ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
RANCANGAN
LIMA TAHUN
(1964-KINI)
-Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan
Malaysia.
-Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah
British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
-Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun
1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari
tahun 1961 hingga 1965.
-Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar
kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula
pada tahun 1966 hingga 1970.
-Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk
kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Rancangan Malaya Pertama(1956-1960)
- Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan pertama negara
selepas mencapai kemerdekaan.
-Rancangan ini memberi tumpuan pada pembangunan luar bandar, terutama untuk
memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan.
-Rancangan ini memberi tumpuan pada dua matlamat utama berikut;
i. Membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan
pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar.
ii. Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.
- Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu;
a. Rural & Industrial Development Authority (RIDA) –1953 [MARA]
b. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
-Rancangan Malaya kedua memberi tumpuan untuk menyediakan lebih banyak
kemudahan asas dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar.
- Rancangan ini menekankan matlamat berikut;
i. Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara kawasan.
ii. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar bandar.
iii. Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan pelajaran
dan perumahan untuk penduduk di luar bandar.
iv. Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian
yang lain sebagai tambahan kepada tanaman getah.
-Strategi pelaksanaan Rancangan Melaya Kedua ialah:
a. merancang pembangunan ekonomi dengan menyediakan kemudahan asas.
b. membuka lebih banyak tanah untuk pertanian dan penempatan semula.
c. menggiatkan pemasaran bagi hasil pertanian dan nelayan.
d. meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang
pekerjaan.
e. menambahkan kemampuan merancang oleh FELDA dengan menjalankan projek
Johor Tenggara dan Projek Segitiga Jengka di Pahang.
f. menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Rancangan Malaysia Pertama(1966 – 1970)
-Rancangan Malaysia Pertama memberi tumpuan pada pembangunan negara secara
menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi.
-Program pembangunan negara melalui Rancangan ini berasaskan satu rancangan
bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan Malaysia.
-Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama adalah;
i. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor perindustriaan untuk
mengurangkan kebergantungan kepada getah dan bijih timah.
ii. Mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk mengurangkan
penggangguran.
iii. Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam rakyat berpendapatan
rendah.
iv. Mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di Malaysia.
Rancangan Malaysia Kedua(1971 – 1975)
-Rancangan Malaysia Kedua dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi
yang tidak seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai punca
pencetus Peristiwa 13 Mei 1969.
-Rancangan Malaysia Kedua merupakan siri pertama dalam rancangan pembangunan
DEB.
-Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara yang dilaksanakan melalui
serampang dua mata antaranya;
i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan.
ii. Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia.
- Usaha-usaha membasmi kemiskinan;
i. Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum.
ii. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan wilayah.
iii. Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan untuk
semua golongan miskin di bandar dan luar bandar.
iv. Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan,kesihatan dan
kemudahan infrastruktur.
v. Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976 -1980)
-RMK ke 3 merupakan peringkat kedua DEB.
- Buat pertama kali rancangan pembangunan wilayah diperkenalkan dalam rancangan
pembangunan negara.
-Tujuan utama diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan
eksport.
-Isu perpaduan masih menjadi perhatian utama dalam pembangunan ekonomi.
-Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah
dipergiatkan antaranya KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR.
Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985)
-Rancangan Malaysia keempat adalah rancangan untuk memperkemas langkah dan
program yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia
Ketiga untuk mencapai sosioekonomi DEB.
-Program pembangunan masih diteruskan dengan memberi keutamaan kepada sektor
perusahaan dan pertanian.
-Penekanan diberikan kepada perusahaan berat berasaskan pelaburan modal dan
penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja yang mahir.
Rancangan Malaysia Kelima(1986-1990)
-RMK ke 5 masih meneruskan pembangunan sektor pertanian dan dilaksanakan
melalui penggunaan tanah dengan lebih cekap,memaksimunkan sumber tenaga
manusia dan menambahkan peluang latihan kemahiran dalam sektor awam dan
swasta.
-Usaha mempercepatkan perkembangan sektor perusahaan diperkenalkan dengan;
i. Meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan pengurusan dalam kalangan
agensi kerajaan.
ii. Mempergiat perusahaan pembuatan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil
Nasional Berhad iaitu perusahaan membuat kereta nasional negara.
Rancangan Malaysia Keenam (1991 – 1995)
-Rancangan Malaysia Keenam digubal untuk mengekalkan pembangunan dan
menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya pembangunan seimbang dapat
dicapai selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan Nasional.
-Strategi yang digariskan untuk mencapai matlamat RMK ke 6
i. Meningkatkan Kecekapan dan daya saing ekonomi dengan menggalakkan
penglibatan sektor swasta dalam mengembangkan ekonomi negara.
ii. Mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam dengan meningkatkan
keupayaan sedia ada sektor swasta untuk melaksanakan program pembangunan
infrastruktur, pembangunan sumber manusia danpenyediaan perkhidmatan sosial.
iii. Mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran peraturan undang-undang untuk
memperbaiki iklim pelaburan dalam negara menggalakkan pertumbuhan sektor
swasta dan pelaburan asing.
iv. Menggalakkan pertumbuhan pesat proses perindustrian denganmenggunakan
teknologi yang lebih canggih bagi menghasilkan keluaran yang berkualiti untuk
memenuhi keperluan pasaran di negara maju.
v. Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan
dalam negara dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor-sektor
ekonomi yang produktif.
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000)
-RMK 7 digubal seiring dengan hasrat negara menyokong dan mengekalkan proses
pembangunan.
-Teras RMK 7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran,
memesatkan peralihan struktur dan pembangunan seimbang.
- Tumpuan Rancangan adalah untuk meningkatkan produk dan kecekapan, terutama
melalui pemberian insentif kepada sektor swasta.
Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
-RMK 8 merupakan rancangan pembangunan pertama dalam Rangka Rancangan
Jangka Panjang.
-Dasar Wawasan Negara yang terkandung dalam RRJP3 berperanan menentukan arah
pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke 21.
-Rancangan Malaysia Kelapan menggabungkan strategi, program dan projek yang
dirangka bagi mencapai objektif Dasar Wawasan Negara, iaitu menjamin
pertumbuhan mapan dan pengukuhkan daya tahan ekonomi negara serta
mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama.
-Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras dan dua dasar pembangunan
terdahulu, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan
objektif utamanya untuk mencapai perpaduan nasional.
-Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan
pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama Dasar Wawasan Negara.
Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010)
-Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan peringkat kedua pelaksanaan RRJP3 dan
fasa kedua pelaksanaan Wawasan 2020.
-Penekanan diberikan kepada pembangunan insaniah yang melibatkan penggunaan
secara optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan.
-Rancangan ini menggariskan enam cabaran;
i. Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia.
ii. Mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara dan meningkatkan
kegiatan inovasi.
iii. Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi.
iv. Membangunkan sumber manusia.
v. Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan.
vi. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang
cekap dan berkesan.
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10)
- Merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015.
- RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di
Parlimen pada 10 Jun 2010.
-Menurut Najib, RMK10 mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan
Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan
kemampanan.
-RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara
berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.
- Lima teras ini adalah:
a. Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara.
b. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas
pertama.
c. Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan.
d. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup.
e. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.
SEKIAN,
TERIMA
KASIH …!!

More Related Content

Presentation he

  • 2. -Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. -Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. -Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. -Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. -Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
  • 3. Rancangan Malaya Pertama(1956-1960) - Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan pertama negara selepas mencapai kemerdekaan. -Rancangan ini memberi tumpuan pada pembangunan luar bandar, terutama untuk memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan. -Rancangan ini memberi tumpuan pada dua matlamat utama berikut; i. Membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar. ii. Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar. - Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu; a. Rural & Industrial Development Authority (RIDA) –1953 [MARA] b. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • 4. Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) -Rancangan Malaya kedua memberi tumpuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar. - Rancangan ini menekankan matlamat berikut; i. Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara kawasan. ii. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar bandar. iii. Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan pelajaran dan perumahan untuk penduduk di luar bandar. iv. Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian yang lain sebagai tambahan kepada tanaman getah. -Strategi pelaksanaan Rancangan Melaya Kedua ialah: a. merancang pembangunan ekonomi dengan menyediakan kemudahan asas. b. membuka lebih banyak tanah untuk pertanian dan penempatan semula. c. menggiatkan pemasaran bagi hasil pertanian dan nelayan. d. meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang pekerjaan. e. menambahkan kemampuan merancang oleh FELDA dengan menjalankan projek Johor Tenggara dan Projek Segitiga Jengka di Pahang. f. menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
  • 5. Rancangan Malaysia Pertama(1966 – 1970) -Rancangan Malaysia Pertama memberi tumpuan pada pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi. -Program pembangunan negara melalui Rancangan ini berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan Malaysia. -Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama adalah; i. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor perindustriaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada getah dan bijih timah. ii. Mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk mengurangkan penggangguran. iii. Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam rakyat berpendapatan rendah. iv. Mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di Malaysia.
  • 6. Rancangan Malaysia Kedua(1971 – 1975) -Rancangan Malaysia Kedua dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai punca pencetus Peristiwa 13 Mei 1969. -Rancangan Malaysia Kedua merupakan siri pertama dalam rancangan pembangunan DEB. -Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara yang dilaksanakan melalui serampang dua mata antaranya; i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan. ii. Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia. - Usaha-usaha membasmi kemiskinan; i. Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum. ii. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan wilayah. iii. Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan untuk semua golongan miskin di bandar dan luar bandar. iv. Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan,kesihatan dan kemudahan infrastruktur. v. Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.
  • 7. Rancangan Malaysia Ketiga (1976 -1980) -RMK ke 3 merupakan peringkat kedua DEB. - Buat pertama kali rancangan pembangunan wilayah diperkenalkan dalam rancangan pembangunan negara. -Tujuan utama diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. -Isu perpaduan masih menjadi perhatian utama dalam pembangunan ekonomi. -Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah dipergiatkan antaranya KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR.
  • 8. Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985) -Rancangan Malaysia keempat adalah rancangan untuk memperkemas langkah dan program yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga untuk mencapai sosioekonomi DEB. -Program pembangunan masih diteruskan dengan memberi keutamaan kepada sektor perusahaan dan pertanian. -Penekanan diberikan kepada perusahaan berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja yang mahir.
  • 9. Rancangan Malaysia Kelima(1986-1990) -RMK ke 5 masih meneruskan pembangunan sektor pertanian dan dilaksanakan melalui penggunaan tanah dengan lebih cekap,memaksimunkan sumber tenaga manusia dan menambahkan peluang latihan kemahiran dalam sektor awam dan swasta. -Usaha mempercepatkan perkembangan sektor perusahaan diperkenalkan dengan; i. Meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan. ii. Mempergiat perusahaan pembuatan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad iaitu perusahaan membuat kereta nasional negara.
  • 10. Rancangan Malaysia Keenam (1991 – 1995) -Rancangan Malaysia Keenam digubal untuk mengekalkan pembangunan dan menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya pembangunan seimbang dapat dicapai selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan Nasional. -Strategi yang digariskan untuk mencapai matlamat RMK ke 6 i. Meningkatkan Kecekapan dan daya saing ekonomi dengan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam mengembangkan ekonomi negara. ii. Mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam dengan meningkatkan keupayaan sedia ada sektor swasta untuk melaksanakan program pembangunan infrastruktur, pembangunan sumber manusia danpenyediaan perkhidmatan sosial. iii. Mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran peraturan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan dalam negara menggalakkan pertumbuhan sektor swasta dan pelaburan asing. iv. Menggalakkan pertumbuhan pesat proses perindustrian denganmenggunakan teknologi yang lebih canggih bagi menghasilkan keluaran yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju. v. Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negara dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor-sektor ekonomi yang produktif.
  • 11. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000) -RMK 7 digubal seiring dengan hasrat negara menyokong dan mengekalkan proses pembangunan. -Teras RMK 7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan seimbang. - Tumpuan Rancangan adalah untuk meningkatkan produk dan kecekapan, terutama melalui pemberian insentif kepada sektor swasta.
  • 12. Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) -RMK 8 merupakan rancangan pembangunan pertama dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang. -Dasar Wawasan Negara yang terkandung dalam RRJP3 berperanan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke 21. -Rancangan Malaysia Kelapan menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif Dasar Wawasan Negara, iaitu menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhkan daya tahan ekonomi negara serta mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama. -Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras dan dua dasar pembangunan terdahulu, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utamanya untuk mencapai perpaduan nasional. -Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama Dasar Wawasan Negara.
  • 13. Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010) -Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan peringkat kedua pelaksanaan RRJP3 dan fasa kedua pelaksanaan Wawasan 2020. -Penekanan diberikan kepada pembangunan insaniah yang melibatkan penggunaan secara optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan. -Rancangan ini menggariskan enam cabaran; i. Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia. ii. Mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara dan meningkatkan kegiatan inovasi. iii. Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi. iv. Membangunkan sumber manusia. v. Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan. vi. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan.
  • 14. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) - Merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. - RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010. -Menurut Najib, RMK10 mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. -RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. - Lima teras ini adalah: a. Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara. b. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama. c. Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan. d. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup. e. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.