1. BAB 2 –Nasionalisme Di Malaysia
Sehingga Perang Dunia Ke-2 [sabah
(Mat Salleh Dan Antanom) ]
•Pengenalan
•Sebab-sebab penentangan
•Peristiwa penentangan
Brindon Sabinus
Brenda Stanislaus
2. Pengenalan
• Seperti Negeri-negeri Melayu di Tanah
Melayu, Sabah juga dijajahi oleh British
melalui Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Di
bawah pemerintahan kompeni, rakyat Sabah
telah bangkit menentang kerana tindakan
pegawai kompeni yang melanggar adat
mereka. Antara penentangan yang terkenal
ialah penentangan oleh Mat Salleh dan
penentangan oleh Antanom
3. Penentangan Oleh Mat Salleh
• Mat Salleh atau Mohammad
Salleh ialah seorang pahlawan di
Sabah yang bangkit menentang
pemerintahan Kompeni Berpiagam
Borneo Utara di Sabah.
• . Mat Salleh dilahirkan di Inanam dan
berketurunan Bajau-Suluk.
• Beliau berkahwin dengan seorang
puteri Sulu yang bernama Dayang
Bandung
4. • Beliau merupakan pembesar di hulu Sungai Sungut
dan memerintah kawasannya dengan bebas .
• Pada tahun 1894, Mat Salleh telah bangkit
menentang Kompeni Berpiagam kerana kompeni
campur tangan di kawasannya.
• . Kompeni telah menyerang dan membakar kampung
Mat Salleh di Sungai Sugut apabila beliau membuat
aduan tentang pergaduhan di antara pegawai British
dengan Iban.
• Kompeni juga telah membina jalan raya dari jalan
keretapi merentasi kawasan Ranau yang dikuasai
oleh Mat Salleh. Selain itu, kompeni juga
mengenakan pelbagai cukai ke atas rakyat dan
mengerah buruh paksa.
5. • Pada tahun 1897, Mat Salleh menyerang dan
memusnahkan pelabuhan kompeni di Pulau Gaya.
Beliau kemudiannya membina sebuah kubu di Ranau
untuk meneruskan serangannya.
• Kompeni membalas dengan menyerang dan
memusnahkan kubu Mat Salleh di Ranau. Mat Salleh
tidak dapat ditewaskan tetapi beliau terpaksa
beundur ke kawasan pedalaman.
• Kompeni khuatir Mat Salleh akan menyerangnya
lagi. Oleh itu, Pengarah Urusan Kompeni iaitu
William Cowie mengesyorkan supaya diadakan
perdamaian di antara kompeni dan Mat Salleh.
6. • Satu rundingan damai telah diadakan di antara
Cowie dengan Mat Salleh. Menurut rundingan damai
ini:
a. Mat Salleh dibenarkan mentadbir kawasan
Tambunan dengan bebas.
b. Kompeni berjanji memberi pengampunan
kepada pengikut Mat Salleh
• Kompeni telah memungkiri janjinya. Pada tahun
1897, Kompeni telah membuat keputusan untuk
mengambilalih kawasan Tambunan. Mat Salleh
sangat marah dan membina sebuah kubu di
Tambunan untuk mempertahankan diri.
7. • Pada tahun 1900, pasukan kompeni telah
menyerang kubu Mat Salleh di Tambunan. Mat
Salleh terbunuh dalam serangan tersebut pada
bulan Februari 1900.
8. Penentangan Oleh Antanom
• Pada tahun 1915, seorang Murut dari kawasan
pedalaman Sabah telah bangkit menentang
Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Orang Murut
bangkit menentang kompeni kerana: a.
Mereka dilarang menebas hutan rimba untuk
membuka tanah pertanian.
b. Mereka terpaksa membina jalan raya di
kawasan pedalaman tanpa dibayar gaji.
c. Mereka percaya bahawa pembinaan jalan
raya itu telah mengusir roh nenek moyang dan
menimbulkan kemarahan yang akan
mengakibatkan kemarau selama 4 tahun.
9. •Kebangkitan orang Murut dipimpin oleh pemimpin
murut yang bernama Antanum. Pemberontakan
tercetus pada tahun 1915 apabila orang Murut
menyerang dan membakar Pensiangan. Kemudian
mereka menyerang Rundum tetapi Rundum dapat
diselamatkan oleh Kompeni. Oleh itu, pemberontakan
ini juga dikenali sebagai Pemberontakan Rundum.
10. • Selepas itu, Antanom dan
pengikutnya
(seramai 900
orang) telah membina sebuah
kubu di Sungai Selangit. Kubu itu
diserang oleh askar
kompeni.
• Antanum serta 400 orang
pengikutnya telah terkorban
• orang Murut di kawasan
pedalaman telah berpindah ke
Kalimantan kerana tidak lagi takin
terhadap pemerintahan Kompeni.
11. Soalan….
• Pada tahun berapakah Mat Salleh terkorban ?
• Bagi pemahaman anda,kenapakah orang
Murut di kawasan pedalaman telah berpindah
ke Kalimantan selepas kematian Antanom ?
12. • Bulan Februari 1900.
• Kerana mereka tidak lagi yakin terhadap
pemerintahan Kompeni
• Kubu itu diserang oleh askar kompeni.
Antanum serta 400 orang pengikutnya telah
terkorban. Pemberontakan Rundum tamat
selepas kematian Antanum tetapi orang
Murut di kawasan pedalaman telah berpindah