Prejudis dan kaitannya dengan masalah perhubungan kaum
1. Prejudis dan Kaitannya dengan Masalah Perhubungan Kaum
Prejudis ditakrifkan sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lainyang
tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Dalam erti kata lain,prejudis juga
bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadapsesuatu kaum, agama dan
sebagainya. Perasaan prejudis tidak diluahkan secaraterbuka. Ianya mengandungi sentiment
marah, takut dan sebagainya. Prejudis terdapattiga jenis utama iaitu prejudis sosial, prejudis
bangsa dan prejudis agama. Selain itu,terdapat juga prejudis jantina, umur atau orientasi.
Punca manusia prejudis terhadapsekumpulan manusia adalah mempertahankan identiti sosial,
sikap masyarakat itusendiri dan scapegoating
.
Prejudis atau persepsi negatif adalah satu aspek utama yang telah menyumbangkepada
sentimen ketidak puasan hati di beberapa kalangan kumpulan etnik di negarakita. Apabila
berlakunya konflik yang disebabkan oleh prejudis, situasi menjadi semakinburuk kerana
kurangnya kefahaman dan pengetahuan mengenai satu sama lain. Akibatnya, interaksi antara
kaum terbatas dan timbulnya semangat perkauman yangtebal. Prejudis juga menyebabkan
sesuatu kumpulan etnik memandang rendahterhadap kumpulan etnik lain yang terhasil
berdasarkan kefahaman yang cetek dantidak tepat.
Prejudis ini sukar diubah walaupun dibekalkan dengan fakta yang kukuh untuk membuktikan
bahawa pemahaman terhadap sesuatu kumpulan etnik itu adalahsalah.Prejudis menjadi
semakin tebal dan kuat apabila persekitaran itu dipenuhi sifatsemulajadi manusia iaitu ego
mempertahankan diri. Funsi sifat semulajadi inimerupakan sikap yang menyelamatkan manusia
daripada perasaan kerisauan yangmelampau atau daripada sebarang gangguan ke atas
penghargaan-kendiri manusia. Iniberlaku apabila sekumpulan etnik atau individu itu merasakan
maruah atau darjatmereka tergugat. Dalam proses mempertahankan sekumpulan etnik atau
individu itu,mereka akan menolak segala kenyataan kukuh daripada mereka yang diprejudis.
Prejudis ini diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui prosessosialisasi.
Seseorang yang dibesarkan dalam persekitaran yang penuh prejudis akanmenghasilkan dan
secara tidak langsung membina sentimen negatif yang amat susahuntuk dikikis. Prejudis
memainkan peranan dalam membentuk sikap manusia. Kesansikap prejudis menjadi mudah
dilihat apabila wujudnya persaingan untuk mendapatkansesuatu samada dalam aspek ekonomi,
sosial, politik dan sebagainya.
Insiden Kampung Medan pada tahun 2001 merupakan contoh terbaik bagimenggambarkan
perasaan prejudis di antara dua kaum di negara kita. Insiden inimerupakan kekecohan kaum
yang berakhir dengan tragedi di mana ramai yangkehilangan nyawa dan berjuta-juta ringgit
dihabiskan untuk proses pemulihan.
Kemunculan akhbar-akhbar etnik di Malaysia terutamanya pada awalperkembangan akhbar
negara adalah kesan daripada prejudis. Sebelum merdeka,penelitian terhadap akhbar
berbahasa Melayu penuh dengan sentimen perkauman dananti kaum pendatang. Laporan
media pada masa itu telah menggembar-gemburkanancaman yang akan mereka hadapi jika
2. kehadiran kaum pendatang semakinberleluasa. Pernyataan mereka adalah cukup jelas dan
bukan sekadar berkias-kiasan.Kebencian dan perasaan prejudis mereka terhadap kaum
pendatang jelas tertunjukmelalui Akhbar Majlis dalam perjuangan memartabatkan kaum
Melayu. Laporanrencana pengarang Ogos 1932 dan rencana keluaran 12 Disember 1932
(dipetik oleh Ahmad Nazri dalam Mohd Sarim Haji Mustajab, 1988: 144) yang mereka siarkan
jelasmenunjukkan sentimen anti-pendatang yang meruap-ruap. Umpamanya rencanaakhbar
Majlis Ogos 1932:
Kita tidak akan berdosa apabila berkata bahawa orang Melayu itu tidak diharap bolehbergaul
dengan bangsa Malayan, tak boleh sekata dan seturut, tak boleh bekerjasamabahkan bukan
sekadar demikian sahaja, tetapi barangkali akan tiba masanya orang Melayu itu tak boleh
percaya kepada bangsa asing. Bukan sekadar tak boleh percayasahaja, akan tetapi ialah juga
bahawa bangsa-bangsa asing ini kelak akan menjadi musuh hidup orang Melayu bagi suatu
masa yang panjang jika tidak diubati hari ini.
Rencana akhbar ini yang bertarikh 12 Disember 1932 bertajuk Bangsa AsingTidak Patut
Meminta Hak juga jelas menggunakan kata-kata yang lebih kesat dankeras dalam ulasannya.
Umpamanya:
Rupanya telah lupa entah berapa banyakkah khazanah bumi Melayu yang
telahdimuntahdarahkan (dimakan) mereka (Cina) dan berapa ribukah sudah wang
TanahMelayu yang telah dihantar mereka ke negerinya dan berapa banyakkah pula bangsat-
bangsat dari Tongsan itu sekarang ini telah menjadi meliana (millionaire) di dalamnegeri
Melayu.
Akhbar Warta Malaya juga tidak terlepas daripada menyiarkan artikel danrencana yang
menghentam keras bangsa lain. Mereka dengan beraninyamempertahankan martabat
masyarakat Melayu dengan menuduh dan menghentamkaum pendatang. Mereka juga
mengapi-apikan masyarakat Melayu tentang prejudisterhadap kaum pendatang. Umpamanya
rencana mereka yang bertarikh 7 Mac 1938(dipetik oleh Ahmad Nazri dalam Mohd Sarim Haji
Mustajab, 1988: 146):
Orang Cina di Malaya bukan makin lama makin beradab sopan, makin lama makin bertambah-
tambah cerewet atau biadap pulasudahlah awak menumpang di tempat orang awak hendak
bermaharajalela pula macam tempat awak sendiri
Selepas negara mencapai kemerdekaan, perasaan prejudis ini beralih kepadaahli-ahli politik
negara. Akhbar memain peranan sebagai tukang lapor kepada ahli-ahlipolitik. Isu perkauman
yang diwujudkan oleh perasaan prejudis terhadap sekumpulankaum itu telah menyemarakan
perbalahan antara kaum. Kesan daripada perbalahan iniadalah rusuhan kaum pada 13 Mei
1969. Ketidakadilan dalam laporan dan penilaianterhadap kaum lain menjadi faktor kepada
liputan akhbar etnik yang bertumpu padamasalah kaum mereka sahaja. Keadaan ini telah
menyebabkan pihak pemerintahbertindak untuk menggantung penerbitan akhbar. Setiap
maklumat dan laporan akanmelalui Pusat Perkhidmatan Maklumat Kerajaan dan ini telah
mengurangkan sebaranmesej bercirikan prejudis terhadap kaum lain.
3. Perasaan prejudis secara tidak langsung telah mewujudkan masalah perkaumandi negara
Malaysia. Walaupun tidak diluahkan secara terbuka, dari perasaan prejudisitu sahaja boleh
menyebabkan sekumpulan kaum itu bertindak dengan lebih keras danakhirnya diluahkan
secara terang-terangan. Dalam skala besar, prejudis bolehmenyebabkan keganasan dan
peperangan.
Reference:
Mohd Asri bin Mohamad, 2002, Pengaruh Golongan Elit Pemerintah Dalam
PemaparanBeritaBerita Etnik. Analisis Kandungan Terhadap Pelaporan Berita Akhbar
UtusanMalaysia dan Berita Harian Sejurus Sebelum dan Selepas Pilihanraya Umum Ke-10
Malaysia, Universiti Sains Malaysia.
Shamsul Amri Baharuddin, 2007, Modul Hubungan Etnik, Pusat Penerbitan Universiti(UPENA),
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
Shahrul Izwan Naser & Mohd Najib Mohd Esa, 2010, Memahami Hubungan Etnik di Malaysia
Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains
Malaysia.