Pjm 3115 pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani (2)
1. PJM 3115 PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
TAJUK : MENGUKUR KECERGASAN
KANAK-KANAK DAN AKTIVITI FIZIKAL
NAMA GURU PELATIH : NOR HANANI BINTI ABDUL HALIM
HAZWANI BT KAMALUDDIN
NOR AMALINA BT CHE ZAM ZAN
NAMA PENSYARAH : CHE ISHAK BIN ISMAIL
2. DEFINISI KESIHATAN
Sebagai kualiti hidup yang merangkumi kecergasan fizikal,
emosi, sosial, mental, dan kerohanian individu hasil daripada
adaptasi dengan persekitaran (Donattelle dan Davis, 1996
dalam penulisan Zolkifli bin Abd Ghani 2006).
Antara aspek yang selalu dikaitkan dengan kesihatan ialah
kecergasan fizikal (Sallis dan Patrick, 1994dalam penulisan
Zolkifli bin Abd Ghani 2006 ).
Nieman (1998) dalam penulisan Zolkifli bin Abd Ghani 2006
mentakrifkan kecergasan fizikal sebagai keadaan di mana
seseorang itu mempunyai tenaga dan kekuatan yang cukup
untuk melakukan tugas harian dan aktif tanpa merasa lesu.
PENGENALAN
3. Antara komponen terpenting dalam kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan yang kerap dikaitkan dengan
penyakit ialah kecergasan kardiovaskular (ACSM, 1998
dalam penulisan Zolkifli bin Abd Ghani 2006).
Justeru itu amat penting penekanan diberikan kepada
pengetahuan, penilaian dan pencapaian kecergasan
kardiovaskular dalam sesuatu program kecergasan.
4. Pate (1991) dalam penulisan Zolkifli bin Abd Ghani
2006 melaporkan bahawa terdapat hubungan yang
konsisten antara pengukuran dalam aktiviti fizikal,
kecergasan fizikal dan penyakit yang berkaitan
dengan kardiovaskular
.
Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh
mengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskular
seseorang dan mencadangkan latihan yang sesuai
bagi mereka.
7. Ujian ini telah dicipta oleh Luc Leger di dalam jurnalnya yang
bertajuk A Maximal Multistage 20m Shuttle Run Test to predict VO2
Max pada tahun 1983.
Seterusnya pada tahun 1988 Luc Leger sekali lagi menghasilkan
European Jurnal of Applied Physiology (vol 49 pp 1-12) yang
bertajuk Multistage 20 m shuttle run test for aerobic fitness
Bertujuan untuk menguji kecergasan kardiorespiratori.
Terdapat 21 peringkat, dan masa untuk larian 20 meter yang
pertama ialah sembilan saat. Kelajuan meningkat mengikut
peringkat.
SHUTTLE RUN TEST
8. 1) PENGURUSAN KELAS
Menggunakan seorang pembantu terlatih untuk mencatat skor.
Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pembantu
menolong mencatat bilangan pusingan yang dicapai oleh
pasangannya dalam borang yang disediakan.
Hanya 15 hingga 20 sahaja yang dibenarkan berlari pada setiap
sesi ujian.
Untuk keselesaan dan menghindarkan gangguan sewaktu
larian, jarak antara subjek ditetapkan sekurang-kurang satu
meter.
PROSEDUR UJIAN
9. Bagi menentukan ketepatan masa, CD digunakan
menggantikan pita kaset yang dahulunya diguna pakai.
Permasalahan yang wujud apabila menggunakan pita kaset
ialah ia tidak dimainkan mengikut kelajuan yang telah
ditetapkan.
Jika timing bunyi bip dari CD tersebut tidak menepati masa,
CD tersebut hendaklah ditukar dengan yang lain.
Penguji hendaklah memastikan suara dari CD tersebut kuat
dan boleh didengar oleh semua subjek.
Selepas memanaskan badan, subjek yang bersedia
dikehendaki berdiri di belakang garisan permulaan.
10. Larian bermula sebaik sahaja arahan begin selepas
countdown 5, 4, 3, 2, 1, kedengaran.
Subjek dikira terkeluar daripada ujian sekiranya tidak
sampai ke garisan sebelum bip berbunyi, dua kali
berturut-turut.
Skor dicatat dalam kiraan lap (ulangan).
Subjek dikehendaki melakukan aktiviti kelonggaran dan
menyejukkan badan setelah selesai menjalankan ujian
11. 1) PERALATAN
CD adalah alat yang penting dalam ujian ini
Pastikan CD berada dalam keadaan yang baik dan
boleh digunakan.
Peralatan lain yang diperlukan ialah jam randik,
penimbang berat,alat pengukur tinggi, borang data
pengiraan, pita pelekat, nombor subjek, dan pita
pengukur.
FASA PERSEDIAAN
12. 2) TEMPAT UJIAN
Persediaan dan pemasangan alatan dilakukan di
kawasan yang lapang, rata, tidak licin dan selamat
digunakan serta sekurang-kurangnya 22 meter panjang.
Ukur jarak tepat ialah 20 meter.
Jarak di antara setiap subjek yang hendak diuji ialah kira-
kira 1hingga 1.5 meter.
13. 3) MASA UJIAN
Pada waktu petang yang bersesuaian dengan waktu senggang
pelajar.
4) DEMONSTRASI
Satu tunjukcara dilakukan sebelum ujian dijalankan supaya subjek
mendapat kefahaman yang lebih jelas bagaimana prinsip dan
prosedur yang betul untuk melakukan ujian.
5) PENERANGAN
Sebelum ujian dilaksanakan, subjek diberi penerangan mengenai
objektif, dan kaedah lakuan.
14. Semasa ujian dijalankan, penyelidik perlulah memberikan
perangsang kepada subjek bagi meningkatkan keupayaan
yang maksimum.
Subjek juga akan diingatkan agar sentiasa mendengar beep
kerana masa di antara beep akan menjadi lebih pantas pada
setiap tahap.
Subjek yang dipilih juga hendaklah bersungguh-sungguh
menjalani ujian ini kerana sekiranya subjek hilang tumpuan
maka ia akan mempengaruhi tahap jarak larian yang semakin
kurang
FASA UJIAN
15. Semua skor yang diperolehi daripada ujian tersebut
akan dicatatkan dalam kad skor sebagai skor mentah.
Skor ini digunakan untuk pengiraan pengambilan VO2
max setiap subjek sebelum dianalisis.
Dengan penghasilan data ini akan mengetahui
perbezaan yang signifikan terhadap tahap daya tahan
kardiovaskular di antara setiap peserta ujian
FASA PENGUMPULAN DATA
16. VO2 max (ml.kg-1.min-1) = 31.025 + 3.238 (kelajuan
maksimal) 3.248 (Umur) + 0.1536 (kelajuan x Umur)
Sumber : Leger, Mercier, Gadoury, & Lambert.
(1988) dalam Liu et al. (1992). The Reliability and
Validity of the 20-Meter Shuttle Test in American
Students 12 to 15 Years Old. Research Quarterly
for Exercise and Sport, 63(4), 360-365.
PROSES PENGUMPULAN DATA
17. Abd Ghani 2006 dalam semakan semula terhadap
kajiannya, telah menguji 139 orang subjek berumur
antara 6 hingga 16 tahun bagi mendapatkan nilai
kebolehpercayaan ujian.
Nilai kebolehpercayaan yang diperoleh melalui
kaedah uji dan ulang uji ialah .89.
Bagi menentukan nilai kesahan ujian pula,
seramai 188 orang subjek lelaki dan perempuan
yang berumur antara 8 hingga 19 tahun terlibat.
PEKALI KESAHAN, KEBOLEHPERCAYAAN DAN
KEOBJEKTIFAN
18. Dalam satu kajian lain yang bertujuan menentukan
nilai kebolehpercayaan dan kesahan Ujian PACER
terhadap pelajar Amerika, (Liu et al. 1992 dalam
penulisan Zolkifli bin Abd Ghani 2006) telah
melibatkan seramai 62 orang subjek yang
berumur antara 12 hingga 15 tahun.
Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan ujian,
(Liu et al.1992 dalam penulisan Zolkifli bin Abd
Ghani 2006) menggunakan kaedah uji dan ulang
uji.
19. Laporan kesahan yang diperolehi ialah 0.71 hingga
0.87 (Lelaki = 0.54 hingga 0.68; Perempuan = .51
hingga 0.90).
Manakala hanya terdapat satu sahaja kajian
mengenai kebolehpercayaan yang telah dijalankan
oleh (Leger et al.1988 dalam penulisan Zolkifli bin
Abd Ghani 2006).
Melalui kajian tersebut nilai kebolehpercayaan
yang diperoleh ialah 0.89.
20. Kerangka Konseptual bagi Kebolehpercayaan dan Kesahan Ujian
Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACER
Sumber : Zolkifli Bin Abd Ghani, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
2006, Kebolehpercayaan Dan Kesahan Ujian Lari/Berjalan Sebatu Dan Ujian
PACER
21. JADUAL SKOR UJIAN PACER
Sumber : Zolkifli Bin Abd Ghani, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
2006, Kebolehpercayaan Dan Kesahan Ujian Lari/Berjalan Sebatu
Dan Ujian PACER
22. NORMA UJIAN PACER/
SHUTTLE RUN test
Sumber : Zolkifli Bin Abd Ghani, Universiti Pendidikan Sultan
Idris, 2006, Kebolehpercayaan Dan Kesahan Ujian
Lari/Berjalan Sebatu Dan Ujian PACER
23. BORANG SKOR UJIAN PACER (UJIAN PERTAMA / KEDUA)
NAMA :
TINGKATAN :
SEKOLAH :
BILANGAN ULANGAN :
TAHAP BILANGAN ULANGAN
Arahan : Tandakan / nombor yang mewakili bilangan ulangan larian
BORANG 1 : Borang Skor Ujian PACER
Sumber : Diubahsuai daripada Multistage Test.
A Progressive Shuttle Run Test For The Prediction of Maximum Oxygen
Uptake. Australian Sports Commission.
25. Menurut Clarke (1974), dalam kajian turut menyatakan
untuk mendapat kekuatan otot yang baik, latihan
kekuatan otot haruslah dilakukan sebanyak lima atau
enam kali seminggu pada fasa persediaan, tiga atau
empat kali dalam fasa pra pertandingan dan satu atau dua
kali pada fasa pertandingan.
Mengikut Barrow dan McGee (1979) kepentingan tentang
kekuatan mula mendapat perhatian apabila berlakunya
perubahan dalam bidang pengukuran.
TEKANTUBI
26. Tujuan : Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot
tangan serta otot bahu
Jantina : Lelaki
Alatan dan kemudahan:
1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar).
3. Jam Randik.
Pengurusan dan organisasi:
1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
27. Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat
badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki.
Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga
dada menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak
berupaya meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti
secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.
31. Tujuan : Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan
serta otot bahu
Jantina : Perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ).
3. Jam randik.
Pengurusan dan organisasi:
1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
TEKAN TUBI UBAH SUAIAN
32. Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat
badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang
bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga
dada menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya
meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti
secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.
40. JADUAL 1 : NORMA LOMPAT JAUH
BERDIRI BERDASARKAN CHU, D.A (1996)
41. Pliometrik berasal daripada Greek iaitu pleythein
yang bermaksud menambah atau meningkatkan,
manakala metric bermaksud ukuran (Chu,1983)
Pliometrik dikenali sebagai pergerakan hopping,
jumping dan leaping yang boleh menghasilkan
kuasa eksplosif (Micheal Mullin dalam Janet Lee,
1998)
Pliometrik adalah kaedah latihan yang menekankan
kepada pergerakan pantas yang bakal terhasil kesan
daripada program latihan yang diberi.
PENGENALAN
43. Pita Pengukur (2 meter)
Penanda Jarak / Blok Kayu
Masking Tape
Borang Skor
ALATAN
44. Murid hendaklah berdiri di belakang di belakang garisan
lompatan
Kedudukan kedua-dua kaki hendaklah selari dan dibuka
seluas bahu
Murid membengkokkan lutut hampir kepada 90 darjah.
Murid menghayunkan tangan dengan kuat agar jarak
lompatan lebih jauh
Murid membuat lompatan sebaik sahaja bersedia tanpa
perlu diberi arahan
PROSEDUR
45. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak tiga (3) kali dan
diselang-seli dengan masa rehat
Ujian dilakukan di kawasan rata. Penggunaan padang
rumput sebagai kawasan ujian tidak dibenarkan kerana ia
boleh menyebabkan data yang diperoleh tidak tepat
Ukuran diambil dari garisan lompatan hingga bahagian
belakang kasut iaitu, bahagian kaki yang paling hampir
dengan garisan permulaan
Setiap percubaan akan dicatat dan jarak lompatan terbaik
akan diambil kira