2. 3.1 APA ITU JIRIM??
Saintis mendefinisikan jirim
sebagai sesuatu yang
mempunyai jisim ( disebabkan
tarikan graviti ) dan menempati
ruang ( mempunyai isipadu yang
boleh diukur).
Contoh : air, papan, emas, gas,
gelas, merkuri.
PREV. NEXT
3. 3.2 KEADAAN JIRIM
Pepejal terdiri daripada zarah yang disusun
berdekatan satu sama lain dan berada dalam corak
yang tetap. Zarah tidak bebas untuk bergerak dan
hanya boleh bergetar sekitar kedudukan tetap
mereka. Sebuah pepejal mempunyai isipadu dan
bentuk yang tetap.
PREV. NEXT
4. Cecair terdiri daripada zarah yang disusun
dengan agak rapat bersama-sama tetapi tidak
berada dalam corak tetap. Zarah boleh bergerak
bebas (mengalir) dan bergetar. Cecair
mempunyai isipadu yang tetap, tetapi perubahan
bentuk bergantung kepada bentuk bekasnya.
PREV. NEXT
5. Gas terdiri daripada zarah yang terletak jauh
antara satu sama lain dan tidak berada dalam
corak yang tetap. Zarah tersebut bebas bergerak
ke semua arah. Gas tidak mempunyai isipadu
dan bentuk yang tetap.
PREV. NEXT
6. 3.3 KONSEP KETUMPATAN
Ketumpatan sesuatu bahan ialah jisim per unit
isipadu.
Formula Ketumpatan (g/cm3 ) = Jisim (g) / isipadu
( cm3 )
Ketumpatan bergantung kepada 2 faktor:
Jisim : Jisim yang lebih besar menghasilkan ketumpatan
yang lebih besar.
Isipadu : Isipadu yang lebih besar menghasilkan ketumpatan
yang lebih kecil.
PREV. NEXT
8. SOALAN 1
Jirim ialah sesuatu yang
A. Mempunyai jisim sahaja.
B. Menempati ruang.
C. Mempunyai jisim dan isipadu.
D. Mempunyai isipadu sahaja.
PREV. NEXT
9. SOALAN 2
Rajah berikut menunjukkan susunan zarah-zarah dalam
X, Y dan Z masing-masing.
Antara berikut, yang manakah mewakili X, Y dan Z?
A. Tembaga, Nitrogen, Merkuri
B. Tembaga, Merkuri, Nitrogen
C. Nitrogen, Tembaga, Merkuri
D. Merkuri, Nitrogen, Tembaga
PREV. NEXT
10. SOALAN 3
Gas lebih senang dimampatkan berbanding
dengan cecair disebabkan
A. Gas mempunyai zarah-zarah yang lebih
kecil.
B. Zarah gas berjauhan antara satu sama lain.
C. Zarah gas mempunyai isipadu yang lebih
besar.
D. Zarah gas lebih berat.
PREV. NEXT
11. SOALAN 4
Molekul air dalam stim dan molekul air
dalam ais adalah berbeza dari segi
A. Saiz molekul
B. Jisim molekul
C. Isipadu molekul
D. Jarak antara molekul
PREV. NEXT
12. SOALAN 5
Sesuatu objek mempunyai berat 25g, dan
isipadu 50cm^3. Apakah nilai ketumpatan
objek tersebut?
A. 0.2 g / cm^3
B. 0.5 g / cm^3
C. 1.5 g / cm^3
D. 1.7 g / cm^3
PREV. NEXT
13. BETUL JAWAPAN ANDA!! TAHNIAH!!
Jawapan soalan 1 adalah c) mempunyai jisim dan
menempati kedudukan.
Saintis memberi definisi jirim sebagai sesuatu
yang mempunyai jisim ( disebabkan tarikan
graviti ) dan menempati kedudukan ( mempunyai
isipadu yang boleh diukur)
PREV. NEXT
14. YA BETUL! ANDA MEMANG BIJAK!
X : Susunan zarah dalam pepejal
Y : Susunan zarah dalam cecair
Z : Susunan zarah dalam gas
Tembaga Pepejal
Merkuri Cecair
Nitrogen Gas
PREV. NEXT
15. TEPAT JAWAPAN KAMU!! KAMU DAH
SEMAKIN MAHIR!
Jarak zarah gas adalah lebih jauh daripada
cecair menyebabkan ia lebih senang
dimampat.
PREV. NEXT
16. TAHNIAH! JAWAPAN ANDA TEPAT!!!
Molekul air dalam stim dan ais mempunyai saiz,
jisim, dan isipadu yang sama tetapi jarak yang
berlainan disebabkan satu berada dalam bentuk
gas dan satu lagi dalam bentuk pepejal.
PREV. NEXT
17. YA TEPAT SEKALI!! TAHNIAH
DIUCAPKAN
Ketumpatan = jisim / isipadu
= 25g / 50cm^3
=0.5 g / cm^3
PREV. NEXT