7. bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah kajian yang saya lakukan ini juga
menelurkan beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan
, sangat pantas jika kita berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur
kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun.
Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada
perkembangan dan kemajuan pesat perusahaan ini adalah kerana nilai-nilai murni yang
diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada pengusaha dan juga para pekerja . Di
sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat
menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan
diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap daripada mereka . Ia melahirkan satu
bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka.
Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga
merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus
beliau yang menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap
tindakan dan langkah yang dilakukan .
Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang
pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai dengan
proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.
8. lampiran
a. gambar ( proses pengeluaran / barangan keluaran )
b. peta / lokasi di mana tempat kajian dijalankan/ ringkas sahaja
c. dokumen – lesen / photostat/ gambar lesen
d. bahan lain yang berkaitan
9.