2. Prinsip rekaan Prinsip rekaan amat penting dalam penghasilan sesebuah karya seni. Dengan adanya, prinsip-prinsip ini kita dapat memberikan kritikan dan pandangan atau huraian terhadap sesebuah karya seni dalam bidang seni visual. Antara prinsip yang terdapat dalam prinsip rekaan dalam bidang seni visual ialah seperti berikut : 3 K 2 I PH ( singkatan nota untuk mudah diingati ) 3 K - " K ontra, K epelbagaian, K esatuan " 2 I - " I mbangan , I rama & pergerakan " P - P enegasan H ¨C H armoni Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual
3. 1)Harmoni - Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai - Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang - Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna - Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
5. 2) Kontra - Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan - Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan - Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
6. Kontra Kesan Kontra dalam gubahan diatas ditimbulkan oleh warna yang berlainan. Kesan Kontra dalam gubahan diatas Ditimbulkan oleh satu saiz yang berlainan
8. 3) Penegasan - Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan - Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan - Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan Fungsi Penegasan 1. Penegasan yang digunakan dalam hasil seni bertujuan untuk memberi tumpuan dan menarik perhatian. 2. Contoh, hiasan pada kulit buku, pintu gerbang, poster dan sebagainya.
10. Contoh bagaimana hendak menegaskan salah satu bahagian daripada cogan kata. Kaedah kontra digunakan untuk tujuan ini. JIWA itu lebih menonjol dan menjadi unsur tumpuan. Penegasan dari segi warna. Penegasan
11. 4) Imbangan - Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan - Terdapat 2 jenis imbangan iaitu: 1- Imbangan simetri ¨C unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ¡®axis¡¯ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) 2- Imbangan tidak simetri ¨C unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan
12. Imbangan Corak yang mempunyai imbangan tidak simetri Corak yang mempunyai imbangan simetri Labu sayong yang mempunyai imbangan simetri
13. 5) Ritma dan Pergerakan - Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb - Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan - Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb
14. Kapal terbang ini kelihatan terbang dengan laju menunjukkan pergerakan kerana penggunaan garisan-garisan serong Corak pualaman yang mempunyai pergerakan hasil dari teknik penghasilannya. Ritma dan Pergerakan
15. 6) Kepelbagaian - Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
17. 7)Kesatuan - Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan - Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
18. Carta yang menunjukkan bagaimana kesatuan dicapai dalam gubahan topeng muka Garisan Warna Rupa ruang Imbangan Kontra Penegasan Harmoni Kesatuan Unsur Seni + Prinsip Rekaan